Jumaat, 24 Jun 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PERHIMPUNAN HARAM : PEMUDA CHERAS MINTA KHAIRY PERTIMBANGKAN SEMULA

Posted: 23 Jun 2011 11:42 PM PDT

PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Cheras membantah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang berhasrat meneruskan perhimpunan 9 Julai ini walaupun tidak mendapat permit polis.

Ketuanya, Syed Mehdhar Syed Abdullah menegaskan, tindakan pemuda UMNO pusat itu akan mengeruhkan lagi keadaan apabila bertembung dengan perhimpunan haram Bersih 2.0 pada tarikh yang sama.

"Pemuda UMNO Bahagian Cheras minta Khairy supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu demi kepentingan parti," katanya.

Lagipun kata beliau, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sudah memberi amaran polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Katanya, tindakan sedemkian bakal memberi persepsi negatif kepada rakyat jika motif sebenar Pemuda UMNO Malaysia berbuat demikian hanya untuk 'bertempur' dengan Bersih.

"Saya tidak nampak sebarang keuntungan jika pemuda UMNO mengikut rentak Bersih yang jelas diperalatkan pembangkang untuk melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya," tegas beliau.

Malah katanya, orang ramai mula bertanya apa sebenarnya niat Khairy yang berkeras untuk turut mengadakan perhimpunan walaupun mendapat bantahan oleh pelbagai pihak termasuk pucuk pimpinan UMNO dan beberapa Ngo Melayu yang pro-kerajaan.

"Pada hemat saya, pemuda UMNO masih boleh berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika matlamatnya menjurus kepada perjalanan sistem pilihan raya umum yang sebelum ini didakwa oleh Bersih sebagai tidak adil," ujarnya.

"Mengapa kita perlu mengikut rentak Bersih yang jelas menolak pelawaan SPR untuk berbincang secara baik,'?

Katanya lagi, tindakan itu juga akan memberi gambaran bahawa pemuda UMNO tidak matang dalam menangani isu yang membabitkan kepentinghan awam.

Syed Mehdhar menegaskan, perhimpunan haram yang dikatakan turut membabitkan Pertubuhan Pribumi Rakyat Malaysia (Perkasa) pada 9 Julai ini akan menyusahkan aktiviti warga kota.

Beliau berkata, perhimpunan haram tidak pernah berjalan dengan aman sebaliknya mengundang keganasan yang bakal menyusahkan golongan peniaga sekitar ibu kota disamping menakutkan para pelancong.

Menurutnya, pemuda UMNO perlu akur dengan keputusan polis untuk tidak mengeluarkan permit perhimpunan disamping menghormati kebebasan orang awam," tambahnya.

"Saya bimbang rakyat akan menuduh pemuda UMNO sengaja berbuat demikian untuk melakukan provokasi dan turut bersekongkol dengan Bersih yang didalangi pembangkang," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Pengikut