Apo Kono Eh Jang! |
ANALISA PILIHANRAYA KAWASAN FELDA : PENEROKA DAN GENERASI MUDA MENOLAK PEMBANGKANG Posted: 08 Mar 2011 02:06 AM PST Keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada Barisan Nasional semalam di DUN Kerdau dan DUN Merlimau telah menterjemahkan banyak perkara. Sebelum ini, Barisan Nasional juga telah memenangi di DUN Tenang di Johor dengan pertambahan majoriti yang lebih tinggi. Jika kita lihat, pertambahan majoriti yang paling ketara telah di sumbangkan dari kawasan-kawasan Felda. Malaysiakini2 – PAS Mengaku Kalah Di Kawasan Felda.jpg (345 KB) Ini telah di sahkan oleh PAS sendiri melalui kenyataan pemimpin mereka di dalam laman portal pembangkang. (lihat dibawah) Malah masyarakat Felda telah di gelar dengan bermacam-macam gelaran seperti 'STOK PENIMBAL BN', LEMAH IMAN, KEMARUK DENGAN HARTA BENDA, MENTALITI MUNDUR' dan sebagainya oleh para penyokong pembangkang. Sebelum ini, kita telah melihat usaha-usaha gigih telah dilakukan oleh PAS melalui ANAK dan juga PKR. Kedua-dua parti ini telah turun dengan agresif ke Tanah-Tanah Rancangan Felda di seluruh negara untuk mengedarkan dakyah jahat serta cerita memburukkan kerajaan serta Felda. Susulan dari tindakan mereka meracuni pemikiran peneroka, banyak yang terpedaya hingga akhirnya peneroka terbabit terlibat di dalam menyaman Felda tanpa berfikir panjang. Peguam-peguam yang mewakili mereka ini pula telah menggunakan peneroka tanpa memberi penjelasan bahawa sekiranya peneroka kalah, segala urusan membawa kes mereka ke mahkamah tetap perlu di langsaikan oleh peneroka terbabit. Isu yang paling terkini di mainkan oleh ANAK semasa pilihanraya kecil DUN Kerdau ialah Felda Plantation yang di katakan pertubuhan haram dan juga pembayaran SES kepada peneroka. Ini adalah antara beberapa isu yang telah dimainkan oleh pembangkang untuk meraih simpati peneroka serta generasi muda Felda untuk menyokong perjuangan mereka. Sebelum pilihanraya kecil, kita tidak nampak apakah kesan fitnah-fitnah yang telah di taburkan oleh pembangkang terhadap masyarakat Felda. Kini, jelas dapat kita lihat bahawa masyarakat Felda secara keseluruhannya menolak dakyah dan niat jahat pembangkang ini. Kita kaji keputusan undi bagi kawasan Felda di DUN Kerdau dan DUN Tenang : PRK DUN Kerdau ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN – 70.8% ) Felda Jengka 23 ( Dimenangi oleh BN – 69% ) Saluran 1 : BN – 236 (211), PAS – 95 (110) Saluran 2 : BN – 390 (333), PAS – 133 (128) Saluran 3 : BN – 297 (217), PAS – 177 (137) Felda Jengka 22 ( Dimenangi oleh BN – 66.9% ) Saluran 1 : BN – 182 (208), PAS – 94 (103) Saluran 2 : BN – 224 (313), PAS – 94 (117) Saluran 3 : BN – 183, PAS – 94 (tiada saluran 3 pada PRU 12 2008) Felda jengka 25 ( Dimenangi oleh BN – 87.4% ) Saluran 1 : BN – 307 (274), PAS – 43 (41) PRK DUN Tenang ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN – 81.4% ) Felda Tenang ( Dimenangi oleh BN – 71.3% ) Saluran 1 : BN – 130 (118), PAS – 90 (98) Saluran 2 : BN – 159 (146), PAS – 128 (169) Saluran 3 : BN – 111 (147), PAS – 118 (154) Felda Chempelak ( Dimenangi oleh BN – 87.7% ) Saluran 1 : BN – 279 (248), PAS – 21 (38) Saluran 2 : BN – 373 (381), PAS – 61 (80) Saluran 3 : BN – 333 (307), PAS – 53 (88) Felda Chempelak Barat ( Dimenangi oleh BN – 85.5% ) Saluran 1 : BN – 292 (274), PAS – 33 (38) Saluran 2 : BN – 392 (268), PAS – 57 (54) Saluran 3 : BN – 254 (230), PAS – 52 (84) Nota : Tulisan Warna Biru – majoriti bertambah, Tulisan warna merah – majoriti menurun Sekiranya kita lakukan analisa di atas kemenangan BN di kawasan Felda, kita akan melihat, perubahan positif berlaku di semua saluran dan peti undi. Kita juga dapat merungkaikan analisa seperti belikut :- 1) Walaupun terdapat penurunan undi di beberapa saluran BN, namun perkara yang sama juga berlaku terhadap undi PAS. 2) Kesemua peti undi telah di menangi oleh BN dengan pertambahan majoriti. 3) Perbezaan undi di Felda Jengka 2 berbeza di sebabkan oleh pertambahan saluran iaitu saluran 3. 4) Majoriti masyarakat Felda ( lebih dari 70%) mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan Felda di dalam membantu mereka. 5) Peningkatan undi dikalangan generasi muda Felda terhadap BN. 6) Masyarakat Felda menolak pembangkang terutamanya PAS. Kemenangan kepada BN juga adalah di disebabkan beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah :- 1) Masyarakat Felda terutamanya peneroka dan generasi muda menolak dakyah pembangkang yang memburukkan kerajaan serta Felda. 2) Masyarakat Felda menolak kerjasama PAS, PKR dan DAP 3) Masyarakat Felda menolak Anwar Ibrahim kerana kebenaran 'Siapakah Anwar' telah semakin terbongkar 4) Masyarakat Felda menolak cara pendekatan pembangkang yang menggunakan fitnah untuk meraih undi. Contohnya :- sijil calon BN di Kerdau dan fitnah terhadap imam di Felda Tenang. 5) Segala usaha yang dilakukan oleh Felda dan Kerajaan diiktiraf oleh masyarakat Felda. 6) Kebencian yang timbul terhadap pembangkang apabila mereka dihina dan digelar macam-macam oleh pembangkang seperti 'Stok Penimbal BN' dan sebagainya. 7) Penyebaran maklumat yang tepat melalui media internet seperti blog telah dapat mematahkankan isu-isu yang ditimbulkan pembangkang. Walaupun keputusan kali ini bertambah baik di kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh memandang ringan dan bersikap lepas tangan terhadap kebajikan masyarakat Felda. Usaha-usaha perlu di pertingkatkan dan segala kelemahan terhadap pengurusan peneroka hendaklah di tangani segera. Kerajaan dan pengurusan Felda perlu berterusan turun ke bawah (grassroot) dan memberi penjelasan serta penerangan kepada segala permasalahan yang timbul. Disamping itu, usaha untuk mendekatkan diri dengan generasi muda hendaklah ditingkatkan lagi. Insyaallah, masyarakat Felda akan berterusan menjadi kubu yang kuat kepada Barisan Nasional pada PRU ke 13 akan datang. Akhir sekali, sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pihak keselamatan terutamanya POLIS di dalam menjaga ketenteraman awam. Tanpa mereka, sudah pasti perjalanan pilihanraya akan terganggu dengan provokasi yang melampau oleh penyokong-penyokong pembangkang. TERIMA KASIH. Anak Jati Felda warisanfelda.blogspot.com |
Yang Kalah Bukan PAS Tapi Pakatan Rakyat Posted: 07 Mar 2011 03:10 PM PST Puak-puak pembangkang ni kalau menang, heboh Pakatan Rakyat sana Pakatan Rakyat sini tapi bila kalah, PAS kalah, PKR kalah, tak pulak disebut Pakatan Rakyat yang kalah ya. Ni semua perang psikologilah ni, nak menunjukkan kesatuan palsu ini berjaya kononnya. Hah, sekarang dah kalah, apa lagi, laungla Pakatan kalah, Pakatan ditolak, Pakatan bungkus, Pakatan to the End…apa tak laung? Kata Pakatan sangat tapi ambik yang cantik saja, bab yang buruk pandai pulak guna nama masing-masing… Seperti biasa, media pembangkang secara halus cuba menidakkan kejayaan BN (walaupun mengaku kekalahan) dengan ayat-ayat seperti benih-benih, butiran butiran dan apa segalalah yang kita tak nampak dimana berkaitannya pun. Jangan kalau depa menang kang… Kemenangan berganda di Kerdau dan Merlimau kelmarin bukanlah penamat kepada usaha membenteras penipuan dan harapan palsu pembangkang. Sebaliknya ia perlu dijadikan pembakar semangat untuk merampas kembali negeri dan kerusi yang terlepas dari pembangkang tempoh hari. Kita layak untuk meraikannya tetapi yang lebih penting kita perlu terus berusaha memantapkan jentera kita untuk menambah bisa. Sekarang kita tahu, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz tidak lagi mampu memberi kesan seperti dulu. Ada dikalangan penyokong mereka sendiri berpendapat harapan dan pembohongan yang disebar pemimpin mereka semakin tidak ada kualiti. Bukti? Jauh sekali. Isu APCO, rasuah, penyelewengan, buku jingga, air percuma yang seringkali dijadikan modal pilihanraya sudah terbukti tidak lagi berkesan untuk mempengaruhi undi. Fitnah ke atas DS Rosmah juga tidak memberi kesan yang diharapkan. Gambar Nik Aziz berdoa sambil memejamkan mata juga sudah tidak dipedulikan orang. Pendek kata, rakyat sudah muak dengan propaganda basi pembangkang. Anwar? Lagilah tak laku. Fitnah konon anak pemimpin BN bawa keluar RM 200 billion yang dilemparkan di Merlimau juga tidak menjadi. RM 200 bilion tu, circulation wang dalam negara pun tak sampai 200 billion tapi Anwar boleh tuduh anak pemimpin BN bawak keluar wang beratus billion!! Penulis lihat, kempen BN semakin tersusun, dengan strategi yang betul digunakan setiap kali. Ini yang kita mahu lihat berterusan. Jihad menentang fitnah pembangkang juga perlu diteruskan, jangan berhenti atau hanya aktif setiap kali pilihanraya kecil berlangsung. Bukan nak angkat bakul, tapi laman ini merupakan antara yang aktif dan konsisten menentang dakyah pembangkang, tidak kira ada pilihanraya atau tidak. Daripada 15 pilihanraya kecil yang berlangsung sejak 2008, BN dah menguasai 8 daripadanya manakala Pakatan Rakyat 7. Kita memang macam hero hindustan, kalah dahulu menang kemudian. Sejak pilihanraya kecil Permatang Pasir, komponen Pakatan Rakyat, PAS, tidak pernah menang dalam sebarang pilihanraya kecil. Yang menang itupun ada majoriti yang merosot begitu teruk sekali seperti di Manek Urai. Kita tidak nampak petanda lain, melainkan rakyat semakin menerima kepimpinan Perdana Menteri dan menolak cara pembangkang. Hidup BN!!! |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan