Khamis, 23 Februari 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MENTERI, TIMBALAN SERTA AHLI PARLIMEN SILA BUAT KERJA

Posted: 23 Feb 2012 08:03 AM PST


Pandangan agar anggota Kabinet perlu lebih berani disokong

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Pandangan Datuk Musa Sheikh Fadzir supaya anggota Kabinet menggunakan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang dalam memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan kumpulan itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, anggota Kabinet sama ada menteri atau timbalan menteri tidak seharusnya bersikap apologetik untuk menyampaikan pandangan, teguran atau kritikan dalam sesuatu isu sama ada untuk mempertahankan sebarang dasar kerajaan ataupun tohmahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dalam melawan gelombang fitnah pembangkang ketika ini, setiap menteri seharusnya lebih berani ke depan untuk mematahkan hujah kerana rakyat lebih mudah menerima hujah mereka.

''Anggota Kabinet seharusnya tidak hanya sibuk dengan Indeks Prestasi Utama (KPI) kementerian masing-masing sebaliknya pada masa sama, mereka perlu berani tampil menyatakan pendirian kerana menteri dan timbalannya mempunyai lebih banyak maklumat dan fakta," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Musa yang mahu kelemahan pentadbiran di negeri-negeri bawah kerajaan pembangkang dilihat sebagai peluang untuk BN memperkukuhkan kedudukan.

Situasi berkenaan adalah peluang terbaik bagi pemimpin BN khususnya para anggota Kabinet memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap imej BN yang sebelum ini diperlekehkan oleh parti pembangkang.

Puad dalam pada itu menjelaskan, anggota Kabinet seharusnya menggunakan majlis yang mereka hadiri untuk memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan dan kelemahan yang wujud daripada pentadbiran kerajaan negeri pembangkang.

''Peluang berucap itu harus digunakan sepenuhnya tanpa terlalu apologetik kerana rakyat perlu maklumat yang lebih tepat.

''Jika tidak dilakukan, ia dikhuatiri akan digunakan pembangkang untuk terus menabur fitnah terhadap kerajaan termasuk Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, pandangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu amat baik kerana ada kalangan anggota Kabinet yang tidak kisah untuk menyuarakan kelemahan pakatan pembangkang.

Katanya, peluang untuk berucap pada majlis yang dihadiri menteri dan timbalannya seharusnya digunakan bukan sahaja menyentuh soal dasar malah menekankan soal kelemahan pakatan pembangkang kerana mungkin masih ada rakyat yang tidak mengetahuinya.

''Adalah wajar untuk kita (anggota Kabinet) memberi keutamaan kepada kelemahan yang dimiliki kerajaan negeri pakatan pembangkang dan menjelaskan mekanisme yang seharusnya digunakan bagi menarik keyakinan rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

SIRI 3 : ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT ATAU PATRIOT ?

Posted: 23 Feb 2012 07:36 AM PST



                                                                      ATAU       




Anwar bukan pemimpin yang mengekor angin. Dia tidak mahu menjadi orang nombor dua dalam apa sahaja pergerakan yang melibatkannya. Dia pernah jadi ketua ABIM, juga ketua PPIUM dan juga memimpin PBMUM ( Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya). Tapi bila dia menyertai UMNO mengapakah dia sanggup menjadi orang nombor dua terpenting ?


Ada muslihatnya. Sebagai orang baru dalam UMNO dia harus bijak berpolitik. Seperti kata perumpamaan Melayu pukul ular, ular mesti mati. kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk. Musuh-musuhnya dalam UMNO lebih ganas dan lebih banyak dari musuh-musuhnya sewaktu memimpin ABIM atau pun PPIUM atau PBMUM.



Walau pun dia mempuyai pengaruh politik dalam dan luar negara namun dia tidak mahu tunjuk taringnya, seperti kaduk naik jungjung. Dia mahu melebarkan pengaruhnya di kalangan rakyat terlebih dahulu supaya rakyat akan menjadi penyokong super setia kepadanya. Menurut Tun Mahathir, Anwar sudah mula merancang jaringan strategi politiknya dengan mengadakan cell-cell dalam parti, kerajaan, badam badan berkanun dan berbagai NGO-NGO lain.



Pendek kata, dia sudah merancang konspirasi untuk mengusai UMNO dan menjadi Perdana Menteri dalam masa yang singkat. Mahathir tahu tapi dia mahu melihat sejauh mana dan serakus mana Anwar bermain politik......

Malangnya Anwar tidak sabar menunggu gilirannya. Walaupun Mahathir mencanang namanya berkali-kali di berbagai tempat bahawa Anwar sebagai pengganti namun Anwar tidak mampu menunggu masanya. Dia ingin menentukan nasibnya sendiri, bukan Mahathir dan bukan rakyat. Bila dapat kuasa, disintuklimau oleh Mahathir dan menjadi orang nombor dua penting dalam kerajaan dan UMNO seolah-olah dia dikhayalkan oleh kuasa yang tidak pernah dia mimpikan sewaktu menjerit slogan anti UMNO di era kepimpinan ABIM dulu. 

Dia seolah-olah merasakan Allah memberi 'wahyu' kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum kalau orang atau kaum itu sendiri yang merubahnya. Barangkali dia berpaut pada firman Allah ini secara bulat-bulat tanpa memperhintungkan aspek-aspek lain dalam percaturan politik pada masa itu.



Sejak Tun Ghafar baba kalah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 Anwar dan juak-juaknya menjadi semakin galak. Ghafar terpaksa mengaku kalah sebelum persidangan UMNO gara-gara mainan 10 undi bonus yang tidak demokratik itu.

Nafsu untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri semakin membuak setelah Anwar dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap lagi Menteri Kewangan. Anwar dan kabilahnya seolah-olah tidak sabar lagi untuk merancang strategi mengambil kuasa secara licik melalui Perhimpunan Agung UMNO di mana beberapa orang perwakilan sudah ditunjuk untuk menkritik pimpinan Mahathir dan mendesak beliau berundur dari kerusi Perdana Menteri. Anwar melempar batu tapi sembunyi tangan.....

Anwar boleh baca kilat dalam kilau mainan politik Mahathir yang ingin memperalatkan dia untuk menentang PAS> Sebenarnya Anwar bermain acilut politik dengan PAS kerana banyak pemimpin ABIM menyertai PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, haji Hadi Awang dan allahyarham Ustaz Fadzil Nor.



Sebenarnya sudah ada suatu agenda antara Anwar dengan rakan-rakannya dalam PAS yang akan merancangkan strategi untuk menguasai kedua parti tersebut. Matlamatnya ialah memperkukuhkan kedudukan Anwar untuk mengambilalih kekuasaan kerajaan Persekutuan dengan dukungan UMNO dan PAS menjadi alat politik Anwar untuk menjaga kepentingannya.

Tidak dapat dinafikan Anwar mempunyai banyak penyokong yang taksub yang akan melakukan apa saja demi kepentingan beliau.

Sungguh pun Anwar dijulang sebagai wira oleh pembangkang namun sebahagian basar rakyat tetap mengekalkan Barisan Nasional untuk mentadbir negara. Ini bermakna rakyat pada umumnya masih berbelah bagi tentang kewibawaan dan ketokohan Anwar yang dijatuhi hukuman penjara kerana meliwat. Ini bermakna imej Anwar sebagai pemimpin berjiwa Islam diragui rakyat. Walau pun kes liwatnya mendapat laporan media dalam dan luar negara namun tidak tergugat hati rakyat untuk memberi kemenangan mutlak kepada pembangkang untukmenumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Anwar melancarkan demontrasi jalanan, menimbulkan huru-hara di Kuala Lumpur, memperalatkan ribuan anak-anak muda dan para penyokongnya untuk menentang kerajaan selepas dia dipecat dari kerajaan dan UMNO. Dia sebenarnya salah dugaan. Dia terlalu yakin bahawa melalui demontrasi jalanan dia dapat menggugat kerajaan untuk menerima dia kembali sebagai ahli kabinet dan UMNO. Dia ingat melalui demontrasi jalanan kerajaan BN boleh digulingkan sepertimana yang berlaku di Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filippina.

bersambung .........




SIRI 2 : ANWAR IBRAHIM : PENGKHIANAT ATAU PATRIOT?

Posted: 22 Feb 2012 08:31 PM PST


SIAPAKAH ANWAR SEBENARNYA? - YAHYA ISMAIL.





Anak kelahiran Ceruk Tok Kun di Seberang Perai bukan dilahirkan dari kalangan ulama. Bapanya , Datuk Ibrahim, pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan di era Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik, Ibrahim, bapa Anwar, pernah menjadi attendent hospital. Barangkali mengenangkan jawatannya sebagai attendent maka Tengku melantik bapa Anwar sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan.

Boleh dikatakan keluarga Anwar menyokong UMNO. Emak Anwar sendiri seorang pemimpin Wanita UMNO yang terkenal di Seberang Prai. Menurut sumber Tok Wan nya, sebelah bapanya dikatakan dari keturunan India dan dikatakan memeluk agama Islam. Tok Wan Anwar dikatakan berkahwin dengan wanita keturunan Cina yang dibela oleh keluarga Islam. Barangkali Anwar dan suku sakatnya boleh menerangkan lebih lanjut lagi siapakah gerangan keturunannya itu.

Janganlah hairan bin terkejut kalau Anwar petah berucap. Bukankah orang keturunan India bijak bercakap walaupun Anwar tidak mempunyai lenggukan kepala seperti kebanyakan orang India? Melihat dari keturunan bapanya, bermakna Anwar adalah generasi kedua dari kerunan India campur Cina.


ANWAR DAN ABIM.




ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) di bawah Anwar menjadi sebuah NGO yang berpengaruh dan mempunyai pengikut ramai. Semangat Melayu dan Islam yang tercetus selepas 13 Mei menjadikan Islam sebagai suatu kekuatan politik dan budaya yang kuat di kalangan generasi muda pada waktu itu.

Kalau kebanyak pemimpin PAS hanya berlegar disekeliling serban mereka dan memperalatkan Islam untuk menyebar pengaruh politiknya, Anwar pula menyebarkan perjuangan Islam keperingkat antarabangsa. Melalui ABIM Anwar mendapat perhatian dan sokongan berbagai pemimpin Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Indonesia. Melalui berbagai jaringan kerjasama, beliau dengan berbagai pemimpin negara-negara Barat, khasnya Amerika, Anwar di anggap oleh para pemimpin sebagai pemimpin Islam yang liberal.

Walau pun beliau hanya memimpin ABIM sebuah NGO Islam, namun penghormatan dan sanjungan yang diperolehinya dari berbagai ketua-ketua kerajaan asing lebih menyerlah dari Perdana Menteri sendiri !

Anwar sedar dia tidak boleh menjdadikan nasionalisme Melayu sebagai produk politiknya, untuk mendapat sokongan dan kerjasama dari ketua-ketua kerajaan asing. Tapi bila dia memperlihatkan ketokohannya sebagai pemimpin Islam Liberal maka dengan sendirinya dia mendapat perhatian dari ketua-ketua kerajaan asing. Khasnya dari kalangan Barat, oleh kerana Barat lebih senang berbicara kepentingan politik mereka dengan para pemimpin Islam Liberak dan bukan fudementalis yang dianggap Barat super kolot dan berbau militan.

 METHODOLOGI PENYEBARAN IDEALOGI.


Untuk merealisasikan cita-cita Islam Liberal, Anwar sejak memimpin ABIM sudah membuat jalinan kerjasama dengan berbagai golongan masyarakat di Indonesia, bukan saja di kalangan gerakan mahasiswa Islam seperti HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) tetapi juga dengan tokoh-tokoh Islam terkemuka dari kalangan parti-parti politik Indinesia dan Muhammadiah yang pada suatu masa dahulu dipimpin oleh Amin Rais.

Jalinan kerjasa tersebut diteruskan hingga kini. Oleh kerana itu, janganlah terkejut beruk kalau Anwar mempunyai para penyokong yang kuat di kalangan masyarakat Indonesia. Kebebasan media yang super bebas di Indonesia sekarang di eksplotasikan Anwar untuk meraih sokongan mural terhadap perjuangannya. Dengan kata lain, Anwar menjadikan Indonesia, sebagai pengkalan politiknya memandangkan pengaruh politik Indonesia, dengan penduduk-pendidiknya lebih dari 250 juta penganut Islam.

Memanglah di Indonesia terdapat golongan politikus dan budayawan Islam liberal yang pro-barat, dan kebanyakan dari mereka terdiri dari sahabat-sahabat Anuwar. Mereka mempunyai agenda politik Islam Liberal yang disenangi Barat. Jadi janganlah hairal kalau ada pertautan jiwa antar Anwar dengan golongan ini yang cuba mendapat tempat dalam politik nasional Indonesia dan juga Malaysia.

Seperti Anwar golongan Islam Liberal di Indonesia juga berkiblat ke Amerika. Besar kemunkun Amerika membantu golongan ini dengan harapangolongan Islam Liberal dapat menguasai kepimpinan negara Indonesia. Bayangkan sebagai MP Permatang juga merangkap penasihat PKR Anwar mempunyai pejabat di Washington DC, Siapa yang membiayai perbelanjaan dan penyewaan pejabat itu ? Anwar sensiri keluar belanja ?  Apakah kepentingan Anwar untuk membuka pejabatnya di Washington DC itu ?


Tidak ada parti politik di Malaysia yang mempunyai pejabat di sana. Apakah kerajaan amerika yang membiayainya ? Apakah Anwar juga mempunyai pelobi-pelobi yang diupah untuk mempengaruhi kerajaan Amerika dan beberapa senator yang berpengaruh untuk menyokong perjuangannya ?


PUTAR BELIT ISU.



Di Malaysia, juga di Indonesia, Anwar menggunakan keahliannya sebagai pemidato ala Sukarno dengan memutarbelitkan berbagai isu untuk meraih sokongan terhadap perjuangannya. Dia tahu bagaimana hendak mempengaruhi para pendengarnya. Bercakap dikalangan mahasiswa dia akan memperlihatkan idealisme generasi muda yang resah gelisah, inginkan pembaharuan dan berfikiran bebas.

Depan lebai-lebai pondok, ustaz-ustaz dan ulama-ulama berjiwa kerdil, Anwar dianggap sebagai seorang pejuang Islam nombor wahid yang mengatasi kemampuan intelek mereka. Di khalayak bukan Melayu, dia akan menyuarakan hak dan kebebasan mereka sebagai warganegara dan berjanji akan memperjuangkan nasib mereka. Boleh dikatakan anwar akan menabur janji anika ragam dan anika warna menurut siapa yang menjadi penontonnya. Karismanya sebagai pemidato yang super habat lebih kuat pengaruhnya dari penjual ubat kuat di Lorong Haji Taib. Tidak ada pemidato yang lebih handal dan berpengaruh dari Anwar. Itu perlu kita akui....


BINA IMEJ.

Dia membina imej sebagai pejuang Islam kerana pengaruh PAS menjadi semakin kuat selepas peristiwa berdarah 13 Mei, 1969. Selepas 13 Mei, timbul kesedaran di kalangan orang Melayu untuk bersatupadu mempertahankan kuasa politik Melayu dan hak hidup orang Melayu sebagai peribumi yang sah. Walau pun penyertaan PAS dalam kabinet Barisan Nasional pada tahun 1974 dianggap sebagai 'kahwin mut'ah' namun ia perlu wujud dan kena pada masanya.

Anwar melihat perkembangan politik pasca 13 Mei sebagai politik mempertahankan kuasa dan hak orang Melayu dan Islam. Beberapa orang pemimpin ABIM bersama Anwar sudah mengorak langkah menyertai PAS sebagai suatu strategi memperkukuhkan kedudukan politik PAS dan ada juga yang menyertai UMNO. Dia meletakkan orang-orangnya dalam PAS dan UMNO dengan harapan mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang bakal mengambilalih kepimpinan PAS dan UMNO pada suatu waktu itu.

MASUK 'UNIVERSITI KEMUNTING'.

Rupa-rupanya setelah keluar dari "Universiti Kemunting" bintang Anwar menjadi semakin terang. Siapa sangka seorang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam dengan senyuman bangganya menyertai UMNO, parti politik yang menjadi musuh politiknya di masa lalu. Dengan sekelip mata dia di'sintuklimau' sebagai menteri dalam kabinet Mahathir. Pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kemasukan Anwar dalam UMNO ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam satu temuramah saya dengan Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri saya bertanya, " Mengapakah Datuk Seri membawa masuk Anwar dalam UMNO dan menjadikandia seorang menteri penuh ?' Dengan tenang Dr Mahathir menjawab, " Kalau saya tak ambek dia masuk UMNO dia akan masuk PAS. Dia tu pejuang Islam,. Kalau dia masuk PAs teruklah UMNO."

Rupa-rupanya Mahathir juga menganggap Anwar sebagai pejuang Islam yang berpengaruh. mengikut perhitungan politik Mahathir, Anwar boleh memainkan KEpenting dalam UMNO memandangkan dia seorang pemimpin muda yang ada karisma, bijak berpidato dan mempunyai ribuan pengikut dalam dan luar negara. Dilihat dari latarbelakang politik, baik Mahathir mahu pun Anwar, pernah menentang UMNO dan berceramah di atas pentas PAS pada suatu ketika dulu. Jadi tidak hairanlah mengapa Mahathir mempunyai soft spot terhadap Anwar.......

MENG"ABIM" KAN UMNO?





Ada orang berkata Anwar hendak "ABIM" kan UMNO. Banyak rakan-rakan Anwar dalam ABIM diberi kedudukan dalam parti, kerajaan dan berbagai badan berkanun. Memandangkan Anwar seorang pejuang Islam yang kini mendapat kedudukan tinggi dan menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri maka banyak pihak mentafsirkan Anwar hendak melakukan reformasi dalam UMNO dengan melauskan jaringan ABIM di berbagai peringkat dalam parti.

Kononnya dia akan berusaha supaya UMNO dan PAS akan bergabung tenaga sebagai parti politik Melayu Islam yang super hebat dan super kuat di tanahair. Perlu diingat sahabat-sahabat Anwar dalam ABIM juga menyusur masuk kedalam kepimpinan PAS. Menurut beberapa pemimpin UMNO veteran mereka yang tidak sehaluan dengan ciitarasa politiknya akan disingkir dari kepimpinan UMNO. Dengan kata lain, Anwar akan memilih mereka yang sehaluan dengan nya untuk menerajui parti.

Ini bermakna mereka yang menari mengikut rentak tengo Anwar akan mengusai UMNO kelak kalau ditakdirkan Allah SWT , dia menjadi Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.

KEKUATAN MELAYU : UMNO + PAS.





Kekuatan UMNO dan PAS ialah sokongan mutlak dari orang Melayu. Untuk menjadi bakal Perdana Menteri seorang tokoh mesti mendapat dukungan dari masyarakat Melayu. Tanpa sokongan Melayu hanya mimpi yang berlabuh di Sri Perdana dan Putrajaya. 

Sejak merdeka hingga ke hari ini, malah 50 tahun akan datang, politik Malaysia masih berteraskan perkauman. Orang Melayu sebagai peri bumi tidak akan merelakan kuasa plitik tanah air berpindah kepada kaum-kaum lain. Bukan Melayu boleh berkongsi kuasa dengan orang Melayu selagi kedudukan dan kuasa politik Melayu tidak tergugat.

Politik akomodosi dengan bukan Melayu sejak merdeka hingga sekarang mestilah berdasarkan hasrat keramat Perlembagaan Negra. Setiap warganegara, tidak kira bangsa, agama, adat dan kebudayaan , mesti patuh dan terima segala aspek Perlembagaan Negara tersebut. Seperti kata peribahasa Melayu "di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung" masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.......


nantikan siri 3....

SELAMAT DATANG YAB PM MALAYSIA KE MELAKA.

Posted: 22 Feb 2012 08:00 PM PST


TARIKH 24 FEBUARI 2012.

DARIPADA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Tiada ulasan:

Pengikut