Isnin, 7 Mac 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Menanti Janji Yang Baru

Posted: 07 Mar 2011 06:51 PM PST

Jangan Mudah Selesa


1. JIKA dianalisis satu persatu kedudukan parti-parti pembangkang, boleh dikatakan kesemua mereka sedang berhadapan dengan krisis dan masalah yang mampu menghakis sokongan kepada mereka.

2. Kemenangan demi kemenangan yang dicatatkan di bermula di PRK Parlimen Hulu Selangor, Parlimen Batu Sapi, DUN Galas, di Tenang, Merlimau dan Kerdau perlu dijadikan pembakar semangat untuk persiapan menjelang PRU akan datang.

3. Namun begitu momentum kemenangan yang kini dikatakan kembali melingkari Barisan Nasional bukanlah bermakna parti ini perlu bersenang lenang berasa selesa malah kembali berlapang dada.

4. Sikap pengundi muda yang dilihat kembali memberikan sokongan kepada Barisan Nasional jugak merupakan hasil perancangan kerajaan untuk menawan kembali hati golongan ini dilihat kembali berjaya.

5. Masih terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan dan tugas paling mencabar bagi Barisan Nasional ialah merampas kembali kuasa pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

6. Jentera UMNO perlu membuktikan bahawa kemenangan sama ada di Tenang, Kerdau mahupun Merlimau bukan semata-mata kerana ia kubu kuat parti kita tetapi sememangnya disebabkan oleh sokongan rakyat yang semakin meningkat.

7. Pembangkang sudah pastinya akan berasa rimas dan cuba sekali lagi mengabui mata rakyat melalui janji-janji manis yang terkandung dalam 'buku jingga'. Bersiap sedialah dengan janji baru yang janji lamanya masih belum terbuku

Kak Midah
Ipoh, Perak

Tiada ulasan:

Pengikut