Khamis, 10 Februari 2011

DunSemarang

DunSemarang


Kita BACA..Kita Fikirkan..

Posted: 09 Feb 2011 06:44 AM PST



POST MORTEM (AWAL) PILIHANRAYA KECIL TENANG
PAS NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM 31 JANUARI 2011
Isu-Isu Utama Jentera Pilihanraya DUN Tenang
1. Kredibiliti Calon
- PAS Negeri Johor sudah beberapa kali menyatakan keperluan mengemukakan calon 'lelaki/muda' di dalam pilihanraya kecil kali ini.
- Sdr Firdaus Mas'od adalah calon yang dirasakan mampu memberikan impak dan tekanan kepada pihak lawan. Calon orang muda, berpendidikan tinggi (Undang-Undang, UIAM) ini lebih mengenali kawasan Tenang daripada mana-mana calon lain;
- Cikgu Normala adalah calon yang baik (namun PAS Johor) menginginkan beliau bertanding di kawasan Serom dalam pilihanraya umum akan datang. Kekalahan ini akan merosakkan sedikit peluang dan kredibiliti Cikgu di kawasan lain.
- Suami calon menjadi masalah kepada parti.
- PAS Johor merasakan Pusat terlalu mencampuri urusan penentuan calon di peringkat DUN, Negeri Johor.
- Keperluan PAS Pusat memberikan peluang kepada PAS Negeri membuat keputusan terbaik di peringkat DUN.

2. Kelemahan Jentera
- Kekurangan dana menyebabkan banyak jentera kita tidak dapat melaksanakan amanah dengan berkesan dan baik.
- Hari Mengundi adalah kelemahan yang paling ketara; kita tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk membantu pengundi ke tempat mengundi mereka;
- PAS Johor tidak diberikan peluang untuk memegang dana secara langsung; perlu meminta-minta daripada PAS Pusat (perlu pemerhatian khas).

3. Penglibatan PKR
- PAS Johor sudah mengingatkan PAS Pusat agar 'mengehadkan' kehadiran jentera PKR (khususnya Ketua Umum) di kawasan Melayu;
- beberapa helaian kes sodomi Anwar di kawasan FELDA mendatangkan kesan kepada pengundi.
- jentera PKR terlalu dominan dan membuatkan jentera PAS sendiri tidak selesa;
- soal membuka aurat, pencampuran lelaki/wanita di dalam jentera PKR menyebabkan ramai di kalangan ustaz/ulama' muda PAS menjauhkan diri;
- PKR tidak membawa niat Negara Islam. Gagal menjawab isu.

4. Kejayaan DAP
- PAS Johor berterima kasih di atas bantuan DAP yang memberikan 70 % undi Cina kepada PAS.
- kejayaan ini adalah sesuatu yang luar biasa;
- PAS berjaya menembusi tembok pemikiran masyarakat Cina dengan baik
- strategi 'PAS for All' berjaya; tetapi tidak berkesan di kawasan Melayu;
- Labis Tengah cemerlang;
- PAS mudah bekerjasama dengan DAP; disebabkan mereka menjayakan program mereka sendiri. Kita hanya hadir dan mendapat keuntungan politik.

5. Karisma Guan Eng
- tarikan utama DAP adalah kehadiran Guan Eng yang mempunyai kemahiran pidato yang hebat
- pimpinan yang dilihat bersih dan wibawa
- banyak membantu PAS Johor dengan menyediakan dana segera yang membantu parti
- amat berterima kasih.

6. Impak Kehadiran Pimpinan PAS Sendiri
- kehadiran pimpinan PAS Pusat adalah baik dan berkesan;
- masih gagal meyakinkan orang Melayu perjuangan PAS dalam soal ekonomi kepada orang Melayu;
- perlukan model kepimpinan (keberkesanan pentadbiran PAS di Kelantan dan Kedah).
- pimpinan PAS Johor perlu diberikan pendedahan di peringkat nasional.

7. FELDA
- masih sukar mendekati masyarakat FELDA
- dilayan seperti 'penjara' oleh BN; takutkan kehadiran orang luar
- minda orang FELDA sendiri masih mundur dan terkebelakang;
- tidak mendekatkan diri dengan 'agama';
- kita perlukan lebih ramai ustaz yang memasuki FELDA (bincang isu kepimpinan Islam, integriti, kepimpinan ulama'); jangan terus buka kad politik.

8. Penggunaan Jentera Kerajaan
- melampau; semua jentera RELA/JPAM/BTN digarap untuk kepentingan kerajaan.

9. Perang Saraf
- kejayaan BN menjahanamkan kredibiliti calon; serangan kepada suami dan sebagainya
- isu gaji halal/gaji haram(Sumber dari ttp://penyokongpas.wordpress.com/).

******wahai anak BangsaKu...jadikanlah iktibar dari hujah mereka yang longgar dan yang kurang wajar. Jadikan pedoman kepada kita semua..Hari ini Guan Eng menghancurkan Melayu Pulau Pinang..dan Hari ini ada Melayu BERTERIMA KASIH dan terhutang budi kepadanya.....
Terima Kasih dan Thank You...kepada Blogger penyokong PAS kerana memberitahu hal ini kepada kami...
kini JElas dan nyata siapa kamu wahai PAS...ByM69.

Tiada ulasan:

Pengikut