Isnin, 14 Februari 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAULIDUL RASUL 1432 HIJRAH

Posted: 13 Feb 2011 05:56 PM PST

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432 Hijrah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Selasa ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jakim, Asiah AlKharib Shah berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan tersebut.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan dari luar negara juga dijadual menghadiri majlis tersebut.

"Majlis ini merupakan salah satu acara rasmi negara dan ia merupakan usaha kerajaan bagi menegakkan syiar Islam.

"Tema yang dipilih pada tahun ini adalah '1Malaysia, 1Ummah' iaitu umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 10,135 peserta daripada 112 kontinjen akan menyertai perarakan dan perhimpunan pada majlis sambutan tersebut.

''Ia terdiri daripada 42 kontinjen kerajaan, 15 kontinjen badan berkanun, 16 kontinjen swasta, 11 kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sembilan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah.

''Pelbagai persembahan menarik akan diadakan seperti deklamasi sajak, syair rakesh, nyanyian gabungan bahasa Arab dan Inggeris, bacaan rawi, nazam dan selawat beramai-ramai serta pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul," ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang akan bermula pukul 7.30 pagi dengan perarakan kontinjen dan seterusnya majlis perhimpunan pada pukul 8.30 pagi.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul Tahun 1432 Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat di mana saja berada.



AL FATIHAH : ADUN KERDAU KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 13 Feb 2011 05:43 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Allahyarham Datuk Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini. Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit.

Jumlah pengundi di DUN Kerdau adalah sejumlah 8,451 orang (Melayu 89.04%, Cina 5.62%, India 3.59%, Lain-lain 1.75%). Pilihan raya kecil yang ke-16 sejak PRU12 dan pertama kali diadakan di negeri Pahang. Pilihan raya kecil yang ke-8 sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri iaitu Hulu Selangor, Sibu, Bagan Pinang, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Lima menang dan satu tewas di Sibu. Barisan Nasional hanya menang dengan majoriti 1,615 undi di Kerdau pada 2008 berbanding 2,565 pada 2004. Alfatihah untuk Datuk Zaharuddin, moga Allah SWT merahmatinya, amin.

Tiada ulasan:

Pengikut