Rabu, 9 Februari 2011

Razlan's

Razlan's


Penduduk Cina harus ditambah ...

Posted: 09 Feb 2011 04:12 AM PST

Tajuk:
Orang-Orang Cina Perlu Tambahkan Kelahiran

Tahun harimau telah pun berlalu, kepada pembaca yang kurang selesa pada tahun lepas, tahun ini pasti dapat bangun semula.

Tahun ini dikatakan adalah tahun arnab, pada tahun lepas iaitu tahun harimau orang-orang Cina tidak berani lahirkan anak, tahun ini tidak perlu rasa bimbang lagi, boleh lahirkan anak-anak tahun arnab, orang-orang Cina perlu tingkatkan kelahiran, supaya nisbah penduduk orang Cina bertambah di negara ini, dengan itu akan tingkatkan kedudukan orang-orang Cina dalam politik di negara ini.

Imbas kembali pada puluhan tahun lalu, kita pernah berdebat tentang penting atau tidak pentingnya jumlah nisbah penduduk, ada setengah orang nasihatkan orang-orang Cina supaya jangan terlalu awal merancang keluarga, perlu rancang sepenuhnya kelahiran, mereka mahu banyakan kelahiran, supaya tidak menjadi kaum minoriti pada satu masa nanti, apabila menjadi kaum minoriti kuasa kita akan semakin pupus dan hilang.

Pada masa itu ada orang salah tafsirkan isu itu, mereka campur adukan antara nisbah penduduk dengan banyak atau sedikitnya bilangan penduduk, mereka ambil contoh negara China dan India sebagai pandangan mereka, kedua-dua negara itu ramai orang miskin, ekonomi dan teknologi mereka terlalu mundur berbanding Amerika dan Jepun disebabkan terlalu ramai penduduk.

Selepas dihuraikan dalam perdebatan itu baru mereka perasan kita sekarang ini tinggal di sebuah negara yang berbilang kaum, adakah nisbah bilangan penduduk itu penting, bilangan penduduk semakin tinggi bermakna kuasa politik kita juga semakin kuat. Kenapa kuasa politik orang Melayu lebih kuat daripada orang Cina? Disebabkan bilangan penduduk mereka lebih ramai, kenapa kebajikan orang Cina lebih baik daripada kebajikan orang India? Kerana penduduk Cina lebih ramai daripada penduduk orang-orang India, merebut hak sudah tentu lebih kuat apabila nisbah bilangan penduduk kita bertambah.

Nisbah Penduduk Bersamaan Dengan Kekuatan Dalam Politik

Dalam negara yang berbilang kaum ini, jika sesuatu kaum itu menduduki nisbah pendudduk sebanyak 90 peratus ataupun 95 pertus nibahnya dalam negara ini, mereka tetap menjadi kumpulan yang menerajui pemerintahan, kaum lain terpaksa akur di bawahnya,contohnya di Indonesia penduduk orang Cina lebih 10 juta orang dan lebih banyak daripada orang Cina di negara kita, tetapi jumlah keseluruhan penduduk di Indonesia orang Cina hanya ada 3 peratus dari keseluruhan itu, sebab itu orang-orang Cina di Indonesia tidak ada kekuatan dalam politik dan tidak boleh bersuara dalam politik, dan tidak dihormati oleh orang-orang Indonesia, orang-orang Cina di Thailand ada 70 juta dengan nisbah hanya 12 peratus dalam keseluruhan penduduk di Thailand, ia lebih ramai daripada penduduk orang-orang Cina di Malaysia, kekuatan politik mereka juga sangat lemah, dan kedudukan politik mereka lebih teruk daripada orang-orang Cina di negera kita.

Dengan itu boleh disebut bahawa dalam negara yang berbilang kaum, bandingan bilangan penduduk sesuatu kaum itu adalah seiring dengan kuasa politik, jika nisbah penduduk itu lebih ramai maka kekuatan dalam politik juga lebih luas, jika kuasa politik itu lebih luas maka pembahagian sesuatu kepentingan juga akan lebih banyak.

Pada tahun 1950an bilangan penduduk orang Melayu dan orang Cina sama banyak, tetapi hari ini nisbah penduduk orang Melayu sudah mencecah 60 peratus, orang Cina 23 peratus, mengikut perangkaan negara kelahiran orang-orang Cina pada tahun 2020 hanya 20 peratus, jika dibandingkan dengan kelahiran orang Melayu berbeza yang amat ketara, jika dibiarkan terus orang Cina akan menjadi kaum minoriti di negara ini. Akan datang mungkin turun ke tahap 10 peratus sahaja dari nisbah keseluruhan penduduk, apakah keadaan yang akan kita alami pada masa itu, mungkin akan jadi seperti orang-orang cina di Indonesia dan Thailand, terpaksa menjadi lembu tarik hidung.

Tidak kira anda yang berumur muda ataupun yang telah matang dewasa, sebagai kaum Cina fikirkanlah untuk generasi kita akan datang, tingkatkan kelahiran, tingkatkan kelahiran untuk bangkitkan kaum ini, walaupun tingkatkan kelahiran itu satu beban yang pahit, fikirkanlah untuk masa depan keturunan ini, beban yang pahit itu adalah satu perjuangan yang mulia!

Semoga China Press maju jaya di tahun arnab ini, menjadi rahmat untuk tambahkan bilangan penduduk di negara ini dengan makmur.

Terjemahan dari China Press 7hb Feb 2011

Tiada ulasan:

Pengikut