Rabu, 29 Februari 2012

Razlan's

Razlan's


Tiada Maaf Bagi The Star @najibrazak @hishamuddinh20

Posted: 29 Feb 2012 07:42 AM PST

Kenyataan Rasmi Pemuda Seputeh.


Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.


Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.


Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?


Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.


Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.


Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".


Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.


Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.


Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.


Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekiranya ia terjadi kepada agama-agama lain.


Mohd Razlan Muhammad Rafii

Ketua Pemuda umno Bahagian Seputeh


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Pengikut