Isnin, 14 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PAS banyak timbulkan kemudaratan kepada umat Islam – Syed Ali

Posted: 13 Feb 2011 10:55 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee terus mengecam Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih menyelewengkan fakta dengan melemparkan tuduhan kononnya UMNO tidak memperjuangkan syiar Islam di negara ini.

Sambil menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai tok guru putar alam, beliau menegaskan Nik Aziz sengaja mendendangkan lagu lama bertujuan menutup kepincangan parti tersebut.

"Beliau memutarkan lagu lama kononnya PAS adalah parti Islam, tetapi pada hakikatnya kerenah pemimpin mereka hanya mendatangkan banyak kemudharatan kepada orang Melayu khususnya umat Islam di negara ini," tegasnya.

Katanya, pergeseran dan perpecahan di kalangan orang Melayu berpunca daripada sikap pemimpin PAS termasuk Nik Aziz yang mempolitikkan agama untuk agenda mereka.

Beliau menyelar Nik Aziz yang yang terus mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mana UMNO sebagai terasnya meminggirkan syiar island dalam arus pembangunan.

Dakwaan itu menurut beliau adalah tidak berasas sama sekali kerana sejak UMNo menguasai kerajaan lebih 50 tahun lalu penerapan nilai-nilai Islam terus diperkasakan dalam pelbagai aspek kehidupan.

"Walaupun BN mengamalkan konsep perkongsian kuasa, tetapi pemimpin UMNO tetap memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam dengan turut mengambilkira hak penganut agama lain," jelas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu

Hasilnya hari ini kata beliau, agenda pembangunan bercirikan Islam dalam perniagaan, pentadbiran dan tatacara kehidupan terus dipertingkatkan dan diterima oleh rakyat pelbagai kaum sebagai acuan kepada perpaduan kaum.

Beliau memberitahu, pelbagai program pembangunan kearah mempertingkatkan roh Islam terus dilaksanakan oleh UMNO seperti pembinaan masjid, memperbanyakkan sekolah-sekolah agama, penyucian rohani menerusi aspek pembangunan umat, meningkatkan kegiatan dakwah termasuk kepada kalangan saudara baru, sistem perbankan Islam, pembangunan industri halal dan pelbagai lagi aspek kehidupan yang berteraskan ajaran Islam.

Di Selangor dan Pulau Pinang, PAS sekadar melukut ditepi gantang

"Terlalu banyak jika hendak disenaraikan kejayaan yang telah dilakukan UMNO dalam memartabatkan syiar Islam, tetapi malangnya PAS yang melaungkan membangunan bersama Islam hanya sekadar laungan retorik," ujarnya.

Sebagai contoh Syed Ali menjelaskan, PAS sehingga kini masih gagal melaksanakan Hukum Hudud yang pernah diperjuangkan tidak lama dulu disamping kegiatan perjudian terus berleluasa di negeri yang mereka kuasai.

Mengambil contoh di Kelantan, beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, mendakwa aktiviti pelacuran, perjudian dan meminum arak masih juga berlaku di bawah pentadbiran kerajaan PAS walaupun Nik Aziz melebelkan negeri itu sebagai 'Serambi Mekah'.

"Nik Aziz sendiri pernah menegaskan bahawa kerajaan Kelantan turut menggunakan hasil daripada lesen perjudian untuk membangunkan pelbagai kemudahan prasarana di negeri berkenaan," tambahnya.

Dalam hal ini tegas beliau, PAS sebenarnya tidak mampu untuk membangunkan syiar Islam apatah lagi sekarang ini mereka bersubahat dengan DAP.

Oleh sebab katanya, PAS Selangor tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempertahankan kepentingan syiar Islam di negeri itu walaupun Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah.

Di Selangor dan Pulau Pinang jelas Syed Ali lagi, PAS sekadar 'melukut ditepi gantang' dan suara mereka tidak dilayan oleh DAP dan PKR yang mendominasi pentadbiran kerajaan negeri.

"Di kampung yang majoritinya Melayu mereka (PAS) kata berjuang syahid untuk Islam, tetapi di bandar seperti di Selangor dan Pulau Pinang, mereka kata PAS tidak akan buat negara Islam kerana hormati orang Cina (DAP)," katanya.

"Mereka terus memperbodohkan rakyat terutama umat Islam dengan slogan agama yang diterjemahkan untuk kepentingan nafsu politik mereka," katanya.

Syed Ali dakwa Anwar dengan bantuan kuasa asing cuba runtuhkan sistem demokrasi di negara ini

Posted: 13 Feb 2011 07:50 PM PST

DATUK Seri Anwar Ibrahim semakin berani mempersendakan mahkamah dan dalam masa yang sama cuba memberi mesej kepada pengikutnya bahawa beliau langsung tidak takut kepada tindakan yang bakal beliau hadapi di negara ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu cuba memberitahu dunia bahawa sistem perundangan di negara ini dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak adil.
"Gerakan Anwar ini amat berbahaya dan kerajaan harus segera bertindak berdasarkan undang-undang sedia ada," tegasnya.

Beliau turut mendesak pihak berkuasa menyiasat gerakan Anwar yang berkemungkinan berpengkalan di luar negeri dengan mendapat sokongan dan bantuan negara asing.

Oleh sebab itu tegasnya, Anwar berani membuat dakwaan bahawa beliau mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetap di Washington atau kembali ke tanah air tetapi pilihan telah dibuat, iaitu satu kaki di parlimen dan satu kaki lagi di penjara.

Syed Ali bimbang usaha Anwar dengan bantuan kuasa asing jika dibiarkan berlarutan akan meruntuhkan sistem demokrasi negara ini dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

"Kerajaan jangan memandang mudah kenyataan tersebut kerana Anwar jelas mencabar kewibawaan sistem perundangan di negara ini," tegasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan taktik Anwar untuk mengaut sokongan politik dengan memberitahu rakyat bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak berani untuk mengambil sebarang tidakan terhadap beliau.

Serentak itu, Syed Ali berpendapat kerajaan juga perlu mempuyai dua pilihan, iaitu melucutkan kerakyatan Anwar atau mengambil tindakan tegas kerana kegiatan beliau selama ini banyak mendatangkan ketidakselesaan kepada rakyat pelbagai kaum.

Gerakan Anwar mungkin berpengkalan di luar negeri dengan bantuan kuasa asing

"Anwar sudah memberi gambaran bahawa beliau boleh menetap di Amerika dan bersedia untuk ke penjara, maka kerajaan perlu menyahut cabaran tersebut," tegasnya.

"Anwar yang beri mesej, maka saya desak kerajaan lucutkan segera kerakyataan beliau.

Sehubungan itu beliau mempersoalkan kenapa pihak berkuasa terlalu mengambil sikap berhati-hati untuk bertindak termasuk menghalang beliau ke luar negara sepertimana yang telah didesak oleh pelbagai pihak sebelum ini.

"Anwar sudah terbukti melakukan pelbagai kegiatan menghasut dan menjejaskan ketenteraman negara sama ada di dalam dan di luar negeri, sampai bila kerajaan mahu mengambil sikap tunggu dan lihat?," soal beliau lagi.

Beliau mengulas dakwaan Anwar ketika berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World, anjuran badan pemikir Amerika Syarikat yang berpengakalan di Washington DC, Amerika Syarikat, Khamis lalu bahawa beliau mempuntyai dua pilihan sama ada mahu menetap di Washington atau kembali ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan kes liwat.

Anwar seperti dilaporkan oleh laman blog http://www.anwaraidc.com/ dipetik sebagai berkata : "Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda di dakwa, anda pasti akan dipenjarakan,".

Dalam hal ini tegas Syed Ali, Anwar cuba memberitahu dunia bahawa diri beliau sengaja dizalimi dan menjadi mangsa konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO sebagai parti teras kepada kerajaan hari yang memerintah.

Katanya lagi, persespsi inilah juga yang cuba diterapkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat sebagai propaganda untuk mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Inilah strategi Anwar menagih simpati daripada kuasa luar dan dalam masa yang mencari helah untuk melambatkan proses perbicaraan kes liwatnya yang sebelum ini dipercayai sudah 50 kali ditangguhkan," katanya.
TERKINI :
Peguam Karpal Singh tidak hadir pada perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar yang bersambung pagi ini. (Isnin)
Karpal sepatutnya hadir bagi menyoal balas ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr. Siew Sheue Feng berhubung borang perubatan pro-faorma, tetapi beliau dipercayai berada di mahkamah lain bagi prosiding Suruhanjaya Diraja menjalankan inkuiri kes kematian Teoh Beng Hock.
Bagaimanapun perbicaraan Anwar diteruskan juga walaupun lewat dengan peguam Sankara Nair meneruskan prosiding menyaol Dr. Siew.
Tindakan Karpal itu dilihat sebagai cubaan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang itu.

Tiada ulasan:

Pengikut