Selasa, 18 Januari 2011

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Pas-DAP terus tidak sepakat dalam episod arak kedua

Posted: 17 Jan 2011 04:29 PM PST




Apakah kerajaan campuran negeri Selangor dapat lakukan apabila hasrat Jabatan Agama Islam (JAIS) hendak melaksanakan undang- undang melarang umat Islam daripada bekerja di premis menjual arak nampaknya menerima tentangan daripada Exco kerajaan negeri itu.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali sendiri mahu undang-undang itu dilaksanakan seperti termaktub di dalam Enakmen Jenayah Syariah negeri.

Hassan ada sebab bertegas mahu melaksanakan tanggungjawabnya bagi mencegah umat Islam daripada terlibat dengan urusan penjualan arak.

Sementara pendirian dua Exco daripada DAP iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu baru-baru ini membantah peraturan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak.


Ronnie menggunakan kuasanya sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan mengeluarkan satu pekeliling mengarahkan Yang Dipertua MPSJ supaya menarik balik larangan itu kerana mendakwa ia tidak disedari oleh kerajaan negeri.

Ronnie memberi alasan yang beliau bimbang kemungkinan akan ada umat Islam hilang pekerjaan dan sumber pendapatan selain mendakwa undang-undang syariah itu tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan.

Mana air muka Pas apabila usaha pemimpin mereka ditolak mentah-mentah oleh DAP. Ini satu penghinaan kepada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Ia juga satu bukti jelas bahawa Pas dan DAP tidak boleh bekerjasama.

Kenyataan pemimpin tertinggi Pas kononnya Pas boleh bekerjasama dengan penentang nombor satu penubuhan negara Islam itu hanya retorik. Lebih mudah Pas hanya bertepuk sebelah tangan.

Dalam isu larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak di Subang Jaya pun kedua-duanya tidak sependapat.

Kasihan Pas Selangor, sudah beberapa kali arahan mereka diketepikan oleh pemimpin DAP.

Jika isu larangan menjual arak ini Pas dan DAP tidak sepakat, bagaimana urusan pentadbiran negeri Selangor yang lain?

Apa kata Menteri Besar Selangor daripada PKR?

Kita terkejut apabila Ronnie Liu mengatakan udang-undang syariah yang melarang umat Islam bekerja di premis arak sebagai tidak praktikal.

Baru dapat kuasa, sudah menunjukkan lagak sombong dan bongkak. Kenyataannya itu boleh membakar lagi bara kemarahan yang sedia ada dalam diri umat Islam negara ini.

Apakah orang yang berkuasa di Selangor, Menteri Besar sudah 'hilang suara' untuk menegur anggota Exconya khususnya bukan Islam supaya tidak menyentuh hal-hal yang sudah termaktub dalam undang-undang seperti Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jelas Ronnie Liu sudah dua kali mengganggu tugas pihak berkuasa tempatan yang sebelum ini terlibat dalam satu kes rampasan arak di Shah Alam beberapa tahun lalu.

Nampaknya hasrat umat Melayu di Selangor untuk melihat tiada premis menjual minuman keras di kawasan majoriti Islam di negeri itu tidak kesampaian.

Episod arak kali kedua ini mendedahkan pandangan Pas Selangor tidak ke mana pun. Apakah Pas akan tetap bersama-sama DAP dan PKR di bawah satu pakatan



Bookmark and Share





Sapina Karpal Tepat, Selaras Dengan Akta Profesion Undang-undang 1976

Posted: 17 Jan 2011 03:50 PM PST

Saranan yang dibuat oleh beberapa pihak agar Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menarik diri daripada kes perbicaraan liwat Ketua Pembangkang dan disapina sebagai saksi pendakwaan kes tersebut amat bertepatan dengan Akta Profesion undang-undang 1976.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun berkata di bawah akta berkenaan terdapat satu peraturan kecil iaitu peraturan etika kepeguaman yang menjelaskan situasi yang dihadapi oleh Karpal Singh hari ini.

"Menerusi akta berkenaan, apabila seseorang peguam itu mempunyai fakta yang boleh samaada memperbaiki atau melemahkan kes anak guam yang sedang dia bela, maka beliau sepatutnya mengundurkan diri.

"Dan pengunduran diri itu atas alasan etika seorang peguam yang mana peguam itu perlulah bebas dan tidak berat sebelah dalam menjalankan tugasan dia. Jadi dalam kes Karpal ini, pada tahun 1997 yang mana beliau memperkatakan mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar terlibat dalam perlakuan salah laku liwat.

"Beliau tidak sepatutnya mengetuai pasukan peguam pembela Datuk Seri Anwar kerana beliau dalam bahasa Inggerisnya telah "embarrased" iaitu beliau ada konflik antara menjadi seorang peguam dan juga menjadi saksi," katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online di sini, hari ini.

Justeru tegas Hafarizam saranan yang dibuat oleh beberapa pihak agar Karpal mengundur diri dan di sapina menjadi saksi adalah bertepatan sekali selaras dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan peratutan kecil iaitu etika kepeguaman yang dibuat oleh majlis peguam sendiri.

"Sekarang terpulanglah kepada Karpal sama ada beliau ingin mematuhi peraturan yang dibuat oleh Majlis Peguam itu sendiri dan menunjukkan beliau peguam yang beretika. Jika tidak ini ibarat cakap tidak serupa bikin.

"Bagi saya ini tidak lain melainkan permainan politik. Karpal merupakan seorang peguam yang telah menjadi peguam lebih 30 tahun dan tahu jika kes itu mempunyai fakta yang tersendiri, dan beliau tahu kedudukan kes itu dan seterusnya mewakili anak guamnya sudah tentu beliau mengkompromi kedudukan beliau sebagai peguam dan anak guam beliau," katanya. -MediaUMNO




Bookmark and Share



Tiada ulasan:

Pengikut