Rabu, 29 Februari 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Non-Muslim Vice President in PAS?

Posted: 29 Feb 2012 07:20 PM PST

We are ready to accept a non muslim VP in PAS - Dzul

I read with surprise the announcement by Dr. Dzulkefly Ahmad that PAS is ready to accept a Non-Muslim as its deputy president. This in itself shows PAS's hypocrisy as during the early 1990s UMNO was accused of being "kafirs" for working together with MCA and MIC etc to run the government. However, I am not going to visit that as we all know that PAS's main objective now is to capture Putrajaya together with is partners in PR i.e. DAP and PKR. Nevertheless, what I would like to highlight here are some questions that I think is worth discussing.

Official stand

The main question to ask now is, is Dr. Dzulkefly announcement yesterday is the official stand of PAS or was just a personal view? It has to be understood that PAS has its own Syura Council and its central working committee members. Were these committees consulted prior to the announcement by Dr. Dzulkefly?

Non-Muslim VP just a drama to get votes?

PAS is the only party in this country that has a religion to its name i.e. ISLAM. Say if now the position of VP is given to a Non-Muslim, what will be his roles and responsibilities? Would it be the same as what current VP's are doing?


To read more please visit THE KUALA LUMPUR CHRONICLE

Isu Erykah Badu: Artis Malaysia Tak Peka Atau Sebenarnya Mereka Pekak?

Posted: 29 Feb 2012 04:54 PM PST

SP nak kongsi satu lagi artikel yang menarik berkenaan isu pembatalan Konsert Erykah badu di Malaysia. Artikel yang SP petik dari laman blog hiburan tersohor Malaysia OH! BULAN dan SP rasa kita semua perlu tahu.

Semalam, kecoh industri hiburan apabila DSU Dr. Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan bertulis di laman Twitter-nya mengenai pembatalan konsert Erykah Badu yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, 29 Februari 2012. Ouh, ingin diingatkan bukan semalam saja, masih kecoh sehingga hari ini.

Kesan dari kenyataan DSU Dr. Rais Yatim, ramai selebriti-selebriti tempatan melatah dan mempersoalkan kenapa konsert tersebut dibatalkan. Tidak cukup disitu, mereka turut mempersoalkan kenapa DSU Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia). Ini bererti mereka mempersoalkan kewibawaan seorang Menteri yang telah berkhidmat lebih dari 35 tahun dalam arena politik.

Untuk menjelaskan lagi keadaan, ini kenyataan pertama DSU di laman Twitter miliknya. Beliau memberitahu bahawa konsert Erykah Badu telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia. Anda jangan terlupa bahawa negara kita masih mempunyai majoriti penduduk Islam, dan inilah perkara yang harus dititikberatkan. Bukan kerana 5-6 orang selebriti melatah, konsert ini harus diteruskan.


Antara kenyataan DSU dalam tabloid tempatan yang kami rasa selebriti-selebriti di Malaysia wajib baca, bukan harus dibaca, ialah,

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.

OHBULAN! tertarik dengan kenyataan dari laman Twitter milik Daphne Iking, yang tegar membantah keputusan DSU.

Menyentuh isu sensitiviti, kenapa apabila ada orang yang melukis gambar Nabi Muhammad kita menindas sekerasnya tapi apabila ada orang yang melukis grafik "Allah" di badan, ramai pula mempersoalkan? Kenyataan Daphne benar-benar mengecewakan kami kerana hanya disebabkan Erykah Badu seorang yang "soft spoken" dan peramah, ini tidak bermaksud kita boleh menghalalkan perbuatan Erykah Badu yang sebelum ini melakar nama Allah di atas badannya.

Lagi kecewa dengan kenyataan Adibah Noor, seorang selebriti yang kami sangat hormati kerana ketegasan dan berpengetahuan, tetapi tidak sensitif dalam isu ini serta mempersoalkan tindakan DSU yang kami anggap relevan.

Adakah kerana Adibah Noor antara salah seorang selebriti yang telah lama bergiat dalam industri hiburan maka kita patut menyokong kenyataannya? Bagi OHBULAN!, tidak untuk Adibah, sekali lagi ya untuk DSU. Bagi OHBULAN!, ini bukan soal mudah tertipu atau pun apa saja yang dikaitkan dengan pengaruh barat, tapi kenyataan DSU terang-terang menyatakan bahawa "konsert Erykah Badu telah melanggar Garis Panduan Puspal yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia". Jadi, sila fikirkan semula.

Untuk pengetahuan, di Malaysia ada berjuta penduduk dan berjuta penganut Islam, sensitiviti haruslah dijaga sesama kita. Bukan sesuka hati mahu dilepaskan ikut suka hati. Mungkin persekitaran kita ramai yang berfikiran terbuka dan boleh memandang isu grafik kalimah "Allah" pada suatu sudut yang lain, namun sekali lagi ingatlah, bukan anda saja penganut agama Islam, ada berjuta lagi di Malaysia ini. Kepada selebriti yang fikir mereka sangat "open-minded" dan sangat intelek, sila buka lagi minda anda seluas mungkin agar anda memahami audiens di seluruh Malaysia. Ingat, jangan jadi katak dibawah tempurung.

Sebagai seorang menteri yang telah berkhidmat lebih dari 35 tahun, kenyataannya haruslah diambil berat dan janganlah kita mempersoalkannya. Untuk penjelasan lebih lanjut, sila baca 'screenshot' dari laman Twitter milik DSU Dr. Rais Yatim ini.


Sumber : OH! BULAN!



SP: Sebenarnya mereka bukan tak peka tapi masih menganggap ini perkara kecil yang diperbesar-besarkan. Yang lebih menyedihkan ada yang menganggap perbuatan artis barat tersebut tidak salah jika dibandingkan dengan perbuatan-perbuatan lain yang lebih menjengkelkan. Mungkin kalau nama ibu/bapa mereka dipersendakan pun mereka akan anggap itu semua "COOL".

LYNAS: Bukti Kadar MSV

Posted: 29 Feb 2012 08:15 AM PST

Pembaca lihat gambar di atas adalah kandungan mSv dan jadual yang disediakan oleh MOSTI. Ini adalah sebahagian dokumen mengenai kadar kandungan mSv yang dikeluarkan oleh MOSTI. InsyAllah GR akan keluarkan secara berperingkat untuk pengetahuan pembaca sekalian.



Cukuplah dengan bukti di atas kandungan mSv yang diperiksa di kilang Lynas dan juga jadual mSv yang dipaparkan, ini adalah jawapan bagi tomahan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Haprak terutama dari MP Kuantan sendiri YB Fuziah Salleh (Fuziah Torron). Jelas terbukti Lynas adalah kilang bukan reaktor nuklear yang berbahaya tapi memproses nadir bumi.

Walaupun ramai kaum Cina yang menyertai Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan dan Pulau Pinang, kita tidak pula mahu menuduh mereka berbuat demikian untuk kepentingan negara China yang kini akan terancam apabila Malaysia muncul sebagai pengeluar 'rare earth'kedua di dunia. Ini juga boleh mendatangkan pendapatan yang baik untuk negara.


Cerita selanjutnya di REZQEEN HILL

Kenyataan Rasmi Ketua Pemuda Seputeh berkenaan Isu THE STAR

Posted: 29 Feb 2012 07:39 AM PST

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh

SP: Sangat2 menyokong statement dari Sdr Razlan. The Star harus bertanggungjawab.

Tiada ulasan:

Pengikut