Isnin, 7 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali dakwa Anwar guna demontrasi sebagai jalan pintas untuk berkuasa

Posted: 06 Mar 2011 08:59 PM PST

DATUK Seri Anwar Ibrahim diingatkan tidak membandingkan tuntutan perubahan politik di Timur Tengah dan Afrika Utara dengan perubahan di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, Penasihat Umum PKR itu perlu menerima hakikat persekitaran politik di Malaysia jauh berbeza dengan amalan di negara-negara berkenaan.

Lagi pun kata beliau, tidak ada sebab bagi rakyat negara ini untuk mengorbankan keselesaan dan kepentingan yang mereka nikmati selama ini di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Jika hanya untuk memenuhi agenda peribadi Anwar, ternyata perbuatan itu sia-sia dan hanya mendatangkan kesusahan kepada rakyat," tegasnya.

Beliau mendakwa perbandingkan dibuat Anwar bertujuan mengajak rakyat berdemontrasi di jalanan dan mencetuskan ketidakstabilan politik dalam negara.

Rakyat tidak akan korbankan keselesaan mereka hanya untuk agenda Anwar

Katanya, Anwar terpaksa melakukan strategi tersebut kerana menyedari majoriti rakyat di negara ini terutama orang Melayu sudah menolak perjuangan pembangkang.

"Anwar sedar menerusi proses pilihan raya beliau tidak berpeluang untuk berkuasa, oleh sebab itu jalan pintas adalah mengajak rakyat berdemontrasi dengan menjadikan suasana di Timur Tengah dan Afrika Utara sebagai contoh," tegasnya.

Syed Ali menyangkal tuduhan Anwar menerusi laman blognya bahawa kerajaan BN terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut dengan perubahan politik yang berlaku di negara berkenaan.

Menerusi laman blog tersebut, Anwar juga menuduh kerajaan BN cuba menghalang perubahan sepertimana berlaku di Mesir dan Libya dengan sengaja membuat fitnah liwat terhadap beliau.

Dalam hal ini, Syed Ali menyifatkan Anwar sengaja mereka cerita karut yang seolah-olah memberi gambaran kononnya kerajaan BN melakukan konspirasi terhadap kerjaya politik beliau.

Menurut beliau, isu liwat adalah pertuduhan terhadap isu moral Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari, tidak ada kena mengena dengan BN mahupun UMNO.

Kalau yakin tak lakukan perbuatan dilaknat Allah SWT, mengapa perlu takut ?

Katanya, kes tersebut dalam proses perbicaraan dan jika Anwar yakin tidak melakukan perbuatan yang dilaknat Allah SWT, tidak ada sebab mengapa beliau takut.

"Apa perlunya kita buat perbandingan dengan perubahan di Mesir dan Libya ? Majoriti rakyat Malaysia tidak berfikiran dangkal sepertimana Anwar yang gilakan jawatan," katanya lagi.

Lagipun jelas beliau, masyarakat majmuk di negara ini sudah menikmati kehidupan yang selesa di bawah kerajaan BN sejak lebih 50 tahun lalu.

Kata beliau, rakyat negara ini mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan sesebuah kerajaan menerusi proses pilihan raya sejajar dengan amalan demokrasi.

"Tidak perlu merusuh di jalanan, mereka boleh pilih mana-mana parti untuk membentuk kerajaan setiap empat atau lima tahun sekali tanpa ada kekerasan," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut