Jumaat, 24 Jun 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 24 Jun 2011 09:05 AM PDT

GUNA UNDI POS DALAM MAJLIS PEGUAM

Posted: 24 Jun 2011 04:55 AM PDT

KENAL PASTI PUNCA MELAYU BERPECAH

Posted: 24 Jun 2011 04:51 AM PDT

UNDI POS: Ambiga ditempelak

Posted: 24 Jun 2011 04:49 AM PDT

24 JUN 2011

Posted: 24 Jun 2011 04:45 AM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


ZIARAH PRIHATIN PEMUDA ROMPIN..TERUSKAN..

Posted: 24 Jun 2011 08:48 PM PDT



Sebaik sahaja mendapat informasi mengenai perkara tersebut,PPU Rompin telah menyusun langkah untuk menziarahi seorang pemuda yang telah menghidap penyakit kronik ini.Walaupun waktu pada ketika itu telah menunjukkan pukul 11.30 malam.Penyakit yang dihidapi ini memangnya kritikal dan perlukan rawatan pakar dengan segera.Temujanji dengan doktor pakar segera disusun agar pesakit mendapat rawatan segera.Rombongan PPU telah disambut dengan rasa syukur dan berterimakasih atas keprihatinan PPU yang diketuai oleh YB KP,NK,Bendahari serta AJK yang lain.Semoga lebih banyak program ziarah prihatin seperti ini akan dapat dibuat dan PPU amat mengharapkan informasi segera daripada rakan pemuda dan masyarakat khususnya agar rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya.Teruskan....

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PERHIMPUNAN HARAM : PEMUDA CHERAS MINTA KHAIRY PERTIMBANGKAN SEMULA

Posted: 23 Jun 2011 11:42 PM PDT

PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Cheras membantah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang berhasrat meneruskan perhimpunan 9 Julai ini walaupun tidak mendapat permit polis.

Ketuanya, Syed Mehdhar Syed Abdullah menegaskan, tindakan pemuda UMNO pusat itu akan mengeruhkan lagi keadaan apabila bertembung dengan perhimpunan haram Bersih 2.0 pada tarikh yang sama.

"Pemuda UMNO Bahagian Cheras minta Khairy supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu demi kepentingan parti," katanya.

Lagipun kata beliau, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sudah memberi amaran polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Katanya, tindakan sedemkian bakal memberi persepsi negatif kepada rakyat jika motif sebenar Pemuda UMNO Malaysia berbuat demikian hanya untuk 'bertempur' dengan Bersih.

"Saya tidak nampak sebarang keuntungan jika pemuda UMNO mengikut rentak Bersih yang jelas diperalatkan pembangkang untuk melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya," tegas beliau.

Malah katanya, orang ramai mula bertanya apa sebenarnya niat Khairy yang berkeras untuk turut mengadakan perhimpunan walaupun mendapat bantahan oleh pelbagai pihak termasuk pucuk pimpinan UMNO dan beberapa Ngo Melayu yang pro-kerajaan.

"Pada hemat saya, pemuda UMNO masih boleh berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika matlamatnya menjurus kepada perjalanan sistem pilihan raya umum yang sebelum ini didakwa oleh Bersih sebagai tidak adil," ujarnya.

"Mengapa kita perlu mengikut rentak Bersih yang jelas menolak pelawaan SPR untuk berbincang secara baik,'?

Katanya lagi, tindakan itu juga akan memberi gambaran bahawa pemuda UMNO tidak matang dalam menangani isu yang membabitkan kepentinghan awam.

Syed Mehdhar menegaskan, perhimpunan haram yang dikatakan turut membabitkan Pertubuhan Pribumi Rakyat Malaysia (Perkasa) pada 9 Julai ini akan menyusahkan aktiviti warga kota.

Beliau berkata, perhimpunan haram tidak pernah berjalan dengan aman sebaliknya mengundang keganasan yang bakal menyusahkan golongan peniaga sekitar ibu kota disamping menakutkan para pelancong.

Menurutnya, pemuda UMNO perlu akur dengan keputusan polis untuk tidak mengeluarkan permit perhimpunan disamping menghormati kebebasan orang awam," tambahnya.

"Saya bimbang rakyat akan menuduh pemuda UMNO sengaja berbuat demikian untuk melakukan provokasi dan turut bersekongkol dengan Bersih yang didalangi pembangkang," katanya lagi.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERENGGANU KUASA BESAR SUKAN MALAYSIA

Posted: 24 Jun 2011 01:46 AM PDT

Assalamualaikum.

Dah agak lama juga saya tidak upadate blog saya. Hambatan waktu sekali lagi menjadi punca. Apa pun, seperti yang saya katakan dulu, saya akan cuba yang terbaik bagi memastikan saya dapat terus menulis.

Hari ini, mungkin masih belum terlewat untuk saya merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Terengganu yang telah muncul sebagai juara Piala FA 2011. Ia adalah satu kejayaan yang menarik melalui satu perlawanan yang dramatik. Ia telah membuktikan betapa sebenarnya, perjuangan ke nokhtah terakhir itu tidak pernah merugikan. Kejayaan Terengganu itu telah membuktikan apa yang saya maksudkan.

Apa yang hendak saya catatkan ialah bukan sahaja mengenai kejayaan Terengganu, tetapi juga keupayaan Terengganu untuk terzahir sebagai sebuah kuasa besar sukan di Malaysia. Bukan sahaja dalam sukan bola sepak, malah dalam sukan-sukan lain, Terengganu telah membuktikan kejayaannya yang tersendiri. Sukan Malaysia (SUKMA) misalnya telah menjadi antara contoh dan bukti apa yang hendak saya maksudkan.

Semua ini tidak berlaku secara percuma, dan kejayaan ini juga tidak datang bergolek. Ia adalah kejayaan yang telah melewati proses yang panjang, melalui strategi latihan dan keupayaan yang hebat. Dan paling penting, ia disokong melalui kelahirkan para pemain atau atlit yang berwibawa dan berkemampuan. Itulah yang penting dan pasti.

Saya percaya, melalui kaedah dan strategi yang dilaksanakan Terengganu sekarang, Terengganu akan terus kekal sebagai kuasa besar sukan yang saya sebutkan tadi. Ia bukan muda, ya!. Namun ia bukanlah sukar untuk dikekalkan.

Saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada pemain bola sepak Terengganu dan semua atlit yang mewakili negeri ini dalam SUKMA baru-baru ini. Doa saya agar semua kejayaan itu bukan sahaja dapat dikekalkan, tetapi juga dipertingkatkan pada masa akan datang.

Itulah harapan saya dan kita semua.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PAS bisu bila berdepan dengan kafir DAP..

Posted: 24 Jun 2011 12:49 AM PDT

Dalam hal ADUN yang enggan pakai songkok sebagai pakaian rasmi semasa Sidang DUN Sarawak, dimana suara Lim Guan Eng yang selama ni begitu lantang kononnya menentang sifat rasis dan perkauman dalam Malaysia? Takkan Lim Guan Eng hanya menyalak bila UMNO yang buat, tapi tak salah bila geng dia sendiri yang amalkan?

PAS pula kenapa hanya setakat berani menyatakan kesal mereka terhadap ADUN-ADUN DAP yang menghina pemakaian pakaian istiadat tersebut? Takkan hanya itu yang mampu PAS suarakan? Kenapa PAS tak hentam DAP sepertimana yang mereka sering lakukan terhadap UMNO?

Inilah bukti bahawa PAS amat takut kepada DAP didalam Pakatan. PAS hanya berani sesama melayu, tapi kerandut telur mereka serta merta kosong apabila berhadapan dengan puak-puak kafir.

Dan PAS sudah menunjukkan kepada kita yang mereka adalah pak turut didalam Pakatan. Mereka hanya mengikut arahan kafir DAP didalam segala hal malah tak terkecuali didalam bab-bab adat dan juga beragama.

Seperti isu pemakaian songkok dalam pakaian istiadat ini, PAS terketar-ketar untuk membuat kenyataan kerana ia dilakukan oleh kumpulan mereka sendiri. Apatah pula ianya dilakukan oleh regim DAP yang selama ini menjadi idola kepada PAS, makin senyaplah mereka daripada membincangkan perkara tersebut.

Jadi, apa yang boleh kita harapkan kepada PAS untuk mentarbiahkan kafir DAP seperti yang didakwa oleh Hadi Awang sebelum ini? Kalau dalam hal-hal adat serta agama sendiri pun PAS tak mampu bersuara dengan tegas, macam mana PAS hendak mengawal kafir-kafir ini nanti jika mereka diberikan amanah untuk menjaga negara?

Cuba bayangkan, DAP baru memperolehi 12 kerusi DUN di Sarawak, tetapi mereka begitu angkuh dan sombong menolak pemakaian songkok yang terdapat didalam pakaian istiadat dengan alasan ia tak menunjukkan kebebasan beragama.

Dan bagaimanalah nanti agaknya kalau ditakdirkan Tuhan, puak-puak ini dapat mentadbir Malaysia? Tak mustahil agama rasmi negara pun akan mereka tukarkan dengan alasan kebebasan beragama juga. Inilah yang PAS buta tentang kafir-kafir DAP yang sedang mereka peluk sekarang.

Umat Islam di Malaysia wajib menolak PAS bagi menjamin imej bangsa dan agama terpelihara. PAS bukan saja memalukan bangsa melayu, tetapi mereka juga telah menjatuhkan imej Islam didalam negara.

Kerjasama mereka dengan DAP sekaligus membuka ruang untuk kafir-kafir HARBI tersebut memijak-mijak bangsa melayu dan juga agama Islam. PAS tak peduli semua itu sebab mereka teah dilanda penyakit kemarukkan kuasa.

PAS juga dikuasai dendam lama Nik Aziz terhadap UMNO. Sebab itu lah PAS sudah hilang fokus didalam politik negara hinggakan mereka tak tahu untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah.

Pengikut