Rabu, 29 Februari 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Non-Muslim Vice President in PAS?

Posted: 29 Feb 2012 07:20 PM PST

We are ready to accept a non muslim VP in PAS - Dzul

I read with surprise the announcement by Dr. Dzulkefly Ahmad that PAS is ready to accept a Non-Muslim as its deputy president. This in itself shows PAS's hypocrisy as during the early 1990s UMNO was accused of being "kafirs" for working together with MCA and MIC etc to run the government. However, I am not going to visit that as we all know that PAS's main objective now is to capture Putrajaya together with is partners in PR i.e. DAP and PKR. Nevertheless, what I would like to highlight here are some questions that I think is worth discussing.

Official stand

The main question to ask now is, is Dr. Dzulkefly announcement yesterday is the official stand of PAS or was just a personal view? It has to be understood that PAS has its own Syura Council and its central working committee members. Were these committees consulted prior to the announcement by Dr. Dzulkefly?

Non-Muslim VP just a drama to get votes?

PAS is the only party in this country that has a religion to its name i.e. ISLAM. Say if now the position of VP is given to a Non-Muslim, what will be his roles and responsibilities? Would it be the same as what current VP's are doing?


To read more please visit THE KUALA LUMPUR CHRONICLE

Isu Erykah Badu: Artis Malaysia Tak Peka Atau Sebenarnya Mereka Pekak?

Posted: 29 Feb 2012 04:54 PM PST

SP nak kongsi satu lagi artikel yang menarik berkenaan isu pembatalan Konsert Erykah badu di Malaysia. Artikel yang SP petik dari laman blog hiburan tersohor Malaysia OH! BULAN dan SP rasa kita semua perlu tahu.

Semalam, kecoh industri hiburan apabila DSU Dr. Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan bertulis di laman Twitter-nya mengenai pembatalan konsert Erykah Badu yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, 29 Februari 2012. Ouh, ingin diingatkan bukan semalam saja, masih kecoh sehingga hari ini.

Kesan dari kenyataan DSU Dr. Rais Yatim, ramai selebriti-selebriti tempatan melatah dan mempersoalkan kenapa konsert tersebut dibatalkan. Tidak cukup disitu, mereka turut mempersoalkan kenapa DSU Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia). Ini bererti mereka mempersoalkan kewibawaan seorang Menteri yang telah berkhidmat lebih dari 35 tahun dalam arena politik.

Untuk menjelaskan lagi keadaan, ini kenyataan pertama DSU di laman Twitter miliknya. Beliau memberitahu bahawa konsert Erykah Badu telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia. Anda jangan terlupa bahawa negara kita masih mempunyai majoriti penduduk Islam, dan inilah perkara yang harus dititikberatkan. Bukan kerana 5-6 orang selebriti melatah, konsert ini harus diteruskan.


Antara kenyataan DSU dalam tabloid tempatan yang kami rasa selebriti-selebriti di Malaysia wajib baca, bukan harus dibaca, ialah,

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.

OHBULAN! tertarik dengan kenyataan dari laman Twitter milik Daphne Iking, yang tegar membantah keputusan DSU.

Menyentuh isu sensitiviti, kenapa apabila ada orang yang melukis gambar Nabi Muhammad kita menindas sekerasnya tapi apabila ada orang yang melukis grafik "Allah" di badan, ramai pula mempersoalkan? Kenyataan Daphne benar-benar mengecewakan kami kerana hanya disebabkan Erykah Badu seorang yang "soft spoken" dan peramah, ini tidak bermaksud kita boleh menghalalkan perbuatan Erykah Badu yang sebelum ini melakar nama Allah di atas badannya.

Lagi kecewa dengan kenyataan Adibah Noor, seorang selebriti yang kami sangat hormati kerana ketegasan dan berpengetahuan, tetapi tidak sensitif dalam isu ini serta mempersoalkan tindakan DSU yang kami anggap relevan.

Adakah kerana Adibah Noor antara salah seorang selebriti yang telah lama bergiat dalam industri hiburan maka kita patut menyokong kenyataannya? Bagi OHBULAN!, tidak untuk Adibah, sekali lagi ya untuk DSU. Bagi OHBULAN!, ini bukan soal mudah tertipu atau pun apa saja yang dikaitkan dengan pengaruh barat, tapi kenyataan DSU terang-terang menyatakan bahawa "konsert Erykah Badu telah melanggar Garis Panduan Puspal yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia". Jadi, sila fikirkan semula.

Untuk pengetahuan, di Malaysia ada berjuta penduduk dan berjuta penganut Islam, sensitiviti haruslah dijaga sesama kita. Bukan sesuka hati mahu dilepaskan ikut suka hati. Mungkin persekitaran kita ramai yang berfikiran terbuka dan boleh memandang isu grafik kalimah "Allah" pada suatu sudut yang lain, namun sekali lagi ingatlah, bukan anda saja penganut agama Islam, ada berjuta lagi di Malaysia ini. Kepada selebriti yang fikir mereka sangat "open-minded" dan sangat intelek, sila buka lagi minda anda seluas mungkin agar anda memahami audiens di seluruh Malaysia. Ingat, jangan jadi katak dibawah tempurung.

Sebagai seorang menteri yang telah berkhidmat lebih dari 35 tahun, kenyataannya haruslah diambil berat dan janganlah kita mempersoalkannya. Untuk penjelasan lebih lanjut, sila baca 'screenshot' dari laman Twitter milik DSU Dr. Rais Yatim ini.


Sumber : OH! BULAN!



SP: Sebenarnya mereka bukan tak peka tapi masih menganggap ini perkara kecil yang diperbesar-besarkan. Yang lebih menyedihkan ada yang menganggap perbuatan artis barat tersebut tidak salah jika dibandingkan dengan perbuatan-perbuatan lain yang lebih menjengkelkan. Mungkin kalau nama ibu/bapa mereka dipersendakan pun mereka akan anggap itu semua "COOL".

LYNAS: Bukti Kadar MSV

Posted: 29 Feb 2012 08:15 AM PST

Pembaca lihat gambar di atas adalah kandungan mSv dan jadual yang disediakan oleh MOSTI. Ini adalah sebahagian dokumen mengenai kadar kandungan mSv yang dikeluarkan oleh MOSTI. InsyAllah GR akan keluarkan secara berperingkat untuk pengetahuan pembaca sekalian.



Cukuplah dengan bukti di atas kandungan mSv yang diperiksa di kilang Lynas dan juga jadual mSv yang dipaparkan, ini adalah jawapan bagi tomahan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Haprak terutama dari MP Kuantan sendiri YB Fuziah Salleh (Fuziah Torron). Jelas terbukti Lynas adalah kilang bukan reaktor nuklear yang berbahaya tapi memproses nadir bumi.

Walaupun ramai kaum Cina yang menyertai Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan dan Pulau Pinang, kita tidak pula mahu menuduh mereka berbuat demikian untuk kepentingan negara China yang kini akan terancam apabila Malaysia muncul sebagai pengeluar 'rare earth'kedua di dunia. Ini juga boleh mendatangkan pendapatan yang baik untuk negara.


Cerita selanjutnya di REZQEEN HILL

Kenyataan Rasmi Ketua Pemuda Seputeh berkenaan Isu THE STAR

Posted: 29 Feb 2012 07:39 AM PST

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh

SP: Sangat2 menyokong statement dari Sdr Razlan. The Star harus bertanggungjawab.

Razlan's

Razlan's


Tiada Maaf Bagi The Star @najibrazak @hishamuddinh20

Posted: 29 Feb 2012 07:42 AM PST

Kenyataan Rasmi Pemuda Seputeh.


Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.


Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.


Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?


Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.


Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.


Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".


Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.


Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.


Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.


Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekiranya ia terjadi kepada agama-agama lain.


Mohd Razlan Muhammad Rafii

Ketua Pemuda umno Bahagian Seputeh


Published with Blogger-droid v2.0.2

Puteri UMNO Bahagian Pandan

Puteri UMNO Bahagian Pandan


Keratan Akhbar: Majlis Perhimpunan Rakyat

Posted: 29 Feb 2012 12:00 AM PST

Keratan Akhbar: Majlis Perhimpunan Rakyat.

Tempat: Di Tapak Perumahan Generasi Ke 2, Felcra Changkat Lada, Bandar Baru Seberang Perak.



PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KONSEP MELAYU

Posted: 29 Feb 2012 04:43 AM PST



Konsep Melayu

Menurut Abdul Rahman Embong (2000), terdapat tiga pendekatan Melayu. Pertama konsep Melayu yang menggunakankesamaan bahasa dan budaya seperti yang terkandung dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Menurut beliau, Melayu secara fizikalnya berkulit ciku masak (sawo matang) yang
terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang mendiami alam Melayu yang juga dikenali sebagai nusantara. Dari segi linguistiknya, Melayu bertutur dalam bahasa asasnya iaitu bahasa Melayu-Polinesia. Melayu 196
dipecahkan kepada ratusan suku bangsa dan etnik yang mempunyai perbezaan lokasi, dialek dan cara hidup. Kini, Melayu menjadi sebahagian besar penduduk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina
manakala di Singapura, Selatan Thailand, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, dan Afrika Selatan  Melayu menjadi kumpulan populasi yang minoriti (Abdul Rahman 2000). Pendekatan kedua yang menerangkan konsep Melayu ini ialah kepada penggunaan nama Melayu itu sendiri. Menurut Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah nama Melayu dikatakan di  Palembang Sumantera. Untuk tarifan pendekatan ini Melayu tidak
termaksud mereka daripada etnik Jawa, Banjar, Acheh dan kelompokkelompok yang sama dengan budayanya. Pendekatan ini bermaksud Melayu adalah etnik yang terdapat di Palembang sahaja. Pemahaman
tentang Melayu ini bersesuaian dengan pengertian etnik Melayu di Indonesia yang tidak merangkumkan berbagai-bagai etnik di
Indonesia sebagai 'bangsa Melayu' tetapi Melayu itu hanya satu suku
etnik yang kecil. Pengertian ini berbeza dengan Melayu di Malaysia
yang merangkumi berbagai suku seperti Jawa, Bugis, Banjar, Minang,
Rawa dan Mandaling sebagai 'bangsa Melayu".
Manakala pendekatan ketiga pula dalam mentakrifkan
konsep Melayu ialah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan
Malaysia iaitu Fasal 160 yang mentarifkan Melayu adalah seseorang
yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat
istiadat Melayu dan i) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan
atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan
atau Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura ; atau ii) ia adalah keterunan seseorang
tersebut (Perlembagaan Persekutuan 2003, Syed Husin 1979).
Menurut Syed Husin (1979), pengertian Melayu dapat dilihat
melalui dua sudut iaitu sudut sosiobudaya dan juga perlembagaan.
Dari sudut sosiobudaya orang Melayu bukan sahaja terdapat di 197
Semenanjung  tetapi juga di tempat lain seperti kepulauan Filipina dan
Indonesia yang disebut Nusantara. Walaupun bertutur dalam dialek dan
loghat yang berbeza serta berbeza agama, para sarjana beranggapan
mereka ini daripada rumpun yang sama. Ini dapat dibuktikan dengan
seorang tokoh nasionalis Filipina Jose Rizal dengan ungkapan 'the
pride of the Malay race' walaupun beliau tidak beragama Islam (Wan
Hashim, 1996). Ikatan rumpun Melayu ini dipisahkan oleh penjajah
barat di rantau ini, misalnya  British di Malaya dan Brunei, Belanda
di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Oleh itu, kewujudan Melayu
adalah berasaskan negara, iaitu Melayu Malaysia, Melayu Indonesia
dan Melayu Brunei (Syed Husin Ali 1979,10)

BILA PENGUNDI CELARU, APA JADI ?

Posted: 28 Feb 2012 07:26 PM PST


Kecelaruan dunia politik 'dua kali lima, lima kali dua'

SEMALAM, seorang sahabat menghantar SMS bertanyakan sama ada saya sudah menonton filem komedi Sifu & Tongga. Saya menjawab ya. Itu pun atas permintaan anak- anak. Saya beritahu dia, anak-anak saya kata cerita itu tidak lawak! Kata sahabat berkenaan, bukan lawak persoalannya.

Lantas dia mengingatkan saya kembali adegan Sifu dan Tongga lakonan Saiful Apek dan Nabil Raja Lawak 2 berbaring di atas jalan selepas meninggalkan gua dalam hutan belantara tempat tinggal mereka sejak zaman penjajahan Jepun. Saya memang ingat adegan itu. Mereka pura-pura pengsan bagi menarik perhatian kenderaan yang lalu lalang di situ. Tujuannya supaya kenderaan berhenti dan mereka dapat 'menumpang' hingga ke bandar untuk mencari rakan mereka, Mila (lakonan Fouziah Gous), gadis yang diculik oleh wartawan sebuah akhbar harian tempatan. Kata sahabat itu lagi, aksi tersebut (tidur atas jalan) samalah dengan penunjuk perasaan yang tidur di atas jalan di Kuala Kangsar bagi membantah pelantikan Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar (MB) Perak yang baru dan sebagai tanda menyokong bekas MB, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang memohon derhaka kepada Sultan Perak.

''Tetapi Sifu dan Tongga lebih cerdik daripada mereka yang tidur di atas jalan di Kuala Kangsar tempoh hari,'' kata sahabat itu.

Kenapa pula? Katanya, Sifu dan Tongga berbaring dalam posisi menegak yang bermakna jika pemandu lori atau kenderaan pacuan empat roda yang melintasi laluan di kawasan hutan tersebut tidak ternampak kedua-duanya, nyawa mereka mungkin terselamat! Tetapi apa yang berlaku di Kuala Kangsar, mereka tidur melintang. Kemungkinan apabila kenderaan melintasi kawasan itu, pastinya kepala pun kena, kaki pun kena. Hancur badan mereka digelek kalau kenderaan itu tidak berhenti.

Nasib baiklah mereka yang berbaring di Kuala Kangsar itu tidak berada dalam era Sifu dan Tongga. Mereka berada di alam manusia yang sudah bertamadun, tidak seperti era sebelum Sifu dan Tongga yang baru sedar dari belenggu penjajahan. Dalam era kehidupan kita pada hari ini, kalau boleh sama ada ayam, biawak, musang, anjing atau apa sahaja yang melintas di hadapan akan cuba dielak supaya tidak terlanggar, inikan pula manusia. Tetapi kalau di Palestin, pastinya kereta kebal Zionis tidak peduli itu semua. Peganglah bendera Palestin sekalipun, pasti, sudah tentu mereka kena langgar. Mati sia-sia. Itulah kisah seorang sahabat yang nampak kecewa peristiwa di Kuala Kangsar itu sehingga membawa penulis kepada aksi Sifu dan Tongga. Mungkin ini selingan pagi Isnin sebagai pembuka bicara Selak minggu ini kerana penulis juga mahu membicarakan serba sedikit soal politik yang melanda negara.

Situasi politik hari ini pelbagai. Tetapi kesimpulan yang boleh dibuat ialah ia ibarat 'dua kali lima, lima kali dua' atau 'empat kali dua, dua kali empat' atau apa sahaja yang jika nombor mana sekali pun yang datang dulu, jika didarab jawapannya tetap sama.

Jika diselak kembali 'pergolakan' politik yang berlaku kebelakangan ini atau lebih tepat sejak selepas pilihan raya umum lalu, suasananya adalah begitu : 2 x 5 atau 5 x 2. Jawapannya tetap sama, 10. Rasanya tidak perlu diperturunkan satu persatu mengenai pergolakan itu.

Umum sudah tahu bagaimana sikap baling batu sembunyi tangan dan mengata dulang, paku serpih, mengata orang awak yang lebih. Seperti kata Ibrahim Ali di Dewan Rakyat baru-baru ini mengenai lompat parti. Dulu pakatan pembangkang hantar rombongan ke Taiwan untuk mencari kerusi bagi merealisasikan hasrat membentuk Kerajaan Persekutuan dengan cuba memancing penyertaan 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Betapa gahnya, mereka mencanangkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menjadi milik mereka. Namun semuanya tidak menjadi dan 16 September 2008 tinggal dalam lipatan sejarah pakatan pembangkang. Dan apabila tidak menjadi kenyataan, sebaliknya orang mereka pula beralih haluan, maka BN dipersalahkan. Terdahulu apabila orang UMNO menguji sejauh mana mereka menerima adegan lompat parti, mereka sambut baik tetapi apabila berlaku sebaliknya, mereka membuat pelbagai tohmahan terhadap BN, kononnya ada konspirasi. Orang yang melompat keluar pakatan dianggap 'katak' tetapi apabila orang BN melompat ke arah mereka, bukannya 'katak', mungkin dianggap pejuang! Apa ceritanya ini? Dalam erti kata lain, jika mereka lakukan tidak apa tetapi kalau orang lain buat tidak boleh - haram. Malangnya, pengikut-pengikut mereka ini boleh menerima bulat-bulat tanpa berfikir panjang. Putih kata pemimpin, maka putihlah kata orang bawah. Begitulah hebatnya politik mereka ini.

Satu lagi yang tidak dapat dinafikan dalam kemelut politik selepas pilihan raya umum lalu, dalam beberapa perkara tertentu, ia jelas menampakkan kekalutan malahan umpama gajah berjuang sama gajah, pelanduk mati tengah-tengah. Lebih mendukacitakan, banyak perkara perihal kaum terutama orang Melayu didedahkan. Kerana politik, mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga 'membogel dan menelanjangkan' kisah kaum sendiri, ibarat membuka pekung di dada.

Satu perkara lagi, desakan supaya wakil rakyat meletak jawatan. Apabila sebelah pihak mendesak seorang anggota BN meletak jawatan selepas lompat parti, mereka di sebelah sana kata, tidak perlu. Sekarang, ada pula suara Pas yang mendesak Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen, pada hal beliau bukan calon BN atau Pas tetapi Bebas yang bertanding menggunakan bendera Pas.

Sebelum itu, seorang wakil rakyat Pas mendakwa, media sengaja mahu meruntuhkan negara berikutan penyebaran gambar bogel wakil rakyat, Elizabeth Wong. Hebat kenyataan itu. Baginya, jika Elizabeth letak jawatan, pilihan raya kecil boleh mengganggu usaha membangunkan negara. Itulah kesimpulannya. Jadi kalau mahu dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, tidakkah ia juga satu usaha yang boleh menjejaskan pembangunan negara? Jika mahu diadakan pilihan raya kecil di Pasir Mas, tidakkah ia juga boleh menjejaskan pembangunan negara? Setuju? Justeru usahlah terlalu mudah asyik mendakwa orang lain silap. Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu. Kecoh di sana sini, angkara siapa? Bila orang BN buat demostrasi, mereka cepat-cepat desak ambil tindakan sedangkan dulu, mereka berkata, itu demokrasi. Jangan pura-pura tidak nampak, ibarat kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak.

Satu perkara lagi apabila BN dikatakan sengaja mengeksploit gambar Elizabeth sedangkan hakikatnya, gambar itu tersebar melalui punca lain. Soal ambil kesempatan perkara kedua kerana dalam politik serba serbi kemungkinan boleh berlaku kerana ' 2 x 5, 5 x 2'. Gambar yang tidak bogel pun kadang kala menjadi isu. Hatta bergambar di depan pejabat orang tertentu pun akan dikaitkan dengan orang itu dan ini. Siapakah yang menyebarkan gambar seumpama itu? Apa tujuan mereka? Inilah sikap sesetengah orang politik yang suka cakap belakang, cakap berbelit, cakap besar, cakap kosong, cakap melambung, cakap sejengkal dibawa sehasta yang bertujuan memperlekeh orang lain.

Justeru, kepada orang politik, biarlah cakap berlapik, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Pada masa yang sama ingatlah, dalam politik, manusia yang melakonkan watak politik itu sentiasa akan mengambil kesempatan. Justeru, sudah tidak ada lagi privasi dalam kehidupan. Kisah lama akan diungkit. Maka selepas ini berhati-hatilah ketika berada di khalayak atau di rumah. Awas dengan telefon bimbit berkamera. Sudah banyak 'kekecohan' yang kita pelajari akibat kemajuan teknologi ini. Setiap pergerakan kita sedang diperhatikan. Kita tidak tahu selepas ini, gambar siapa, VCD siapa dan suara siapa pula akan muncul selepas ini. Mungkin hari ini anda tidak ada cita-cita menjadi ahli politik dan tidak menjaga moral atau tingkah laku tetapi kalau sudah suratan, tiba-tiba mendapat peluang politik, bagaimana? Mungkin sehari dua menjadi ahli politik tidak akan muncul cerita lama ini tetapi apabila sudah di puncak, banyak lawan atau musuh, maka cerita moral akan timbul. Kerana politik, kisah moral silam tidak akan diampunkan.
Justeru hati-hatilah. Ingat bahawa tidak ada pendekar yang tidak bolos, tidak ada juara yang tidak kalah!

Dan sebelum menutup bicara di ruangan ini, penulis juga ingin menyelak sedikit lagi isu kekalutan politik di Perak lebih-lebih lagi apabila satu rekod mungkin rekod dunia yang baru dicipta setelah seorang MB yang diperkenankan Sultan digantung 18 bulan dan barisan exconya 12 bulan. Rasanya belum pernah dalam sejarah Malaysia MB digantung begitu lama. Budak-budak pun akan tahu apa yang tersurat dan tersirat daripada tindakan gantung itu. Tentunya ada kena mengena dengan politik. Kata orang terkilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Jika Speaker itu jujur, untuk kepentingan negeri, maka 'hukuman' seperti itu tidak akan dilakukan. Kepada Dr. Zambry, teruskan kerja seperti yang diminta oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Pikullah amanah Sultan Perak. Dr. Zambry...jangan derhaka!

PEMIMPIN DAN AHLI PARTI JANGAN BUAT HAL JIKA NAK MENANG.

Posted: 28 Feb 2012 07:23 PM PST


Calon boleh menang pilihan raya jika ahli-ahli parti tidak 'buat hal'

MAHU menang atau kalah? Itu sahaja persoalan yang harus dilontarkan kepada ahli-ahli parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Jika jawapannya untuk menang, maka ada syarat-syaratnya. Begitu jugalah sebaliknya jika mahu kalah. Bagi Barisan Nasional (BN), jika benar sudah ada calon boleh menang diturunkan, maka tidak ada sebab calon berkenaan tidak boleh menang.

Kekuatan ahli parti sama ada mewakili UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan apa sahaja parti akan menjadi penyumbang kemenangan. Jika semua ahli di satu-satu kawasan sepakat mahu menyokong calon pilihan parti, maka ia tidak ada masalah

Cuma memerlukan sokongan tambahan daripada bukan ahli, pengundi 'atas pagar' malahan pengundi yang menganggotai parti lawan. Sokongan pengundi di luar parti, 'atas pagar' malahan ahli parti lawan amat penting bagi meluaskan lagi peluang.

Pada masa yang sama tidak ada gunanya mempunyai ahli ramai tetapi mereka tidak memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih pada hari pengundian atau 'lebih parah' lagi jika mereka tidak layak mengundi kerana tidak mendaftar sebagai pengundi yang sah. (Nota: Isu ramai orang UMNO/Melayu yang tidak mendaftar sebagai pengundi bukan perkara baru yang timbul hari ini, semalam atau kelmarin, tetapi isu lama. Kenapa jadi begitu?).

Pas, DAP, PKR tidak terlalu bergantung kepada jumlah ahli di satu-satu kawasan tetapi parti ini mampu memenangi banyak kerusi pada PRU dengan majoriti besar.

Semalam, sempena ulang tahun ke-63 MCA, parti itu mengumumkan jumlah keseluruhan ahlinya kini 980,000 orang. Dalam tempoh 2008 hingga sekarang, parti itu menerima kemasukan 35,000 anggota baru dan daripada jumlah itu, 28,000 di bawah umur 45 tahun. Diharapkan, 980,000 ahli MCA ini benar-benar pengundi setia BN pada PRU akan datang. Begitu juga dengan 3.34 juta ahli UMNO, 600,000 ahli MIC dan 580,000 ahli PPP. Mereka ini bukan sahaja menjadi pengundi setia tetapi juga diharap boleh mengundi pada PRU akan datang.

Di samping menghitung jumlah ahli yang ramai, kedudukan parti perlu diperkukuhkan.

Seperti kata Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek semalam, MCA yang sebelum ini berada di 'persimpangan' kini muncul sebagai sebuah parti yang lebih bersatu dan kuat selepas mengharungi banyak krisis.

Memang benar kata Soi Lek, rakyat tidak akan sokong parti yang diselubungi masalah.

''Kita perlu perbetulkan keutamaan kita supaya kita boleh bergerak antara satu sama lain dan bekerja bersama-sama untuk satu tujuan tetapi dengan mempunyai banyak matlamat''.

Bagaimanapun kata Soi Lek: ''Walaupun kini MCA telah dianggap sebagai lebih lantang dan lebih efektif dalam menyelesaikan masalah, masalah yang kita hadapi ialah bahawa rakyat mungkin tidak sedar dengan apa yang kita sedang lakukan. Mereka lebih bersikap mengkritik mengenai apa yang anda tidak lakukan atau gagal lakukan''.
Ya...tidak dinafikan ada rakyat malahan parti pembangkang sentiasa mencari apa yang belum dilakukan untuk membolehkan mereka terus mengkritik kerajaan.

Malahan, golongan seperti ini juga sentiasa mencari silap setiap program yang dilakukan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Pembangkang sedar semua program ini untuk rakyat yang tidak mampu dilaksanakan oleh mereka walaupun telah menabur pelbagai janji untuk memberi bantuan. Tetapi ia sekadar manifesto. Jika ada pun tidak semua yang dapat. Adalah sikit-sikit.

Akhirnya semua program yang diatur kerajaan itu menjadi sasaran kritikan. Mereka berusaha mencari 'kekurangan' yang ada. Malahan timbul juga suara-suara sumbang mengatakan BR1M yang memberi bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang terpilih sebagai rasuah. Mereka yang resah dengan program-program itu sengaja menimbulkan 'keresahan' di kalangan rakyat.
Namun hakikatnya, penyokong mereka tidak menolak habuan yang diberi. Mereka 'tumpang semangkuk'. Seorang sahabat memberitahu, ada kawannya yang sanggup tukar kopiah atau ketayap putih kepada kopiah atau songkok hitam semasa mahu mengambil RM500. Kalau rasuah, pihak yang menerima harus menolaknya!

Kembali kepada PRU, dengan kekuatan ahli serta parti yang lebih kukuh serta mengurangkan perselisihan dalaman, ahli-ahli parti perlu digemblengkan untuk mencapai matlamat menang pada PRU akan datang. Namun sejauh mana masalah dalaman dapat dikurangkan menjelang PRU? Sudah menjadi lumrah, setiap kali menjelang PRU, ada saja yang tidak kena. Suara sumbang dalam parti menjadi satu perkara biasa. Begitu juga berebut mahu menjadi calon. Lebih ramai yang mengaku sebagai calon boleh menang daripada menawarkan diri untuk tidak dipilih.

Justeru calon boleh menang belum tentu boleh menang jika ahli-ahli parti 'buat hal' pada saat akhir. Penyakit sabotaj jika tidak dipilih jadi calon, bukan sesuatu yang luar biasa. Bilik gerakan ditutup, poster tidak ditampal, bendera tidak dikibar, ceramah tidak diatur dan macam-macam lagi menjadi masalah. Apakah masih ada perangai seperti ini?

Ada juga ahli parti yang bertindak seperti talam dua muka, musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan. Tidak kurang juga yang tiba-tiba membuka pekung di dada atau bagai tepuk air di dulang dan meludah ke langit. Mereka juga tidak malu mengeluarkan kenyataan bodoh!

Golongan seperti ini bukan lagi marahkan nyamuk kelambu dibakar tetapi sanggup membakar seluruh kampung hanya kerana marahkan ketua kampung.

Situasi seperti inilah yang menyebabkan calon boleh menang tidak mampu menang.

Justeru, ahli-ahli parti yang jumlahnya disenaraikan tadi perlu benar-benar setia kepada parti tetapi usahlah memaksa mereka melakukan sumpah setia atau bai'ah kerana semua ini hanya soal politik. Cukuplah kesetiaan mereka ditagih untuk mengundi secara bijaksana dan bekerja gigih untuk menangkan parti.

Sebagai ahli parti, mereka hendaklah mengetepikan semua perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pucuk pimpinan mengenai calon pada PRU akan datang.

Undilah calon yang ditunjukkan oleh pemimpin sama ada ia calon tempatan atau calon 'payung terjun'. Soal calon luar ini juga satu 'penyakit' yang berlaku di kalangan parti komponen BN. Mereka agak sukar menerima calon luar. Ada saja alasan yang akan menggagalkan peluang calon ini. Tetapi lihatlah bagaimana pembangkang yang meletak calon dari negeri lain di kawasan tertentu tetapi menang mudah. Maka ahli-ahli parti komponen BN perlu melihat perbezaan berpolitik ini. Fokus utama parti adalah untuk menang dengan majoriti yang selesa bagi membentuk kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Dalam hal ini mereka perlu melihat kepada kemenangan parti, bukannya kemenangan individu

Analisis: Arah tuju pengundi bukan Melayu

Posted: 28 Feb 2012 07:12 PM PST

Analisis: Arah tuju pengundi bukan Melayu
Oleh Ziauddin Sharuddin dan Magendran Rajagopal

Pendirian masyarakat India, Cina jauh berbeza apabila memilih calon

SUKAR untuk meramalkan kecenderungan pengundi Cina setiap kali pilihan raya umum, kerana pendirian mereka boleh berubah, termasuk pada saat akhir jika timbul isu misalnya yang boleh menggugat ekonomi atau kesejahteraan perniagaan mereka.

Bagi masyarakat India pula, calon MIC kebanyakannya terpaksa bergantung harap kepada pengundi Melayu untuk menang tetapi pada pilihan raya umum kali ini dengan berbaki dua hari, MIC perlu bekerja lebih keras untuk meyakinkan bukan saja orang Melayu, malah di kalangan pengundi India sendiri setelah beberapa insiden berlaku sebelum ini.

Namun, sejarah membuktikan pendirian masyarakat India dan Cina jauh berbeza apabila memilih calon pilihan masing-masing. Misalnya, pengundi Cina beberapa kali membuat kejutan dengan menjadikan MCA dan Gerakan sebagai mangsa, sekali gus membuka laluan kepada pembangkang DAP.

Pada pilihan raya umum 1986, DAP mendapat 24 kerusi Parlimen, berbanding 17 milik MCA dan Gerakan (lima). Pilihan raya berikutnya pada 1990, DAP dengan 20 kerusi Parlimen mengatasi MCA yang hanya memiliki 18 kerusi dan Gerakan, kekal lima.

Tiga pilihan raya umum seterusnya - 1995, 1999 dan 2004, giliran MCA dan Gerakan pula menidakkan kelebihan DAP.

Bagaimana pula senario kali ini? Betulkah kaum kedua terbesar itu dikatakan lebih cenderung memberi undi kepada pembangkang.

Bagi pengundi Cina yang majoriti tinggal di kawasan bandar, isu yang penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, labelkan sebagai 'kesejahteraan perut' seperti ekonomi, harga barang dan minyak serta keselamatan menjadi keutamaan.

MCA dan Gerakan yang menjadi sandaran kaum Cina, terus berdepan cabaran hebat DAP, yang secara teori berbilang kaum, tetapi majoriti ahli dan pemimpin adalah kaum Cina. Pertarungan ketiga-tiga parti tertumpu di kawasan majoriti kaum Cina, terutama Lembah Klang dan Lembah Kinta serta Pulau Pinang.

Bagaimanapun isu lebih panas dan bersifat sentimen yang dimainkan DAP untuk menyerang MCA dan Gerakan adalah tohmahan bahawa kedua-dua parti itu bukan lagi menjadi pengawal kepada masyarakat Cina, tetapi kepada Umno.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mendakwa setiap satu undi kepada MCA dan Gerakan atau parti komponen BN lain, bermakna satu undi kepada Umno, sekali gus menghakis demokrasi dan hak setiap rakyat.

Isu sama juga digunakan menyerang kerajaan pimpinan Gerakan di Pulau Pinang dengan menggembar-gemburkan bahawa Gerakan dan MCA hanya boneka kepada parti yang sebenar berkuasa, Umno.

Malah, isu calon Ketua Menteri menjadi bahan kempen pembangkang, DAP berikutan keputusan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding kerusi Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya kali ini.

Menghadapi serangan hebat DAP, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, mengingatkan masyarakat Cina supaya tidak termakan umpan DAP kerana untuk menjadikan MCA dan masyarakat Cina kuat bukan dengan cara mengundi DAP.

Katanya, jumlah kerusi yang lebih sedikit bermakna suara MCA menjadi lemah dan merugikan masyarakat Cina dalam kerajaan BN.

Persoalan sekarang, bolehkah diterima bahawa pengundi Cina lebih cenderung kepada pembangkang pada hari pengundian.

Adakah DAP mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Bintang dan Seputeh di Lembah Klang; Ipoh Timur dan Ipoh Barat di Lembah Kinta serta Tanjong dan Bukit Gelugor di Pulau Pinang, serta merampas kawasan milik MCA dan Gerakan.

Jangan lupa di Pulau Pinang, DAP berdepan jalan sukar untuk menguasai Pulau Pinang. Lihatlah keanehan dalam pilihan raya lalu. Parlimen Tanjong dimenangi calon DAP, tetapi kedua-dua DUN dalam Parlimen itu, Padang Kota dan Pengkalan Kota diwakili Gerakan dan MCA.

Bukan rahsia bahawa pengundi Cina memilih BN di DUN demi memastikan Ketua Menteri tetap daripada kaum itu, manakala DAP dihantar membangkang di Kuala Lumpur (Dewan Rakyat). Jika senario ini berterusan, DAP mungkin menang sorak, tetapi ayam sabung rebah di gelanggang.

Mengambil pandangan pakar sejarah yang juga penganalisis masyarakat Cina, Prof Emeritus Khoo Kay Kim, bahawa setakat ini tidak pasti ke manakah undi itu pergi.

"Memang benar bahawa cakap-cakap orang sekarang ialah pengundi Cina menyokong pembangkang, tetapi adakah kita pasti bahawa cakap-cakap itu diterjemahkan kepada undi. Sesetengah orang hanya bercakap tetapi apabila mengundi, keadaan berbeza," katanya.

Di sebalik kenyataan berapi pemimpin DAP sepanjang kempen pilihan raya, masyarakat Cina adalah pragmatik dan amat mementingkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Mampukah DAP memenuhi harapan itu?

Sementara itu, tidak keterlaluan jika dikatakan Pilihan Raya Umum 2008 menjadi penentu hala tuju politik MIC, terutama bagi Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, yang menerajui parti tunggal mewakili kaum India dalam BN sejak 1979 dan menganggotai Kabinet sejak 20 Oktober tahun yang sama.

Gelombang kemarahan `segelintir' masyarakat India mendakwa mereka tersisih daripada arus perdana pembangunan negara yang ditampilkan menerusi demonstrasi jalanan 25 November lalu dan 16 Januari tahun ini sedikit sebanyak mencemarkan imej MIC dan tempiasnya sudah tentu terkena pada BN yang diharap tidak diterjemahkan dalam bentuk undi Sabtu ini.

Meskipun Samy Vellu mengakui peratusan undi kaum India untuk calon MIC mungkin merosot, beliau tetap yakin parti itu dapat mengulangi kemenangan 100 peratus di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun, tidak ada yang membuat penilaian kesan kemerosotan undi kaum India ini terhadap calon parti komponen BN lain yang sebelum ini hanya bimbangkan pecahan undi Melayu serta Cina dan yakin sokongan padu pengundi India akan memberi kelebihan kepada calon BN.

Memang diakui undi masyarakat India tidak membentuk majoriti di mana-mana kawasan Parlimen atau DUN di negara ini. Namun undi mereka yang selama ini boleh dikatakan 99 peratus memihak kepada BN menjadi faktor penentu di kebanyakan kawasan.

Secara keseluruhan, 62 daripada 219 kerusi Parlimen dan 135 daripada 505 kerusi DUN mempunyai lebih 10 peratus pengundi berketurunan India yang berdaftar pada pilihan raya umum 2004 tetapi MIC memastikan kemenangan 100 peratus semua kerusi yang ditandinginya sejak pilihan raya umum 1982.

Kawasan majoriti Melayu turut menjadi masalah kepada BN, khususnya MIC, kerana liputan meluas mengenai tuntutan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) mungkin menimbulkan kerisauan masyarakat Melayu sehingga mendorong mereka untuk tidak memilih calon berketurunan India, tidak kira parti mana diwakili.

Ada yang mendakwa 80 peratus pengundi India tidak akan menyokong BN pada pilihan raya umum kali ini dan ada pula mendakwa MIC masih ada sokongan 50 peratus pengundi kaum India. Namun tidak seperti pengundi Melayu yang boleh memilih Pas atau pengundi Cina yang boleh memangkah DAP, pengundi India tidak ada parti pembangkang untuk mewakili mereka.

MIC juga bernasib baik kali ini kerana pemimpin Hindraf sendiri mengakui sebahagian besar penyokong perjuangan mereka lewat mendaftar dan tidak layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Jika ditakdirkan MIC lolos rintangan kali ini, Samy Vellu, yang akan berusia genap 72 tahun pada hari mengundi, wajar bersyukur kerana tidak mengakhiri sejarah 29 tahun selaku Presiden MIC dan Menteri Kabinet dalam keadaan begitu mengaibkan sehingga dicemuh, dicerca serta dihina masyarakat sendiri.

CUBA LIHAT DAN BACA APA YANG MEREKA TULIS !

Posted: 28 Feb 2012 07:07 PM PST


BERITA

SAMM dedah gambar gangster dengan pemimpin Umno

Harakahdaily29 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 29 Feb: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semalam mendedahkan gambar penglibatan pemimpin Umno dengan mereka yang terlibat dengan kejadian ganas dalam beberapa program kebelakangan ini.
Majdan Dagang29 Feb 2012
Kesemua negara tersebut – Amerika Syarikat, Ukraine (ketika masih di bawah Rusia), dan Jepun mempunyai tahap teknologi yang jauh lebih tinggi daripada Malaysia, namun mereka tidak mampu mengawal kebocoran daripada berlaku.
 

Lagi Berita...

Perkasa sokong debat Najib-Anwar, Najib bagaimana?

Harakahdaily29 Feb 2012
SHAH ALAM, 29 Feb: NGO Pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut bersetuju agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saham Lynas menjunam selepas Himpunan Hijau

Harakahdaily29 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 29 Feb: Saham Lynas, yang disenaraikan di Australian Securities Exchange ditutup 4.65 peratus lebih rendah pada A$1.23 Isnin lalu selepas berita 10 penduduk Gebeng mencabar keputusan pemberian TOL kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd.
 

Tabah lancar himpunan 123 Bangkit

Mohd Firdaus29 Feb 2012
KOTA KINABALU, 29 Feb: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dengan beberapa NGO akan mengadakan perhimpunan aman 12 Mac hadapan bagi mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah adat yang semakin meruncing.

UPSI: 8 mahasiswa dipanggil kawad cam polis

Khairul Naim29 Feb 2012
8 aktivis mahasiswa yang terlibat adalah Ahmad Shukri Che Ab Razab, Khalid Mohd Ismath, Haziq Abdullah Abdul Aziz, Muhammad Safwan Anang@Talib, Adam Adli, Ekhsan Bukharee Badarul, Mohd Zaini Mahd Ismail dan Muhammad Hilman Idham.
 

Editor kanan The Star dipanggil KDN

Harakahdaily28 Feb 2012
kemaskini KUALA LUMPUR, 28 Feb:Para Editor kanan akhbar milik MCA, The Star telah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran penyiaran gambar tatoo nama Allah dalam akhbar itu.

Skandal NFC: Najib kena jelaskan kenapa Felda tidak terpilih

Rafizi Ramli dan Suhaimi Said28 Feb 2012
Kenapa Datuk Seri Najib mengenepikan warga Felda melalui syarikat mereka sedangkan mereka lebih layak dan berpengalaman berbanding keluarga menteri dalam memberikan projek NFC.
 

Haramkan The Star, mana pergi NGO beras kampit

Mohd Sayuti Omar28 Feb 2012
Umat Islam wajib terus desak dan berikan tekanan. Sikap The Star bagi saya jauh lebih berbahaya berbanding aktiviti memurtadkan umat Islam di negara ini yang dihebohkan oleh sebuah NGO berjenama beras kampit itu. Kenapa NGO itu diam?

FGVH: Isa angkuh, tidak hormati warga Felda

Aiman Athirah al-Jundi28 Feb 2012
DMPP percaya penyenaraian FGVH akan terus membingit dan mengancam masa depan warga peneroka akibat kegagalan pentadbiran Umno BN melakukan tindakan yang benar-benar meletakkan kepentingan rakyat didahulukan.
 

3 jam dengar ceramah Umno sebelum dapat RM500

Aslani M | Foto Yusri Amin28 Feb 2012
TUMPAT, 28 Feb: Dua, tiga jam terpaksa memekak telinga mendengar ceramah pemimpin Umno sebelum mendapat duit RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Kalau program waktu petang, ada penduduk tidak sempat menunaikan solat.

Isu debat pemimpin DAP Melayu-Umno P Pinang

Zulkifli Mohd Noor28 Feb 2012
Saya selaku AJK DAP Negeri Pulau Pinang menyahut cadangan Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) seperti disiarkan melalui Harakah Daily bertarikh 24/2/2012 untuk berdebat dengan pemimpin UMNO Negeri ini.
 

Isu Kedah selesai dalam masa terdekat

Harakahdaily28 Feb 2012
ALOR SETAR, 28 Feb: Ekoran pertemuan mereka dengan pimpinan PAS Kedah hari ini, pimpinan PAS Pusat yakin isu di negeri itu akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.

Pemuda PAS dan mufti mahu permit The Star digantung

Harakahdaily28 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Pemuda PAS dan Mufti Perlis sepakat mencadangkan agar kerajaan menggantung permit akhbar The Star ekoran tindakan biadabnya menghina Islam.
 

Rasuah: Najib akui SPRM tiada kuasa, tak bebas

Harakahdaily28 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Sudah jelas SPRM tidak bebas dan ini menjejaskan prestasinya sampai kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International menurun dari tangga ke-56 pada 2010 ke-60 tahun lepas.

Konsert Erykah batal, Star mesti dihukum juga

Harakahdaily28 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 28 Feb:Kementerian Penerangan telah menarik balik kebenarannya kepada pihak penganjur konsert Erykah Badu ekoran bantahan namun Pemuda PAS mahu The Star tidak terlepas begitu sahaja

Pengikut