Rabu, 9 Februari 2011

Razlan's

Razlan's


Penduduk Cina harus ditambah ...

Posted: 09 Feb 2011 04:12 AM PST

Tajuk:
Orang-Orang Cina Perlu Tambahkan Kelahiran

Tahun harimau telah pun berlalu, kepada pembaca yang kurang selesa pada tahun lepas, tahun ini pasti dapat bangun semula.

Tahun ini dikatakan adalah tahun arnab, pada tahun lepas iaitu tahun harimau orang-orang Cina tidak berani lahirkan anak, tahun ini tidak perlu rasa bimbang lagi, boleh lahirkan anak-anak tahun arnab, orang-orang Cina perlu tingkatkan kelahiran, supaya nisbah penduduk orang Cina bertambah di negara ini, dengan itu akan tingkatkan kedudukan orang-orang Cina dalam politik di negara ini.

Imbas kembali pada puluhan tahun lalu, kita pernah berdebat tentang penting atau tidak pentingnya jumlah nisbah penduduk, ada setengah orang nasihatkan orang-orang Cina supaya jangan terlalu awal merancang keluarga, perlu rancang sepenuhnya kelahiran, mereka mahu banyakan kelahiran, supaya tidak menjadi kaum minoriti pada satu masa nanti, apabila menjadi kaum minoriti kuasa kita akan semakin pupus dan hilang.

Pada masa itu ada orang salah tafsirkan isu itu, mereka campur adukan antara nisbah penduduk dengan banyak atau sedikitnya bilangan penduduk, mereka ambil contoh negara China dan India sebagai pandangan mereka, kedua-dua negara itu ramai orang miskin, ekonomi dan teknologi mereka terlalu mundur berbanding Amerika dan Jepun disebabkan terlalu ramai penduduk.

Selepas dihuraikan dalam perdebatan itu baru mereka perasan kita sekarang ini tinggal di sebuah negara yang berbilang kaum, adakah nisbah bilangan penduduk itu penting, bilangan penduduk semakin tinggi bermakna kuasa politik kita juga semakin kuat. Kenapa kuasa politik orang Melayu lebih kuat daripada orang Cina? Disebabkan bilangan penduduk mereka lebih ramai, kenapa kebajikan orang Cina lebih baik daripada kebajikan orang India? Kerana penduduk Cina lebih ramai daripada penduduk orang-orang India, merebut hak sudah tentu lebih kuat apabila nisbah bilangan penduduk kita bertambah.

Nisbah Penduduk Bersamaan Dengan Kekuatan Dalam Politik

Dalam negara yang berbilang kaum ini, jika sesuatu kaum itu menduduki nisbah pendudduk sebanyak 90 peratus ataupun 95 pertus nibahnya dalam negara ini, mereka tetap menjadi kumpulan yang menerajui pemerintahan, kaum lain terpaksa akur di bawahnya,contohnya di Indonesia penduduk orang Cina lebih 10 juta orang dan lebih banyak daripada orang Cina di negara kita, tetapi jumlah keseluruhan penduduk di Indonesia orang Cina hanya ada 3 peratus dari keseluruhan itu, sebab itu orang-orang Cina di Indonesia tidak ada kekuatan dalam politik dan tidak boleh bersuara dalam politik, dan tidak dihormati oleh orang-orang Indonesia, orang-orang Cina di Thailand ada 70 juta dengan nisbah hanya 12 peratus dalam keseluruhan penduduk di Thailand, ia lebih ramai daripada penduduk orang-orang Cina di Malaysia, kekuatan politik mereka juga sangat lemah, dan kedudukan politik mereka lebih teruk daripada orang-orang Cina di negera kita.

Dengan itu boleh disebut bahawa dalam negara yang berbilang kaum, bandingan bilangan penduduk sesuatu kaum itu adalah seiring dengan kuasa politik, jika nisbah penduduk itu lebih ramai maka kekuatan dalam politik juga lebih luas, jika kuasa politik itu lebih luas maka pembahagian sesuatu kepentingan juga akan lebih banyak.

Pada tahun 1950an bilangan penduduk orang Melayu dan orang Cina sama banyak, tetapi hari ini nisbah penduduk orang Melayu sudah mencecah 60 peratus, orang Cina 23 peratus, mengikut perangkaan negara kelahiran orang-orang Cina pada tahun 2020 hanya 20 peratus, jika dibandingkan dengan kelahiran orang Melayu berbeza yang amat ketara, jika dibiarkan terus orang Cina akan menjadi kaum minoriti di negara ini. Akan datang mungkin turun ke tahap 10 peratus sahaja dari nisbah keseluruhan penduduk, apakah keadaan yang akan kita alami pada masa itu, mungkin akan jadi seperti orang-orang cina di Indonesia dan Thailand, terpaksa menjadi lembu tarik hidung.

Tidak kira anda yang berumur muda ataupun yang telah matang dewasa, sebagai kaum Cina fikirkanlah untuk generasi kita akan datang, tingkatkan kelahiran, tingkatkan kelahiran untuk bangkitkan kaum ini, walaupun tingkatkan kelahiran itu satu beban yang pahit, fikirkanlah untuk masa depan keturunan ini, beban yang pahit itu adalah satu perjuangan yang mulia!

Semoga China Press maju jaya di tahun arnab ini, menjadi rahmat untuk tambahkan bilangan penduduk di negara ini dengan makmur.

Terjemahan dari China Press 7hb Feb 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


AKU KELIRU

Posted: 08 Feb 2011 11:45 PM PST

Jangan keliru di antara PAS dan Islam


Islam bukan dibawa oleh PAS. Islam agama di sisi Allah dan dibawa oleh Nabi. PAS hanyalah wadah politik yang ingin meraih kepentingan dari hukum Allah ini. Samada PAS wujud atau tidak, kita sebagai umat Islam mesti menegakkan hukum Allah dengan apa cara sekali pun.

Kenapa kita perlu percaya yang PAS wujud di negara ini sebagai wadah politik yang ingin melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah? Jika begitu, apa akan jadi sekiranya PAS tak wujud didalam negara ini? Apakah kita semua tak mampu memperjuangkan Islam tanpa PAS?

Selama lebih 50 tahun UMNO berkuasa menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, apakah negara ini bertukar menjadi sebuah negara kuffar? Apakah tiada penerapan pentadbiran berlandaskan syariat Islam yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO?

UMNO melakukan perkara-perkara maaruf seperti membina masjid, membina institusi perbankan Islam, sistem pembelajaran Islam melalui Universiti Islam , Tabung Haji dan juga Takafful Islam bagi kemudahan umat Islam menjalani kehidupan sosial dan juga keperluan rohani.

Kerajaan yang ditunjangi UMNO juga berusaha melaksanakan konsep Nahi Mungkar melalui penyelarasan sistem syariah yang diterapkan ke dalam undang-undang sivil negara. Hukum Qisas dan Takzir juga digunapakai didalam kebanyakan perlaksanaan hukuman mahkamah Malaysia yang tertakluk kepada semua lapisan kaum.

Jadi, mengapa PAS mengatakan bahawa UMNO menolak perundangan Islam? Jika Hudud yang menjadi alasan mereka, ternyata sehingga kini PAS sendiri masih kabur dengan pendirian Hudud mereka. Malah ada diantara mereka sendiri yang mengaku Hudud tak mampu dilaksanakan.

Jika hendak dikatakan UMNO gagal memperjuangkan konsep Amal Maaruf Nahi Mungkar di Malaysia, PAS juga tak mampu melakukan hal yang sama di negeri Kelantan dan Kedah. Perlu diingat, Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum dan bukannya hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.

Oleh itu, masalah sosial seperti penjualan arak, perjudian dan pelacuran serta pelbagai lagi masalah sosial tak dapat dihapuskan sepenuhnya. Kerajaan sekarang hanya mampu mengekang dan juga membataskan segala masalah ini.

Begitu juga halnya dengan pentadbiran Nik Aziz di Kelantan dan Azizan di Kedah yang masih terkial-kial untuk menunaikan janji pilihanraya mereka. Bercakap memanglah senang, tetapi untuk melaksanakan semua ini bukan mudah. Semua orang boleh jadi pemimpin jika cakap kosong saja yang diambil kira sebagai KPI.

Jadi, silap besar jika hendak menyatukan PAS itu dengan Islam. PAS hanya melabelkan diri mereka dengan balutan Islam untuk mencari undi semata-mata. Kalau hendak dikata PAS itu Islam, UMNO juga Islam kerana ia mempunyai majoriti umat Islam didalamnya.

Jika PAS mendabik dada kononnya mereka pejuang Islam, UMNO pun begitu juga malah UMNO dilihat lebih banyak menyumbangkan usaha untuk pembangunan Islam didalam negara. Imej Islam di Malaysia berkembang dengan adanya UMNO, bukannya PAS.

Dan jika ada satu pihak yang mendakwa memperjuangkan Islam dengan sekadar omong kosong, dan satu lagi pihak memperjuangkan Islam dengan perbuatan.., yang mana satukah harus dipilih? Tepuk dada dan tanyalah diri sendiri.

TERBARU: BENARKAH BERITA INI?

Posted: 08 Feb 2011 11:42 PM PST

Wednesday, February 9, 2011

Shamsul Iskandar Pula Mahu Keluar Parti....???


Perbingcanagn ahli2 fatwa PAS untuk mengutip derma bagi melancarkan kempen Dun Merlimau..Mat Sabu akan akan melancarkan kutipan ter sebut.


Shamsul Iskandar tidak puas hati dengan keputusan Anwar Ibrahim kerana tidak mahu PKR bertanding di Merlimau. Ada ura-ura mengatakan AMK itu akan keluar PKR betul ker??

Hampair kesemua pengasas parti PKR keluar parti dan alasan mereka semua keluar parti adalah sama, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar Ibrahim.

Sampai bila agaknay PKR dan PAS akan menjadi Kuda kepada DAP?

TERKINI : PAS TEWAS DI MERLIMAU KATA PKR .....

Posted: 08 Feb 2011 11:34 PM PST

Wednesday, February 9, 2011

PKR KATA PAS BAKAL GULUNG TIKAR DI MERLIMAU


Peluang PAS menang di Merlimau tipis kerana parti itu tidak mempunyai calon besar untuk bertanding dengan Barisan Nasional (BN), kata seorang pemimpin PKR Melaka.


Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, jika mahu calon besar, PAS terpaksa mengimport calon dari tempat lain.

"Sedangkan faktor calon boleh menjadi penentu dalam mana-mana pilihanraya terutama untuk piilihan raya kecil ini.

"Jika membawa calon luar dan mengenepikan orang tempatan juga berisiko besar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, mesyuarat Pakatan Rakyat memutuskan PAS akan bertanding kerusi DUN Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Kata pemimpin PKR berkenaan, jika tidak ada calon besar peluang PAS menang berada dalam keadaan sukar dan hampir mustahil.

"Tetapi saya berharap PAS akan dapat mencari seorang calon besar untuk kerusi Tenang.  Saya tidak mahu kalah lebih besar dari pilihan raya umum 2008," tambahnya.

Dalam pilihanraya tersebut, calon PAS Jasme Tompang kalah kepada Datuk Mohamad Hidzir Abu Hassan dengan majoriti 2,154 undi.

Mohd Hidzir meninggal dunia 20 Januari lalu akibat sakit jantung.

Pengarah Pilihanraya PKR Melaka, Mohd Yusof Abdullah ketika dihubungi hari ini menjelaskan pihaknya akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS menang.

"Kita menghormati keputusan Pakatan Rakyat memilih PAS bertanding di Merlimau. Jentera pilihanraya PKR telah bersedia untuk Merlimau," tambahnya.

PRK MERLIMAU : APA MUSLIHAT PKR?

Posted: 08 Feb 2011 11:28 PM PST

APA MUSLIHAT PKR TIDAK BERTANDING DI MERLIMAU?


Difahamkan PKR tidak akan menurunkan ayam tambatan untuk merebut kerusi DUN Merlimau atas beberapa faktor yang tidak memihak kepada PKR. Malah Ketua - Ketua Cabang di Melaka telah menyusun dan telah menghantar nama - nama yang sesuai kepada Ketua Umum sekiranya PKR berhasrat untuk bertanding.

Sehingga kini PKR dalam rundingan dengan PAS, telah bersetuju untuk memberi laluan kepada PAS untuk menentukan Calon untuk bertanding. Dalam senario ini timbul beberapa persoalan dikalangan pemimpin PKR Melaka adakah keputusan yang dibuat oleh Anwar ini memberi untung kepada PKR atau memberi untung kepada PAS?.

Desas desus mula kedengaran di Melaka terdapat ketua - ketua Cabang mula pertikai tindakan Anwar ini. Yang jelas kata mereka PKR Melaka tidak akan turun untuk membantu Calon PAS nanti. Ada juga yang memberi amaran kepada Anwar tunggu dan lihat akibat dari penarikan diri ini.

Rata - rata tidak berbuas hati kerana kerusi tersebut milik PKR dan sudah semestinya PKR yang meletakkan calon. Anwar akan terima akibatnya..... " paling tidak sebelum atau selepas PRK DUN Merlimau akan menyaksikan beberapa buah Cabang akan dibubar untuk sebagai tanda protes dan marah kepada Ketua Umum.

Begitu juga PAS jangan merasa selesa kerana berjaya meletakan calon PAS dalam PRK ini. PAS dan calonnya juga akan menerima balasan dari orang - orang PKR di Melaka. Khabar angin bertiup orang - orang PKR akan membuat satu kejutan dalam PRK ini. Apa tindakan yang akan dibuat belum diketahui. Sumber terdekat menyatakan beberapa pemimpin kanan PKR yang kecewa akan membuat roadshow di PRK Merlimau untuk menjelaskan kedudukan yang sebenarnya dalam PKR dan memberi ruang kepada Calon BN untuk naik ke pentas mereka.

Segala teka teka kenapa PKR tidak meletakkan calon di Merlimau hanya Anwar sahaja yang dapat menjawab. Kenapa PAS beriya - iya meletakan calon juga menimbulkan persoalan. Bahang DUN Tenang masih terasa. Kekalahan yang memalukan di DUN Teang masih berlegar di setiap benak pemikiran pemimpin PAS.
PAS cuba memperbaiki kesilapan dan kelemahan di Tenang untuk dibawa ke Merlimau. Di Merlimaulah tempat untuk membaiki kesilapan, itu pun kalau berjaya. Apa pun segala tektik politik PKR merimaskan PAS, menjadikan PAS berada dalam keadaan rimas dan tidak konsisten untuk bertanding. Pengundi Merlimau menunggu saat dan ketika sahaja untuk mengikut rentak gendang yang dipalu oleh PKR dan PAS.

INFO : HUTANG NEGARA SATU PENJELASAN.

Posted: 08 Feb 2011 11:26 PM PST

Hutang Negara

6. Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.

Ringkasan

7. Kerajaan Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).

8. Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) - % KDNK (GDP)

Malaysia - 5.6% (Terendah)
UK - 12.8%
Greek - 12%
Ireland - 11.7%
Sepanyol - 9.3%
Portugal - 7.3%.

9. Hutang Negara – % KDNK (GDP)

Malaysia - 34% (Terendah)
Sepanyol - 60%
Portugal - 82%
USA - 90%
Singapura - 98%
UK - 158%
Greek - 160%
Jepun - 200%

10. Hutang Negara Per Kapita

Malaysia - RM7,918 (US$2,514)/seorang – Terendah
USA - US$31,000/seorang
Belanda, Switzerland dan Denmark - US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden dan Kanada - US$17,000/seorang
Australia - US$11,400/seorang

5 Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.

Penjelasan Lanjut

6. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen:

2009 (Bilion) 2010 (Bilion)

6.1 Hutang Sektor Awam:

a) Hutang Kerajaan Pusat = RM13.8 (16.2%) RM17.1 (20.0%)
b) PABK* = RM71.6 (83.8%) RM68.3 (80.0%)
c) Jumlah = RM85.4 RM85.4

• Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)

6.2 Sektor Swasta = RM 70.0 RM 64.2
6.3 Hutang Jangka Pendek = RM 77.8 RM 72.1
6.4 Jumlah = RM233.1 RM221.7

7. Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.

8. Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.

9. HKP – Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak RM100 sebulan.

10. HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu?

11. Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 – RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.

12. Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.

13. Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%).

14. Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah terendah (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%).

15. Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada (US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400).

16. Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapatlah dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga.

PRK MERLIMAU : LGE KATA PAS KALAH......

Posted: 08 Feb 2011 11:18 PM PST

09 Feb - DAP Tak Yakin PAS Menang
lim-guan-eng

GEORGETOWN: DAP tidak yakin PAS yang diberi laluan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, mampu merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata peluang PAS untuk menang dilihat agak sukar terutama jika BN memutuskan untuk mempertaruhkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor.





Menurutnya, (DUN) Merlimau memang susah (untuk pakatan pembangkang menang). Kalau letak Zaini sebagai calon, 80 peratus BN menang. DAP akan tetap menghulurkan bantuan kepada PAS pada pilihan raya kecil itu. Guan Eng diminta mengulas peluang pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau yang dijadualkan 6 Mac ini.







Pilihan raya kecil ke-15 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada BN yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra, 20 Januari lalu.







Kelmarin, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang memilih PAS untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu, sekali gus mengenepikan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka yang mahu meletakkan Pengerusinya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.










Difahamkan PAS menyenaraikan beberapa nama untuk dicalonkan antaranya Yang Dipertua PAS kawasan Jasin, Jasme Tompang; Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka; Kamaruddin Sidek dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Yuhaizat Abdullah Jasme.









Bagi BN pula, tujuh nama disebut-sebut yang terdiri daripada kalangan pegawai kerajaan antaranya Zaini, 50, yang berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau. Beliau adalah bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah pertama.








Nama lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Mohamed Nasser Selamat; Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad, Penghulu DUN Bemban, Jezlee Pit dan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.








Di kalangan ahli politik yang akan dicalonkan termasuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Zaidi Attan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Abdul Nasir Bazid.








Peruntukan JKM di Merlimau sebanyak RM279,500,

Posted: 08 Feb 2011 11:01 PM PST

JKM salur RM1.5 juta di Jasin

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 8 Feb. - Sejumlah RM1.5 juta telah disalurkan kepada kira-kira 5,410 penerima bantuan pelbagai elaun dan bantuan kebajikan seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di daerah Jasin.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, kawasan Serkam mencatatkan kawasan paling besar menerima peruntukan iaitu sebanyak RM332,380 dengan bilangan penerima seramai 1,238 orang," katanya .

Menurutnya, daripada jumlah itu, penerima jenis Bantuan Orang Tua (BOT) di kawasan tersebut paling banyak diberi bantuan oleh JKM iaitu seramai 383 orang dengan peruntukan sebanyak RM114,900.

''Pulai mencatatkan bilangan penerima bantuan JKM paling ramai iaitu 240 orang manakala Paya Tanjung paling sedikit dengan bilangan penerima seramai 30 orang," katanya di sini hari ini.

Selain itu, katanya, daripada keseluruhan 5,410 penerima bantuan JKM, BOT mencatatkan jumlah penerima paling ramai iaitu 1,800 orang dengan peruntukan terbesar sebanyak RM540,300.

Ujar beliau, ia diikuti Bantuan Am dengan seramai 1,576, Bantuan Kanak-Kanak (1,048 orang), Elaun Pekerja Cacat (547 orang), Bantuan OKU terlantar atau sakit kronik (249 orang), Bantuan OKU tidak upaya bekerja (183 orang) manakala tujuh orang menerima Elaun Latihan Sambil Bekerja.

Menurutnya, selain peruntukan BOT yang mencatatkan jumlah terbesar, diikuti Bantuan Am negeri (RM261,020); Bantuan Am persekutuan (RM92,320); Bantuan Kanak-Kanak (RM290,050) dan bagi Elaun Pekerja Cacat sejumlah RM224,100 telah disalurkan.

Ujar beliau, bagi Bantuan OKU terlantar atau sakit kronik ialah sebanyak RM75,300; Bantuan OKU tidak upaya bekerja (RM27,450) manakala RM1,400 penerima Elaun Latihan Sambil Bekerja.

Selain itu menurut Ab. Karim, kawasan Bemban menerima peruntukkan kedua terbesar dalam daerah Jasin selepas Serkam dengan sejumlah RM324,730 manakala penerima seramai 971 orang.

Katanya, BOT paling besar diperuntukkan kepada 322 orang di kawasan tersebut setakat ini daripada keseluruhan 971 penerima.

''Di kawasan tersebut, kawasan Jasin selatan mencatatkan penerima bantuan paling ramai iaitu seramai 175 orang manakala Jasin Hilir paling rendah bilangan penerimanya iaitu 19 orang," kata beliau.

Beliau berkata, kawasan lain dalam Jasin yang terlibat menerima peruntukan JKM adalah Merlimau sebanyak RM279,500, Sungai Rambai (RM241,870), Asahan (RM215,460) manakala kawasan Rim menerima RM118,000.

Menurutnya, seramai 1,042 orang menerima bantuan pelbagai jenis di kawasan Merlimau, 887 orang di Sungai Rambai, 822 orang di Asahan dan 450 dari kawasan Rim.

Sementara itu, beliau meminta kerjasama jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) melaporkan segera kepada wakil rakyat di kawasan masing-masing jika ada penduduk yang memerlukan bantuan.

Usaha itu, katanya, bagi membolehkan golongan kurang bernasib baik mendapat pembelaan sewajarnya daripada agensi yang berkaitan.

Sehubungan itu, ujar beliau, setiap anggota JKKK perlu sentiasa peka dengan masalah penduduk yang menghadapi masalah terutama mereka yang menghidapi penyakit kronik, orang kurang upaya, ibu tunggal dan fakir miskin.

PRK MERLIMAU : CALON PAS....

Posted: 08 Feb 2011 10:52 PM PST

Calon Pas untuk PRK DUN Merlimau dibincangkan Ahad
09/02/2011 2:22pm

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kepimpinan pusat Pas akan bermesyuarat pada hari Ahad ini bagi memutuskan siapa calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, bagaimanapun mereka tidak akan mengumumkan nama calon berkenaan selepas mesyuarat itu, sebaliknya ia akan diumumkan kemudian nanti, mungkin sejurus sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari.

"Sehingga kini kami belum terima senarai lagi, masih menunggu senarainya daripada Pas Melaka, kami jangka akan terimanya tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan antara nama-nama yang tersenarai untuk dihantar kepada kepimpinan pusat ialah Setiausaha Dewan Muslimat Pas Melaka, Kintan Man; Ketua Perhubungan Pas Melaka, Kamaruddin Sidek; Ketua Bahagian Jasin yang juga bekas calon DUN Merlimau, Jasme Tompang; dan Timbalan Ketua Bahagian Jasin, Yuhaizan Abdullah. – Bernama

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


AL-FATIHAH

Posted: 09 Feb 2011 04:44 AM PST

إنا لله وإنا إليه راجعون

Setiausaha UMNO Cawangan Rimba Terjun, Azman Adan 58 menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 8.10 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Jenazah beliau akan dibawa pulang ke kediamanya di Rimba Terjun malam ini dan akan dikebumikan pada esok pagi. Allahyarham merupakan Setiausaha UMNO Cawangan Rimba Terjun yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. Sesungguhnya pemergian beliau ini merupakan satu kehilangan besar dalam Kepimpian UMNO Rimba Terjun.

Seluruh Kepimpinan UMNO Cawangan Rimba Terjun turut berdukacita atas pemergian beliau. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhada..

AL-FATIHAH

Setiausaha UMNO Rimba Terjun Dimasukkan Ke ICU

Posted: 09 Feb 2011 02:54 AM PST

Setiausaha UMNO Cawangan Rimba Terjun, En. Azman Bin Adan, 58 Tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru disebabkan masalah komplikasi buah pinggang.

Kami difahamkan keadaan beliau kini sudah kembali stabil. Seluruh Warga PPU Rimba Terjun mendoakan agar beliau cepat sembuh. Sama-sama kita semua mendoakan kesembuhan beliau.

Amin.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Bekas Duta AS, John Mallot hanya pelancong buta – Syed Ali

Posted: 08 Feb 2011 09:40 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan bekas Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, John Malott sebagai pelancong buta yang hanya mampu berjalan menggunakan tongkat.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, pelancong buta tidak berupaya melihat seokor gajah, tetapi sekadar mampu membelai belalai dan menyentuh badannya sahaja.

Oleh sebab itu kata beliau, rakyat negara ini hanya akan ketawa apabila Mallot yang cuma tinggal tiga tahun di negara ini cuba berhujah mengenai insisden 13 Mei dan isu perpaduan kaum.

"Mallaot, sebagai pelancong buta tetapi mungkin di dalam hatinya masih lagi tersemat sifat penjajah sepertimana kezaliman mereka keatas rakyat Iraq, Iran dan Afgahanistan.

Jika tidak buta kata Syed Ali, sudah tentu beliau mampu melihat bagaimana pelbagai etnik dan rakyat berbeza agama di negara ini hidup dalam kerukunan yang diasaskan oleh perjuangan UMNO.

"Rakyat negara ini tidak ada masalah pun dalam menjalani kehidupan mereka di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, cuma yang sakit hati hanyalah segelintir puak yang gila kuasa," jelasnya.

Dalam hal ini kata beliau, Mallot hanya menerima fakta dan maklumat salah dan diputarbelitkan daripada pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk meruntuhkan kestabilan pollitik dan perpaduan kaum di negara ini.

Katanya lagi, pihak pembangkang sudah tentu menyalurkan maklumat palsu berhubung etnik dan perpaduan kaum di negara ini sebagai bahan penulisan Mallot mengecam kepimpinan Najib.

"Perbuatan Mallot yang megecam keras kepimpinan Najib menerusi tulisannya dalam Asia Wall Street Journal (AWSJ) Sabtu lalu amat tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat," tegasnya.

Rakyat Malaysia tidak ada masalah dibawah kepimpinan Najib

Beliau mempersoalkan bagaimana Mallot, yang hanya berkhidmat selama tiga tahun di Malaysia begitu mendalami sejarah dan senario sosio-budaya rakyat negara ini dengan menyalahkan Najib sebagai punca keretakkan hubungan kaum.

Syed Ali menambah, Mallot sebagai 'pelancong buta' sebenarnya cuba mencari populariti di kalangan pentabiran Rumah Putih setelah khidmatnya sebagai duta di negara Asia tidak cemerlang seperti diharapkan oleh AS.

Beliau mengulas tulisan Mallot dalam AWSJ seperti yang disiarkan oleh sebuah laman blog pro-pembangkang yang mengecam Najib berhubung slogan 1Malaysia dan menyifatkan ketegangan perkauman dan agama semakin tinggi di bawah pentadbiran Perdana Menteri.

Menurut Syed Ali lagi, Mallot bukan orang yang layak untuk bercakap mengenai isu perpaduan, agama dan budaya rakyat negara ini kerana hanya bersumberkan andaian dan pendekatan rasis pihak tertentu.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Mallot bahawa Najib hanya berminat mempertahankan kumpulan pelampau seperti PERKASA yang memperjuangkan ketuanan Melayu, beliau berkata tuduhan itu amat tidak berasas sama sekali.

"Mallot masih lagi bersifat penjajah dan amat fobia dengan kebangkitan umat Islam, oleh sebab itu apa sahaja kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka akan dilebelkan sebagai pelampau.

Beliau berkata, kepimpinan Najib lebih mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan kepelbagaian suku kaum, agama dan budaya dalam membentuk masyarakat Malaysia cemerlang dengan acuan 1Malaysia.

Syed Ali : Lagi putar belit Nik Aziz

Posted: 08 Feb 2011 07:16 PM PST
















DATUK Nik Aziz Nik Mat sekali lagi memutarbelitkan percakapannya apabila berubah nada dalam isu debat, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Kali ini kata beliau, Mursyidul Am PAS itu menafikan bahawa beliau pernah bersedia untuk berdebat dengan Majlis Fatwa kebangsaan (MFK) sedangkan kenyataan tersebut telah dilaporkan oleh hampir kesemua akhbar tempatan.

"Biasalah putarbelitnya, apabila kenyataan tersebut mendapat reaksi orang ramai, Nik Aziz akan kata dia tak cakap seperti itu tetapi mungkin ada orang lain yang ambil kesempatan," kata beliau.

Di Kota Bharu semalam Menteri Besar Kelantan itu menafikan mengeluarkan kenyataan mahu berdebat dengan majlis MFK.

Pada 4 Februari lalu (Jumaat) Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak ada masalah dan bersedia berdialog dengan majlis tersebut bagi menjelaskan pendiriannya berhubung kenyataan beliau yang didakwa banyak pihak sebagai merosakan akidah umat islam.

Sebelum itu pada siri kempen pilihan raya kecil DUN Tenang baru-baru ini, Nik Aziz dipetik sebagai berkata mereka yang tidak menyokong PAS akan masuk neraka.

Berikutan itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd. Noor Deris mencabar Nik Aziz berdebat berhubung pelbagai isu agama membabitkan kepentingan umat Islam.

Menurut Syed Ali lagi, cabaran asalnya daripada Mohd. Noor dan Nik aziz yang kononnya tok guru sepatutnya berani menyahut cabaran tersebut.

Orang yang digelar tok guru biasanya takut berbohong

"Jika Nik aziz berani dan ikhlas, sepatutnya dia menyahut cabaran daripada Mohd. Noor tanpa memberikan pelbagai syarat," tambahnya lagi.

Lagipun kata Syed Ali, orang ramai terutama di Kelantan tahu antara Nik Aziz dan Mohd. Noor mempunyai 'cerita yang belum selesai' dan jalan terbaik menamatkannya ialah dengan berdebat.

Katanya, Nik Aziz dicabar oleh bekas pemimpin PAS tetapi dia buat pelbagai helah dan memutarbelitkan kenyataannya termasuk cuba membabitkan Majlis Fatwa kebangsaan.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, apabila majlis tersebut memberikan reaksi positif, beliau pula menafikannya dan menuduh ada orang lain yang kononnya nak tumpang nama.

" Inilah tok guru putar belit yang tidak berani bersemuka dengan satu pihak yang ingin mencari kebenaran terutama membabitkan kepentingan umat," tegasnya.

Beliau seterusnya menyelar sikap Nik aziz yang terkenal sebagai tok guru putar belit itu kerana cuba mengelak dan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini berhubung isu debat.

Bagaimana 'ustaz' Pas boleh bersekongkol

"Saya tak faham bagaimana pemimpin besar PAS termasuk yang seronok digelar ustaz masih lagi boleh bersekongkol dengan beberapa siri pembohongan Nik Aziz," tegasnya.

"Orang yang cakap berbelit-belit dan susah untuk dipegang kata-katanya samalah dengan pendusta, tetapi yang sedihnya masih ada lagi mereka yang terlalu taksub dengan beliau.

Mengenai saranan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kerenah Nik Aziz itu tidak perlu dilayan kerana membuang masa, Syed Ali berkata :

"Memang betul pandangan Tun, orang nyayuk jika dilayan akan menyebabkan kita sendiri yang sakit kepala, jadi hentikanlah isu debat Nik Aziz ini kerana beliau sendiri suka cakap putar belit," tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, pemimpin dan ahli-ahli UMNO disemua peringkat perlu menguatkan jentera parti sebagai persediaan menghapi Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM bertemu ketua-ketua UMNO Bahagian Sabtu ini

Posted: 08 Feb 2011 05:44 AM PST


08/02/2011 5:20pm

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadakan pertemuan dengan ketua 191 UMNO Bahagian Sabtu ini untuk mendapatkan maklum balas dan menyelesaikan isu-isu tertangguh, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini.

Najib akan bertemu ketua bahagian berkenaan secara individu di ibu pejabat parti di Menara Tun Hussein Onn, katanya dan menurutnya perkara itu adalah sebahagian Program Transformasi Politik (PTP).

"Pertemuan itu adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Politik. Ia bermula (pertemuan beliau) dengan anggota Parlimen (dari Barisan Nasional), kemudian wakil rakyat negeri Sarawak dan kini ketua-ketua UMNO bahagian.

"Pertemuan pada Sabtu ini sepatutnya disusuli dengan pertemuan dengan wakil rakyat dari Semenanjung Malaysia pada Ahad tetapi pertemuan pada Ahad telah ditunda," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Tengku Adnan berkata selepas pertemuan dengan ketua-ketua UMNO bahagian itu, termasuk dari Sabah, satu pertemuan sedang dirancang bagi semua wakil rakyat BN di Sabah dan dengan semua wakil rakyat di Semenanjung. - Bernama

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Pengikut