Isnin, 20 Februari 2012

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


POLITIK WAJIB IKUT ISLAM, BUKAN ISLAM KENA IKUT POLITIK

Posted: 20 Feb 2012 06:19 AM PST



Assalamualaikum.

Sejak agak lama sebenarnya, umat Islamkhususnya di Malaysia ini telah dimomokkan dengan apa yang dipanggil sebagaipolitik Islam. Secara jelas, ia dipelopori PAS sebagai parti yang mendakwaingin melaksanakan Islam dan perjuangannya Islam. Sama ada kita percaya atautidak, sudah agak ramai yang terpedaya dengan perjuangan sedemikian.

Ramai yang terpedaya dengan gerakanini sehingga ada yang tergamak menafikan apa yang dilaksanakan UMNO sebagaitelah memenuhi tuntutan dan kehendak Islam. Lalu tidak hairanlah kita mendengarpelbagai fatwa politik dikeluarkan demi menghalalkan setiap tuduhan dan fitnahyang dilemparkan.

Hari ini saya ingin fokuskanperbincangan kita kepada topik, benarkah PAS adalah parti Islam, yangmemperjuangkan Islam dan mahu melaksanakan Islam. Secara sejarahnya, PAS adalahparti serpihan UMNO yang diwujudkan bukanlah bermatlamat sebagaimana yangmereka laungkan sekarang. Dan, saya juga tidak nampak sehingga kini adanya asasdan bukti-bukti bahawa PAS mahu menegakkan Islam di Malaysia seperti yangmereka dakwa selama ini.

Apatah lagi sejak mereka berkawandengan DAP, matlamat PAS sentiasa berubah-ubah. Baik, biarkan itu.

Apa yang hendak saya lontarkan kepadapembaca ialah betapa kita sebenarnya telah terpedaya dengan PAS. Sayaberpendapat, jika PAS adalah sebuah parti Islam, ia mestilah mematuhi kehendakIslam serta menjarakkan diri mereka dengan hal-hal yang dilarang oleh Islam.

Apa yang saya maksudkan. Mari kitaberfikir. Politik Islam yang sebenar adalah politik yang wajib memenuhituntutan Islam atau politik yang menjadikan Islam sebagai panduan mereka. Dalammaksud yang mudah, politik itu mestikan mengikut Islam.

Apa yang berlaku sekarang ialah,Politik telah memandu Islam. Dalam maksud yang mudah, Islam perlu mengikutpolitik. Ini pendekatan yang salah dan perkara ini mungkin ramai di kalangankita terlepas pandang akannya.

Inilah yang membimbangkan kita.Apabila Politik telah memandu Islam, maka terjadilah apa yang sedang terjadi.Tidak hairanlah perkara yang dilarang oleh Islam tetapi dihalalkan politik,maka perkara itu tidak lagi dianggap salah.

 Sebagai umat Islam, saya mahu mengajakanda semua merenung dan berfikir akan perkara ini. Insaflah dengan apa yangtelah kita lalui dengan penuhi kerugian akibat terpedaya dengan golongan yangmemperalatkan agama untuk kepentingan politiknya.

Sama-samalah kita fikirkannya.

Tiada ulasan:

Pengikut