PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- KONSEP MELAYU
- BILA PENGUNDI CELARU, APA JADI ?
- PEMIMPIN DAN AHLI PARTI JANGAN BUAT HAL JIKA NAK MENANG.
- Analisis: Arah tuju pengundi bukan Melayu
- CUBA LIHAT DAN BACA APA YANG MEREKA TULIS !
Posted: 29 Feb 2012 04:43 AM PST Konsep Melayu Menurut Abdul Rahman Embong (2000), terdapat tiga pendekatan Melayu. Pertama konsep Melayu yang menggunakankesamaan bahasa dan budaya seperti yang terkandung dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Menurut beliau, Melayu secara fizikalnya berkulit ciku masak (sawo matang) yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang mendiami alam Melayu yang juga dikenali sebagai nusantara. Dari segi linguistiknya, Melayu bertutur dalam bahasa asasnya iaitu bahasa Melayu-Polinesia. Melayu 196 dipecahkan kepada ratusan suku bangsa dan etnik yang mempunyai perbezaan lokasi, dialek dan cara hidup. Kini, Melayu menjadi sebahagian besar penduduk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina manakala di Singapura, Selatan Thailand, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, dan Afrika Selatan Melayu menjadi kumpulan populasi yang minoriti (Abdul Rahman 2000). Pendekatan kedua yang menerangkan konsep Melayu ini ialah kepada penggunaan nama Melayu itu sendiri. Menurut Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah nama Melayu dikatakan di Palembang Sumantera. Untuk tarifan pendekatan ini Melayu tidak termaksud mereka daripada etnik Jawa, Banjar, Acheh dan kelompokkelompok yang sama dengan budayanya. Pendekatan ini bermaksud Melayu adalah etnik yang terdapat di Palembang sahaja. Pemahaman tentang Melayu ini bersesuaian dengan pengertian etnik Melayu di Indonesia yang tidak merangkumkan berbagai-bagai etnik di Indonesia sebagai 'bangsa Melayu' tetapi Melayu itu hanya satu suku etnik yang kecil. Pengertian ini berbeza dengan Melayu di Malaysia yang merangkumi berbagai suku seperti Jawa, Bugis, Banjar, Minang, Rawa dan Mandaling sebagai 'bangsa Melayu". Manakala pendekatan ketiga pula dalam mentakrifkan konsep Melayu ialah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu Fasal 160 yang mentarifkan Melayu adalah seseorang yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan i) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura ; atau ii) ia adalah keterunan seseorang tersebut (Perlembagaan Persekutuan 2003, Syed Husin 1979). Menurut Syed Husin (1979), pengertian Melayu dapat dilihat melalui dua sudut iaitu sudut sosiobudaya dan juga perlembagaan. Dari sudut sosiobudaya orang Melayu bukan sahaja terdapat di 197 Semenanjung tetapi juga di tempat lain seperti kepulauan Filipina dan Indonesia yang disebut Nusantara. Walaupun bertutur dalam dialek dan loghat yang berbeza serta berbeza agama, para sarjana beranggapan mereka ini daripada rumpun yang sama. Ini dapat dibuktikan dengan seorang tokoh nasionalis Filipina Jose Rizal dengan ungkapan 'the pride of the Malay race' walaupun beliau tidak beragama Islam (Wan Hashim, 1996). Ikatan rumpun Melayu ini dipisahkan oleh penjajah barat di rantau ini, misalnya British di Malaya dan Brunei, Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Oleh itu, kewujudan Melayu adalah berasaskan negara, iaitu Melayu Malaysia, Melayu Indonesia dan Melayu Brunei (Syed Husin Ali 1979,10) | |
BILA PENGUNDI CELARU, APA JADI ? Posted: 28 Feb 2012 07:26 PM PST Kecelaruan dunia politik 'dua kali lima, lima kali dua'SEMALAM, seorang sahabat menghantar SMS bertanyakan sama ada saya sudah menonton filem komedi Sifu & Tongga. Saya menjawab ya. Itu pun atas permintaan anak- anak. Saya beritahu dia, anak-anak saya kata cerita itu tidak lawak! Kata sahabat berkenaan, bukan lawak persoalannya. Lantas dia mengingatkan saya kembali adegan Sifu dan Tongga lakonan Saiful Apek dan Nabil Raja Lawak 2 berbaring di atas jalan selepas meninggalkan gua dalam hutan belantara tempat tinggal mereka sejak zaman penjajahan Jepun. Saya memang ingat adegan itu. Mereka pura-pura pengsan bagi menarik perhatian kenderaan yang lalu lalang di situ. Tujuannya supaya kenderaan berhenti dan mereka dapat 'menumpang' hingga ke bandar untuk mencari rakan mereka, Mila (lakonan Fouziah Gous), gadis yang diculik oleh wartawan sebuah akhbar harian tempatan. Kata sahabat itu lagi, aksi tersebut (tidur atas jalan) samalah dengan penunjuk perasaan yang tidur di atas jalan di Kuala Kangsar bagi membantah pelantikan Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar (MB) Perak yang baru dan sebagai tanda menyokong bekas MB, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang memohon derhaka kepada Sultan Perak. ''Tetapi Sifu dan Tongga lebih cerdik daripada mereka yang tidur di atas jalan di Kuala Kangsar tempoh hari,'' kata sahabat itu. Kenapa pula? Katanya, Sifu dan Tongga berbaring dalam posisi menegak yang bermakna jika pemandu lori atau kenderaan pacuan empat roda yang melintasi laluan di kawasan hutan tersebut tidak ternampak kedua-duanya, nyawa mereka mungkin terselamat! Tetapi apa yang berlaku di Kuala Kangsar, mereka tidur melintang. Kemungkinan apabila kenderaan melintasi kawasan itu, pastinya kepala pun kena, kaki pun kena. Hancur badan mereka digelek kalau kenderaan itu tidak berhenti. Nasib baiklah mereka yang berbaring di Kuala Kangsar itu tidak berada dalam era Sifu dan Tongga. Mereka berada di alam manusia yang sudah bertamadun, tidak seperti era sebelum Sifu dan Tongga yang baru sedar dari belenggu penjajahan. Dalam era kehidupan kita pada hari ini, kalau boleh sama ada ayam, biawak, musang, anjing atau apa sahaja yang melintas di hadapan akan cuba dielak supaya tidak terlanggar, inikan pula manusia. Tetapi kalau di Palestin, pastinya kereta kebal Zionis tidak peduli itu semua. Peganglah bendera Palestin sekalipun, pasti, sudah tentu mereka kena langgar. Mati sia-sia. Itulah kisah seorang sahabat yang nampak kecewa peristiwa di Kuala Kangsar itu sehingga membawa penulis kepada aksi Sifu dan Tongga. Mungkin ini selingan pagi Isnin sebagai pembuka bicara Selak minggu ini kerana penulis juga mahu membicarakan serba sedikit soal politik yang melanda negara. Situasi politik hari ini pelbagai. Tetapi kesimpulan yang boleh dibuat ialah ia ibarat 'dua kali lima, lima kali dua' atau 'empat kali dua, dua kali empat' atau apa sahaja yang jika nombor mana sekali pun yang datang dulu, jika didarab jawapannya tetap sama. Jika diselak kembali 'pergolakan' politik yang berlaku kebelakangan ini atau lebih tepat sejak selepas pilihan raya umum lalu, suasananya adalah begitu : 2 x 5 atau 5 x 2. Jawapannya tetap sama, 10. Rasanya tidak perlu diperturunkan satu persatu mengenai pergolakan itu. Umum sudah tahu bagaimana sikap baling batu sembunyi tangan dan mengata dulang, paku serpih, mengata orang awak yang lebih. Seperti kata Ibrahim Ali di Dewan Rakyat baru-baru ini mengenai lompat parti. Dulu pakatan pembangkang hantar rombongan ke Taiwan untuk mencari kerusi bagi merealisasikan hasrat membentuk Kerajaan Persekutuan dengan cuba memancing penyertaan 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Betapa gahnya, mereka mencanangkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menjadi milik mereka. Namun semuanya tidak menjadi dan 16 September 2008 tinggal dalam lipatan sejarah pakatan pembangkang. Dan apabila tidak menjadi kenyataan, sebaliknya orang mereka pula beralih haluan, maka BN dipersalahkan. Terdahulu apabila orang UMNO menguji sejauh mana mereka menerima adegan lompat parti, mereka sambut baik tetapi apabila berlaku sebaliknya, mereka membuat pelbagai tohmahan terhadap BN, kononnya ada konspirasi. Orang yang melompat keluar pakatan dianggap 'katak' tetapi apabila orang BN melompat ke arah mereka, bukannya 'katak', mungkin dianggap pejuang! Apa ceritanya ini? Dalam erti kata lain, jika mereka lakukan tidak apa tetapi kalau orang lain buat tidak boleh - haram. Malangnya, pengikut-pengikut mereka ini boleh menerima bulat-bulat tanpa berfikir panjang. Putih kata pemimpin, maka putihlah kata orang bawah. Begitulah hebatnya politik mereka ini. Satu lagi yang tidak dapat dinafikan dalam kemelut politik selepas pilihan raya umum lalu, dalam beberapa perkara tertentu, ia jelas menampakkan kekalutan malahan umpama gajah berjuang sama gajah, pelanduk mati tengah-tengah. Lebih mendukacitakan, banyak perkara perihal kaum terutama orang Melayu didedahkan. Kerana politik, mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga 'membogel dan menelanjangkan' kisah kaum sendiri, ibarat membuka pekung di dada. Satu perkara lagi, desakan supaya wakil rakyat meletak jawatan. Apabila sebelah pihak mendesak seorang anggota BN meletak jawatan selepas lompat parti, mereka di sebelah sana kata, tidak perlu. Sekarang, ada pula suara Pas yang mendesak Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen, pada hal beliau bukan calon BN atau Pas tetapi Bebas yang bertanding menggunakan bendera Pas. Sebelum itu, seorang wakil rakyat Pas mendakwa, media sengaja mahu meruntuhkan negara berikutan penyebaran gambar bogel wakil rakyat, Elizabeth Wong. Hebat kenyataan itu. Baginya, jika Elizabeth letak jawatan, pilihan raya kecil boleh mengganggu usaha membangunkan negara. Itulah kesimpulannya. Jadi kalau mahu dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, tidakkah ia juga satu usaha yang boleh menjejaskan pembangunan negara? Jika mahu diadakan pilihan raya kecil di Pasir Mas, tidakkah ia juga boleh menjejaskan pembangunan negara? Setuju? Justeru usahlah terlalu mudah asyik mendakwa orang lain silap. Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu. Kecoh di sana sini, angkara siapa? Bila orang BN buat demostrasi, mereka cepat-cepat desak ambil tindakan sedangkan dulu, mereka berkata, itu demokrasi. Jangan pura-pura tidak nampak, ibarat kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak. Satu perkara lagi apabila BN dikatakan sengaja mengeksploit gambar Elizabeth sedangkan hakikatnya, gambar itu tersebar melalui punca lain. Soal ambil kesempatan perkara kedua kerana dalam politik serba serbi kemungkinan boleh berlaku kerana ' 2 x 5, 5 x 2'. Gambar yang tidak bogel pun kadang kala menjadi isu. Hatta bergambar di depan pejabat orang tertentu pun akan dikaitkan dengan orang itu dan ini. Siapakah yang menyebarkan gambar seumpama itu? Apa tujuan mereka? Inilah sikap sesetengah orang politik yang suka cakap belakang, cakap berbelit, cakap besar, cakap kosong, cakap melambung, cakap sejengkal dibawa sehasta yang bertujuan memperlekeh orang lain. Justeru, kepada orang politik, biarlah cakap berlapik, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Pada masa yang sama ingatlah, dalam politik, manusia yang melakonkan watak politik itu sentiasa akan mengambil kesempatan. Justeru, sudah tidak ada lagi privasi dalam kehidupan. Kisah lama akan diungkit. Maka selepas ini berhati-hatilah ketika berada di khalayak atau di rumah. Awas dengan telefon bimbit berkamera. Sudah banyak 'kekecohan' yang kita pelajari akibat kemajuan teknologi ini. Setiap pergerakan kita sedang diperhatikan. Kita tidak tahu selepas ini, gambar siapa, VCD siapa dan suara siapa pula akan muncul selepas ini. Mungkin hari ini anda tidak ada cita-cita menjadi ahli politik dan tidak menjaga moral atau tingkah laku tetapi kalau sudah suratan, tiba-tiba mendapat peluang politik, bagaimana? Mungkin sehari dua menjadi ahli politik tidak akan muncul cerita lama ini tetapi apabila sudah di puncak, banyak lawan atau musuh, maka cerita moral akan timbul. Kerana politik, kisah moral silam tidak akan diampunkan. Justeru hati-hatilah. Ingat bahawa tidak ada pendekar yang tidak bolos, tidak ada juara yang tidak kalah! Dan sebelum menutup bicara di ruangan ini, penulis juga ingin menyelak sedikit lagi isu kekalutan politik di Perak lebih-lebih lagi apabila satu rekod mungkin rekod dunia yang baru dicipta setelah seorang MB yang diperkenankan Sultan digantung 18 bulan dan barisan exconya 12 bulan. Rasanya belum pernah dalam sejarah Malaysia MB digantung begitu lama. Budak-budak pun akan tahu apa yang tersurat dan tersirat daripada tindakan gantung itu. Tentunya ada kena mengena dengan politik. Kata orang terkilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Jika Speaker itu jujur, untuk kepentingan negeri, maka 'hukuman' seperti itu tidak akan dilakukan. Kepada Dr. Zambry, teruskan kerja seperti yang diminta oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Pikullah amanah Sultan Perak. Dr. Zambry...jangan derhaka! | |
PEMIMPIN DAN AHLI PARTI JANGAN BUAT HAL JIKA NAK MENANG. Posted: 28 Feb 2012 07:23 PM PST Calon boleh menang pilihan raya jika ahli-ahli parti tidak 'buat hal'MAHU menang atau kalah? Itu sahaja persoalan yang harus dilontarkan kepada ahli-ahli parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Jika jawapannya untuk menang, maka ada syarat-syaratnya. Begitu jugalah sebaliknya jika mahu kalah. Bagi Barisan Nasional (BN), jika benar sudah ada calon boleh menang diturunkan, maka tidak ada sebab calon berkenaan tidak boleh menang. Kekuatan ahli parti sama ada mewakili UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan apa sahaja parti akan menjadi penyumbang kemenangan. Jika semua ahli di satu-satu kawasan sepakat mahu menyokong calon pilihan parti, maka ia tidak ada masalah Cuma memerlukan sokongan tambahan daripada bukan ahli, pengundi 'atas pagar' malahan pengundi yang menganggotai parti lawan. Sokongan pengundi di luar parti, 'atas pagar' malahan ahli parti lawan amat penting bagi meluaskan lagi peluang. Pada masa yang sama tidak ada gunanya mempunyai ahli ramai tetapi mereka tidak memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih pada hari pengundian atau 'lebih parah' lagi jika mereka tidak layak mengundi kerana tidak mendaftar sebagai pengundi yang sah. (Nota: Isu ramai orang UMNO/Melayu yang tidak mendaftar sebagai pengundi bukan perkara baru yang timbul hari ini, semalam atau kelmarin, tetapi isu lama. Kenapa jadi begitu?). Pas, DAP, PKR tidak terlalu bergantung kepada jumlah ahli di satu-satu kawasan tetapi parti ini mampu memenangi banyak kerusi pada PRU dengan majoriti besar. Semalam, sempena ulang tahun ke-63 MCA, parti itu mengumumkan jumlah keseluruhan ahlinya kini 980,000 orang. Dalam tempoh 2008 hingga sekarang, parti itu menerima kemasukan 35,000 anggota baru dan daripada jumlah itu, 28,000 di bawah umur 45 tahun. Diharapkan, 980,000 ahli MCA ini benar-benar pengundi setia BN pada PRU akan datang. Begitu juga dengan 3.34 juta ahli UMNO, 600,000 ahli MIC dan 580,000 ahli PPP. Mereka ini bukan sahaja menjadi pengundi setia tetapi juga diharap boleh mengundi pada PRU akan datang. Di samping menghitung jumlah ahli yang ramai, kedudukan parti perlu diperkukuhkan. Seperti kata Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek semalam, MCA yang sebelum ini berada di 'persimpangan' kini muncul sebagai sebuah parti yang lebih bersatu dan kuat selepas mengharungi banyak krisis. Memang benar kata Soi Lek, rakyat tidak akan sokong parti yang diselubungi masalah. ''Kita perlu perbetulkan keutamaan kita supaya kita boleh bergerak antara satu sama lain dan bekerja bersama-sama untuk satu tujuan tetapi dengan mempunyai banyak matlamat''. Bagaimanapun kata Soi Lek: ''Walaupun kini MCA telah dianggap sebagai lebih lantang dan lebih efektif dalam menyelesaikan masalah, masalah yang kita hadapi ialah bahawa rakyat mungkin tidak sedar dengan apa yang kita sedang lakukan. Mereka lebih bersikap mengkritik mengenai apa yang anda tidak lakukan atau gagal lakukan''. Ya...tidak dinafikan ada rakyat malahan parti pembangkang sentiasa mencari apa yang belum dilakukan untuk membolehkan mereka terus mengkritik kerajaan. Malahan, golongan seperti ini juga sentiasa mencari silap setiap program yang dilakukan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Pembangkang sedar semua program ini untuk rakyat yang tidak mampu dilaksanakan oleh mereka walaupun telah menabur pelbagai janji untuk memberi bantuan. Tetapi ia sekadar manifesto. Jika ada pun tidak semua yang dapat. Adalah sikit-sikit. Akhirnya semua program yang diatur kerajaan itu menjadi sasaran kritikan. Mereka berusaha mencari 'kekurangan' yang ada. Malahan timbul juga suara-suara sumbang mengatakan BR1M yang memberi bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang terpilih sebagai rasuah. Mereka yang resah dengan program-program itu sengaja menimbulkan 'keresahan' di kalangan rakyat. Namun hakikatnya, penyokong mereka tidak menolak habuan yang diberi. Mereka 'tumpang semangkuk'. Seorang sahabat memberitahu, ada kawannya yang sanggup tukar kopiah atau ketayap putih kepada kopiah atau songkok hitam semasa mahu mengambil RM500. Kalau rasuah, pihak yang menerima harus menolaknya! Kembali kepada PRU, dengan kekuatan ahli serta parti yang lebih kukuh serta mengurangkan perselisihan dalaman, ahli-ahli parti perlu digemblengkan untuk mencapai matlamat menang pada PRU akan datang. Namun sejauh mana masalah dalaman dapat dikurangkan menjelang PRU? Sudah menjadi lumrah, setiap kali menjelang PRU, ada saja yang tidak kena. Suara sumbang dalam parti menjadi satu perkara biasa. Begitu juga berebut mahu menjadi calon. Lebih ramai yang mengaku sebagai calon boleh menang daripada menawarkan diri untuk tidak dipilih. Justeru calon boleh menang belum tentu boleh menang jika ahli-ahli parti 'buat hal' pada saat akhir. Penyakit sabotaj jika tidak dipilih jadi calon, bukan sesuatu yang luar biasa. Bilik gerakan ditutup, poster tidak ditampal, bendera tidak dikibar, ceramah tidak diatur dan macam-macam lagi menjadi masalah. Apakah masih ada perangai seperti ini? Ada juga ahli parti yang bertindak seperti talam dua muka, musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan. Tidak kurang juga yang tiba-tiba membuka pekung di dada atau bagai tepuk air di dulang dan meludah ke langit. Mereka juga tidak malu mengeluarkan kenyataan bodoh! Golongan seperti ini bukan lagi marahkan nyamuk kelambu dibakar tetapi sanggup membakar seluruh kampung hanya kerana marahkan ketua kampung. Situasi seperti inilah yang menyebabkan calon boleh menang tidak mampu menang. Justeru, ahli-ahli parti yang jumlahnya disenaraikan tadi perlu benar-benar setia kepada parti tetapi usahlah memaksa mereka melakukan sumpah setia atau bai'ah kerana semua ini hanya soal politik. Cukuplah kesetiaan mereka ditagih untuk mengundi secara bijaksana dan bekerja gigih untuk menangkan parti. Sebagai ahli parti, mereka hendaklah mengetepikan semua perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pucuk pimpinan mengenai calon pada PRU akan datang. Undilah calon yang ditunjukkan oleh pemimpin sama ada ia calon tempatan atau calon 'payung terjun'. Soal calon luar ini juga satu 'penyakit' yang berlaku di kalangan parti komponen BN. Mereka agak sukar menerima calon luar. Ada saja alasan yang akan menggagalkan peluang calon ini. Tetapi lihatlah bagaimana pembangkang yang meletak calon dari negeri lain di kawasan tertentu tetapi menang mudah. Maka ahli-ahli parti komponen BN perlu melihat perbezaan berpolitik ini. Fokus utama parti adalah untuk menang dengan majoriti yang selesa bagi membentuk kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Dalam hal ini mereka perlu melihat kepada kemenangan parti, bukannya kemenangan individu | |
Analisis: Arah tuju pengundi bukan Melayu Posted: 28 Feb 2012 07:12 PM PST
| |
CUBA LIHAT DAN BACA APA YANG MEREKA TULIS ! Posted: 28 Feb 2012 07:07 PM PST BERITALagi Berita...
|
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan