Isnin, 14 Februari 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Salam Maulidur Rasul 2011 / 1432H

Posted: 14 Feb 2011 09:11 PM PST


1 Malaysia 1 Ummah


Salam Semua,

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam


1. Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul disambut penuh makna oleh masyarakat Islam di Malaysia dapat dilihat menerusi perarakan keluarga, sahabat handai dan jiran terdekat, mahupun ceramah agama.

2. Kepimpinan Baginda SAW menjadi model ukuran dan piawaian wajib diguna pakai dalam urusan kehidupan serta kepimpinan dunia Islam sekarang.

3. Namun, yang perlu kita utamakan, dalam memperingati hari keputeraan Rasulullah SAW; bagaimanakah kita, umat zaman ini, benar-benar menjiwai dan menterjemahkan risalah kebenaran dan keadilan yang dibawa Baginda.

4. Kita seringkali mempersoalkan apa yang belum kita perolehi tanpa mensyukuri apa yang kita nikmati hari ini.

5. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah antara lainnya untuk membina jati diri yang kental, amanah, telus, menolak salah guna kuasa dan membenci rasuah.

6. Nilai-nilai sejagat itu telah dijadikan panduan oleh para sahabat Rasulullah ketika menjalankan amanah mentadbir negara tanpa melakukan sebarang penyelewengan.

7.Sebuah buku yang harus dimiliki oleh semua umat Islam adalah Biografi Muhammad Bin Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi yang sangat menyenth hati Kak Midah bila membacanya baru-baru ini.

8. Moga kita menjadikan kepimpinan Rasullah SAW sebagai rujukan dan idola kehidupan kita tanpa mengira siapa kita, pemimpin atau rakyat jelata .

Kak Midah
Bt Gajah,
Perak

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H

Posted: 14 Feb 2011 10:09 AM PST

Posted: 14 Feb 2011 08:36 AM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MENGAPA PENGUNDI MELAYU MENOLAK PKR? SATU ANALISIS

Posted: 13 Feb 2011 06:56 PM PST

Pengundi Melayu Tidak Anggap PR Satu Alternatif Mantap

Oleh MAZLAN MUTALLIB

PILIHAN RAYA kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu telah memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) ke atas calon PAS, seperti yang telah dijangkakan oleh banyak pihak.

Ini adalah berasaskan hakikat bahawa kawasan tersebut memang telah sebegitu lama asyik memilih wakil dari Umno/BN ke DUN Johor dan juga terdapat tiga penempatan FELDA yang merupakan kubu kuat Umno di dalam kawasan tersebut.

Bagaimanapun, memandangkan penurunan mendadak majoriti kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) pada Mac 2008, iaitu lebih kurang 2,500 undi daripada lebih 5,000 semasa pilihan raya 2004, maka Pakatan Rakyat (PR), yang diwakili oleh calon dari PAS, beranggapan bahawa terdapat peluang untuk membuat kejutan.

FAKTOR PENGUNDI

Ini berdasarkan faktor terdapatnya peratusan pengundi bukan Melayu yang tinggi iaitu 52%, berbanding pengundi Melayu sebanyak 48%. Walaupun kawasan tersebut secara tradisinya mempunyai ahli parlimen MCA dan mempunyai reputasi sebagai kubu MCA, PRU 12 telah melihat ramai pengundi Cina dan India memberi undi kepada calon PAS. Peratusan pengundi Cina yang berbuat demikian adalah 64% manakala bagi pengundi India peratusan mengundi PAS adalah 50%.

Faktor tambahan yang menambahkan harapan PAS untuk menang adalah calon parti itu seorang anak tempatan yang pernah bekerja sebagai guru di kawasan tersebut dan sudah dikenali dan disenangi ramai.

Walau tidak menang sekalipun, adalah juga harapan PAS dan PR untuk sekurang-kurangnya terus menguncupkan lagi majoriti kemenangan BN dari 2,500 undi yang diraih semasa PRU 12.

MENGECEWAKAN

Keputusan pilihan raya kecil Tenang setelah diumumkan secara rasmi amat mengecewakan bagi PAS. Undi PAS telah mendadak turun dari 2,992 berbanding 3,875 yang didapati dalam PRU 12. Ini adalah penurunan 883 undi atau sebanyak 23% dari pilihan raya sebelumnya.

Peralihan sokongan besar-besaran pengundi Cina dari BN ke PAS telah tidak menjadi kenyataan. Peralihan inilah yang diharap-harapkan sangat oleh PAS dan PR bagi menembus kubu BN tersebut. Peratusan pengundi Cina yang mengundi PAS adalah dianggar 64%, sama seperti yang berlaku semasa PRU 12.

Manakala bagi pengundi Melayu, peratusan yang memberi sokongan kepada BN naik sebanyak 4% kepada 83.3% berbanding PRU 12. Pengundi India juga naik peratusannya yang mengundi BN iaitu lebih 80% berbanding hanya 50% semasa PRU 12.

TIDAK DIRAMAL

Penurunan sokongan kepada PAS secara drastik ini tidak diramal langsung sebelum pilihan raya kecil ini.

Satu-satunya kesimpulan yang mungkin boleh dibuat berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Tenang ini ialah sokongan kepada pembangkang sebelum ini bukanlah bersifat tegar.

Berpunca dari ketidakpuasan hati dan marah yang amat sangat di kalangan para pengundi terhadap kerajaan BN, 'tsunami' PRU 12 telah berlaku di mana ramai calon parti pembangkang telah meraih banyak undi dari orang yang sebelum itu tidak pernah mengundi parti pembangkang. Ini juga telah terjadi di Tenang pada Mac 2008, walaupun calon pembangkang tidak menang.

Pada pilihan raya kecil Tenang kali ini, pengundi mungkin telah melihat dan sedar bahawa Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS adalah satu pakatan politik yang serba lemah dan kurang mantap. Statistik kawasan peti undi menunjukkan 11 dari 12 kawasan peti undi telah dimenangi oleh BN berbanding hanya 9 dari 12 semasa PRU 12. Pengundi yang dahulunya mengundi PAS memilih untuk tidak memberi sokongan kepada parti itu lagi.

KELEMAHAN KEPIMPINAN

Kelemahan yang terdapat di dalam PR dan kurang mantapnya pakatan itu sebagai satu gabungan politik pada dasarnya adalah berpunca dari kelemahan pimpinan di dalam PKR. Pucuk pimpinan parti itulah yang yang sering disebut-sebut sebagai faktor penggandingan kesefahaman dan halatuju di antara parti-parti lain yakni PAS dan DAP yang menganggotai pakatan tersebut.

Pimpinan PKR yang lemah dan telah tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menangani permasalahan dan percanggahan yang telah timbul dan mungkin akan terus timbul di dalam permuafakatan politik itu memberi kesan negatif kepada PR. Juga masalah dalaman PKR dan dalam negeri Selangor yang diperintahnya memberi gambaran negatif kepada umum. Para pengundi mungkin telah melihat akan kelemahan ini dan di Tenang, PASlah yang telah menerima penangan dan tempiasnya.

Sekiranya dilihat 'trend' di kalangan pengundi muda pula, penunjuk dari Tenang juga pasti tidak menggembirakan PAS dan PR.

Pengundi muda kerap dilaung-laungkan sebagai segmen pengundi yang lazimnya menerima dan menyokong mesej perubahan yang dibawa oleh PR. Bagaimanapun, di Tenang, analisa saluran undi di kawasan-kawasan peti undi menunjukkan sokongan terhadap PR di kalangan pengundi muda telah jatuh mendadak dan bertambah pula untuk BN.

Ini adalah sesuatu yang PAS dan PR perlu beri perhatian serius oleh sebab perubahan selera pengundi muda ini adalah tidak dijangka dan mungkin diulangi di kawasan-kawasan dan negeri-negeri lain.

HILANG KEPERCAYAAN

Majoriti kemenangan BN sebanyak 3,707 undi, 63% darinya telah didapati dari tiga kawasan Felda iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat yang rata-rata adalah kawasan pengundi Melayu. Mengambilkira keseluruhan 83.3% undi Melayu yang diraih BN, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengundi Melayu tidak ada ataupun telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap PR dan kepimpinannya yang diterajui oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tidak menganggap PR sebagai satu alternatif yang mantap dan berupaya untuk memerintah negara oleh sebab kelemahan kepimpinannya dan ketiadaan kesungguhan di kalangan pemimpinnya untuk memantapkan pakatan itu untuk menjadi satu gabungan politik yang tulin dalam erti katanya yang sepenuhnya.

Satu gabungan politik yang benar sekurang-kurangnya akan mempunyai satu formula atau jalan penyelesaian yang boleh diterima sesama sendiri untuk menetapkan calon parti manakah yang wajar bertanding di sesuatu kawasan bagi memaksimumkan peluang untuk gabungan itu menang.

Sama-samalah kita saksikan sama ada di Merlimau, di mana pilihan raya kecil seterusnya akan diadakan, PAS dan PKR akan mencapai satu persetujuan calon siapakah yang wajar bertanding berdasarkan sebab-sebab yang rasional dan munasabah dan yang boleh mencerahkan harapan untuk Merlimau dirampas dari BN.

Umno Kuala Krau Bermesyuarat Selasa Tentukan Calon DUN Kerdau

Posted: 13 Feb 2011 06:53 PM PST

Umno Kuala Krau Bermesyuarat Selasa Tentukan Calon DUN Kerdau
TEMERLOH: Umno Bahagian Kuala Krau akan menyenaraikan antara lima hingga tujuh nama untuk dipilih pucuk pimpinan parti sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Ketuanya Datuk Ismail Mohamed Said berkata senarai nama itu akan diputuskan dalam mesyuarat bahagian tersebut petang Selasa.
"Lima atau tujuh nama yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sebagai calon akan dicadangkan Umno Bahagian untuk diputuskan pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.
Ismail berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut.
Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan hari pengundian, namun persediaan awal menghadapi pilihan raya itu perlu diadakan, katanya.
Kerusi DUN berkenaan kosong selepas wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya kelmarin.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi. - BERNAMA

JAWATAN KOSONG : CALON PAS...!

Posted: 13 Feb 2011 04:45 PM PST



Kriteria yang menjadi pilihan PAS ialah orang tempatan, diterima ramai dan sedia berkhidmat untuk rakyat. Lelaki atau perempuan tidak menjadi masalah," 

YANG MASALAH KALAU .......

Memahami politik kaum Cina

Posted: 13 Feb 2011 04:31 PM PST


Mingguan Malaysia 6 Feb 2011

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Tenang telahpun berakhir. Prestasi Barisan Nasional lebih baik berbanding tahun 2008, terutama peningkatan undi Melayu. MCA mengatakan undi Cina kepada BN meningkat. Sebaliknya DAP pula mendakwa sebaliknya. Pengaruh MCA dikatakan semakin merosot kalangan masyarakat Cina. Siapakah yang berkata benar? Buatlah post-mortem dan kajian, daripada bercakap kosong bagi menunjukkan seolah-olah kita bagus atau boleh buat kerja.

Apapun, pada saya sama ada undi Cina terhadap BN meningkat atau merosot tidaklah penting sangat, kerana amalan demokrasi membenarkannya. Rakyat bebas memilih parti yang disukainya. Cuma yang amat menyedihkan adalah cara berpolitik dengan memberi tekanan atau mengungut kerajaan.

Ketika kempen pilihan raya tersebut berlangsung, Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Johor, Hua Zong, yang turut disokong oleh MCA, memberi kata dua kepada kerajaan supaya membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat. Jika tidak, orang Cina akan beralih arah atau tidak mengundi BN. Ugutan ini seolah-olah menampakkan selama ini mereka mengundi BN. Apakah benar?

Saya berani mengatakan bahawa majoriti Cina tidak mengundi BN. Tidak perlu buat kajian, lihat jumlah undi yang diperolehi oleh BN di kawasan bandar selama ini. Kenapa DAP terus dan begitu mendominasi?

Taktik mengatakan bahawa orang Cina tidak akan mengundi BN adalah taktik basi. Ini bukanlah kali pertama persatuan ini mengamalkan taktik licik sedemikian. Mereka akan mencari seribu alasan, menggunakan segala ruang dan peluang untuk menambah sesuatu yang telahpun mereka dapat. Malangnya, kajian tidak dibuat, kita terus tunduk kepada tuntutan dan desakan.

Rukun

Sebelum saya menulis lebih lanjut, eloklah sama-sama kita memahami tiga rukun atau sangga utama yang menjadi pegangan masyarakat Cina atau perjuangan hidup matinya. Sama ada wajar atau tidak, kita fikirkan bersama. Apa yang penting, bagaimanakah kita boleh memanipulasikan rukun-rukun ini untuk sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia.

Rukun pertama adalah mempertahankan pendidikan Cina. Melibatkan 1300 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh negara. Sudah tentu jumlah sekolah ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Menurut badan penyelidikan MCA (INSAP), perjuangan pendidikan Cina oleh orang Cina sama seperti perjuangan menegakkan Islam oleh orang Melayu.

Rukun kedua, mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan 6 akhbar harian di Semenanjung dan 8 di Sabah Sarawak. Akhbar bahasa Cina adalah akhbar yang paling banyak dalam pasaran berbanding akhbar bahasa lain, termasuk akhbar berbahasa Melayu. Kenapa bahasa Melayu kurang dibaca oleh bukan Melayu, jawablah sendiri, tepuklah dada?

Manakala, rukun ketiga mempertahankan persatuan-persatuan Cina (Huatuan). Melibatkan lebih 8000 buah persatuan seperti persatuan rumah ibadat, puak (clan) dan bahasa, persatuan politik dan pendidikan, persatuan perniagaan dan perdagangan. Dalam banyak-banyak persatuan ini yang paling berpengaruh bukannya parti-parti politik mereka, tetapi adalah persatuan bahasa dan pendidikan, seperti Hua Zong, Dong Zong dan Dong Jiao Zong.

Ketiga-tiga rukun ini majoritinya mempengaruhi orang Cina di Malaysia dan tidak boleh disentuh. Mereka bersatu dan berpadu jika hak mereka tergugat. Sesiapa yang mengkaji proses sosialisasi politik, agen-agen ini amat berpengaruh dalam membentuk persepsi dan pendirian seseorang. Hasil sosialisasi inilah yang telah melahirkan bentuk masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini.

Bukan Melayu

Bagi bukan Melayu atau minoriti yang lain, saya percaya, mereka juga berpegang kepada rukun tersebut, tetapi tidaklah sekuat pegangan orang Cina. Misalnya, bagi orang India, agama amat penting pada mereka. Justeru, sensitiviti perlu dijaga.

Begitu juga orang Melayu. Perkara berkaitan dengan Islam, seperti iman dan Islam seseorang, kalimah Allah, Rasulullah, babi, dan sebagainya adalah amat sensitif. Kenyataan Lee Kuan Yew yang mahukan umat Islam supaya tidak berpegang kuat kepada Islam dikira amat sensitif. Kontroversi semakin menjadi bertambah hangat apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan tersebut. Pendapat Kuan Yew dikatakan lebih baik daripada perjuangan UMNO yang bersifat nasionalis. Dalam kata lain, pendapat Kuan Yew itu tentang Islam itu betul, perjuangan Melayu dan Islam UMNO itu salah.

Pandangan sebegini perlu dibuat dengan berhati-hati. Seteruk mana pun orang Melayu, mereka amat pantang jika ada seseorang yang mempertikaikan keIslamannya. Kerana bagi orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS, agama adalah nombor satu dan tidak boleh diperlekehkan.

Orang Melayu amat sensitif dengan agama, sama seperti sensitiviti orang Cina terhadap bahasa. Dengan sebab itu, sehingga ke hari ini, pemerkasaan terhadap Islam lebih menonjolkan berbanding pemerkasaan bahasa Melayu itu sendiri, walaupun kedua-dua perkara ini jelas termaktub dalam perlembagaan. Pendek kata, agama Islam lebih banyak diarusperdanakan, berbanding kedudukan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan.

Malang sungguh kedudukan bahasa kebangsaan ini. Tidak banyak usaha dibuat untuk mendaulatkannya, kerana bagi kita ia tidak penting. Lagi pula menguasai bahasa Melayu tidak dapat membawa kita ke mana-mana. Inilah rata-rata persepsi kita. Lebih menyedihkan lagi apabila membaca iklan temuduga jawatan. Antara syaratnya mesti fasih berbahasa mandarin dan Inggeris.

Maka tidak hairanlah jika bancian penduduk baru-baru ini, membuktikan bahawa penguasaan bahasa Melayu di kalangan orang Cina masih lemah, sehingga terpaksa menggunakan khidmat penterjemah. Semua ini ada kaitan dengan tiga rukun tersebut. Benar, bahasa itu jiwa bangsa. Tetapi perlu juga dibezakan antara kepentingan bahasa negara bahasa bangsa. Yang mana satukah lebih utama?

Berbalik kepada tuntutan dan desakan mendirikan sekolah menengah vernacular, pada saya cukuplah dengan sekolah rendah vernacular yang sedia ada dan bertambah dari tahun ke tahun. Enam tahun dipisahkan sejak kecil adalah suatu jangka masa yang lama untuk mereka mensosialisasikan diri dengan persekitaran selanjutnya. Jika mereka terus berada di sekolah menengah vernacular, apakah sosialisasi begini sihat untuk membina bangsa Malaysia dan menjayakan gagasan 1Malaysia?

Ketua Pemuda MCA pernah berhujah bahawa enam tahun di sekolah rendah vernacular adalah jangka masa yang pendek berbanding dengan sekolah menengah dan pengajian tinggi. Justeru, pada beliau, menyalahkan pendidikan rendah vernacular adalah tidak wajar. Hujah ini menampakkan seolah-olah beliau menyalahkan pendidikan kebangsaan yang sedia ada.

Terus terang, saya masih boleh bersetuju dengan pendapat ini. Persoalannya, apakah kita mahu memisahkan mereka lagi dengan penambahan pendidikan menengah vernacular? Kenapa desakan ini begitu kuat bergema di Tenang dan mungkin juga pilihan raya kecil DUN Merlimau?

Komitmen

Perlu diingat, komitmen kerajaan terhadap sekolah vernacular amat tinggi dan belum pernah dilakukan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri secara telus mengatakan pendidikan vernacular adalah sebahagian daripada pendidikan nasional. Bermakna, kewujudan sekolah vernakular telahpun diiktiraf. Ia merupakan satu kredit kepada bangsa Malaysia kerana dapat menguasai bahasa mandarin. Apatah lagi pasaran akan datang akan didominasikan oleh pasaran negeri China.

Malah, ketika Perdana Menteri menjadi Menteri Pelajaran, kedudukan sekolah vernacular terus diperkukuhkan pada tahun 1996. Inilah toleransi yang tidak ada tolok bandingnya. Di Johor sahaja, sekolah vernacular mendapat peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta. Mana ada satu sistem di dunia ini sekolah berasaskan kaum dibiayai oleh kerajaan?

Dilihat dari sudut positif, memang benar ia suatu kelebihan. Namun, pada masa sama, kita perlu tangani pula kesan negatifnya apabila bahasa kebangsaan tidak dikuasai. Malangnya, setiap kali kerajaan bercadang untuk memperkasakan bahasa Melayu di sekolah vernacular, idea ini terus ditentang habis-habisan oleh persatuan tersebut.

Benar, kita akan berkata selama inipun, sejak kewujudan sekolah vernacular, kita masih tidak berkonflik. Masih berlaku kesepaduan sosial atau social cohesion. Kita hanya bertikam lidah. Masih lagi tidak berlaku parang-memarang atau parang wagging. Dengan maksud, keadaan masih lagi baik.

Persoalan saya, kenapa kita tidak cari jalan untuk mencapai yang terbaik? Bukan maksud saya dengan menghapuskan sekolah vernacular. Tetapi perancangan mesti dibuat, bagaimana sekolah kebangsaan dan sekolah vernacular dapat berinteraksi? Apakah program dan aktiviti yang perlu disusun agar berlaku silang budaya antara sekolah-sekolah ini? Misalnya program lawatan sambil belajar, perlawanan persahabatan, kempen bahasa kebangsaan dan sebagainya.

Saya hanya akan bersetuju dengan pembinaan sekolah menengah vernacular jika benar-benar bahasa Melayu dapat diperkasakan dalam 60 buah sekolah menengah vernakular yang sedia ada. Buatlah kajian akan kesannya terhadap pembinaan negara bangsa. Untuk sementara ini, janganlah terlalu menggugut dan mendesak kerajaan.

Tindakan sebegini akan menyebabkan kaum lain menyimpan rasa dan dendam. Dendam inilah yang akan menjadi bara api perkauman, yang tidak pernah padam. Inilah yang bahaya.

Ketika pilihan raya kecil Tenang berlangsung, saya sempat berada di bandar Tangkak untuk beberapa jam. Apa yang menyedihkan adalah melihat pembinaan semula sebuah rumah ibadat yang menaranya betul-betul sebaris dengan longkang jalan utama.

Saya amat musykil bagaimana Majlis Daerah boleh meluluskan pembinaan tersebut. Saya tidak bermaksud menghalang pembinaan rumah ibadat tersebut. Tetapi pembinaan menaranya sebaris dengan jalan utama sudah tentu tidak mengikuti garis panduan atau spesifikasi perancangan bandar, yakni sebaik-baiknya 40 kaki daripada jalan utama atau sekurang-kurang 20 kaki. Apakah perkara ini juga ada kaitannya dengan politik desak dan ugut seperti di Tenang?

Kebebasan beragama dan menghormati kepelbagaian juga hendaklah berpandu kepada undang-undang. Kita sepatutnya bersyukurlah kerana dikebanyakan di dunia seperti Jerman, Perancis, Indonesia, Thailand dan sebagainya, mereka mengamalkan konsep keseragaman atau unity is uniformity untuk mencapai perpaduan. Dalam kata lain, 1 bangsa, 1bahasa dan 1negara.

Sudah pasti kita tidak dapat melakukannnya kerana kita mengamalkan kepelbagaian atau unity in diversity bagi mencapai perpaduan. Bagi kita kepelbagaian merupakan satu kekuatan. Namun, terlalu banyak berbezapun menimbulkan masalah juga. Bolehkah kita satukan masyarakat yang sejak kecil telah dipisahkan? Jika ditambah lagi dengan pendidikan vernacular peringkat menengah seterusnya diikuti dengan memasuki IPTS berasaskan kaum, apakah citra gagasan 1Malaysia akan tercapai?
Posted by RIDHUAN TEE at 7:42 AM

JIKA KAMPUNG DIGADAIKAN................

Posted: 13 Feb 2011 04:30 PM PST

Jangan menang sorak
Mingguan Malaysia 13 Feb 2011

Unity in diversity memang sedap disebut dan asyik didengar. Bagi yang berkepentingan, kata-kata ini dijaja merata-rata. Namun, bagi yang mengkaji, pahit untuk dibicara, jika fakta akademik terus disembunyikan demi kepentingan politik.

Lihatlah keberanian Perdana Menteri Britain, David Cameron minggu lalu, kenyataannya mengenai "multi-culturalism" yang selama ini menjadi polisi negara itu telah gagal dalam pembinaan negara bangsa. Katanya, kebebasan keterlaluan mengikut budaya dan cara hidup masing-masing secara berasingan tidak berjaya membentuk rakyat Britain yang diidamkan. Budaya yang dimaksudkan itu termasuk undang-undang dan peraturan peraturan yang sedia ada.

Kini, mereka yang ingin tinggal di Britian didesak supaya menghormati budaya British (majoriti), yang dikenali dalam sejarah sebagai "luas pemandangan" atau liberal. Kerajaan Britain bertindak mengejar mereka yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan kerana menimbulkan banyak masalah.

Walaupun ucapan tersebut dirujuk kepada orang Islam, tetapi implementasinya adalah untuk semua yang ingin mendiami di sana. Dalam kata lain, gesaan Cameron itu tidak banyak bezanya dengan kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini yang berbunyi "Tanah Melayu adalah milik orang Melayu". "Negara British adalah untuk orang British". Justeru, budaya dan bahasa majoriti mesti didaulatkan dan diterima bagi mereka yang ingin hidup bersama dalam sebuah negara.

Secara kebetulan pula, saya baru sahaja menonton cerita Shaolin yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Kata-kata "negara China milik orang Cina" begitu jelas sekali diungkapkan oleh hero filem Shaolin, Andy Lau. Babak tersebut langsung tidak dipotong oleh Lembaga Penapis Filem, walaupun dari sudut pembinaan jati diri, babak tersebut sepatutnya boleh dipotong. Begitulah liberalnya kita hidup dalam negara berbilang kaum. Saling hormat-menghormati.

Justeru, apakah salah jika Tun Dr Mahathir berkata "Tanah Melayu adalah milik orang Melayu" dari segi fakta akademik? Sama ada Mahathir Melayu tulin atau tidak, serangan peribadi yang selalu dilakukan, itu bukanlah persoalan utama. Sejarah memang tidak boleh dipadamkan, walaupun diungkap oleh sesiapapun. Ia mesti diperakui seperti kata Einstein. Itulah hakikat kejadian manusia yang dijadikan oleh Allah SWT.

Setiap negara ada sejarahnya sendiri. Rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah asal usulnya milik orang Melayu, termasuk Singapura. Sepatutnya, kita hendaklah berlapang dada menerima budaya dan bahasa masyarakat yang mendominasi itu.

Berbilang bangsa bukan berlaku secara semulajadi atau telah wujud berbilang bangsa sejak dunia ini diciptakan. Kajilah negara mana sekalipun yang berbilang bangsa, semuanya berlaku disebabkan oleh migrasi. Dengan makna, setiap negara atau sesebuah kepulauan, ada 'penunggu'nya. Persoalannya, kenapa setiap kenyataan atau ungkapan hendak dipolitikkan?

Saya berada begitu mual apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri agar respons kepada kenyataan Mahathir mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini. Pendapat David Cameron pun hampir sama dengan Mahathir. Kenapa Cameron tidak dipertikaikan oleh mereka yang tinggal di sana? Saya yakin, pemimpin Britain berjaya melahirkan rakyat yang bersyukur.

Perdana Menteri tidak perlu memberi respon, kerana itu bukan pendapatnya? Ia datang daripada bekas Perdana Menteri, pendapat peribadi seorang negarawan. Mahathir bebas memberikan pendapat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, seperti mana pembangkang dan orang lain memberikan pendapat.

Bacalah pendapat dan komen-komen dalam laman web Malaysianinsider, Malaysiakini, Malaysiatoday, cpiasia dan sebagainya. Pendapat mereka langsung tidak bertamadun. Tetapi ia terus disiarkan dengan megah oleh laman web tersebut dan diberi markah yang tinggi. Tiada tindakan diambil. Saya yakin jika mereka berada di Singapura, sudah lama dihumbankan ke dalam penjara. Kenapa mereka bebas menulis, orang seperti Mahathir tidak boleh?

Inilah nasib yang menimpa penulis seperti kami. Setiap kali menulis, keturunan kami dihina dan diungkit. Cacian dan makian yang kotor dihemburkan tanpa meneliti fakta terlebih dahulu. Saya tidak hairan, sebab masyarakat kita telah ditanam dengan pemikiran etnosentrik, prejudis dan stereotaip, yakni memandang rendah kepada cara hidup atau budaya orang lain. Pada segelintir golongan ini, budaya mereka sahaja yang baik, orang lain tidak.

Yang lebih memelikkan, kenapa bila DAP (termasuk PAP) mempertikaikan tentang kedudukan Islam dan menghina Islam, pemimpin Pakatan Rakyat tidak ditanya supaya memberi respon akan pendapat sekutunya itu? Malah dipuji pula pendapatnya.

Lebih menjijikkan, bila ada sahaja pendapat yang agak kontroversi, gagasan 1Malaysia dijadikan batu loncatan untuk mematahkan apa juga perkara yang dikira bertentangan dengan pendirian ultra kiasu ini. Tidakkah gagasan 1Malaysia mesti difahami dalam konteks sejarah negara ini dan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama?

Saya boleh bayangkan jika tiadalah idea gagasan 1Malaysia, mereka akan cari seribu satu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.

Bukankah lebih baik kata-kata Mahathir itu dikaji dan hujahkan dari sudut akademik daripada memaki dan mencaci? Sekurang-kurangnya berlaku percambahan ilmu. Ini tidak, mereka seolah-olah tiada kerja lain, hanya mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.

Saya ingin mencadangkan, selain daripada mengkaji sejarah asal-usul Tanah Melayu, pada masa sama, perbandingan sejarah hendaklah juga dibuat dengan negara lain.

Jika tidak mahu lihat negara jiran yang berdekatan, cuba tinjau negara yang berjauhan seperti New Zealand, Fiji, Australia dan sebagainya. Adakah negara ini berbilang bangsa dari segi asal-usul. Saya tidak perlu ulang lagi akan sejarah asal-usul Tanah Melayu, kerana nanti pembaca akan mengatakan seolah-olah saya sudah tidak ada idea lagi untuk menulis.

Di New Zealand, pribumi Maori tidak memerintah, tetapi diperintah oleh Pakeha, imigran kulit putih. Begitu juga di Fiji. Pribumi Fijian diperintah oleh imigran India. Namun, hak-hak pribumi tetap dijaga dan dipelihara, supaya tidak timbul konflik.

Malangnya, Maori dan Fijian telah terlambat, kerana mereka tidak memerintah tetapi telah diperintah. Apalah erti hak terjaga, jika kampung telah tergadai. Iktibar di dua negara ini perlu dijadikan teladan. Inilah yang menjadi ketakutan orang Melayu, setelah terlepasnya Singapura.

Saya yakin selepas ini, pihak ultra kiasu akan berhujah, pribumi Tanah Melayu adalah orang Asli, sama seperti Maori di New Zealand. Jika itulah hujahnya, maka saya berani mengatakan semua negara ada orang Asli.

Mahathir berkata lagi, nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

Kenyataan tersebut adalah benar berasaskan fakta sejarah. Ia tidak boleh diubah. Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional. Jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigran ke negara ini.

Dalam konteks politik, kenyataan ini memang tidak boleh dinafikan. Kiblat kita mesti Malaysia, bukan lagi negara lain jika benar-benar gagasan 1Malaysia hendaklah direalisasikan dengan jayanya. Pengorbanan setiap bangsa mesti dihargai, terutama pengorbanan orang Melayu.

Pengorbanan paling besar saya lihat apabila orang Melayu memberi laluan kepada bukan Melayu untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu, terutama kepada orang India (juga orang Cina). Mereka (India) langsung tidak ada kawasan majoriti, tetapi tetap diberi laluan untuk bertanding. Inilah toleransi yang tidak ada tolok bandingnya. Begitu juga pengorbanan bangsa lain dalam membangunkan bumi tercinta ini.

Malangnya toleransi sebegini tidak dihargai. Misalnya, ugutan dan desakan terus menerus dibuat. Kes novel Interlok adalah contoh jelas. Novel tersebut tidak kurangnya mengkritik orang Melayu yang dikatakan sebagai bangsa yang malas. Orang Melayu menerima seadanya. Tidak ada protes yang dibuat. Saya yakin kalau stereotaip ini dirujuk kepada bangsa lain, sudah tentu mereka akan lagi melompat.

Tindakan orang India menentang novel Interlok yang telah berusia 40 tahun, tanpa hujah kukuh, telah mengundang ketidakselesaan orang Melayu. Akibatnya, gabungan 138 NGO Melayu yang bernaung di bawah Majlis Perundingan Melayu (MPM) baru-baru ini, berikrar tidak akan memberikan sokongan kepada pemimpin India daripada pelbagai parti dalam mana-mana pilihan raya selepas ini.

MPM berpendapat, pemimpin dan aktivis kaum India telah memutarbelit dan berjaya mempengaruhi kerajaan untuk tunduk kepada ugutan dan tekanan dalam menangani kontroversi novel Interlok.

Inilah yang dikatakan menang pada sebelah pihak. Walaupun tuntutan ekstrim itu tidak terima sepenuhnya, yakni supaya novel Interlok diharamkan sebagai teks rujukan sekolah, tetapi mereka tetap menang. Kerana strategi mereka amat jelas iaitu buat tuntutan seekstrim-ekstrimnya, mereka tahu kerajaan tidak akan menerima semua yang diminta atau bersetuju sepenuhnya. Tetapi, kerajaan akan memberi sedikit atau bersetuju sebahagian. Pemberian sedikit atau sebahagian itu sebenarnya adalah kemenangan mutlak mereka.

Ini menunjukkan betapa lemahnya kita dalam menangani isu-isu etnik yang terlalu berkompromi dengan mereka ini sehingga sanggup mengenepikan apa jua analisis rasional dan akademik yang dihasilkan, bagi menangkis ugutan dan tuntutan mereka itu. Kita sanggup menggadaikan prinsip untuk meraikan orang lain. Tindakan ini seolah-olah menampakkan orang lain yang membuat kajian itu salah, orang politik yang bertindak betul.

Saya fikir tindakan MPM wajar difikirkan. Tidak timbul soal mereka mahu menimbulkan sentimen hasutan untuk membenci kaum India tetapi bagi menyatakan kekesalan terhadap kelemahan kerajaan yang tunduk dengan mudah kepada ugutan dan tekanan. Malah, tiada sebarang tindakan diambil terhadap kumpulan yang membakar novel Interlok dan gambar poster penulis novel tersebut, yang berbau hasutan. Bayangkan jika orang Melayu yang melakukannya.

Inilah yang dikatakan, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan. Menang sorak kampung tergadai.

Semua orang tahu, baik macam mana sesuatu perkara itu, sekiranya ada campur tangan politik, bagi memenuhi kepentingan sesetengah pihak, dengan mudahnya perkara tersebut akan berubah. Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah satu hal. Pihak yang berpolitik satu hal yang lain. Sebenarnya, perkara inilah yang mencemar perpaduan negara yang telah terbina sekian lama.

Novel ini bukan satu ancaman kepada perpaduan negara, tetapi manusia yang cetek akal inilah ancaman sebenar. Sayangnya ilmu yang mereka miliki tidak mampu untuk melihat keindahan yang cuba dibawa oleh penulis novel ini. Jika kelemahan yang dicari, maka kelemahanlah yang dijumpai. Sebaliknya, jika kebaikan yang menjadi kunci, maka kemuliaanlah akan ditemui.
Posted by RIDHUAN TEE

Ceramah Pakatan Rakyat di Merlimau

Posted: 13 Feb 2011 04:25 PM PST



Put your stuff here

Ceramah Pakatan di Merlimau.wmv

Posted: 13 Feb 2011 04:24 PM PST



Put your stuff here

PECAH ATAU BUAR REKOD?

Posted: 13 Feb 2011 04:22 PM PST

Anwar pecah rekod 50 kali tangguh kes


KUALA LUMPUR 12 Feb. - Kerajaan diminta bertindak tegas dengan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.
Ummi Hafilda Ali berkata, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada Anwar untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah untuk mendapatkan simpati daripada negara lain.
"Kenapa wujud pilih kasih? Anwar dibiarkan sesuka hati keluar masuk negara ini dan memberi ceramah sedangkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dihalang daripada membuat sebarang kenyataan?
"Anwar juga terikat dalam proses perbicaraan liwat namun dibiarkan bebas. Anwar diberikan peluang untuk berceramah mengutuk individu, memutar belit dan mengadakan cerita untuk menghuru-harakan rakyat," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Ummi Hafilda, setiap pergerakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu harus dipantau dan pasport antarabangsanya perlu dirampas.
"Kerajaan perlu tegas dan tidak membenarkan beliau mendapat permit untuk berceramah tanpa ada sekatan. Sedangkan apa yang dikatakan olehnya hanya pembohongan dan fitnah melampau yang hanya akan meracuni pemikiran rakyat dan menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Kita tak mahu negara ini menjadi seperti Mesir yang porak-peranda disebabkan mainan politik kotor Anwar," katanya.
Sementara itu, Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com bertajuk 14 Februari: Anwar Rancang Insiden, percaya beliau pasti berusaha meloloskan diri daripada perbicaraan kes liwat yang akan bersambung pada 14 Februari ini.
Blog itu juga mendakwa Anwar merancang sesuatu untuk mendapat simpati rakyat.
Anwar juga, kata blog itu, memecahkan rekod dunia apabila berjaya menangguhkan kes pendakwaan liwatnya sebanyak 50 kali sepanjang tempoh tiga tahun lalu. - Utusan Melayu
Hehehe bukan setakat 5o kali tangguh kes. Anwar banyak lagi pecah rekod. Kita nak dedah esok.

Hilangkan wang pertaruhan PAS di Merlimau.

Posted: 13 Feb 2011 04:13 PM PST

Hilangkan wang pertaruhan PAS di Merlimau.

Pengundi DUN Merlimau perlu membuktikan bahawa pakatan pembangkang terutamanya Pas tidak mempunyai tempat walaupun mereka mendakwa kawasan berkenaan adalah kubu kuat mereka di negeri Melaka pada pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan, 6 Mac nanti .

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata seperti biasa setiap kali PRK diadakan, pakatan pembangkang akan membuat pelbagai kenyataan bahawa mereka mempunyai pengaruh dan sokongan di kawasan yang ditandingi walaupun menyedari akan kalah.

"Sebenarnya pakatan pembangkang menyedari mereka akan kalah di Merlimau, tetapi untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai sokongan, mereka tetap meletakkan calon dalam setiap kali PRK yang diadakan.

"Jadikan DUN Merlimau sebagai tempat untuk membuktikan bahawa rakyat menolak pembangkang, perkara ini perlu dibuktikan bukan sahaja dengan mengalahkan mereka dengan majoriti lebih besar malah kita perlu menewaskan sehingga hilang wang pertaruhan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat kepada jentera Jalinan Rakyat, PRK Dun Merlimau.

Menurutnya perkara itu, bukan perkara mustahil dan mampu dilakukan kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai apa-apa isu untuk diperjuangkan selain menabur fitnah atau dakyah yang mengelirukan rakyat dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan.
"Perjuangan pembangkang kini sudah hampir ke penghujung, perkara ini sudah terbukti bahawa sokongan pembangkang semakin merosot melalui beberapa pilihan raya yang berlaku sebelum ini.

"Bukan sahaja mereka kalah, undi yang diperolehi semakin berkurangan dan di Merlimau pembangkang akana terus menderita kerana mereka akan hilang wang pertaruhan," katanya.

Hamidah berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika petugas Barisan Nasional (BN) di PRK Merlimau bekerja keras memberi penerangan untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan.

"Apa lagi yang hendak diperjuangkang di Melaka, Melaka sudah diisytiharkan sebagai negara maju, mereka dah tak ada modal, mereka bertanding ini sekadar untuk menunjukkan ego bahawa mereka masih ada sokongan," katanya. 

Lupakan saja Merlimau, elok PAS tumpu Kerdau...

Posted: 13 Feb 2011 03:54 PM PST


Oleh: ROSLAN BIAN

Terlebih dahulu Al Fatihah dan takziah buat keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang, petang Sabtu.

Allahyarham yang sudah lama sakit jantung kerap keluar masuk hospital meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air rumahnya kira-kira 6.30 petang.

Apapun, pemergian beliau sekaligus mengundang pilihanraya ke 16 – dijangka akhir Mac depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Allahyarham memperolehi 4,135 undi manakala Hassanuddin pula 2,520 undi.

Ikut status quo pembangkang, kerusi N28 Kerdau adalah kuota PAS sekaligus parti itu kena bersiap sedia berdepan calon BN kelak.

PAS ketika ini juga sedang bersedia berdepan BN dalam PRK Merlimau – dengan penamaan calon pada 26 Februari manakala hari pengundian pada 6 Mac.

Senang cakap peluang parti itu untuk menang di Merlimau diramalkan tipis.

Sebab itu baru-baru ini timbul polimek antara pemimpin PAS.Ada yang tidak mahu calon mereka bertanding sebaliknya mahu memberi laluan kepada PKR meletakkan calon parti itu.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi mahu menjaga hati pemimpin PAS, bersetuju parti itu bertanding walaupun PKR Melaka beria-ia mahu menentang BN di Merlimau.

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin juga khabarnya sudah bersiap masuk gelanggang.

Ketika tiba-tiba ditakdirkan timbul pula pilihanraya kecil bakal diadakan di Kerdau ,ada kalangan pemerhati politik berpendapat elok PAS melupakan Merlimau dan memfokus kepada Kerdau,

Melaka bukanlah relevan kepada PAS berbanding di Pahang.

PAS memenangi dua kerusi DUN di negeri itu pada pilihanraya umum lalu di Beserah dan Kuala Semantan.

Di Melaka PAS gagal sama ada di parlimen mahupun kerusi DUN.

Justru itu, lebih elok PAS menarik diri atau memberi laluan kepada PKR di Merlimau dan hanya beri tumpuan di Kerdau.

Tewas dengan majoriti 1,615 undi, PAS kata orang masih ada fighting chance di Kerdau.

PAS kini sedang mengalas tugas berat untuk jaga air muka pakatan pembangkang setelah tumbang di Galas dan Tenang.

Setakat kalah satu hal...lebih dari itu di kedua-dua pilihanraya kecil itu ialah gagal mengurangkan majoriti BN.

Jika ini juga berlaku di Merlimau dan Kerdau...yakni empat kali berturut-turut ia akan memberi kesan besar kepada imejnya.

Ramai yang melihat PAS tidak ada isu besar yang boleh dimainkan di Melaka kecuali bising pasal isu-isu remeh seperti yang dimainkan di Tenang baru-baru ini.

Lagipun semua orang tahu sejak zaman Tan Sri Rahim Thamby Chik hingga ke pimpinan Datuk Seri Ali Rustam sekarang Melaka sudah berkembang maju dengan pesatnya.

Belum terlambat pemimpin-pemimpin PAS menarik diri di Merlimau dan biarlah perjuangan pembangkang lebih rata dengan PKR turut masuk gelanggang pilihanraya bukan menikus sahaja.

Lebih menarik lagi Yang Di Pertua PAS kawasan Kuala Krau adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, juga Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Persoalannya PAS ada berani ka...? - 14/2/2011

PAS suara keyakinan tanding kerusi DUN Merlimau

Posted: 13 Feb 2011 03:43 PM PST



2011/02/14
KUALA LUMPUR: PAS yakin mempunyai peluang merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil pada 6 Mac ini selepas mendakwa BN tidak mempunyai kubu kuat di kawasan itu.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata semua tujuh peti undi di Merlimau tidak mempunyai pengundi khusus sama ada mempunyai ramai pengundi Melayu, Cina atau India yang boleh menjadi kubu kuat BN.
"Agak menariknya seluruh peti undi di DUN Merlimau mempunyai pengundi campuran, tidak ada pengundi khusus berbanding di DUN Tenang kerana di Tenang ada peti undi dikuasai Melayu, Cina dan Orang Asli.
"Bagaimanapun, di Merlimau, pengundinya bersifat campuran, tidak ada kawasan boleh dibanggakan BN yang menjadi kubu kuat mereka. Tidak mustahil PAS akan berjaya mendapat kerusi pertama di Melaka, " katanya di ibu pejabat PAS di sini, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau ke-15 pada 26 Februari dan 6 Mac sebagai tarikh mengundi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, yang meninggal dunia 20 Januari lalu.

Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya kecil itu berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon bertanding pada 24 Februari ini di Merlimau.
"Kita menerima empat calon untuk diteliti dan akan diserahkan kepada Majlis Syura untuk diputuskan. Calon PAS adalah anak tempatan, profesional dan bukan pegawai kerajaan yang meletak jawatan," katanya.

Empat nama calon itu ialah Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man; Ketua Penerangan PAS Melaka, Kamaruddin Sidek; Yang Dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang dan Timbalannya, Yuhaizan Abdullah.

Namun, PAS Melaka dikatakan lebih berminat untuk mencalonkan sama ada Kintan atau Yuhaizan.

Mengulas mengenai kekosongan DUN Kerdau berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, katanya, PAS perlu menunggu pengumuman Speaker DUN Pahang mengenai kekosongan DUN itu dan keputusan SPR berhubung pilihan raya kecil itu.

Katanya, PAS turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Zaharuddin di atas kematian ADUN Kerdau itu akibat penyakit jantung.

Pas umum calon Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau 24 Februari

Posted: 13 Feb 2011 03:38 PM PST



KUALA LUMPUR 13 Feb. - Pas akan mengumumkan nama calon yang mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 24 Februari ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengumuman itu akan dibuat sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tapak Pasar Merlimau.

"Antara kriteria yang menjadi pilihan Pas ialah orang tempatan, diterima ramai dan sedia berkhidmat untuk rakyat. Lelaki atau perempuan tidak menjadi masalah," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pas Pusat, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim yakin bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, peratusan kejayaan bagi Pas berkemungkinan lebih tinggi berdasarkan penduduk di kawasan itu yang lebih bermaklumat.

"Selain itu, hampir semua peti undi di sana seimbang daripada segi peratusan kaum, termasuk juga peti undi pos," katanya sambil menambah DUN Merlimau boleh disifatkan sebagai medan terbuka bagi setiap parti yang bertanding.

Beliau tidak menolak kemungkinan kemenangan di DUN itu agak sukar, namun berkata, setiap jentera Pas akan berjuang habis-habisan, sekurang-kurangnya untuk menambah jumlah undi kepada calonnya.

"Setakat ini, jawatankuasa Pas setiap negeri telah memutuskan untuk menghantar sekurang-kurangnya 100 orang, ini tidak termasuk daripada Pemuda dan Muslimat Pas ke Merlimau untuk membantu berkempen," kata beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Februari dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada Barisan Nasional pada 20 Januari lepas. - BERNAMA

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PAS banyak timbulkan kemudaratan kepada umat Islam – Syed Ali

Posted: 13 Feb 2011 10:55 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee terus mengecam Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih menyelewengkan fakta dengan melemparkan tuduhan kononnya UMNO tidak memperjuangkan syiar Islam di negara ini.

Sambil menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai tok guru putar alam, beliau menegaskan Nik Aziz sengaja mendendangkan lagu lama bertujuan menutup kepincangan parti tersebut.

"Beliau memutarkan lagu lama kononnya PAS adalah parti Islam, tetapi pada hakikatnya kerenah pemimpin mereka hanya mendatangkan banyak kemudharatan kepada orang Melayu khususnya umat Islam di negara ini," tegasnya.

Katanya, pergeseran dan perpecahan di kalangan orang Melayu berpunca daripada sikap pemimpin PAS termasuk Nik Aziz yang mempolitikkan agama untuk agenda mereka.

Beliau menyelar Nik Aziz yang yang terus mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mana UMNO sebagai terasnya meminggirkan syiar island dalam arus pembangunan.

Dakwaan itu menurut beliau adalah tidak berasas sama sekali kerana sejak UMNo menguasai kerajaan lebih 50 tahun lalu penerapan nilai-nilai Islam terus diperkasakan dalam pelbagai aspek kehidupan.

"Walaupun BN mengamalkan konsep perkongsian kuasa, tetapi pemimpin UMNO tetap memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam dengan turut mengambilkira hak penganut agama lain," jelas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu

Hasilnya hari ini kata beliau, agenda pembangunan bercirikan Islam dalam perniagaan, pentadbiran dan tatacara kehidupan terus dipertingkatkan dan diterima oleh rakyat pelbagai kaum sebagai acuan kepada perpaduan kaum.

Beliau memberitahu, pelbagai program pembangunan kearah mempertingkatkan roh Islam terus dilaksanakan oleh UMNO seperti pembinaan masjid, memperbanyakkan sekolah-sekolah agama, penyucian rohani menerusi aspek pembangunan umat, meningkatkan kegiatan dakwah termasuk kepada kalangan saudara baru, sistem perbankan Islam, pembangunan industri halal dan pelbagai lagi aspek kehidupan yang berteraskan ajaran Islam.

Di Selangor dan Pulau Pinang, PAS sekadar melukut ditepi gantang

"Terlalu banyak jika hendak disenaraikan kejayaan yang telah dilakukan UMNO dalam memartabatkan syiar Islam, tetapi malangnya PAS yang melaungkan membangunan bersama Islam hanya sekadar laungan retorik," ujarnya.

Sebagai contoh Syed Ali menjelaskan, PAS sehingga kini masih gagal melaksanakan Hukum Hudud yang pernah diperjuangkan tidak lama dulu disamping kegiatan perjudian terus berleluasa di negeri yang mereka kuasai.

Mengambil contoh di Kelantan, beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, mendakwa aktiviti pelacuran, perjudian dan meminum arak masih juga berlaku di bawah pentadbiran kerajaan PAS walaupun Nik Aziz melebelkan negeri itu sebagai 'Serambi Mekah'.

"Nik Aziz sendiri pernah menegaskan bahawa kerajaan Kelantan turut menggunakan hasil daripada lesen perjudian untuk membangunkan pelbagai kemudahan prasarana di negeri berkenaan," tambahnya.

Dalam hal ini tegas beliau, PAS sebenarnya tidak mampu untuk membangunkan syiar Islam apatah lagi sekarang ini mereka bersubahat dengan DAP.

Oleh sebab katanya, PAS Selangor tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempertahankan kepentingan syiar Islam di negeri itu walaupun Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah.

Di Selangor dan Pulau Pinang jelas Syed Ali lagi, PAS sekadar 'melukut ditepi gantang' dan suara mereka tidak dilayan oleh DAP dan PKR yang mendominasi pentadbiran kerajaan negeri.

"Di kampung yang majoritinya Melayu mereka (PAS) kata berjuang syahid untuk Islam, tetapi di bandar seperti di Selangor dan Pulau Pinang, mereka kata PAS tidak akan buat negara Islam kerana hormati orang Cina (DAP)," katanya.

"Mereka terus memperbodohkan rakyat terutama umat Islam dengan slogan agama yang diterjemahkan untuk kepentingan nafsu politik mereka," katanya.

Syed Ali dakwa Anwar dengan bantuan kuasa asing cuba runtuhkan sistem demokrasi di negara ini

Posted: 13 Feb 2011 07:50 PM PST

DATUK Seri Anwar Ibrahim semakin berani mempersendakan mahkamah dan dalam masa yang sama cuba memberi mesej kepada pengikutnya bahawa beliau langsung tidak takut kepada tindakan yang bakal beliau hadapi di negara ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu cuba memberitahu dunia bahawa sistem perundangan di negara ini dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak adil.
"Gerakan Anwar ini amat berbahaya dan kerajaan harus segera bertindak berdasarkan undang-undang sedia ada," tegasnya.

Beliau turut mendesak pihak berkuasa menyiasat gerakan Anwar yang berkemungkinan berpengkalan di luar negeri dengan mendapat sokongan dan bantuan negara asing.

Oleh sebab itu tegasnya, Anwar berani membuat dakwaan bahawa beliau mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetap di Washington atau kembali ke tanah air tetapi pilihan telah dibuat, iaitu satu kaki di parlimen dan satu kaki lagi di penjara.

Syed Ali bimbang usaha Anwar dengan bantuan kuasa asing jika dibiarkan berlarutan akan meruntuhkan sistem demokrasi negara ini dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

"Kerajaan jangan memandang mudah kenyataan tersebut kerana Anwar jelas mencabar kewibawaan sistem perundangan di negara ini," tegasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan taktik Anwar untuk mengaut sokongan politik dengan memberitahu rakyat bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak berani untuk mengambil sebarang tidakan terhadap beliau.

Serentak itu, Syed Ali berpendapat kerajaan juga perlu mempuyai dua pilihan, iaitu melucutkan kerakyatan Anwar atau mengambil tindakan tegas kerana kegiatan beliau selama ini banyak mendatangkan ketidakselesaan kepada rakyat pelbagai kaum.

Gerakan Anwar mungkin berpengkalan di luar negeri dengan bantuan kuasa asing

"Anwar sudah memberi gambaran bahawa beliau boleh menetap di Amerika dan bersedia untuk ke penjara, maka kerajaan perlu menyahut cabaran tersebut," tegasnya.

"Anwar yang beri mesej, maka saya desak kerajaan lucutkan segera kerakyataan beliau.

Sehubungan itu beliau mempersoalkan kenapa pihak berkuasa terlalu mengambil sikap berhati-hati untuk bertindak termasuk menghalang beliau ke luar negara sepertimana yang telah didesak oleh pelbagai pihak sebelum ini.

"Anwar sudah terbukti melakukan pelbagai kegiatan menghasut dan menjejaskan ketenteraman negara sama ada di dalam dan di luar negeri, sampai bila kerajaan mahu mengambil sikap tunggu dan lihat?," soal beliau lagi.

Beliau mengulas dakwaan Anwar ketika berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World, anjuran badan pemikir Amerika Syarikat yang berpengakalan di Washington DC, Amerika Syarikat, Khamis lalu bahawa beliau mempuntyai dua pilihan sama ada mahu menetap di Washington atau kembali ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan kes liwat.

Anwar seperti dilaporkan oleh laman blog http://www.anwaraidc.com/ dipetik sebagai berkata : "Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda di dakwa, anda pasti akan dipenjarakan,".

Dalam hal ini tegas Syed Ali, Anwar cuba memberitahu dunia bahawa diri beliau sengaja dizalimi dan menjadi mangsa konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO sebagai parti teras kepada kerajaan hari yang memerintah.

Katanya lagi, persespsi inilah juga yang cuba diterapkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat sebagai propaganda untuk mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Inilah strategi Anwar menagih simpati daripada kuasa luar dan dalam masa yang mencari helah untuk melambatkan proses perbicaraan kes liwatnya yang sebelum ini dipercayai sudah 50 kali ditangguhkan," katanya.
TERKINI :
Peguam Karpal Singh tidak hadir pada perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar yang bersambung pagi ini. (Isnin)
Karpal sepatutnya hadir bagi menyoal balas ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr. Siew Sheue Feng berhubung borang perubatan pro-faorma, tetapi beliau dipercayai berada di mahkamah lain bagi prosiding Suruhanjaya Diraja menjalankan inkuiri kes kematian Teoh Beng Hock.
Bagaimanapun perbicaraan Anwar diteruskan juga walaupun lewat dengan peguam Sankara Nair meneruskan prosiding menyaol Dr. Siew.
Tindakan Karpal itu dilihat sebagai cubaan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang itu.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAULIDUL RASUL 1432 HIJRAH

Posted: 13 Feb 2011 05:56 PM PST

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432 Hijrah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Selasa ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jakim, Asiah AlKharib Shah berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan tersebut.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan dari luar negara juga dijadual menghadiri majlis tersebut.

"Majlis ini merupakan salah satu acara rasmi negara dan ia merupakan usaha kerajaan bagi menegakkan syiar Islam.

"Tema yang dipilih pada tahun ini adalah '1Malaysia, 1Ummah' iaitu umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 10,135 peserta daripada 112 kontinjen akan menyertai perarakan dan perhimpunan pada majlis sambutan tersebut.

''Ia terdiri daripada 42 kontinjen kerajaan, 15 kontinjen badan berkanun, 16 kontinjen swasta, 11 kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sembilan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah.

''Pelbagai persembahan menarik akan diadakan seperti deklamasi sajak, syair rakesh, nyanyian gabungan bahasa Arab dan Inggeris, bacaan rawi, nazam dan selawat beramai-ramai serta pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul," ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang akan bermula pukul 7.30 pagi dengan perarakan kontinjen dan seterusnya majlis perhimpunan pada pukul 8.30 pagi.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul Tahun 1432 Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat di mana saja berada.



AL FATIHAH : ADUN KERDAU KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 13 Feb 2011 05:43 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Allahyarham Datuk Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini. Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit.

Jumlah pengundi di DUN Kerdau adalah sejumlah 8,451 orang (Melayu 89.04%, Cina 5.62%, India 3.59%, Lain-lain 1.75%). Pilihan raya kecil yang ke-16 sejak PRU12 dan pertama kali diadakan di negeri Pahang. Pilihan raya kecil yang ke-8 sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri iaitu Hulu Selangor, Sibu, Bagan Pinang, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Lima menang dan satu tewas di Sibu. Barisan Nasional hanya menang dengan majoriti 1,615 undi di Kerdau pada 2008 berbanding 2,565 pada 2004. Alfatihah untuk Datuk Zaharuddin, moga Allah SWT merahmatinya, amin.

DunSemarang

DunSemarang


Tetamu yang BiaDAP....

Posted: 13 Feb 2011 07:24 AM PST

Terima kasih UMNO Bhg Ayer Hitam.....

Posted: 13 Feb 2011 04:44 AM PST


Ayer Hitam. PT Khalid 12.Feb.2011.
Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SK Seri Bandan yang di buka mulai 31 Jan hingga 12 Feb. 2011. telah di tutup opersinya. Pusat ini menempatkan 84 keluaraga dengan 290 orang mangsa.SEMUANYA SELAMAT, SYUKUR ALHAMDULILLAH. Penutupan rasmi telah dilaksanakan oleh Saudara S/U Bahagian Ayer Hitam Halid Saat.
Kami Warga UMNO di akar umbi mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Ayer Hitam kerana kesungguhan, bantuan dan pengorbanan membantu mangsa banjir di kawasan Pt Khalid. Terima kasih kepada YB DSBJ. YB Menteri Besar Johor yang sudi melawat kami dan seluruh AJK Bhg UMNO yang telah mengorbankan masanya membantu kami. Kami sedar ada di kalangan kami, ada yang kurang berpuas hati, namun itu adalah hakikat bahawa manusia ini bukannya "LENGKAP' segalanya, pastinya ada kelemahan di mana-mana lompang. Mungkin anggapan mereka jika DAP PKR PAS..membantu mereka akan lebih selesa..tapi yang pasti bertambah MERANA lah kita yang bernama MELAYU. Tapi di mana mereka ketika kami semua di landa BANJIR...adakah mereka semua MAI BALIK PULAU...
ByM69.

Pengikut