Jumaat, 4 Mac 2011

Razlan's

Razlan's


MEMBANTAH PENULISAN ARTIKEL DI NANYANG SIANG PAU BERTAJUK : Benarkah Orang-Orang Cina Memang Haiwan Duitan?

Posted: 04 Mar 2011 03:06 AM PST

Salam Saudara Pengarang,

Artikel yang disiarkan oleh Nanyang Siang Pau pada 26 Feb berkenaan dengan Kenyataan Timbalan Perdana Menteri semasa upacara rumah terbuka Tahun Baru Cina baru-baru ini di Johor telah manarik minat saya untuk memberi kenyataan balas.

Artikel ini telah menyeru NGO Cina agar megambil tindakan terhadap YAB Timbalan Perdana Menteri kerana menurut akhbar Nanyang Siang Pau, TPM telah menuduh orang-orang Cina sebagai Haiwan Duitan.

Di Malaysia dan Indonesia dan banyak Negara lain juga telah menunjukan orang-orang Cina berupaya berusaha untuk meningkatkan diri mereka didalam membina kekuatan ekonomi mereka sendiri.

Bagi mereka yang menikmati keindahan semulajadi, salah satu keindahan alam adalah semasa matahari terbit dan juga apabila matahati terbenam, kalau kita pergi ke Pantai, sudah tentu ianya merupakan saat yang di tunggu-tunggu, dan ini tidak ada kene mengena dengan Ong atau pun tidak seperti tuduhan penulis Nanyang Siang Pau.

Menuduh YAB Timbalan Perdana memberi kenyataan dengan tujuan untuk menyebarkan tanggapan buruk dan menyesatkan masyarakat Cina adalah suatu yang tidak benar dan tidak menghormati Pemimpin Negara. YAB Timbalan Perdana Menter telah memberikan penghormatan kepada masyarakat Cina kerana telah bekerja kuat didalam membina ekonomi mereka.

Sumbangan masyarakat Cina kepada membina ekonomi Negara tidak dapat disangkal dan sudah tentu penghargaan seperti ini harus diberikan semasa ucapan Tahun Baru Cina.

Masyarakat Malaysia tidak mengangap orang Cina merupakan Haiwan Kepada Duit seperti yang dituduh oleh Penulis. Kebetulan Orang Cina merupakan pelopor ekonomi di Malaysia dan beberapa Negara Asia Tenggara, jesteru itu, sudah tentu bangsa lain juga mahu mencari petua-petua bagaimana boleh kekal maju dan terbukti berjaya. Dan petua-petua ini sudah tentu tidak akan dapat di kongsi sekiranya Masyarakat Cina tidak mahu berkongsi.

Rakan-rakan saya sering kali berkata, orang cina tidak mahu mandi pagi kerana rezeki akan hilang sekiranya mereka mandi. Itu merupakan satu daripada berpuluh petua masyarakat Cina yang ada didalam kehidupan masyarakat Malaysia, dan ini tidak membawa kepada tanggapan negatif seperti tuduhan penulis "Orang Cina Haiwan Duitan".

Kalau kita mahukan interaksi sesama kita lebih difahami dan budaya sesebuah kaum lebih di hormati, kita sebagai rakyat Malaysia mesti berusaha ke arah itu dengan satu tekad, untuk merelitikan Gagasan 1 Malaysia.

Sistem pendidikan kita mesti lah diberi keutamaan dan kebersamaan didalam satu bumbung. Anak-anak kita sepatutnya dikumpulkan dibawah satu bumbung untuk bergaul dan bertukar budaya.

Selagi perkara asas ini tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan, selagi itulah kita akan sering kali bersalah anggap terhadap budaya masing-masing. Jangan kita salahkan orang politik sekiranga NGO-NGO dan Masyarakat tidak mahu bersama dan ikhlas membawa anak-anak kita bercampur di antara satu sama lain.

Sekian

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Cadangan MEF mahu identii bangsa dalam setiap borang dihapuskan sebagai ‘ mengarut ‘ - Syed Ali

Posted: 03 Mar 2011 08:54 PM PST

UMNO Bahagian Cheras kesal dengan cadangan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan yang dikatan mahu perkataan 'bangsa' ditiadakan dalam sebarang borang atau dokumen.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan cadangan tersebut sebagai tidak masuk akal dan percubaan halus untuk melenyapkan ketuanan Melayu.

Sambil menyifatkannya sebagai 'mengarut', beliau menjelaskan cadangan itu juga jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.

Beliau bimbang cadangan tersebut kemungkinan didalangi pihak tertentu untuk melenyapkan identiti melayu di negara ini.

"Itulah sebenarnya agenda pembangkang terutama DAP dan PKR yang selama ini berusaha untuk menghancurkan bangsa Melayu," tegasnya.

Katanya, alasan MEF kononnya penghapusan perkataan 'bangsa' dalam setiap borang atau dokumen bertujuan merealisasikan matlamat 1Malaysia adalah tidak tepat.

Jangan peralatkan gagasan 1Malaysia untuk agenda tertentu

Beliau menjelaskan, gagasan 1 Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak membawa maksud melenyapkan identiti bangsa atau kaum di negara ini tetapi berusaha membawa kejayaan kepada negara dengan pembabitan semua bangsa tanpa mengira perbezaan latar belakang dan keturunan.

"Jangan peralatkan gagasan 1Malaysia untuk mengemukakan cadangan yang tidak masuk akal sehingga sanggup 'membunuh' identiti bangsa Melayu," katanya.

Beliau menjelaskan, ada laporan mendakwa Shamsuddin dalam satu kenyataan dikatakan telah membuat cadangan tersebut dan menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan orang Melayu di negara ini.

Syed Ali menjelaskan, di mana-mana negara di dunia ini setiap borang atau sebarang dokumen disyaratkan menyatakan bangsa dan identiti mereka.

Strategi untuk lenyapkan bangsa Melayu di negara ini

Contohnya kata beliau, di Amerika Syarikat rakyatnya juga mesti menyatakan keturunan mereka sama ada African Amerika, Indian (Red Indian) atau pun American (orang kulit putih Amerika)

Sehubungan itu katanya, identiti bangsa wajib dikekalkan di dalam sebarang borang sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Menurut Syed Ali, jika pengenalan bangsa dihapuskan dalam sebarang borang, sudah tentu menyukarkan kerajaan mahupun badan-badan tertentu untuk membuat kajian pencapaian sesuatu kaum atau bangsa di dalam sesuatu perkara.

Contoh kata beliau, perancangan pembangunan rancangan Malaysia berasaskan kepada perangkaan atau bancian yang dibuat terhadap sesuatu bangsa sama dalam sektor ekonomi, pendidikan, soaial dan sebagainya.

"Begitu juga dalam indeks kadar jenayah di negara ini, lazimnya pihak polis akan membuat analisis berdasarkan sesuatu kaum atau bangsa sebagai stretagi mereka untuk membanteraskannya," ujar beliau.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SELAMATKAN MALAYSIA - DI MANA ADA PEMBANGKANG, DI SITU ADA MUSIBAH

Posted: 04 Mar 2011 01:30 AM PST

PRK KERDAU dilihat dan dipaksikan sebagai agenda cukup penting untuk pembangkang.Mereka yakin adalah terlalu sukar untuk merampas kerusi DUN yang secara tradisinya milik UMNO BN ini tapi mereka ingin merobohkan keyakinan itu dan akan menggunakan segala cara serta pendekatan untuk merampas DUN tersebut dan mengurangkan majoriti yang diperolehi pada PRU12 lalu ada sasaran mereka yang terakhir.Niat jahat PAS makin terserlah.

Bagi mereka Kerdau adalah penanda aras bagi menghadapi PRU13 yang mereka jangkakan akan diadakan pada bila-bila masa.Sekiranya mereka berjaya dalam PRK DUN Kerdau ini dengan segala taktik-taktik kotor yang digunakan akan secara tidak langsung akan memalitkan arang ke muka PM Najib kerana Pahang adalah negeri kelahiran beliau.Ianya juga secara tidak langsung akan menambahkan lagi keyakinan pembangkang dalam PRU13 nanti.

Sehingga saat ini PAS menaburkan segala janji-janji dan fitnah.Buku Jingga mereka arak dalam setiap ceramah, janji syurga tidak lekang dari mulut penceramah PAS sehingga mereka terpaksa membawa Bob Lokman yang darah baru setampuk pinang ke gelanggang ceramah PAS.Bob yang menganggap dirinya mahu mencari syurga turut terpalit dosa-dosa apabila turut memfintah calon BN dan juga kepimpinan PM Najib.

PAS berusaha semaunya untuk memalukan Perdana Menteri.Mereka menggunakan segala usaha keji.Ceramah PAS tanpa permit,poster calon PAS menggunakan jata negeri yang dikhususkan untuk Sultan Pahang dan kerabatnya,PAS hina Majlis Agama Islam Pahang,perlekehkan akal budi pengundi Kerdau dan juga peneroka Felda. PAS percaya sekiranya mereka menang ataupun Berjaya mengurangkan lagi majority undi seperti PRU12 lalu akan menjadikan PM Najib dalam keadaan yang cukup terdesak untuk mengekalkan Pahang di tangan BN dan juga menjadi petunjuk kepada gerakan pembangkang di seluruh Negara.

Dalam tempoh yang masih berbaki 72 jam ini,pembangkang telah menggerakkan seluruh jentera mereka.Tidak cukup mengundang pemimpin-pemimpin pembangkang lain, mereka turut membawa masuk pelajar-pelajar university yang akan dipergunakan untuk mempengaruhi undi. Selain daripada itu mereka juga turut melakukan penyamaran dengan anggota-angota muslimahnya memakai pakaian rasmi Wanita UMNO bergerak dari rumah ke rumah supaya menolak calon BN itu kerana kononnya calon ini tidak mendapat restu dari kepimpinan UMNO Bahagian Kerdau.Kempen politik PAS semakin menjijikan..

PAS tahu mereka melalui jalan sukar untuk menang tetapi pilihanraya ini seperti biasa mereka akan gunakan untuk menabur segala fitnah.Fitnah menjadi semakin rancak dan bertenaga apabila ianya turut dilakukan oleh Nik Aziz dan dipanjangkan pula oleh Tuan Ibrahim Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang.Gabungan ulamak dan ustaz palsu ini semkain menjadi-jadi..

MALAYSIA perlu diselamatkan dari jadi lubuk fitnah
PRK ini bagi PAS adalah medan dan peluang untuk mereka terus mendoktrinkan pemikiran rakyat supaya menerima fitnah dan pembohongan mereka selama ini sebagai benar.Rata-rata ceramah PAS dipenuhi dengan segala caci maki dan penghinaan terhadap agama,bangsa dan Negara.Kalaulah tiga struktur asas ini mereka persendakan semaunya apalah sangat dengan batang tubuh PM Najib serta kepimpinan BN Pahang,lagi mereka tidak segan silu dan malu untuk menghina dan memperlekehkanya,

Secara jelas PAS seperti sedang menjadikan PAS itu sebagai agama yang harus diikuti dan dipatuhi oleh pengikut-pengikutnya dan mereka sedang menghasut menggunakan PAS sebagai agama baru ini di kalangan rakyat bawahan.PAS yakin ketololan dan kebodohan akal mereka selama ini tempiasnya turut terkena kepada rakyat yang mereka mahu jadikan bodoh sepetri penyokong-penyokong PAS tegar yang lain.

Untuk mempertahankan kesinambungan kepimpinan yang sekian lama bertapak di negeri Pahang dan juga maruah serta agenda rakyat yang mahu PM Najib bangunkan, pengundi Kerdau dituntut untuk berfikir secara matang serta bijaksana.PAS sedang menyuntik segala racun berbisa dan dalam masa yang sama sedang hebat menganjurkan perpecahan.Gunakanlah tempoh yang berbaki tidak berapa lama ini untuk menunjukkan jalan keluar kepada PAS.Selamatkan Malaysia daripada segala pembohongan dan fitnah ini.


Hasil Nukilan : Sanggah Tok Janggut

NOTA KAKI : Salam Tok Janggut, mohon keizinan mempamerkan artikel Tok Janggut untuk renungan dan panduan ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Rayuan dari PAS Kerdau untuk Anwar…

Posted: 04 Mar 2011 01:42 AM PST

Selepas Anwar Ibrahim hilang taring akibat dicabut oleh Ummi Hafilda pada ceramah di Felcra Rumpun Makmur, barulah ramai yang menyedari bahawa Anwar sebenarnya amat takut pada wanita tersebut.

Gelagat Anwar yang kurang senang semasa berceramah dipentas AMK yang berhadapan dengan pentas UMNO/BN Rumpun Makmur telah membuktikan Ummi Hafilda bukanlah sekadar nyamuk biasa.

Dan buat kali pertama, Anwar berceramah tak sampai 30 minit kerana tak dapat menahan asakan suara lantang Ummi Hafilda yang mendedahkan rahsia-rahsia Anwar satu persatu.

Penyokong-penyokong PAS serta Pakatan yang hadir juga bagaikan hilang semangat apabila melihatkan idola mereka kehilangan kata-kata dan kebijaksanaan berpidato.

Itulah penangan seorang wanita yang bersama Ummi Hafilda. Anwar yang dilabelkan sebagai manusia anugerah Tuhan pun mencicit lari akibat dari kelantangan wanita ini.

Yang menariknya, selepas habis sahaja ceramah Anwar di Kerdau semalam, pihak PAS Kerdau khabarnya telah meminta Anwar menghentikan programnya di kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Rayuan PAS itu dikesan melalui laman Twitter Anwar sendiri yang dihantar dari pihak yang menamakan diri mereka PAS Kerdau.

Apakah ini menunjukkan PAS Kerdau sudah takut mereka ditolak oleh penduduk setempat kerana Anwar?

Yang pastinya, Anwar kini bukan dianggap sebagai faktor yang mampu memenangkan dan meraih sokongan dari rakyat kepada Pakatan. Malah, Anwar kini secara terang-terangan menjadi liabiliti untuk pembangkang.


Prk Kerdau.. Kempen umi halfida membuatkan anwar mengeletar

Posted: 03 Mar 2011 04:43 PM PST

Kempen di Prk dun kerdau semakin panas apabila umi halfina turun berkempen untuk barisan nasional, malah tempat dimana umi halfina memberi ceramah bergitu dekat dengan tempat ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberi ceramah yg mana jaraknya hanya 50 meter diantara mereka.

keadaan disitu menjadi tegang apabila kedua dua penceramah seperti berdebat sesama mereka.. saat saat yg lama dinanti nanti oleh Umi halfida untuk berdepat dan berdepan dengan ketua pembangkang Anwar ibrahim yg diidamkan olehnya akhirnya telah termakbul.

Umi halfida yg bergitu lantang memangil anwar ibrahim dengan pangilan syehhhhh al juburi!! , penipu!!, peliwat!! bapak segala Rasuah!! dan lain lain lagi , seolah olah segala dendamnya selama ini kepada ketua pembangkan itu telah dilepaskan pada malam tadi..

Setiap kali anwar ingin bercakap mengenai sesuatu isu akan dibalas oleh umi halfida , dan apa yg menariknya ialah anwar tidak dapat bertahan dan telah lari meninggalkan tempat tersebut.




DunSemarang

DunSemarang


BolehKAH kita PERCAYA?

Posted: 03 Mar 2011 03:14 AM PST


Ambil 45,000 pekerja asing belum muktamad
PUTRAJAYA 2 Mac - Masih terlalu awal untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing terutamanya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tegas beliau, kementeriannya memerlukan laporan lanjut mengenai beberapa perkara termasuk meneliti sama ada bilangan kemasukan pekerja asing itu tepat atau tidak, serta di sektor mana mereka akan ditempatkan.

''Jadi agak terlalu awal untuk saya menyatakan bahawa semua ini akan diluluskan kerana saya nak dapat input di mana mereka hendak ditempatkan.

Sehubungan itu, beliau berharap kenyataan Subramaniam sebelum ini mengenai terdapat kira-kira 4,000 masyarakat India yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tidak perlu disensasikan

PUTRAJAYA 2 Mac - Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas selama 10 hari lagi, bermula semalam sehingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.
Hishammuddin menambah, keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad tanpa mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh ditetapkan.


BERTEGASLAH
TOLONG Jangan AMBIL 45000 dari india atau mana-mana..hari ini kata belum muktamad..esok kata lain...percayakah kita semua...lihat sahaja cerita SAMAN. Adakah Beliau tidak sempati kepada mereka yang benar jujur, beratur berjam-jam untuk membayar saman..tetiba dilanjutkan lagi...bergitu kecewanya mereka...yang telah bersusah payah, berikhtiar membayar Saman. Kenapa hanya kasihan kepada mereka yang belum, tak sempat, mesin tergendala...tak kasihankah kepada yang telah membayar...ini sudah tidak adil...ini namaya SAMARATA..kita mahu ADIL.
INGAT satu ketika orang ramai tidak akan percaya lagi kepada sergahan, AMARAN tak serupa BIKIN seperti ini. Walaupun 10 Mach atau pun.apa sahaja....orang ramai telah mulai meluat dan sangsi..terutama kami rakyat UMNO akar UMBI. Jangan mendidik kami sebagai warga yang tidak mempunyai pendirian dan ketegasan.
Sebab kita MELAYU terlalu TOLERANSI...maka orang lain tidak hormat kepada kita. Impot warga kerja india 45000 orang,,,untuk apa..untuk apa..sedangkan orang India di Tanah Melayu ini..ramai yang masih menganggur...dan ramai menjadi HINDRAF dan hanya tahu berdemontrasi dan berarak..kenapa. adakah perlu tenaga kerja dari India yang kurang lasak itu. MUNGKINKAH satu ketika nanti mereka akan diserapkan antara "kira-kira 4,000 masyarakat India yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri" dan akhirnya mendapat pengenalan diri dan menjadi warganegara,,atau jika tidak..mereka akan kembali menjadi ahli Hindraf..dan memporak perandakan negra tercinta ini.

TEGASLAH...
Guan Eng berTEGAS kepada hanya MELAYu..di PP
PKR hanya ber TEGAS pada Melayu ..di Selangor..
Hindraf bertegas memusuhi UMNO..majoriti Melayu..
PAS berTegas mencerca MELAYu..malu di lahirkan MELAYU..
Di Singa Pura apatah lagi...
Jangan kita LAYU menjadi MELAYU..
By M69...

Pengikut