Isnin, 7 Mac 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Menanti Janji Yang Baru

Posted: 07 Mar 2011 06:51 PM PST

Jangan Mudah Selesa


1. JIKA dianalisis satu persatu kedudukan parti-parti pembangkang, boleh dikatakan kesemua mereka sedang berhadapan dengan krisis dan masalah yang mampu menghakis sokongan kepada mereka.

2. Kemenangan demi kemenangan yang dicatatkan di bermula di PRK Parlimen Hulu Selangor, Parlimen Batu Sapi, DUN Galas, di Tenang, Merlimau dan Kerdau perlu dijadikan pembakar semangat untuk persiapan menjelang PRU akan datang.

3. Namun begitu momentum kemenangan yang kini dikatakan kembali melingkari Barisan Nasional bukanlah bermakna parti ini perlu bersenang lenang berasa selesa malah kembali berlapang dada.

4. Sikap pengundi muda yang dilihat kembali memberikan sokongan kepada Barisan Nasional jugak merupakan hasil perancangan kerajaan untuk menawan kembali hati golongan ini dilihat kembali berjaya.

5. Masih terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan dan tugas paling mencabar bagi Barisan Nasional ialah merampas kembali kuasa pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

6. Jentera UMNO perlu membuktikan bahawa kemenangan sama ada di Tenang, Kerdau mahupun Merlimau bukan semata-mata kerana ia kubu kuat parti kita tetapi sememangnya disebabkan oleh sokongan rakyat yang semakin meningkat.

7. Pembangkang sudah pastinya akan berasa rimas dan cuba sekali lagi mengabui mata rakyat melalui janji-janji manis yang terkandung dalam 'buku jingga'. Bersiap sedialah dengan janji baru yang janji lamanya masih belum terbuku

Kak Midah
Ipoh, Perak

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


SEDIA GEMPUR...BERGEMA DI JENGKA 23...TAHNIAH..

Posted: 07 Mar 2011 04:51 PM PST


Skuad SEDIA GEMPUR Pemuda UMNO Bahagian Rompin sekali lagi turun padang ke Jengka 23 menghulur bantuan dalam usaha memastikan kemenangan calon BN..Diketuai sendiri oleh YB KP dan diselia oleh barisan Jawatankuasa dan disertai oleh skuad yang begitu bersemangat dan komited.

Antara tugasan yang diberikan adalah mengawalselia penggunaan set walkie talkie Biro Penerangan UMNO Malaysia yang diletakkan di seluruh bilik gerakan peti undi DUN Kerdau,penghantaran suratkhabar ke setiap lokasi yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen,membantu pemasangan bendera,poster di Jengka 23 dan yang paling penting menghadapi jentera PAS pada hari pengundian.

Walaupun dalam keadaan yang paling bersederhana,tempat tinggal,makan minum namun ternyata skuad ini dapat menjalankan misi dengan penuh berdisiplin dan semangat yang jitu.

Banyak pengajaran dan ilmu pilihanraya yang berjaya diserap untuk digunapakai apabila pulang ke kawasan bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang..Sekalung pujian dan tahniah kerana berjaya membawa imej cemerlang PPU Bahagian Rompin..SEDIAAA GEMPURRRR....

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Selamat Pulang Dan Jutaan Terima Kasih.

Posted: 07 Mar 2011 02:22 AM PST

Salam, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua jentera samaada peringkat cawangan, dun, bahagian, negeri di dalam negeri Melaka dan tidak lupa juga semua jentera negeri-negeri yang terlibat dalam menjayakan PRK N27 Merlimau. Usaha baik semualah yang dapat meyakinkan pengundi dun merlimau untuk kembali menyokong BN. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada pengundi dun merlimau kerana masih memberikan kepercayaan kepada BN untuk memimpin dun merlimau. Terima kasih juga saya kepada parti komponen di setiap peringkat kerana memberikan komitmen yang tinggi dalam PRK N27 dun merlimau ini. Syabas kepada semua terutamanya pengundi semoga momentum ini akan dapat membentuk keyakinan rakyat kearah gagasan 1Malaysia. Tahniah keatas kepimpinan YAB PM dan YAB TPM serta YAB KM Melaka. Hidup BN dan salam 1Malaysia. Ikhlas dari Zaidi Attan. KP Jasin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Pulang Dan Jutaan Terima Kasih.

Posted: 07 Mar 2011 02:19 AM PST

Salam, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua jentera samaada peringkat cawangan, dun, bahagian, negeri di dalam negeri Melaka dan tidak lupa juga semua jentera negeri-negeri yang terlibat dalam menjayakan PRK N27 Merlimau. Usaha baik semualah yang dapat meyakinkan pengundi dun merlimau untuk kembali menyokong BN. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada pengundi dun merlimau kerana masih memberikan kepercayaan kepada BN untuk memimpin dun merlimau. Terima kasih juga saya kepada parti komponen di setiap peringkat kerana memberikan komitmen yang tinggi dalam PRK N27 dun merlimau ini. Syabas kepada semua terutamanya pengundi semoga momentum ini akan dapat membentuk keyakinan rakyat kearah gagasan 1Malaysia. Tahniah keatas kepimpinan YAB PM dan YAB TPM serta YAB KM Melaka. Hidup BN dan salam 1Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

bolehkan mereka sepakat dalam isu ini?

Posted: 06 Mar 2011 06:09 PM PST

TEMERLOH, 6 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati PAS, PKR dan DAP supaya mendaftarkan Pakatan Rakyat — perikatan mereka — bagi membolehkan ketiga-tiga parti itu menggunakan logo yang sama pada pilihan raya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pakatan itu perlu didaftarkan kerana mereka selalu dilihat melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama berhubung isu penggunaan logo.

"Berulang kali telah dinyatakan sejak pilihan raya kecil yang lepas, logo parti yang tidak bertanding dilarang dipasang atau digunakan untuk berkempen kerana ia menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Saya tak nak mengajar parti, saya nasihat pembangkang supaya daftarlah parti-parti anda (Pakatan Rakyat) dengan Pendaftar Pertubuhan. Sudah daftar, logo-logo itu kemudian dihantar ke SPR, baru mereka boleh digunakan ketika kempen," katanya kepada pemberita ketika meninjau proses penjumlahan undi pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh hari ini.

Wan Ahmad berkata perkara itu, jika terus dilakukan, akan menimbulkan masalah kepada SPR dan polis.

"Mereka tak nak daftar, itu hak parti, tetapi jika mereka terus langgar peraturan kami, SPR dan polis yang susah, kena berlari ke sana ke sini menguatkuasakan undang-undang.

"Kalau daftar, lepas itu boleh guna logo, dan semua pihak boleh menjalankan tugas mereka dengan lancar," katanya dipetik Bernama.

Beliau mengulas tindakan parti yang tidak bertanding iaitu DAP dan PKR, yang bertindak memasang serta menggunakan logo masing-masing untuk berkempen pada pilihan raya kecil itu.

Roslan Ahmad: I will serve the people

Posted: 06 Mar 2011 06:04 PM PST



Tahniah kepada YB Roslan

Najib vows to do his best for Merlimau and Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 06:01 PM PST

Najib vows to do his best for Merlimau and Kerdau
Reports by FOONG PEK YEE, SA'ODAH ELIAS, MARTIN CARVALHO, R.S.N. MURALI, ROSLINA MOHAMAD, ONG HAN SEAN, CHRISTINA TAN, YUEN MEIKENG and KHAIRUL ASHRAF KAMMED Pictures by A. MALEX YAHYA, NIK NAIZI HUSIN, SAMUEL ONG and M. AZHAR ARIFF

JASIN: Prime Minister and Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Tun Razak thanked voters in both constituencies for the overwhelming support for the coalition.

"I would like to thank the voters in Merlimau and Kerdau for supporting Barisan," he said in a tweet after the results were announced last night.

"The big wins are very significant. We will do our best for them," he added.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Barisan's impressive victories were an endorsement of the economic and social programmes initiated by the Government under Najib's leadership.

"It looks like the Prime Minister's transformation programme has been well received by the voters in both places," he said.

At the same time, Muhyiddin said the voters had clearly rejected PAS. "This is an indication that the party's struggles are not accepted by the Malays," said the Barisan deputy chairman.

"This is not the first time," he pointed out. "They have been defeated in Galas and Batu Sapi, and today in Merlimau and Kerdau.

"It is a signal that PAS has been rejected not only by the M

Kerdau p'raya 'paling melampau', kata Tuan Ibrahim

Posted: 06 Mar 2011 05:54 PM PST

PPUBJ : Alasan yang diberikan oleh pemimpin PAS. Dulu dakwa jentera dah siap sedia untuk hadapi PRU tapi kini PRK pun tak 'ready' ..minta tolonglah pada PKR dan DAP. Nampaknya PAS kini keseorangan bila partinya bertanding....



Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih.
"Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, ada peningkatan," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan.
Ditanya sama ada keputusan hari ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.
azlan"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi.
Tuan Ibrahim juga terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau".
Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Pakatan gagal menterjemahkan kandungan Buku Jingga dalam pilihan raya kali ini.
Beliau memberi alasan, pilihan raya Kerdau lebih tertumpu kepada isu tempatan.
Sementara itu, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu pula berkata Pakatan tidak perlu susah hati kerana ujian sebenar adalah dalam pilihan raya umum.
Ditanya tentang sokongan undi Cina di Kerdau kali ini, Ronnie berkata perkara itu tidak dapat diukur kerana bercampur dengan kaum lain dalam satu daerah mengundi.
Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi.
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.
Majoriti kemenangan BN itu menunjukkan parti itu berjaya mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.
Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.
Pilihan raya kecil itu turut mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.

MELAKA BUBAR UNIT MEDIA BARU!!!!

Posted: 06 Mar 2011 05:04 PM PST

MELAKA BUBAR UNIT MEDIA BARU!!!!

Unit Media Baru atau UMB yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda Tun Faisal Ismail Aziz sepatutnya membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat. UMB dijanakan dengan peruntukan yang bukan kecil. Bagaimanapun, rata-rata merungut dan mengecam UMB dan Tun Faisal kerana terlalu BERLAGAK, TAK SEDAR DIRI dan PERASAN sebagai boss kepada para bloggers, sekalipun Tun Faisal sebenarnya tidak mempunyai blogger yang bernaung di bawah UMB.

Maka masalah tersebut meledak di Kerdau dan Merlimau. Di Melaka, media baru dijalankan oleh Pahlawan Melayu Melaka atau PMM dan bukannya UMB. 20 orang bloggers yang bernaung di bawah PMM langsung tidak menghiraukan Tun Faisal dan UMBnya yang dilihat sangat pincang dan hanya gah pada nama tetapi langsung tak buat sebarang kerja dan gagal berfungsi mengikut bidang tugas bagi menaikkan nama Pemuda UMNO.

Apa yang berlaku di Merlimau dan cubaan 'merampas' kuasa di Kerdau jelas memperlihatkan bagaimana Unit Media Baru tidak lebih daripada sebuah entiti yang sebenarnya cuba menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO, bukannya menaikkan Pemuda UMNO secara keseluruhannya.

Dengan kata-kata lain, Tun Faisal sebenarnya TAK PAYAH ADA DALAM PEMUDA UMNO PUN tidak menjejaskan perjalanan cywar UMNO. Bahkan ketiadaannya lebih melicinkan dan melancarkan tugas para peserta yang terbabit dalam cywar.

Di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh PAHANGKU. UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger, ditolak sejak dari awal lagi. Boleh dikatakan, hampir keseluruhan blogger UMNO menolak UMB yang tidak lebih daripada sebuah mesin pengaut wang untuk masuk ke akaun sendiri, berbanding terlibat secara langsung dengan permainan dunia perang siber. Yang lebih malang, Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO sendiri pun, BUTA KAYU TENTANG CYWAR!!!!

Mungkin kerana itulah, Datuk Akbar Ali, Ahli Dewan Negara yang mewakili negeri Melaka, sejurus selepas mengumumkan kemenangan tidak rasmi UMNO-BN di Command Centre UMNO-BN di Merlimau, memberitahu Ketua Pemuda UMNO Melaka, Karim Yaacob agar membubarkan UMB, apatah lagi dengan pintu bilik media yang sepatutnya digunakan oleh para blogger dikunci sepanjang masa dan tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun kecuali dengan IZIN TUN FAISAL!

Dan ianya mungkin secara tidak langsung disebabkan oleh ketidakupayaan UMB menggalas tugas dalam beberapa PRK yang lepas dengan kemuncaknya adalah di Merlimau dan Kerdau

UMNO, BN perlu kaedah baru tarik pengundi

Posted: 06 Mar 2011 04:55 PM PST

PPUBJ : Keadah baru diperlukan kerana keadah lama tidak beri 'advantage' kepada parti sewaktu pilihanraya kecil atau umum.Walaupun ada potfolio pengundi luar diwujudkan tetapi dari segi penyelarasan dan maklumat masih lagi ada kekurangan.Kini semakin ramai pengundi yang menetap di luar daerah.

KUALA KRAU 6 Mac - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mencari kaedah baru bagi menarik pengundi yang berdaftar di tempat asal mereka tetapi berada di perantauan supaya pulang mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, kebanyakan anak perantau terdiri daripada golongan muda yang perlu diberi perhatian kerana mereka mempunyai hak memilih pemimpin pada setiap pilihan raya.

Menurutnya, pendekatan mesra pengundi luar perlu dilaksanakan segera kerana ramai yang berdaftar sebagai pemilih di kampung asal dan akan balik mengundi pada pilihan raya nanti.

"Rekod pendaftaran pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan anak-anak peneroka dan orang kampung yang berhijrah bekerja di bandar tetapi mengundi di kampung atau tempat tinggal asal mereka.

"Sumbangan anak perantau sangat berharga kerana konsep satu undi sangat berharga dan boleh menjadi undi penentu bagi menambah majoriti,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Felda Jengka 23 di sini hari ini.

Jamaludin yang juga Duta Malaysia ke Amerika Syarikat berkata, penggunaan media baru adalah relevan untuk bertanya khabar golongan terbabit dan perlu dilakukan setiap masa tanpa menunggu musim pilihan raya sahaja.

Katanya, langkah tersebut boleh dilakukan oleh UMNO Bahagian masing-masing dengan mewujudkan jawatankuasa tertentu supaya langkah sedemikian mencapai matlamatnya.

Jelasnya, kebanyakan tanah rancangan Felda dihuni oleh warga emas dan kanak-kanak kecil sedangkan golongan muda berhijrah dengan bekerja dalam pelbagai sektor.

"Golongan itu akan pulang ke kampung setiap hujung minggu untuk melihat anak-anak yang tinggal bersama ibu bapa mereka dan bersekolah di situ," katanya.

Beliau turut menggesa cawangan UMNO lebih agresif menarik golongan muda semua peringkat umur supaya menjadi ahli UMNO yang terbukti memberi kebaikan dan manfaat kepada rakyat.

demi agama bangsa dan negara

demi agama bangsa dan negara


GAGASAN 1MALAYSIA PENCETUS TRANSFORMASI WAWASAN NEGARA

Posted: 07 Mar 2011 06:27 AM PST

Ketika Dato' Seri Najib mengumumkan dasar Gagasan 1Malaysia, ramai yang tertanya-tanya mengapa perlunya 1Malaysia??? Bahkan slogan ini menjadi 'umpan' kepada puak2 pembangkang untuk memutar belitkan isu ini sehingga menggusarkan perasaan rakyat. Ianya semakin kusut apabila wujudnya suara2 halus dari pembangkang kenapa tidak ada 2Malaysia atau 3Malaysia..maka seperti biasa kedengaran hilai mengilai penyokong2 pembangkang bilamana mendengar ceramah dari 'tok karut' pembangkang. Pada suatu ketika, kejayaan PRK dilihat menyebelahi pembangkang kerana isu ini.

1Malaysia yang mentafsirkan identiti sebenar rakyat Malaysia kini menjadi 'idola' bahkan slogan tersebut telah berjaya menambat hati rakyat yang semakin yakin dengan kemampuan Perdana Menteri membawa negara ke era kemajuan disamping mengekalkan kemakmuran yang sangat harmonis. Sejak akhir2 ini, slogan 1Malaysia dilihat sebagai pencetus semangat dan kejayaan PRK kepada BN serta UMNO khususnya. 'Tok karut' yang berdondang tentang 1Malaysia hilang entah kemana tetapi semua rakyat sedia maklum mereka bukan sekadar hilang malah 'tebal muka' kerana sikap kebodohan mereka mempersendakan 1Malaysia menyebabkan pembangkang tidak terdaya menahan asakan ombak badai dalam PRK. Bak kata pepatah Melayu 'membujur lalu, melintang patah'..begitulah hebatnya penangan 1Malaysia.

Keangkuhan dan kebodohan kerajaan Selangor dalam isu 1Malaysia nyata telah memberi kesan kepada mereka. Rakyat yang melihat MB sebagai boneka kepada 'firaun2' semakin kuat perasaan benci mereka dan yang pastinya mereka akan terjemahkan dalam PRU13 nanti.

Sekalung tahniah atas dasar atau slogan 1Malaysia oleh Perdana Menteri serta agenda trasformasi negara seperti Plan Transformasi Politik dan Plan Transformasi Ekonomi Negara. Sama2 kita dokong perjuangan yang berteraskan untuk rakyat ini. Wsalam..

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali dakwa Anwar guna demontrasi sebagai jalan pintas untuk berkuasa

Posted: 06 Mar 2011 08:59 PM PST

DATUK Seri Anwar Ibrahim diingatkan tidak membandingkan tuntutan perubahan politik di Timur Tengah dan Afrika Utara dengan perubahan di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, Penasihat Umum PKR itu perlu menerima hakikat persekitaran politik di Malaysia jauh berbeza dengan amalan di negara-negara berkenaan.

Lagi pun kata beliau, tidak ada sebab bagi rakyat negara ini untuk mengorbankan keselesaan dan kepentingan yang mereka nikmati selama ini di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Jika hanya untuk memenuhi agenda peribadi Anwar, ternyata perbuatan itu sia-sia dan hanya mendatangkan kesusahan kepada rakyat," tegasnya.

Beliau mendakwa perbandingkan dibuat Anwar bertujuan mengajak rakyat berdemontrasi di jalanan dan mencetuskan ketidakstabilan politik dalam negara.

Rakyat tidak akan korbankan keselesaan mereka hanya untuk agenda Anwar

Katanya, Anwar terpaksa melakukan strategi tersebut kerana menyedari majoriti rakyat di negara ini terutama orang Melayu sudah menolak perjuangan pembangkang.

"Anwar sedar menerusi proses pilihan raya beliau tidak berpeluang untuk berkuasa, oleh sebab itu jalan pintas adalah mengajak rakyat berdemontrasi dengan menjadikan suasana di Timur Tengah dan Afrika Utara sebagai contoh," tegasnya.

Syed Ali menyangkal tuduhan Anwar menerusi laman blognya bahawa kerajaan BN terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut dengan perubahan politik yang berlaku di negara berkenaan.

Menerusi laman blog tersebut, Anwar juga menuduh kerajaan BN cuba menghalang perubahan sepertimana berlaku di Mesir dan Libya dengan sengaja membuat fitnah liwat terhadap beliau.

Dalam hal ini, Syed Ali menyifatkan Anwar sengaja mereka cerita karut yang seolah-olah memberi gambaran kononnya kerajaan BN melakukan konspirasi terhadap kerjaya politik beliau.

Menurut beliau, isu liwat adalah pertuduhan terhadap isu moral Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari, tidak ada kena mengena dengan BN mahupun UMNO.

Kalau yakin tak lakukan perbuatan dilaknat Allah SWT, mengapa perlu takut ?

Katanya, kes tersebut dalam proses perbicaraan dan jika Anwar yakin tidak melakukan perbuatan yang dilaknat Allah SWT, tidak ada sebab mengapa beliau takut.

"Apa perlunya kita buat perbandingan dengan perubahan di Mesir dan Libya ? Majoriti rakyat Malaysia tidak berfikiran dangkal sepertimana Anwar yang gilakan jawatan," katanya lagi.

Lagipun jelas beliau, masyarakat majmuk di negara ini sudah menikmati kehidupan yang selesa di bawah kerajaan BN sejak lebih 50 tahun lalu.

Kata beliau, rakyat negara ini mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan sesebuah kerajaan menerusi proses pilihan raya sejajar dengan amalan demokrasi.

"Tidak perlu merusuh di jalanan, mereka boleh pilih mana-mana parti untuk membentuk kerajaan setiap empat atau lima tahun sekali tanpa ada kekerasan," tegasnya.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TAHNIAH BN ATAS KEMENANGAN DI KERDAU DAN MERLIMAU

Posted: 06 Mar 2011 08:41 PM PST

Assalamualaikum,

Tahniah saya ucapkan kepada YB Roslan Ahmad yang telah memenangi PRK Merlimau, Melaka semalam dan juga YB Syed Ibrahim Syed Ahmad yang turut menang pada PRK Kerdau, Pahang.

Kejayaan mereka yang mewakili BN ternyata telah memberikan sesuatau yang baharu kepada politik negara ini, apatah lagi BN dihadapkan dengan pelbagai isu-isu oleh pembangkang (walaupun isu berkenaan remah dan sengaja diada-adakan).

Bagi saya, kejayaan dengan majoriti besar oleh BN itu juga adalah petanda betapa rakyat kini, terutama pengundi muda kembali yakin kepada BN. Jauh daripada itu, rakyat memahami apa yang sedang kerajaan tanggung walaupun itu dilihat dari perpektif isu oleh pembangkang. Rakyat sedar betapa semua yang berlaku adalah satu proses yang akan menguntungkan mereka biarpun pembangkang melihatnya sebagai satu beban.

Rakyat juga melihat bahawa kerajaan BN telah sedaya upaya berusaha untuk meringankan apa jua beban rakyat melalui pelbagai pendekatan yang jujur dan ikhlas. Berbeza dengan pembangkang yang mengamalkan politik menggula-gualakan rakyat tetapi ternyata mereka gagal dalam misi mereka.

Tidak dapat tidak, PRK Merlimau dan Kerdau telah memberi suntikan baharu kepada BN untuk terus bergerak dan berusaha bagi memenangi hati rakyat. Saya percaya, pucuk kepimpinan BN sentiasa mempelajari sesuatu di sebalik setiap PRK yang diadakan.

Untuk itu, saya ucapkan tahniah kepada pengundi di kedua-dua DUN berkenaan kerana telah membuat pilihan tepat dengan mengundi BN pada PRK itu semalam.

Saya berharap, rakyat di seluruh negara juga dapat melihat keadaan tersebut secara positif bahawa politik yang diamalkan pembangkang banyak merugikan negara. Berbeza dengan BN yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan, kesejahteraan dan kejayaan hidup rakyat.

Sebenarnya, kejujuran BN adalah kunci kepada kejayaan tersebut. BN tidak berjuang dengan bermodalkan air liur semata-mata seperti pembangkang. Apa yang pemimpin BN cakap, itulah yang pemimpin BN buat demi rakyat dan negara.

Ternyata juga, usaha mempolitikkan agama oleh pembangkang telah ditolak oleh rakyat di Kerdau dan Merlimau. Pengundi di dua kawasan berkenaan telah berjaya membezakan antara Islam sebenar dengan Islam Pas yang terlalu banyak kepentingan politik.

Saya berdoa, penduduk di Kerdau dan Merlimau akan meperolehi lebih banyak pembelaan selepas ini. Percayalah, hanya BN yang mampu membela nasib rakyat di negara ini. Muktamad.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Nik Aziz harus dipecat dari jawatan “Mursyidul Am PAS”..!!!

Posted: 07 Mar 2011 03:59 AM PST

Kini segalanya sudah jelas! Pengakuan Nik Aziz kelmarin yang mengakui bahawa segala "fatwa" dan kenyataannya semua siri pilihanraya mampu untuk memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Malah Nik Aziz bangga dengan peranannya yang memecah belahkan umat Islam di negara ini dengan menyatakan bahawa isu pepecahan umat Islam sudah lama bermula sejak di zaman Nabi Adam A.S dan Rasulullah S.A.W lagi. Maka dengan alasan itu, maka Mursyidul Am PAS itu meng"halal"kan tindakannya memecah belahkan umat Islam di Malaysia.

Pengakuan Nik Aziz sempena PRK Merlimau dan Kerdau ini mengesahkan segala yang didakwa oleh kita selama ini iaitu "Nik Aziz tidak mahu perpaduan berlaku kepada umat Islam di negara ini". Selain itu, Nik Aziz juga telah mengakui secara tidak langsung bahawa dia mempunyai tujuan yang sama dengan Yahudi dan Nasrani dan sedang melaksanakan cita-cita dan perjuangan mereka dengan memecah belahkan umat Islam di Malaysia.

Negarawan Ulung Negara, Tun Dr. Mahathir pantas membidas Musyidul Am itu dengan menyatakan bahawa Nik Aziz bahawa Mursyidul Am itu hanyalah memperjuangkan POLITIK semata-mata dan BUKANnya memperjuangkan Islam. Walaupun Tun M tidak berlatar belakangkan pendidikan Islam secara khusus, ternyata kata-katanya itu logik, berfakta dan boleh diterima akal manusia waras. Penulis bersetuju 100% dengan dakwaan Tun M terhadap Nik Aziz itu.

Menggunakan alasan bahawa isu pepecahan umat Islam berlaku di zaman Rasulullah S.A.W dan Nabi Adam A.S sebagai "jawapan munasabah" bagi tindakannya memecah belahkah umat Islam di Malaysia, seakan-akan menyamakan tindakannya itu sebagai "sunnah Rasulullah". Benarkah "memecah belahkan umat Islam itu "sunnah"? Dan wajarkah menyatakan bahawa memecah belahkan umat Islam di negara ini bersamaan dengan apa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W dan para Anbiya A.S?

Memang benar peristiwa pepecahan umat Islam berlaku sejak di zaman Rasulullah S.A.W dan para Rasul A.S. Namun, Rasulullah S.A.W dan para Rasul A.S yang diutuskan Allah S.W.T tidak sama sekali diutuskan untuk memecah belahkan umat mereka. Malah sebaliknya, semua Rasul yang diutuskan Allah termasuklah Rasulullah S.A.W menggesa agar umat mereka bersatu padu di dalam semua perkara. Sebagai umat Islam, umat Muhammad S.A.W, kita juga diajar untuk berkasih sayang di antara satu sama lain dan diseru agar bersatu padu.

Firman di dalam Al-Quran juga menyeru kita begitu dan Allah S.W.T menghantar utusanNya untuk menyatu padukan umat dibawah satu kalimah iaitu Islam. Firmannya "Waqtasimuu bi hablillahi wala tafarraquu…" menjelaskan seruan Allah Azza Wa Jalla dan Rasulullah S.A.W yang mahu umat Islam di akhir zaman ini untuk bersatu padu. Firman ini juga cuba dijelaskan oleh Profesor Mohd Nor Idris (bekas AJK Dewan Ulama PAS) kepada Nik Aziz tempohari, namun Nik Aziz dengan angkuh menolak pelawaan debat perbincangan itu dengan mengatakan bahawa Profesor Mohd Nor Idris tidak layak berdebat dengannya dan tidak "muqtaraf" sebagai ulama.

Pada penulis, Nik Aziz telah menzalimi ramai pihak dengan mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang memecah belahkan umat Islam di negara ini. Nik Aziz menzalimi PAS kerana sebagai Mursyidul Am PAS yang merupakan pemimpin tertinggi parti "ala-ala Ayatollah Khomieni", Nik Aziz telah memecah belahkan umat Islam di antara parti PAS dan UMNO. Meskipun ahli PAS dan UMNO berlainan parti politik, siapa yang dapat menafikan hakikat bahawa kedua-duanya adalah beragama Islam? Adakah Melayu Islam di dalam UMNO itu "kafir"? Atau apakah "Arab" Islam di dalam PAS itu "kafir" juga? Oleh itu, menuduh mereka-mereka yang mengundi BN itu sebagai "jahiliyyah" adalah terma yang tidak sesuai digunakan oleh Nik Aziz untuk menarik sokongan politik.

Terma "Jahiliyyah" yang digunakan oleh Nik Aziz itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. "Jahiliyyah" boleh dirujuk kepada zaman "jahiliyyah" bangsa Arab sebelum era nubuwwah. Perkataan itu juga boleh dirujuk sebagai sifat jahil, tidak tahu, tidak berilmu, tidak berpengetahuan dan seumpamanya. Nik Aziz cuba mempergunakan kalimah Arab ini untuk memberikan persepsi buruk terhadap pengundi BN, khususnya yang beragama Islam. Wajarkah tindakannya itu?

Penulis ragu-ragu dengan niat Nik Aziz, apakah motif sebenar Mursyidul Am PAS itu memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Apakah dengan pepecahan perpaduan umat Islam itu maka Islam dan perjuangan agama itu akan mendapat keuntungan? Apa untungnya pepecahan umat Islam itu? Ternyata Nik Aziz hanya berkiblatkan POLITIK busuk! Politik sebegini tidak dianjurkan pun di dalam Islam. Tahalluf siyasi dari agama manakah yang dirujuk oleh Nik Aziz? Dari Yahudi atau Nasrani?

Penulis mencadangkan agar semua umat Islam tanpa mengira parti, sama ada dari PAS, PKR, UMNO dam mahupun DAP supaya membuka mata luas-luas terhadap agenda dan pengakuan Nik Aziz ini. Lihatlah betapa Nik Aziz sudah terpesong jauh dari perjuangan Islam sebenar. Lihatlah bagaimana rupanya "true colours" niat hati Nik Aziz. Usahlah kita terus terpengaruh dengan dakyah busuk dari Mursyidul Am PAS "palsu" ini.

Hakikatnya PAS patut malu dengan pengakuan Nik Aziz ini. Nik Aziz sepatutnya dipecat dari jawatan Mursyidul Am PAS dan digantikan dengan Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz yang lebih layak! Hanya keberanian dan kebenaran saja yang dapat menurunkan Nik Aziz dari kekhilafan umat Islam di negara ini. Ayuh kepimpinan PAS, ada berani?

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


KERDAU DAN MERLIMAU MILIK BARISAN NASIONAL

Posted: 06 Mar 2011 04:29 AM PST

TEMERLOH, 6 Mac (Bernama) -- Calon Barisan Nasional Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2,724 undi.


Syed Ibrahim memperolehi 5,060 undi, manakala Hassanuddin 2,336 undi.

____________________________________________________________________

JASIN, 6 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.

Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizad 2,319 undi.

-- BERNAMA

Pengikut