umno bahagian cheras |
“Semuanya terlondeh jika saya dedah perihal Anwar…” - Najib Posted: 17 Jan 2011 10:54 PM PST PAGI tadi (Selasa), di hadapan lebih 10 ribu orang di Felda Chempelak, Labis, Johor, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memberitahu, jika beliau dedahkan perihal Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai yang akan 'deman'. "Jangan cabar saya, kalau didedahkan semuanya akan terlondeh," tegas Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri katanya, beliau ada banyak maklumat mengenai dia (Anwar). Najib menegaskan bahawa beliau tidak takut kepada Anwar (untuk berdebat) tetapi itu adalah langkah yang membuang masa. Ini kata beliau, Anwar sudah banyak kali berbohong kepada rakyat termasuk mendakwa akan menubuhkan kerajaan 16 September. "Kita tunggu kerajaan 16 September, tetapi tak ada juga, lepas tu dia kata 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) nak masuk pembangkang, nak tubuh kerajaan, tak ada juga, ini kan bohong," ujarnya. Tapi yang peliknya kata Perdana Menteri, tak ada pun 30 orang sebaliknya lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti dan jadi wakil rakyat bebas. "Jadi tak payah kita nak layan dia, tak payah debat kerana tidak berfaedah," katanya. Najib juga turut menempelak Anwar dengan pelan 100 hari yang diumumkan di konvensyen pakatan pembangkang di Kepala Batas baru-baru ini. "Pelan dia itu bohong, hanya nak bangkrapkan negara termasuk Felda Plantations," tegasnya. Beliau juga menolak tuduhan pembangkang kononnya kerajaan yang bawa kes liwat Anwar ke mahkamah. "Budak yang buat teh untuk dia….saya tak tahu apa jenis teh dibuat..itu antara dia dengan Saiful bukan dengan kerajaan. Selesaikan dulu personal problem..tak payah nak fikir hal lain," katanya. Anwar bukan reti malu – Syed Ali Mengulas penjelasan Najib itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Anwar memang tidak akan berasa malu kalau semuanya 'dilondehkan'. "Dia bukan tahu malu, sebab itu kes liwatnya bukan kali pertama, masuk dua kali, ini semua ada dalam pengetahuan Karpal Singh," jelasnya. Anwar kata Syed Ali lagi. memang suka berbobohong, menabur fitnah dan buruk sangka terhadap pemimpin UMNO dan BN. Bagaimanapun jelas beliau, Anwar masih 'terselamat' kerana Najib tidak tergamak untuk londehkan segalanya. Katanya, Perdana Menteri masih rasional dan ada pekerti untuk tidak melondehkan belang Anwar walaupun tahu banyak rahsia mengenainya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan Anwar supaya insaf bahawa walaupun dia cuba menyembunyikan sesuatu akhirnya akan diketahui rakyat. "Biasanya benda yang buruk jika disorok macam mana sekalipun akan bocor juga, cuma lambat atau cepatnya saja," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan