Khamis, 23 Februari 2012

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Isu Israel: Anwar Hilang Punca

Posted: 22 Feb 2012 04:00 PM PST

(Artikel ini disiarkan hari ini di akhbar Sinar Harian, 23 Februari 2012)

Bagai ayam lepas bertaji, Anwar Ibrahim dilihat kehilangan punca dan arah menjelaskan kenyataan kontroversi beliau yakni "(saya) menyokong segala tindakan bagi menjaga keselamatan negara Israel" di akhbar The Wall Street Journal (WSJ) apatah lagi selepas beliau disanggah teruk oleh orang Islam di luar dan di dalam negara, termasuklah daripada rakan kongsi politiknya, PAS. Manakan tidak, ini kerana Anwar secara terang-terangannya menonjolkan belang sebenar beliau yang memberi sokongan penuh dan umum (blanket support) kepada Israel untuk melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan negara tersebut.

Tiada ulasan:

Pengikut