Rabu, 9 Mac 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PAS SEMAKIN KELABU DAN SEMAKIN DITOLAK

Posted: 09 Mar 2011 02:23 AM PST

Keputusan pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau telah pun diketahui. Sekalipun berlaku jumlah peningkatan undi untuk PAS di Merlimau dan dibangga-banggakan oleh PAS sebagai 'kemenangan' mereka, perlu diingat, peningkatan jumlah undi untuk UMNO-BN jauh lebih tinggi. Dan kalau dinisbahkan dengan peratusan pengundi yang keluar membuang undi, PAS sebenarnya mengalami kemerosotan yang sangat ketara.

Ternyata, PAS menang sorak dengan para penonton ceramah jemputan mereka yang datang dari luar bagi menunjukkan PAS lebih kuat dari UMNO di Kerdau dan Merlimau. Namun apabila undian dijalankan, keputusannya adalah PAS kalah lebih besar.

Ada pihak yang menyatakan, faktor calon adalah penyebab utama kekalahan PAS. Mungkin ianya boleh diambil kira, namun berdasarkan jumlah undi di Saluran 1 dan 2, PAS sememangnya telah ditolak oleh para pengundi.

Apa yang dilakukan oleh UMNO selepas Tsunami 2008 sememangnya memerlukan banyak kerja termasuk juga sokongan dan bantuan yang diperolehi dari media-media baru seperti Blog, Facebook, Youtube dan sebagainya.

Ternyata, pembohongan dan perlecehan yang dilakukan oleh PAS dengan menggunakan agama, telah tertolak dengan sendirinya. Pada masa pihak pro-UMNO sudah semakin ramai dan bersesak-sesak dalam dunia siber, PAS yang masih tidak mampu mencari taktik lain, masih lagi cuba mempergunakan agama dengan harapan, rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, semakin ramai yang jahil dan tolol dalam pengetahuan agama Islam.

Satu tanggapan yang sebenarnya sangat bersalahan daripada apa yang berlaku di luar kelompok PAS. Selama ini, PAS terlalu syok sendiri. Mereka sekadar berkumpul sesama sendiri dan saling mengangkat-angkat diri, walhal apa yang berlaku di sekeliling mereka, tidak pula mereka sedari. Perubahan besar yang menyaksikan segala 'dakwah bodoh' PAS akhirnya memakan diri.

PAS sudah tidak relevan lagi dengan arus politik tanahair. Taktik lapuk dengan menakut-nakutkan rakyat Malaysia, khususnya orang Islam dan orang Melayu di negara ini sudah tidak laku lagi. PAS tidak sahaja menerima terjahan terhadap para pemimpin biasa mereka, bahkan Maha Dewata Raya PAS iaitu Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut menerima terjahan secara langsung.

Apa yang keluar dari mulut Nik Abdul Aziz dipertikaikan. Dan seperti biasa, Nik Abdul Aziz tidak akan mampu menjawab melainkan juak-juaknya terpaksa memutarkan batang leher mereka mencari dalih lain dan 'divert' isu agar kecacatan dalih Nik Abdul Aziz tidak lagi diperkatakan.

Sesuatu yang paling ketara tentang penolakan terhadap PAS ialah kesungguhan kumpulan Nik Abdul Aziz untuk mengangguk dengan apa-apa sahaja perintah daripada DAP. Pelancaran Buku Jingga menyaksikan PAS tidak mempunyai sebarang bantahan seolah-olah mereka mengakui bahawa di dalam PAS, sudah tidak ada lagi manusia yang cerdik dan berakal, melainkan yang tinggal hanyalah golongan yang bodoh sombong dan dengan mudah menyalahkan orang lain bagi kelemahan mereka.

Sememangnya keputusan di Kerdau dan Merlimau, biarpun dianggap sebagai 'sudah dijangka' memberi cerminan sebenar PAS di hati orang Melayu dan rakyat Malaysia. PAS boleh berbangga dengan sokongan daripada simpatisan dan penyokong DAP tetapi majoriti rakyat yang menolak mereka, sewajarnya sudah pun menyiapkan lilin dan gambar besar untuk diangguk-angguk oleh para penyokong mereka sendiri sebelum dibakar mahupun ditanam!

Tiada ulasan:

Pengikut