Rabu, 9 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Bekas Duta AS, John Mallot hanya pelancong buta – Syed Ali

Posted: 08 Feb 2011 09:40 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan bekas Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, John Malott sebagai pelancong buta yang hanya mampu berjalan menggunakan tongkat.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, pelancong buta tidak berupaya melihat seokor gajah, tetapi sekadar mampu membelai belalai dan menyentuh badannya sahaja.

Oleh sebab itu kata beliau, rakyat negara ini hanya akan ketawa apabila Mallot yang cuma tinggal tiga tahun di negara ini cuba berhujah mengenai insisden 13 Mei dan isu perpaduan kaum.

"Mallaot, sebagai pelancong buta tetapi mungkin di dalam hatinya masih lagi tersemat sifat penjajah sepertimana kezaliman mereka keatas rakyat Iraq, Iran dan Afgahanistan.

Jika tidak buta kata Syed Ali, sudah tentu beliau mampu melihat bagaimana pelbagai etnik dan rakyat berbeza agama di negara ini hidup dalam kerukunan yang diasaskan oleh perjuangan UMNO.

"Rakyat negara ini tidak ada masalah pun dalam menjalani kehidupan mereka di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, cuma yang sakit hati hanyalah segelintir puak yang gila kuasa," jelasnya.

Dalam hal ini kata beliau, Mallot hanya menerima fakta dan maklumat salah dan diputarbelitkan daripada pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk meruntuhkan kestabilan pollitik dan perpaduan kaum di negara ini.

Katanya lagi, pihak pembangkang sudah tentu menyalurkan maklumat palsu berhubung etnik dan perpaduan kaum di negara ini sebagai bahan penulisan Mallot mengecam kepimpinan Najib.

"Perbuatan Mallot yang megecam keras kepimpinan Najib menerusi tulisannya dalam Asia Wall Street Journal (AWSJ) Sabtu lalu amat tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat," tegasnya.

Rakyat Malaysia tidak ada masalah dibawah kepimpinan Najib

Beliau mempersoalkan bagaimana Mallot, yang hanya berkhidmat selama tiga tahun di Malaysia begitu mendalami sejarah dan senario sosio-budaya rakyat negara ini dengan menyalahkan Najib sebagai punca keretakkan hubungan kaum.

Syed Ali menambah, Mallot sebagai 'pelancong buta' sebenarnya cuba mencari populariti di kalangan pentabiran Rumah Putih setelah khidmatnya sebagai duta di negara Asia tidak cemerlang seperti diharapkan oleh AS.

Beliau mengulas tulisan Mallot dalam AWSJ seperti yang disiarkan oleh sebuah laman blog pro-pembangkang yang mengecam Najib berhubung slogan 1Malaysia dan menyifatkan ketegangan perkauman dan agama semakin tinggi di bawah pentadbiran Perdana Menteri.

Menurut Syed Ali lagi, Mallot bukan orang yang layak untuk bercakap mengenai isu perpaduan, agama dan budaya rakyat negara ini kerana hanya bersumberkan andaian dan pendekatan rasis pihak tertentu.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Mallot bahawa Najib hanya berminat mempertahankan kumpulan pelampau seperti PERKASA yang memperjuangkan ketuanan Melayu, beliau berkata tuduhan itu amat tidak berasas sama sekali.

"Mallot masih lagi bersifat penjajah dan amat fobia dengan kebangkitan umat Islam, oleh sebab itu apa sahaja kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka akan dilebelkan sebagai pelampau.

Beliau berkata, kepimpinan Najib lebih mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan kepelbagaian suku kaum, agama dan budaya dalam membentuk masyarakat Malaysia cemerlang dengan acuan 1Malaysia.

Syed Ali : Lagi putar belit Nik Aziz

Posted: 08 Feb 2011 07:16 PM PST
















DATUK Nik Aziz Nik Mat sekali lagi memutarbelitkan percakapannya apabila berubah nada dalam isu debat, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Kali ini kata beliau, Mursyidul Am PAS itu menafikan bahawa beliau pernah bersedia untuk berdebat dengan Majlis Fatwa kebangsaan (MFK) sedangkan kenyataan tersebut telah dilaporkan oleh hampir kesemua akhbar tempatan.

"Biasalah putarbelitnya, apabila kenyataan tersebut mendapat reaksi orang ramai, Nik Aziz akan kata dia tak cakap seperti itu tetapi mungkin ada orang lain yang ambil kesempatan," kata beliau.

Di Kota Bharu semalam Menteri Besar Kelantan itu menafikan mengeluarkan kenyataan mahu berdebat dengan majlis MFK.

Pada 4 Februari lalu (Jumaat) Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak ada masalah dan bersedia berdialog dengan majlis tersebut bagi menjelaskan pendiriannya berhubung kenyataan beliau yang didakwa banyak pihak sebagai merosakan akidah umat islam.

Sebelum itu pada siri kempen pilihan raya kecil DUN Tenang baru-baru ini, Nik Aziz dipetik sebagai berkata mereka yang tidak menyokong PAS akan masuk neraka.

Berikutan itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd. Noor Deris mencabar Nik Aziz berdebat berhubung pelbagai isu agama membabitkan kepentingan umat Islam.

Menurut Syed Ali lagi, cabaran asalnya daripada Mohd. Noor dan Nik aziz yang kononnya tok guru sepatutnya berani menyahut cabaran tersebut.

Orang yang digelar tok guru biasanya takut berbohong

"Jika Nik aziz berani dan ikhlas, sepatutnya dia menyahut cabaran daripada Mohd. Noor tanpa memberikan pelbagai syarat," tambahnya lagi.

Lagipun kata Syed Ali, orang ramai terutama di Kelantan tahu antara Nik Aziz dan Mohd. Noor mempunyai 'cerita yang belum selesai' dan jalan terbaik menamatkannya ialah dengan berdebat.

Katanya, Nik Aziz dicabar oleh bekas pemimpin PAS tetapi dia buat pelbagai helah dan memutarbelitkan kenyataannya termasuk cuba membabitkan Majlis Fatwa kebangsaan.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, apabila majlis tersebut memberikan reaksi positif, beliau pula menafikannya dan menuduh ada orang lain yang kononnya nak tumpang nama.

" Inilah tok guru putar belit yang tidak berani bersemuka dengan satu pihak yang ingin mencari kebenaran terutama membabitkan kepentingan umat," tegasnya.

Beliau seterusnya menyelar sikap Nik aziz yang terkenal sebagai tok guru putar belit itu kerana cuba mengelak dan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini berhubung isu debat.

Bagaimana 'ustaz' Pas boleh bersekongkol

"Saya tak faham bagaimana pemimpin besar PAS termasuk yang seronok digelar ustaz masih lagi boleh bersekongkol dengan beberapa siri pembohongan Nik Aziz," tegasnya.

"Orang yang cakap berbelit-belit dan susah untuk dipegang kata-katanya samalah dengan pendusta, tetapi yang sedihnya masih ada lagi mereka yang terlalu taksub dengan beliau.

Mengenai saranan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kerenah Nik Aziz itu tidak perlu dilayan kerana membuang masa, Syed Ali berkata :

"Memang betul pandangan Tun, orang nyayuk jika dilayan akan menyebabkan kita sendiri yang sakit kepala, jadi hentikanlah isu debat Nik Aziz ini kerana beliau sendiri suka cakap putar belit," tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, pemimpin dan ahli-ahli UMNO disemua peringkat perlu menguatkan jentera parti sebagai persediaan menghapi Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.

Tiada ulasan:

Pengikut