Isnin, 14 Februari 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Salam Maulidur Rasul 2011 / 1432H

Posted: 14 Feb 2011 09:11 PM PST


1 Malaysia 1 Ummah


Salam Semua,

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam


1. Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul disambut penuh makna oleh masyarakat Islam di Malaysia dapat dilihat menerusi perarakan keluarga, sahabat handai dan jiran terdekat, mahupun ceramah agama.

2. Kepimpinan Baginda SAW menjadi model ukuran dan piawaian wajib diguna pakai dalam urusan kehidupan serta kepimpinan dunia Islam sekarang.

3. Namun, yang perlu kita utamakan, dalam memperingati hari keputeraan Rasulullah SAW; bagaimanakah kita, umat zaman ini, benar-benar menjiwai dan menterjemahkan risalah kebenaran dan keadilan yang dibawa Baginda.

4. Kita seringkali mempersoalkan apa yang belum kita perolehi tanpa mensyukuri apa yang kita nikmati hari ini.

5. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah antara lainnya untuk membina jati diri yang kental, amanah, telus, menolak salah guna kuasa dan membenci rasuah.

6. Nilai-nilai sejagat itu telah dijadikan panduan oleh para sahabat Rasulullah ketika menjalankan amanah mentadbir negara tanpa melakukan sebarang penyelewengan.

7.Sebuah buku yang harus dimiliki oleh semua umat Islam adalah Biografi Muhammad Bin Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi yang sangat menyenth hati Kak Midah bila membacanya baru-baru ini.

8. Moga kita menjadikan kepimpinan Rasullah SAW sebagai rujukan dan idola kehidupan kita tanpa mengira siapa kita, pemimpin atau rakyat jelata .

Kak Midah
Bt Gajah,
Perak

Tiada ulasan:

Pengikut