PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
Motif Di sebalik ABU Terbongkar. Posted: 19 Feb 2012 05:18 PM PST Motif Di sebalik ABU Terbongkar.Posted on Dalam dok komen di Malaysiakini, akhirnya cybertrooper pembangkang di Malaysiakini pecah rahsia. Cuba tengok ni. Baru MyMassa tahu bahawa ABU sebenarnya bermaksud ASAL BUKAN MELAYU. Dengan menolak UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Ketuanan Melayu, maka lepas ini makin mudah untuk DAP menjajah Malaysia seperti PAP di Singapura. Ianya selari dengan hujah Guan Eng dalam debat iaitu DAP menolak KETUANAN MELAYU tetapi mengangkat ketuanan rakyat. Ketuanan rakyat atau ketuanan keluarga Lim, Karpal dan Anwar? *Kalau sesiapa yang perasan, yang komen di Malaysiakini kebanyakkannya bukan Melayu tapi pakai nama Melayu (contohnya Zanirun Baba). Cybertrooper DAP ni cuba hasut orang Melayu untuk pecahkan perpaduan orang Melayu. Malangnya ramai orang PAS dah termakan dengan mainan DAP. Rahsianya, cybertrooper DAP ini merupakan salah satu tugas 28 orang pegawai media Lim Guan Eng yang dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang |
REBUT KERUSI / 'HOT CHAIR' PRU 13. Posted: 19 Feb 2012 05:04 PM PST Semakin dekat PRU 13, semakin kerap kedengaran semua parti politik sedang sibuk agihkan kerusi sama ada parlimen mahu pun DUN. Jika kena caranya maka selesailah masalah tersebut jika sebaliknya sudah tentu akan kedengaran suara sumbang dan sebagainya. Seperti biasa BN dengan berkonsepkan perkongsian kuasa dan pemaufakatan dalam BN yang terjalin sekian lama pembahagian kerusi dijalankan menerusi mesyuawarah. Dan kini ditambah pula dengan 'winnable dan likeable' bagi memastikan calon yang bertanding menang dengan selesa. Begitu juga dengan PR. Kebiasaan nya PKR akan mendahului rakan-rakan sepakatan ddari segi jumlah kerusi yang bertanding, kemudian DAP dan akhirnya PAS. Walau pun PAS sering terkebelakang dari segi jumlah kerusi namun ianya diberi advantage dari segi kerusi DUN di negeri Pantai Timur dan juaga Utara Semenanjung. PRU 13, sering dianggap sebagai Ibu Pilihanraya. Sudah tentu PRU 13 menjanjikan pertembungan yang lebih menarik dengan kehadiran calon bebas, yang belum tentu bertanding menggunakan logo parti mana atau meneruskan kesinambungan dengan logo parti bebas. Jika ini berlaku sudah tentu kali ini menyaksikan kerusi pertandingan adalah 3 atau 4 penjuru dengan kehadiran wakil NGO seperti JATI mahu pun PERKASA. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan