Selasa, 18 Januari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


UMMI HAFILDA ALI VS KARPAL SINGH : SIAPA LEBIH CERDIK?

Posted: 17 Jan 2011 04:02 PM PST

Karpal nasihat peguam Ummi Hafilda teliti undang-undang
16/01/2011 4:18pm

GEORGE TOWN 16 Jan. - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

"Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun... hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya... dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik," kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tergelak baca kenyataan Karpal Singh

KUALA LUMPUR 17 Jan. - "Para peguam yang mewakili saya hanya ketawa ketika membaca kenyataan Karpal Singh itu."

Demikian reaksi Ummi Hafilda Ali apabila ditanya reaksi peguamnya berhubung nasihat Karpal agar mereka meneliti undang-undang sebelum memfailkan saman terhadap Pengerusi DAP itu.

Menurut Ummi Hafilda, sebelum membuat keputusan untuk memfailkan saman itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan konsultasi dengan dengan enam peguam.

"Mereka beritahu, tempoh memfailkan saman adalah bermula dari tarikh akhir rayuan di Mahkamah Tinggi iaitu pada September 2004. Jadi saya masih punyai masa.

"Janganlah semata-mata telah bercampur dengan raja putar alam, Karpal cuba pula menjadi ular yang membelit. Adakah anda takut?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Karpal mendakwa berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab diberi tempoh tidak melebihi enam tahun.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda mendedahkan beliau akan diwakili lebih daripada lima peguam dalam memfailkan saman berkenaan.

"Ia akan difailkan dalam waktu terdekat. Memang mengambil masa kerana kita perlukan lebih daripada lima peguam bagi mengukuhkan keadaan. Maklumlah, mahu berlawan dengan ular belit dan raja putar alam," ujarnya.

Mengulas mengenai reaksi diterimanya setakat ini, Ummi Hafilda berkata, sokongan keluarga terutama daripada kakak dan ibu tersayang sentiasa diterimanya.

"Ramai yang menyokong sehinggakan blog saya, http://srikandi7.blogspot.com/ berada di tangga ke-25 paling popular hanya dalam tempoh sebulan," katanya.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


“Semuanya terlondeh jika saya dedah perihal Anwar…” - Najib

Posted: 17 Jan 2011 10:54 PM PST

PAGI tadi (Selasa), di hadapan lebih 10 ribu orang di Felda Chempelak, Labis, Johor, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memberitahu, jika beliau dedahkan perihal Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai yang akan 'deman'.

"Jangan cabar saya, kalau didedahkan semuanya akan terlondeh," tegas Perdana Menteri.

Sebagai Perdana Menteri katanya, beliau ada banyak maklumat mengenai dia (Anwar).

Najib menegaskan bahawa beliau tidak takut kepada Anwar (untuk berdebat) tetapi itu adalah langkah yang membuang masa.

Ini kata beliau, Anwar sudah banyak kali berbohong kepada rakyat termasuk mendakwa akan menubuhkan kerajaan 16 September.

"Kita tunggu kerajaan 16 September, tetapi tak ada juga, lepas tu dia kata 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) nak masuk pembangkang, nak tubuh kerajaan, tak ada juga, ini kan bohong," ujarnya.

Tapi yang peliknya kata Perdana Menteri, tak ada pun 30 orang sebaliknya lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti dan jadi wakil rakyat bebas.

"Jadi tak payah kita nak layan dia, tak payah debat kerana tidak berfaedah," katanya.

Najib juga turut menempelak Anwar dengan pelan 100 hari yang diumumkan di konvensyen pakatan pembangkang di Kepala Batas baru-baru ini.

"Pelan dia itu bohong, hanya nak bangkrapkan negara termasuk Felda Plantations," tegasnya.

Beliau juga menolak tuduhan pembangkang kononnya kerajaan yang bawa kes liwat Anwar ke mahkamah.

"Budak yang buat teh untuk dia….saya tak tahu apa jenis teh dibuat..itu antara dia dengan Saiful bukan dengan kerajaan. Selesaikan dulu personal problem..tak payah nak fikir hal lain," katanya.

Anwar bukan reti malu – Syed Ali

Mengulas penjelasan Najib itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Anwar memang tidak akan berasa malu kalau semuanya 'dilondehkan'.

"Dia bukan tahu malu, sebab itu kes liwatnya bukan kali pertama, masuk dua kali, ini semua ada dalam pengetahuan Karpal Singh," jelasnya.

Anwar kata Syed Ali lagi. memang suka berbobohong, menabur fitnah dan buruk sangka terhadap pemimpin UMNO dan BN.

Bagaimanapun jelas beliau, Anwar masih 'terselamat' kerana Najib tidak tergamak untuk londehkan segalanya.

Katanya, Perdana Menteri masih rasional dan ada pekerti untuk tidak melondehkan belang Anwar walaupun tahu banyak rahsia mengenainya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Anwar supaya insaf bahawa walaupun dia cuba menyembunyikan sesuatu akhirnya akan diketahui rakyat.

"Biasanya benda yang buruk jika disorok macam mana sekalipun akan bocor juga, cuma lambat atau cepatnya saja," kata beliau.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BENTUK KEMENANGAN BN

Posted: 17 Jan 2011 12:04 PM PST

Assalamualaikum.
Jika pun dikatakan "tidak", namun ramalan di warung kopi mengatakan bahawa pilihan raya umum semakin hampir. Seronoknya mendengar apa yang mereka ceritakan, seolah-olah mereka tahu apa yang di fikiran Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
Baiklah. Kita ketepikan soan betul atau salah mengenai ramalan tersebut. Soalnya, semua orang bercakap mengenai pilihan raya. Andaian saya mudah, orang kita terlalu fanatik dengan politik sehingga mereka berpolitik 24 jam sehari.
Apa pun, saya mengambil satu persepsi yang positif di mana jentera parti perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya yang diadakan, sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Jadi, apakah dalam keadaan sekarang kita sudah bersedia?. Dalam keadaan iklim politik yang semakin tidak menentu, saya fikir sudah sampai masanya kita semua ahli-ahli parti mengetepikan hal-hal yang remeh dalam politik.
Semua orang tidak tahu bilakah pilihan raya umum akan diadakan. Mungkin tahun ini, mungkin tahun depan atau beberapa tahun lagi. siapa tahu selain Perdana Menteri sahaja. Biarlah. Kita tinggalkan seketika perkara itu.
Saya amat tertarik dengan kata-kata Presiden UMNO, DS Mohd najib Tun Razak bahawa beliau akan menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon BN di PRK Tenang nanti. Saya berpendapat, jika semua pihak akur dengan pilihan pucuk pimpinan, UMNO/BN tidak akan berada dalam gambaran bermasalah walaupun hakikatnya tidaklah begitu.
Saya amat optimis bahawa jika kita semua akur dan diam dengan apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan, BN akan mampu menang besar dalam setiap pilihan raya. Pas tidak akan ke mana pun. Apabila Pas meletakkan calon wanita di PRK Tenang, saya melihatnya sebagai satu "permainan" mereka untuk menonjolkan kononnya Pas iktiraf wanita kerana mereka sendiri sedar bukan senang Pas hendak menang di sana.
Jadi, saya berharap semua pihak akan akur dengan kehendak pucuk pemimpin itu demi kemenangan BN.
Hakikatnya, rakyat sudah semakin sedar dengan apa yang dicanangkan pembangkang hanyalah satu permainan demi kuasa semata-mata. Tidak lebih daripada itu.
Kepada rakyat, lihatlah dengan matang apa yang sedang berlaku di depan mata. Usah berfikir secara emosional sehingga mengabaikan apa yang sepatutnya mereka pertahankan. Bukan kerana saya orang UMNO atau pemimpin UMNO tetapi kerana saya melihat kenyataannya bahawa hanya BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat dan memajukan negara ini.
Insaflah bahawa pembangkang telah GAGAL dalam mengurus kuasa yang mereka perolehi di negeri-negeri tertentu di negara ini. Rakyat bukan sahaja terabai tetapi kaedah mengajak rakyat berpolitik atau berpolemik sepanjang masa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah untuk masa depan mereka.
Fikir-fikirkanlah.

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Pas-DAP terus tidak sepakat dalam episod arak kedua

Posted: 17 Jan 2011 04:29 PM PST




Apakah kerajaan campuran negeri Selangor dapat lakukan apabila hasrat Jabatan Agama Islam (JAIS) hendak melaksanakan undang- undang melarang umat Islam daripada bekerja di premis menjual arak nampaknya menerima tentangan daripada Exco kerajaan negeri itu.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali sendiri mahu undang-undang itu dilaksanakan seperti termaktub di dalam Enakmen Jenayah Syariah negeri.

Hassan ada sebab bertegas mahu melaksanakan tanggungjawabnya bagi mencegah umat Islam daripada terlibat dengan urusan penjualan arak.

Sementara pendirian dua Exco daripada DAP iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu baru-baru ini membantah peraturan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak.


Ronnie menggunakan kuasanya sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan mengeluarkan satu pekeliling mengarahkan Yang Dipertua MPSJ supaya menarik balik larangan itu kerana mendakwa ia tidak disedari oleh kerajaan negeri.

Ronnie memberi alasan yang beliau bimbang kemungkinan akan ada umat Islam hilang pekerjaan dan sumber pendapatan selain mendakwa undang-undang syariah itu tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan.

Mana air muka Pas apabila usaha pemimpin mereka ditolak mentah-mentah oleh DAP. Ini satu penghinaan kepada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Ia juga satu bukti jelas bahawa Pas dan DAP tidak boleh bekerjasama.

Kenyataan pemimpin tertinggi Pas kononnya Pas boleh bekerjasama dengan penentang nombor satu penubuhan negara Islam itu hanya retorik. Lebih mudah Pas hanya bertepuk sebelah tangan.

Dalam isu larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak di Subang Jaya pun kedua-duanya tidak sependapat.

Kasihan Pas Selangor, sudah beberapa kali arahan mereka diketepikan oleh pemimpin DAP.

Jika isu larangan menjual arak ini Pas dan DAP tidak sepakat, bagaimana urusan pentadbiran negeri Selangor yang lain?

Apa kata Menteri Besar Selangor daripada PKR?

Kita terkejut apabila Ronnie Liu mengatakan udang-undang syariah yang melarang umat Islam bekerja di premis arak sebagai tidak praktikal.

Baru dapat kuasa, sudah menunjukkan lagak sombong dan bongkak. Kenyataannya itu boleh membakar lagi bara kemarahan yang sedia ada dalam diri umat Islam negara ini.

Apakah orang yang berkuasa di Selangor, Menteri Besar sudah 'hilang suara' untuk menegur anggota Exconya khususnya bukan Islam supaya tidak menyentuh hal-hal yang sudah termaktub dalam undang-undang seperti Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jelas Ronnie Liu sudah dua kali mengganggu tugas pihak berkuasa tempatan yang sebelum ini terlibat dalam satu kes rampasan arak di Shah Alam beberapa tahun lalu.

Nampaknya hasrat umat Melayu di Selangor untuk melihat tiada premis menjual minuman keras di kawasan majoriti Islam di negeri itu tidak kesampaian.

Episod arak kali kedua ini mendedahkan pandangan Pas Selangor tidak ke mana pun. Apakah Pas akan tetap bersama-sama DAP dan PKR di bawah satu pakatan



Bookmark and Share





Sapina Karpal Tepat, Selaras Dengan Akta Profesion Undang-undang 1976

Posted: 17 Jan 2011 03:50 PM PST

Saranan yang dibuat oleh beberapa pihak agar Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menarik diri daripada kes perbicaraan liwat Ketua Pembangkang dan disapina sebagai saksi pendakwaan kes tersebut amat bertepatan dengan Akta Profesion undang-undang 1976.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun berkata di bawah akta berkenaan terdapat satu peraturan kecil iaitu peraturan etika kepeguaman yang menjelaskan situasi yang dihadapi oleh Karpal Singh hari ini.

"Menerusi akta berkenaan, apabila seseorang peguam itu mempunyai fakta yang boleh samaada memperbaiki atau melemahkan kes anak guam yang sedang dia bela, maka beliau sepatutnya mengundurkan diri.

"Dan pengunduran diri itu atas alasan etika seorang peguam yang mana peguam itu perlulah bebas dan tidak berat sebelah dalam menjalankan tugasan dia. Jadi dalam kes Karpal ini, pada tahun 1997 yang mana beliau memperkatakan mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar terlibat dalam perlakuan salah laku liwat.

"Beliau tidak sepatutnya mengetuai pasukan peguam pembela Datuk Seri Anwar kerana beliau dalam bahasa Inggerisnya telah "embarrased" iaitu beliau ada konflik antara menjadi seorang peguam dan juga menjadi saksi," katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online di sini, hari ini.

Justeru tegas Hafarizam saranan yang dibuat oleh beberapa pihak agar Karpal mengundur diri dan di sapina menjadi saksi adalah bertepatan sekali selaras dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan peratutan kecil iaitu etika kepeguaman yang dibuat oleh majlis peguam sendiri.

"Sekarang terpulanglah kepada Karpal sama ada beliau ingin mematuhi peraturan yang dibuat oleh Majlis Peguam itu sendiri dan menunjukkan beliau peguam yang beretika. Jika tidak ini ibarat cakap tidak serupa bikin.

"Bagi saya ini tidak lain melainkan permainan politik. Karpal merupakan seorang peguam yang telah menjadi peguam lebih 30 tahun dan tahu jika kes itu mempunyai fakta yang tersendiri, dan beliau tahu kedudukan kes itu dan seterusnya mewakili anak guamnya sudah tentu beliau mengkompromi kedudukan beliau sebagai peguam dan anak guam beliau," katanya. -MediaUMNO




Bookmark and Share



www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Duta Besar Iran Iktiraf Umno Parti Islam

Posted: 18 Jan 2011 08:34 AM PST

Umno bukan sahaja parti politik yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu, malah diakui sebagai sebuah parti yang konsisten dalam memartabatkan agama Islam, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr Mohammed Mehdi Zahedi. “Umno adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan … Continue reading

Kontroversi Azan: Peguam Mohon Maaf

Posted: 17 Jan 2011 11:35 PM PST

Seorang peguam, Ng Kian Nam pada Isnin memohon maaf ekoran aduannya berkaitan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah di Kampung Kerinci di sini sehingga menimbulkan bantahan umat Islam. Beliau menyifatkan terdapat ‘salah faham’ dalam isu berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Islam di … Continue reading

Pengikut