Jumaat, 4 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Cadangan MEF mahu identii bangsa dalam setiap borang dihapuskan sebagai ‘ mengarut ‘ - Syed Ali

Posted: 03 Mar 2011 08:54 PM PST

UMNO Bahagian Cheras kesal dengan cadangan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan yang dikatan mahu perkataan 'bangsa' ditiadakan dalam sebarang borang atau dokumen.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan cadangan tersebut sebagai tidak masuk akal dan percubaan halus untuk melenyapkan ketuanan Melayu.

Sambil menyifatkannya sebagai 'mengarut', beliau menjelaskan cadangan itu juga jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.

Beliau bimbang cadangan tersebut kemungkinan didalangi pihak tertentu untuk melenyapkan identiti melayu di negara ini.

"Itulah sebenarnya agenda pembangkang terutama DAP dan PKR yang selama ini berusaha untuk menghancurkan bangsa Melayu," tegasnya.

Katanya, alasan MEF kononnya penghapusan perkataan 'bangsa' dalam setiap borang atau dokumen bertujuan merealisasikan matlamat 1Malaysia adalah tidak tepat.

Jangan peralatkan gagasan 1Malaysia untuk agenda tertentu

Beliau menjelaskan, gagasan 1 Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak membawa maksud melenyapkan identiti bangsa atau kaum di negara ini tetapi berusaha membawa kejayaan kepada negara dengan pembabitan semua bangsa tanpa mengira perbezaan latar belakang dan keturunan.

"Jangan peralatkan gagasan 1Malaysia untuk mengemukakan cadangan yang tidak masuk akal sehingga sanggup 'membunuh' identiti bangsa Melayu," katanya.

Beliau menjelaskan, ada laporan mendakwa Shamsuddin dalam satu kenyataan dikatakan telah membuat cadangan tersebut dan menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan orang Melayu di negara ini.

Syed Ali menjelaskan, di mana-mana negara di dunia ini setiap borang atau sebarang dokumen disyaratkan menyatakan bangsa dan identiti mereka.

Strategi untuk lenyapkan bangsa Melayu di negara ini

Contohnya kata beliau, di Amerika Syarikat rakyatnya juga mesti menyatakan keturunan mereka sama ada African Amerika, Indian (Red Indian) atau pun American (orang kulit putih Amerika)

Sehubungan itu katanya, identiti bangsa wajib dikekalkan di dalam sebarang borang sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Menurut Syed Ali, jika pengenalan bangsa dihapuskan dalam sebarang borang, sudah tentu menyukarkan kerajaan mahupun badan-badan tertentu untuk membuat kajian pencapaian sesuatu kaum atau bangsa di dalam sesuatu perkara.

Contoh kata beliau, perancangan pembangunan rancangan Malaysia berasaskan kepada perangkaan atau bancian yang dibuat terhadap sesuatu bangsa sama dalam sektor ekonomi, pendidikan, soaial dan sebagainya.

"Begitu juga dalam indeks kadar jenayah di negara ini, lazimnya pihak polis akan membuat analisis berdasarkan sesuatu kaum atau bangsa sebagai stretagi mereka untuk membanteraskannya," ujar beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut