Rabu, 9 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Isu mahasiswa : nada Saifuddin seperti pembangkang - Nasir Ghani

Posted: 09 Mar 2011 12:17 AM PST

TIMBALAN Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tidak seharusnya menyalahkan kerajaan dalam isu kebebasan golongan mahasiswa bersuara, tegas Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Md. Nasir Ghani.
Katanya, sebagai salah seorang anggota jemaah kabinet beliau sepatutnya sehaluan dengan pendirian kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun razak.

"Tetapi malangnya, nada Saifuddin sekarang ini seperti beliau berada dalam barisan pembangkang," tegasnya.

Beliau kesal, sejak kebelakangan ini Saifuddin seperti sengaja ingin menonjolkan dirinya sebagai pejuang kebebasan golongan mahasiwa terutama di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sebagai pemimpin UMNO kata Md. Nasir, beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan seperti menjadikan pelajar IPT sebagai musuh politik kerana dakwaan seperti itu langsung tidak berasas.

"Selama ini kerajaan tidak pernah memusuhi pelajar di IPT, sebaliknya kerajaan hanya memantau dan memberi tumpuan kepada mereka agar tidak terbabit dalam kegiatan politik pelampau sehingga boleh menjejaskan pengajian mereka," tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Saifuddin bahawa kerajaan tidak perlu menyekat pelajar IPT daripada membincangkan isu-isu membabitkan kepentingan negara walaupun di kampus, seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini.

Ahli Parlimen Temerloh itu juga dipetik sebagai berkata kerajaan tidak wajar menjadikan pelajar IPT sebagai musuh politik walaupun tindakan mereka seolah-olah menentang kerajaan.

Md. Nasir menyangkal dakwaan tersebut sambil mempersoalkan bagaimana Saifuddin boleh menyalahkan kerajaan sedangkan beliau sendiri berada dalam kementerian berkenaan.

Beliau bimbang pendirian Saifuddibn itu dikhuatiri akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat yang seolah-olah menggambarkan pemimpin UMNO tidak sehaluan pendapat dalam isu mahasiswa.

"Sebagai pemimpin UMNO, saya kesal dengan kenyataan Saifuddin yang sejak akhir-akhir ini seperti sengaja mahu golongan mahasiswa supaya terbabit aktif dalam politik yang censderung kepada gerakan pembangkang," tegasnya.

Menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) sma sekali tidak pernah mengetepikan pandangan yang dilontarkan oleh mahasiswa malah sentiasa memberi perhatian kearah membina mahasiwa sebagai kumpulan berilmu.

Katanya lagi, adalah menjadi harapan kerajaan untuk melihat mahasiswa di negara ini mempunyai nilai kepimpinan dan jati diri yang mampu membina negara bangsa di masa akan datang.

"Oleh sebab itu, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana dan pembangunan pendidikan serta kemudahan pinjaman kewangan bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi tanpa dicampur adukkan dengan sentimen politik," katanya

Anwar kepanasan – Syed Ali

Posted: 08 Mar 2011 11:05 PM PST

TIDAK perlu bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad sengaja menutup kelemahan pentadbiran beliau semasa menjadi Perdana Menteri hanya semata-mata untuk menjamin kedudukan anaknya, Datuk Mukhriz dalam arena politik.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, sepanjang lebih 22 tahun menguasai kerajaan dan parti, Dr. Mahathir jelas tidak memberi peluang kepad anak-anaknya bergerak cergas dalam politik.

"Apabila beliau bersara, barulah anaknya terutama Mukhriz membabitkan diri sepenuh masa dalam politik bagi meneruskan kesinambungan perjuangan bapanya memperjuangkan masa depan umat Melayu menerusi UMNO," tegasnya.

Ini membuktikan bahawa Dr. Mahathir tidak mengamalkan kronisma dalam pentadbiran beliau, berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sebaliknya kata beliau, amalan kronisma dan nepotisma dipelopori oleh Anwar semasa berada dalam UMNO dalam usaha beliau mengukuhkan kedudukannya.

Sehubungan itu jelasnya, tuduhan Anwar bahawa buku terbaru tulisan Dr. Mahathir - 'A doctor in the house' bertujuan untuk menutup penyelewengan mantan Perdana Menteri itu dan bagi menjamin masa depan politik Mukhriz, adalah tidak berasas sama sekali.

katanya, Anwar sebenarnya bimbang buku tersebut yang mendedahkan secara terperinci mengenai aktiviti tidak bermoral beliau semasa berada dalam UMNO akan diketahui generasi muda, khususnya mereka yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, ketika Anwar ditendang daripada UMNO dan kerajaan pada tahun 1998, mereka yang kini sudah berusia 21 tahun dan layak mengundi pada ketika itu hanya berumur 12 tahun dan tidak mengetahui secara tepat mengenai isu tersebut.

Anwar takut pengundi baru tahu rahsia kes liwat beliau

"Oleh sebab itu Anwar sekarang ini kepanasan, beliau sedar jika buku tersebut di baca oleh generasi muda yang bakal mengundi, segala rahsia sebenar yang membawa penyingkiran beliau daripada UMNO akan terbongkar," tegasnya.

Dalam portal berita Malaysiakini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menuduh Dr. Mahathir sedang mengalami ketakutan terhadap perubahan kerana kezaliman yang dilakukannya semasa menjadi Perdana Menteri.

Mahathir dakwa Anwar, hanya mahu menjamin masa depan anaknya seperti dilakukan oleh Hosni Mubarak (bekas Presiden Mesir) terhadap anaknya Gamal. Dia mahu anaknya dalam golongan terulung di negara ini.
"Jika Anwar tidak terbabit dalam kes liwat, mengapa beliau sehingga ke hari ini tidak berani bersumpah al-quraan walaupun didesak oleh pelbagai pihak bagi membuktikan kebenarannya," tegasnya.
Sebaliknya tegas Syed Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah beberapa kali bersumpah di masjid bahawa beliau tidak terbabit dalam isu wanita Monggolia sepertimana difitnah oleh pembangkang.

Sambil menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai dorongan rasa kebenciannya terhadap UMNO, Syed Ali menjelaskan Mukhriz semasa pentadbiran Dr. Mahathir tidak berpelung memegang sebarang jawatan penting dalam parti.

Malah kata Syed Ali, sepanjang pengetahuan beliau Dr. Mahathir melarang anak-anaknya terbabit secara langsung dalam politik.

"Selepas Dr. Mahathir bersara, barulah Mukhriz diberikan peluang bertanding sebagai ahli Parlimen dan seterusnya dilantik sebagai timbalan menteri, tegasnya lagi.

Menurutnya, Dr. Mahathir tidak menyerang keperibadian Anwar tetapi mantan Perdana Menteri itu hanya mengisahkan peristiwa benar sepanjang yang beliau alami selama 22 tahun sebagai pemimpin negara dan parti.

"Kenapa Anwar rasa pedih dengan pendedahan tersebut? Apakah apa yang didedahkan oleh Dr. Mahahir itu boleh membunuh kerjaya politik beliau pada PRU akan datang ?," soal Syed Ali.

Justeru itu katanya, Anwar yang sekarang ini sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat terpaksa mencari modal baru untuk mengelirukan rakyat dan mengharapkan simpati.

katanya lagi, Anwar dan PR sudah kehabisan modal untuk dipergulakan kepada rakyat dan kesannya sudah dapat dilihat pada pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau.

"Rakyat semakin menerima corak penatdbiran Najib sebagai Perdana Menteri yang berjaya melakukan tranformasi politik dan ekonomi," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut