Rabu, 9 Mac 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Salah Guna Kuasa

Posted: 09 Mar 2011 05:02 AM PST

Pas dalam Pilihanraya , Fakta Angka

1. 1 hari , mengistihar 'cuti peristiwa' bagi membolehkan pengundi di Galas memberi tumpuan kepada PRK berkenaan.

2. 11,553 Pengundi Galas , Kerajaan mengistiharkan cuti untuk 1,313,014 orang penduduk kelantan ( kenapa perlu seluruh rakyat Kelantan diberi cuti? )

3. 2,000 pengundi Orang Asli , pengistiharan Ladang Rakyat untuk menawan hati pengundi Orang Asli. ( projek ini dianggap gagal dan terbengkalai, jika di bandingkan dengan Felda lebih jauh ketinggalan)

4. RM200 hingga RM250 , Bayaran untuk pengundi kembali mengundi jika anda berada diluar kelantan ( melibatkan 1,557 pengundi Galas yang berada di luar Kelantan untuk pulang mengundi tidak boleh dianggap rasuah?)

5. 75 sijil penyertaan projek perumahan berkelompok kepada masyarakat pada hari PRK, ( tidakkah itu 'penyalahgunaan' kedudukan sebagai kerajaan negeri?)


Kak Midah
Ipoh

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SIDANG DUN MELAKA : NELAYAN DIBERI BANTUAN SECUKUPNYA

Posted: 08 Mar 2011 04:44 PM PST



Nelayan dapat bantuan secukupnya daripada kerajaan negeri

MELAKA 8 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi membiayai elaun sara hidup bagi kira-kira 1,174 nelayan di negeri ini.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, elaun itu mula dilaksanakan pada Jun 2008 sehingga 31 Januari lalu.

Menurutnya, ia melibatkan sejumlah 922 orang pemilik kapal dan 252 lagi adalah pekerja serta awak-awak.

''Kesemua mereka masing-masing menerima RM200 setiap bulan. Elaun sara hidup ini diberikan bertujuan mengurangkan bebanan nelayan akibat kenaikan harga bahan api, peralatan dan juga kesan daripada kegawatan ekonomi dunia," katanya.

Yunos yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Molek berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ab. Rahman Ab. Karim (BN-Pantai Kundor) mengenai insentif atau bantuan yang diterima oleh nelayan di negeri ini daripada kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Yunos berkata, selain elaun sara hidup, nelayan juga turut mendapat subsidi diesel dan petrol dengan harga RM1.25 sen seliter.

Katanya, subsidi diesel mula diberikan sejak 1 Januari 2006 manakala petrol bermula pada 30 Jun 2006.

Selain itu, katanya, nelayan juga turut dibantu menerusi Tabung Kebajikan Bencana Alam Nelayan yang mula diwujudkan sejak Jun 2009 dan Dana Nelayan bermula pada 2002.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 1,908 nelayan di negeri ini iaitu 517 di Alor Gajah, Melaka Tengah (870) dan Jasin (521).

Di samping itu katanya, terdapat sebanyak 30 pangkalan nelayan yang digunakan untuk mereka menjual hasil tangkapan./td>

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA

Posted: 08 Mar 2011 04:40 PM PST

RM2 bilion atasi banjir di Melaka

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 8 Mac - Kejadian banjir yang kerap melanda di beberapa daerah di negeri ini dijangka dapat diatasi dengan pembinaan projek tebatan banjir melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek itu memberi tumpuan kepada pembinaan tebatan banjir di empat buah sungai utama iaitu Sungai Melaka, Sungai Duyong, Sungai Kesang dan Sungai Linggi.

Menurutnya, projek tebatan di empat buah sungai terbabit melibatkan pembinaan kolam takungan air, empangan, membina, menaiktaraf struktur yang sedia ada, mendalam dan melebarkan sungai.

''Kerajaan telah mengambil inisiatif yang komprehensif untuk menyelesaikan secara menyeluruh masalah banjir di negeri ini.

''Hasil kajian daripada Pelan Induk Tebatan Banjir Negeri Melaka telah pun siap dan ia melibatkan projek tebatan banjir di empat buat sungai utama.

''Ini merupakan projek jangka panjang dengan tempoh pelaksanaannya adalah selama 15 tahun," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Mohd. Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru menjawab soalan Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) yang mempersoalkan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir yang baru-baru ini teruk melanda di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi projek di sungai Melaka ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM944 juta, sungai Kesang (RM553 juta), sungai Duyong (RM290 juta) dan sungai Linggi (RM211 juta).

Menjawab soalan tambahan Betty Chew mengenai projek mengatasi masalah banjir yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebelum ini beliau berkata, sebanyak RM168 juta telah dibelanjakan dari 2000 hingga Mac 2011.

Mengenai bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bulan lalu, Mohd. Ali berkata, setiap keluarga telah menerima wang ehsan sebanyak RM200 setiap keluarga.

''Sejumlah RM956,200 telah diperuntukkan untuk membantu kesemua mangsa banjir di tiga daerah tersebut," katanya ketika menjawab soalan Lim Jak Wong (DAP-Bachang).

Katanya, mangsa banjir di Melaka Tengah seramai 716 keluarga melibatkan 4,155 orang menerima RM359,600; Alor Gajah dengan 1,010 keluarga dengan 3,039 orang mendapat RM396,800 dan di Jasin melibatkan 599 keluarga dengan 1,895 orang memperoleh RM199,800.

MELAKA MAJU 2010: Trem atasi kesesakan lalu lintas

Posted: 08 Mar 2011 04:36 PM PST


Trem atasi kesesakan lalu lintas

MELAKA 8 Mac - Projek pembinaan sistem pengangkutan trem bernilai RM272 juta dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, projek itu yang akan mula dibina pada Mei ini dan dijangka siap Me 2012 akan memberi perkhidmatan dari Ayer Keroh hingga ke bandar Hilir.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri mendapati trem mampu mengatasi masalah kemasukan banyak kenderaan persendirian ke pusat bandar terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

''Trem dilihat sebagai satu sistem pengangkutan awam yang dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas yang kerap melanda di pusat bandar pada setiap hujung minggu.

''Kesesakan ini berpunca daripada kemasukan banyak kenderaan persendirian yang meningkat setiap masa dan keupayaan jalan yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah tinggi kemasukan kenderaan," katanya.

Tian Loo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyung berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning) mengenai usaha dan perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandaraya Melaka.

Mengenai kesesakan di Tol Simpang Ampat di Alor Gajah kata Tian Loo, bagi jangka pendek, Plus Expressways Bhd. (PLUS) telah menyediakan tambahan pondok pembayaran tol sementara bagi mengatasi masalah tersebut.

WASIAT DAN INGATAN PEMIMPIN UMNO TERDAHULU....

Posted: 08 Mar 2011 04:24 PM PST




Utamakan kepentingan agama, bangsa dan negara.


Ingatlah pesan Yang Dipertua UMNO yang pertama, Onn Jaafar bahawa "Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu''


Dan satu lagi ingatan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Dr. Ismail Abdul Rahman: ''UMNO boleh hancur oleh pergolakan dalamannya sendiri''./td>

INFO PRU 13 : JUMLAH PEMILIH MENINGKAT.

Posted: 08 Mar 2011 04:04 PM PST



KUALA LUMPUR 8 Mac - Seramai 11,579,280 pemilih di seluruh negara direkodkan sehingga suku tahun ketiga 2010 dengan pertambahan sebanyak 657,141 pemilih berbanding jumlah ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.

Semasa PRU-12, jumlah pemilih berdaftar adalah seramai 10,922,139 orang. Untuk tempoh PRU-12 hingga suku tahun ketiga 2010, Selangor mencatatkan peningkatan jumlah pemilih berdaftar tertinggi iaitu dari 1,565,494 orang kepada 1,695,591 orang.

Jumlah itu diikuti Johor dengan peningkatan 87,235 orang; Perak (70,780 orang); Sarawak (59,282 orang); Kelantan (49,246 orang); Terengganu (43,387 orang); Kedah (39,396 orang); Pulau Pinang (39,261 orang); Pahang (36,700 orang); Sabah (29,876 orang); Negeri Sembilan (26,503 orang); Kuala Lumpur (21,574 orang).

Sementara itu, Melaka dengan peningkatan 18,431 orang; Perlis (3,062 orang); Putrajaya (1,721 orang) dan Labuan (590 orang).

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Nik Aziz kena terima ketentuan Allah

Posted: 08 Mar 2011 04:01 PM PST


KOTA BHARU 8 Mac – Tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bahawa UMNO menggunakan jentera kerajaan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau diibaratkan sebagai 'tepuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pemimpin Pas itu perlu cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

Ini kerana kata beliau, Nik Abdul Aziz turut menggunakan jentera kerajaan negeri ketika Pas Kelantan menghadapi pilihan raya kecil.

Tegas beliau, Nik Abdul Aziz sepatutnya belajar menerima kekalahan kerana ia adalah adat pertandingan, bukannya mengeluarkan tuduhan-tuduhan liar seperti itu.

"Tanya dia, dia guna kereta rasmi tak, dia guna penerangan negeri tak, dia guna Exco-Exco dia tak masa pilihan raya kecil (DUN Manek Urai dan DUN Galas).

"Dia kena tanya diri sendiri dulu sebelum mengata orang. Kerajaan mempertahankan diri. Kita kenalah guna apa sahaja yang kita ada sama seperti dia, cuma kalau salah dan melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada untuk bertindak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kempen tujuh hari pada pilihan raya di Sarawak?

Posted: 08 Mar 2011 04:00 PM PST



PUTRAJAYA 8 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak kurang dari 12 hari seperti dilaksanakan semasa pilihan raya negeri 2006.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, tempoh kempen terlalu lama dikhuatiri boleh mengundang amalan politik tidak sihat antaranya provokasi yang ditimbulkan oleh parti tertentu.

Beliau menarik perhatian bagaimana kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau selama lapan hari pun sudah cukup mencetuskan kebimbangan dan kekecohan menerusi kemunculan isu pergolakan politik dari Timur Tengah.

"Semasa kempen pilihan raya kecil Sibu, ramai penduduk tempatan melahirkan rasa terkejut dengan cara pendekatan yang dibawa oleh parti-parti pembangkang dari Semenanjung.

"Di Merlimau dan Kerdau begitu juga apabila sentimen kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan Libya dikaitkan dengan suasana negara ini sehingga membangkitkan provokasi dalam kempen.

"SPR sedang mengkaji semua ini. Kita bimbang jika penduduk Sarawak yang dikenali sebagai orang yang sabar hilang kesabaran dengan provokasi ditekankan ke atas mereka, maka ia mungkin mencetuskan kejadian tidak diingini," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Pada 2006, DUN Sarawak dibubarkan pada 24 April, dengan penamaan calon ditetapkan pada 9 Mei dan pengundian pada 20 Mei.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh kempen selama 12 hari pada pilihan raya berkenaan.

Namun tindakan agresif dan taktik provokatif pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu menimbulkan kebimbangan parti pembangkang akan menggunakan strategi sama pada pilihan raya negeri akan datang.

Pilihan raya negeri Sarawak dikatakan semakin hampir dengan banyak pihak mengatakan ia kemungkinan diadakan pada 9 April ini.

Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak mengiakan atau menolak spekulasi mengenai tarikh itu yang bertiup kencang di Sarawak.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof mahu SPR menetapkan tempoh kempen pilihan raya kepada sekurang-kurangnya tujuh hari bagi memastikan pilihan raya berlangsung dengan aman dan teratur.

Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.

Pada pilihan raya 20 Mei 2006 itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memiliki 34 kerusi DUN diikuti oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebanyak 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyak sembilan kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebanyak lapan kerusi.

Pembangkang bersikap bermuka-muka

Posted: 08 Mar 2011 03:59 PM PST

 


Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Modal Insan di Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Nazir Mohamed


KUALA LUMPUR 8 Mac - Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabiliti hanyalah bertujuan untuk mengaburi hakikat sebenar sentimen rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hakikatnya imej Anwar sudah tercalar berikutan pelbagai isu yang menyelubunginya hinggakan Pas sendiri dikatakan mula mahu menjauhkan diri daripada Penasihat PKR itu.
''Sebenarnya kita tahu Pas rasa tak selesa masa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau. Kalau boleh, Pas mahu Anwar tak turun tapi Anwar fikir itu haknya sebab dia kepala pembangkang.
''Akhirnya kita lihat Pas dapat satu tamparan hebat apabila penglibatan Anwar dalam kempen tidak membantu menyumbang kepada undi Pas, sebaliknya undi Pas merosot pula," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Naib Presiden Mas, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan Anwar menjadi liabiliti kepada pembangkang seperti yang didakwa Perdana Menteri semalam.
Pada sidang akhbar berasingan itu, kedua-dua pemimpin pembangkang itu turut menolak dakwaan mengatakan jentera Pas meminta Anwar tidak turun berkempen pada dua pilihan raya kecil tersebut yang berakhir Ahad lalu.
Tambah Muhyiddin, penafian pemimpin PKR dan Pas mengenai kedudukan Anwar yang kini menjadi liabiliti menunjukkan sikap bermuka-muka pemimpin pembangkang.
Katanya, sedangkan umum melihat hubungan mereka sudah tidak lagi seintim dulu dengan pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh sekarang ini sudah mula mempersoalkan pendekatan Pas.
''Tapi Pas nak masih nak menafikan dakwaan itu walaupun hubungan (dengan DAP) tak beri kesan positif untuk dapat sokongan. Jadi sebab itu pemimpinnya (Pas) tampil buat kenyataan menafikan perkara ini," jelasnya.
Dalam perkembangan berasingan, ditanya mengenai tindakan kerajaan Pas Kelantan menghalang penjualan loteri kepada bukan Islam, Muhyiddin berkata, perkara itu terserah kepada masyarakat bukan Islam untuk menilainya.
Menurutnya, isu itu telah berbangkit apabila masyarakat bukan Islam melihat hak mereka telah disentuh memandangkan undang-undang membenarkan perkara berkenaan.
''Maka tindakan itu (kerajaan Pas Kelantan) telah menimbulkan rasa tak puas hati dan ini memperlihatkan sikap sebenar Pas terhadap bukan Islam.
''MCA telah meneliti perkara itu dan mungkin mereka nak laporkan kepada pihak berkuasa kerana merasakan hak mereka (bukan Islam) dihalang oleh kerajaan Pas Kelantan," ujarnya.

PM minta terus dampingi rakyat

Posted: 08 Mar 2011 03:53 PM PST


Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kesempatan bertemu Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pagi ini bagi memberi ingatan agar mereka lebih menumpukan terhadap tanggungjawab merapati dan memberi 'sentuhan' kepada rakyat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Perdana Menteri dalam pada itu turut mengingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menjadi benteng menangkis segala tohmahan yang dibangkitkan pembangkang.

''Sebagai contoh, kaitan isu Asia Barat dengan negara ini yang kita semua tahu hanyalah gendang kosong yang dipalu pembangkang.

''Meskipun ia tidak terpakai di sini kerana situasi kita berbeza, namun penjelasan harus diberikan agar tidak ada pihak yang bersifat ekstrem atau keterlaluan termakan dakyah-dakyah mereka," katanya kepada pemberita selepas turut serta dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan itu berlangsung lebih sejam bermula 8.15 pagi di Dewan Taklimat, Bangunan Parlimen dengan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany memberitahu, Perdana Menteri dalam pertemuan itu memberi penekanan terhadap projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat apabila disiapkan kelak.

"Beliau meneliti projek-projek yang diminta Ahli Parlimen BN. Perbincangan itu berjalan dengan amat teliti kerana Perdana Menteri mahu memastikan projek yang diminta itu benar-benar bermanfaat kepada rakyat.

"Selain itu, pelbagai nasihat turut diberikan seperti sentiasa turun padang, berusaha menjadi relevan kepada rakyat serta mengelak daripada timbul pergeseran sesama sendiri di bahagian masing-masing," ujarnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula menyifatkan pertemuan itu sebagai perkara rutin yang dilakukan sebelum bermulanya persidangan Dewan Rakyat.

"Ini membolehkan anggota Parlimen BN mendapat taklimat awal mengenai perkara yang akan dibahaskan termasuk soalan yang diajukan dan bilangan rang undang-undang yang akan dibentangkan pada kali ini," katanya.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Isu mahasiswa : nada Saifuddin seperti pembangkang - Nasir Ghani

Posted: 09 Mar 2011 12:17 AM PST

TIMBALAN Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tidak seharusnya menyalahkan kerajaan dalam isu kebebasan golongan mahasiswa bersuara, tegas Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Md. Nasir Ghani.
Katanya, sebagai salah seorang anggota jemaah kabinet beliau sepatutnya sehaluan dengan pendirian kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun razak.

"Tetapi malangnya, nada Saifuddin sekarang ini seperti beliau berada dalam barisan pembangkang," tegasnya.

Beliau kesal, sejak kebelakangan ini Saifuddin seperti sengaja ingin menonjolkan dirinya sebagai pejuang kebebasan golongan mahasiwa terutama di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sebagai pemimpin UMNO kata Md. Nasir, beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan seperti menjadikan pelajar IPT sebagai musuh politik kerana dakwaan seperti itu langsung tidak berasas.

"Selama ini kerajaan tidak pernah memusuhi pelajar di IPT, sebaliknya kerajaan hanya memantau dan memberi tumpuan kepada mereka agar tidak terbabit dalam kegiatan politik pelampau sehingga boleh menjejaskan pengajian mereka," tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Saifuddin bahawa kerajaan tidak perlu menyekat pelajar IPT daripada membincangkan isu-isu membabitkan kepentingan negara walaupun di kampus, seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini.

Ahli Parlimen Temerloh itu juga dipetik sebagai berkata kerajaan tidak wajar menjadikan pelajar IPT sebagai musuh politik walaupun tindakan mereka seolah-olah menentang kerajaan.

Md. Nasir menyangkal dakwaan tersebut sambil mempersoalkan bagaimana Saifuddin boleh menyalahkan kerajaan sedangkan beliau sendiri berada dalam kementerian berkenaan.

Beliau bimbang pendirian Saifuddibn itu dikhuatiri akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat yang seolah-olah menggambarkan pemimpin UMNO tidak sehaluan pendapat dalam isu mahasiswa.

"Sebagai pemimpin UMNO, saya kesal dengan kenyataan Saifuddin yang sejak akhir-akhir ini seperti sengaja mahu golongan mahasiswa supaya terbabit aktif dalam politik yang censderung kepada gerakan pembangkang," tegasnya.

Menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) sma sekali tidak pernah mengetepikan pandangan yang dilontarkan oleh mahasiswa malah sentiasa memberi perhatian kearah membina mahasiwa sebagai kumpulan berilmu.

Katanya lagi, adalah menjadi harapan kerajaan untuk melihat mahasiswa di negara ini mempunyai nilai kepimpinan dan jati diri yang mampu membina negara bangsa di masa akan datang.

"Oleh sebab itu, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana dan pembangunan pendidikan serta kemudahan pinjaman kewangan bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi tanpa dicampur adukkan dengan sentimen politik," katanya

Anwar kepanasan – Syed Ali

Posted: 08 Mar 2011 11:05 PM PST

TIDAK perlu bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad sengaja menutup kelemahan pentadbiran beliau semasa menjadi Perdana Menteri hanya semata-mata untuk menjamin kedudukan anaknya, Datuk Mukhriz dalam arena politik.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, sepanjang lebih 22 tahun menguasai kerajaan dan parti, Dr. Mahathir jelas tidak memberi peluang kepad anak-anaknya bergerak cergas dalam politik.

"Apabila beliau bersara, barulah anaknya terutama Mukhriz membabitkan diri sepenuh masa dalam politik bagi meneruskan kesinambungan perjuangan bapanya memperjuangkan masa depan umat Melayu menerusi UMNO," tegasnya.

Ini membuktikan bahawa Dr. Mahathir tidak mengamalkan kronisma dalam pentadbiran beliau, berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sebaliknya kata beliau, amalan kronisma dan nepotisma dipelopori oleh Anwar semasa berada dalam UMNO dalam usaha beliau mengukuhkan kedudukannya.

Sehubungan itu jelasnya, tuduhan Anwar bahawa buku terbaru tulisan Dr. Mahathir - 'A doctor in the house' bertujuan untuk menutup penyelewengan mantan Perdana Menteri itu dan bagi menjamin masa depan politik Mukhriz, adalah tidak berasas sama sekali.

katanya, Anwar sebenarnya bimbang buku tersebut yang mendedahkan secara terperinci mengenai aktiviti tidak bermoral beliau semasa berada dalam UMNO akan diketahui generasi muda, khususnya mereka yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, ketika Anwar ditendang daripada UMNO dan kerajaan pada tahun 1998, mereka yang kini sudah berusia 21 tahun dan layak mengundi pada ketika itu hanya berumur 12 tahun dan tidak mengetahui secara tepat mengenai isu tersebut.

Anwar takut pengundi baru tahu rahsia kes liwat beliau

"Oleh sebab itu Anwar sekarang ini kepanasan, beliau sedar jika buku tersebut di baca oleh generasi muda yang bakal mengundi, segala rahsia sebenar yang membawa penyingkiran beliau daripada UMNO akan terbongkar," tegasnya.

Dalam portal berita Malaysiakini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menuduh Dr. Mahathir sedang mengalami ketakutan terhadap perubahan kerana kezaliman yang dilakukannya semasa menjadi Perdana Menteri.

Mahathir dakwa Anwar, hanya mahu menjamin masa depan anaknya seperti dilakukan oleh Hosni Mubarak (bekas Presiden Mesir) terhadap anaknya Gamal. Dia mahu anaknya dalam golongan terulung di negara ini.
"Jika Anwar tidak terbabit dalam kes liwat, mengapa beliau sehingga ke hari ini tidak berani bersumpah al-quraan walaupun didesak oleh pelbagai pihak bagi membuktikan kebenarannya," tegasnya.
Sebaliknya tegas Syed Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah beberapa kali bersumpah di masjid bahawa beliau tidak terbabit dalam isu wanita Monggolia sepertimana difitnah oleh pembangkang.

Sambil menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai dorongan rasa kebenciannya terhadap UMNO, Syed Ali menjelaskan Mukhriz semasa pentadbiran Dr. Mahathir tidak berpelung memegang sebarang jawatan penting dalam parti.

Malah kata Syed Ali, sepanjang pengetahuan beliau Dr. Mahathir melarang anak-anaknya terbabit secara langsung dalam politik.

"Selepas Dr. Mahathir bersara, barulah Mukhriz diberikan peluang bertanding sebagai ahli Parlimen dan seterusnya dilantik sebagai timbalan menteri, tegasnya lagi.

Menurutnya, Dr. Mahathir tidak menyerang keperibadian Anwar tetapi mantan Perdana Menteri itu hanya mengisahkan peristiwa benar sepanjang yang beliau alami selama 22 tahun sebagai pemimpin negara dan parti.

"Kenapa Anwar rasa pedih dengan pendedahan tersebut? Apakah apa yang didedahkan oleh Dr. Mahahir itu boleh membunuh kerjaya politik beliau pada PRU akan datang ?," soal Syed Ali.

Justeru itu katanya, Anwar yang sekarang ini sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat terpaksa mencari modal baru untuk mengelirukan rakyat dan mengharapkan simpati.

katanya lagi, Anwar dan PR sudah kehabisan modal untuk dipergulakan kepada rakyat dan kesannya sudah dapat dilihat pada pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau.

"Rakyat semakin menerima corak penatdbiran Najib sebagai Perdana Menteri yang berjaya melakukan tranformasi politik dan ekonomi," tegasnya.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PAS SEMAKIN KELABU DAN SEMAKIN DITOLAK

Posted: 09 Mar 2011 02:23 AM PST

Keputusan pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau telah pun diketahui. Sekalipun berlaku jumlah peningkatan undi untuk PAS di Merlimau dan dibangga-banggakan oleh PAS sebagai 'kemenangan' mereka, perlu diingat, peningkatan jumlah undi untuk UMNO-BN jauh lebih tinggi. Dan kalau dinisbahkan dengan peratusan pengundi yang keluar membuang undi, PAS sebenarnya mengalami kemerosotan yang sangat ketara.

Ternyata, PAS menang sorak dengan para penonton ceramah jemputan mereka yang datang dari luar bagi menunjukkan PAS lebih kuat dari UMNO di Kerdau dan Merlimau. Namun apabila undian dijalankan, keputusannya adalah PAS kalah lebih besar.

Ada pihak yang menyatakan, faktor calon adalah penyebab utama kekalahan PAS. Mungkin ianya boleh diambil kira, namun berdasarkan jumlah undi di Saluran 1 dan 2, PAS sememangnya telah ditolak oleh para pengundi.

Apa yang dilakukan oleh UMNO selepas Tsunami 2008 sememangnya memerlukan banyak kerja termasuk juga sokongan dan bantuan yang diperolehi dari media-media baru seperti Blog, Facebook, Youtube dan sebagainya.

Ternyata, pembohongan dan perlecehan yang dilakukan oleh PAS dengan menggunakan agama, telah tertolak dengan sendirinya. Pada masa pihak pro-UMNO sudah semakin ramai dan bersesak-sesak dalam dunia siber, PAS yang masih tidak mampu mencari taktik lain, masih lagi cuba mempergunakan agama dengan harapan, rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, semakin ramai yang jahil dan tolol dalam pengetahuan agama Islam.

Satu tanggapan yang sebenarnya sangat bersalahan daripada apa yang berlaku di luar kelompok PAS. Selama ini, PAS terlalu syok sendiri. Mereka sekadar berkumpul sesama sendiri dan saling mengangkat-angkat diri, walhal apa yang berlaku di sekeliling mereka, tidak pula mereka sedari. Perubahan besar yang menyaksikan segala 'dakwah bodoh' PAS akhirnya memakan diri.

PAS sudah tidak relevan lagi dengan arus politik tanahair. Taktik lapuk dengan menakut-nakutkan rakyat Malaysia, khususnya orang Islam dan orang Melayu di negara ini sudah tidak laku lagi. PAS tidak sahaja menerima terjahan terhadap para pemimpin biasa mereka, bahkan Maha Dewata Raya PAS iaitu Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut menerima terjahan secara langsung.

Apa yang keluar dari mulut Nik Abdul Aziz dipertikaikan. Dan seperti biasa, Nik Abdul Aziz tidak akan mampu menjawab melainkan juak-juaknya terpaksa memutarkan batang leher mereka mencari dalih lain dan 'divert' isu agar kecacatan dalih Nik Abdul Aziz tidak lagi diperkatakan.

Sesuatu yang paling ketara tentang penolakan terhadap PAS ialah kesungguhan kumpulan Nik Abdul Aziz untuk mengangguk dengan apa-apa sahaja perintah daripada DAP. Pelancaran Buku Jingga menyaksikan PAS tidak mempunyai sebarang bantahan seolah-olah mereka mengakui bahawa di dalam PAS, sudah tidak ada lagi manusia yang cerdik dan berakal, melainkan yang tinggal hanyalah golongan yang bodoh sombong dan dengan mudah menyalahkan orang lain bagi kelemahan mereka.

Sememangnya keputusan di Kerdau dan Merlimau, biarpun dianggap sebagai 'sudah dijangka' memberi cerminan sebenar PAS di hati orang Melayu dan rakyat Malaysia. PAS boleh berbangga dengan sokongan daripada simpatisan dan penyokong DAP tetapi majoriti rakyat yang menolak mereka, sewajarnya sudah pun menyiapkan lilin dan gambar besar untuk diangguk-angguk oleh para penyokong mereka sendiri sebelum dibakar mahupun ditanam!

DunSemarang

DunSemarang


Menteri Sumber KANGANI...bawa 45,000 dari India..

Posted: 08 Mar 2011 05:37 AM PST


KANGANI era 2000 di Tanah Melayu..
"Ahad lalu,00 .03.2011 Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.
Subramaniam mendakwa kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang sukar mendapatkan khidmat pekerja tempatan"

Mari kta lihat...anatara. INTERLOK dan KANGANI dan HIUNDRAF..dan Subramniam.
..merujuk kepada BUKU ..ASIA DALAM PERUBAHAN, di tulis oleh Gilbert Khoo..
menyatakan pada m/s 21..Seawal tahun 1790an Kerajaan British India telah menghantar BANDUAN BANDUAN ke Pulau Pinang, Perak sekitarnya, bagi tujuan sebagai kuli dan buruh di ladang ladang Kerajaan Negeri negeri Selat(British), dengan upah yang amat murah. tetapi mutu kerja mereka amat rendah dan menimbulkan banyak ancaman kerana mereka adalah dari kalangan BANDUAn...
Oleh itu satu polisi baru di ambil iaitu SISTEM KANGANI
Melalui sistem kangani ini,pengusaha ladang atau majikan dikehendaki menghantar seorang kangani pulang ke India untuk menarik seramai mungkin mereka yang mahu berkerja di Tanah Melayu.Buruh-buruh ini akan menaiki kapal dan diturunkan di beberapa buah negeri kritikal seperti Pulau Pinang dan Perak,seterusnya akan diagihkan mengikut majikan masing-masing.Setiap kangani akan dibayar mengikut jumlah perkerja yang dapat dicari,menggunakan wang yang diberikan oleh majikan itulah,kangani membiayai tambang dan kos-kos lain untuk membawa masuk buruh dari India.Apabila tiba di Tanah Melayu,pekerja-pekerja ini akan berkerja dibawah kawalan kangani yang membawa mereka, mereka inilah yang sentiasa di peras, tanpa belas ihsan dengan gaji yang terlalu murah oleh Kangani yang terdiri dari Bangsa Mereka sendiri. Mereka bekerja tanpa ihsan selagi hutang kepada Kangani belum selesai, hidup dengan penuh penderitaan dari golongan kasta yang berbeza. Mandor Kangan dari kumpulan Elit India dan mempunyai kuasa penuh dan mereka sebagai buruh tiada kuasa untuk bersuara.

Mereka hidup dalam sistem kangani yang menyaksikan mereka diperas oleh elit pekerja daripada golongan mereka sendiri. Dalam sistem kangani yang diperkenalkan oleh British ini orang India yang datang sebagai buruh hidup yang disebut sebagai 'internal colonisation', yakni mengalami penjajahan dalaman dan akhirnya hidup tanpa harapan untuk melebihi apa-apa yang ada pada mereka.
Penindasan ini di lakukan oleh kaum mereka sendiri..jauh sekali Melayu atau UMNO.
Mereka tidak ada kemudahan asas untuk pendidikan segala bentuk pendidikan di kuasai oleh Kangani dan Kuncu kuncunya,Kangani yang menjadi berjaya,kaya,dan menjadi golongan profisional .Mereka tidak mahu kisah lalu di ungkit..takut menjejaskan kedudukan mereka...kerena merekalah yang membuli,menindas kaum mereka dahulu..justru itu mereka cuba mengalih arah sebagai pembela kononnya..dengan menentang INTERLOk...
Lihat siapa mereka....adakah mereka anak dari buruh Estate..Mandor..Kangani
"Beberapa orang peguam muda India telah membuat garis kasar tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan British, terutamanya Ratu Elizabeth II. Peguam-peguam itu ialah M.Manoharan (Pengerusi), P.Uthayakumar, K.Ganghadaran, Waytha Moorthy Ponnusamy dan S.Ganapathi Rao.
Pada 30 Ogos 2007 Hindraf telah memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Diraja di London terhadap kerajaan British kerana 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun. Pekerja dari India ini dibawa masuk melalui Sistem Kangani dari tahun 1786 hingga 1957. Kerajaan British dituntut membayar 4 trilion Paun British (RM27.7 trilion) atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia"http://ms.wikipedia.org/wiki/Hindraf...

fikirlah sendiri...siapa sebenarnya yang berdosa..Kangani..British..Melayu..UMNO...
sebenarnya orang MELAYU yanglebih berhak memfailkan saman, di Mahkamah Keadilan Diraja di London, kerana membawa orang India,Banduan India, Buruh India ke Tanah Melayu dan lain bangsa ke Tanah melayu yang hak Kaum mereka sebagai Ketuanan Melayu cuba di hapuskan.

Dan sekarang ada KANGANI baru yang akan menjadi agen, mendapat komisyen dengan membawa buruh india seramai 45000 orang...wah..kaya sungguh..mudah...itulah KANGANI...dan satu ketika mereka yang datang sebagai buruh Kangani..yang tiada dokumen dan akan ada kangani memperjuangkan hak mereka sebagai "kenyataan Subramaniam sebelum ini mengenai terdapat kira-kira 4,000 masyarakat India yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,"..adakah mereka yang datang akan di bela seperti tersebut oleh Kangani atau suadara subra untuk di serap menjadi warga negara dan boleh mengundi dan menjadi ahli bersekutu HINDRAF...

PERKASA berkata..
"Kalau yang sudah menjadi warganegara Malaysia pun tidak taat kepada negara, apatah lagi dengan membawa masuk seramai ini jelas ia akan menambahkan lagi masalah sosial," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.Tidak hairan lah Penjara Simpang Renggam Penuh Penjenayah..antara faktor utama ialah kerajaan negeri negeri selat membawa..nya ke Tanah Melayu sebagai tempat buangan...AGAKNYA. ByM69...kalau pedas jangan bermain API...

Pengikut