Isnin, 22 Ogos 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Posted: 22 Aug 2011 04:32 AM PDT

PRU 13, BERSEDIAKAH PARLIMEN JASIN?

Posted: 21 Aug 2011 10:52 PM PDT



PRU 13 tetap akan menjelang bila tiba masanya nanti. Pelbagai dakwaan bilakah tarikh tersebut diadakan telah kedengaran. Apa pun semua ini terserah kepada Perdana Menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat dan diikuti oleh pembubaran Dewan Undangan Negeri. Walau pun ada kedengaran berita-berita yang tak sahih bahawa pembangkang akan mengadakan pilihanraya yang berasingan selain dakwaan bahawa dakwaan bahawa SPR tidak bersih.

Parlimen Jasin merupakan salah satu daripada 222 kawasan Parlimen yang terdapat diseluruh negara. Setakat ini dilihat persediaan parti-parti politik sama ada kerajaan mahu pun pembangkang masih lagi diperingkat awal. Tidak nampak ada satu gerakan yang menyeluruh selain daripada aktiviti-aktiviti agihan bubur lambuk dan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan sebagai persediaan sempena menyambut Aidilfitri. Begitu juga dengan Cawangan-cawangan UMNO dan juga komponen yang masih diulit mimpi indah kemenangan 2008. Bilakah mereka akan terjaga masih menjadi tanda tanya???????????. Walau pun Menteri KPKK mengatakan bahawa BN telah bersedia untuk menghadapi PRU 13.

Jika dilihat pada parti komponen pula rasanya lagi lama mereka bermimpi. Isu dalaman parti mereka masih lagi belum dapat meredakan parti-parti diperingkat Bahagian dan Cawangan. Tak banyak aktiviti yang dijalankan oleh parti komponen dalam usaha mendekati penduduk dan pengundi untuk memujuk mereka. Adalah sesekali aktiviti mereka, itu pun terhad kepada ahli-ahli parti sahaja. Bilakah mereka akan bermula............hanya masa dan keadaan yang menentukan.

Begitu juga dengan UMNO, kali terakhir adalah semasa parti melakukan pilihanraya olok-olok. Aktiviti yang dijalankan hanya tertumpu kepada ahli-ahli parti sahaja. Kehadiran pula adalah orang yang sama....bilangan pun semakin kecil. Adakah ini menggambarkan bahawa pengundi tidak suka pada UMNO atau mereka tidak setuju dengan pemimpinnya? YB-YB pun masih berkira-kira nak buka bilik gerakan , bimbang sam ada terpilih atau tidak pada PRU akan datang. Maklumlah sekarang ini kan semuanya bergantung pada KPI dan sokongan pengundi.

Bagi UMNO Cawangan pula.....masih dalam keadaan bulan madu....selain dari sibuk siapakah nak ganti Ketua Bahagian pada pilihanraya parti akan datang..... Itulah dangkalnya mereka berfikir mengenai nasib kawasan mereka di masa akan datang. Kemenangan pada 2008 bukanlah satu jaminan bahawa mereka akan mennikmatinya pada PRU akan datang. Kini pengundi semakin kritikal semasa memilih wakil mereka sama ada di Parlimen atau pun DUN. Jangan lah nanti kita hanya menang sorak kampung tergadai>

JASIN MASIH LAGI KETINGGALAN?

Posted: 21 Aug 2011 10:21 PM PDT

Tahun ini 2011, merupakan tahun yang ke 54 negara mencapai kemerdekaan. Malah kita juga berbangga dengan pengisytiharan Melaka Negeri Maju pada 10.10.2010 jam 10..Jasin adalah merupakan satu daripada 3 daerah yang terdapat di Melaka. Setelah 54 tahun merdeka , ternyata bahawa agak ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan Bukit Katil dalam daerah Melaka Tengah. Entah mengapa tahun-demi tahun Jasin terus begitu. Alasan yang diberikan adalah Jasin sebagai kawasan tadahan untuk bekalkan air kepada lain-lain daerah. Adakah alasan ini agak praktikal untuk diterima dan diletakkan pada bahu penduduk Jasin tahun demi tahun>

Nak harapkan YB Parlimen dan ADUN, ternyata tinggal satu harapan sahaja. Itu pun masih ada taruh harapan agar terpilih untuk menduduki kerusi tersebut pada PRU 13 nanti. Mungkin dia boleh melobi pemimpin atasan tetapi tidak boleh tipu pengundi dalam parlimen Jasin. Buktinya jelas sejak 1995, undi yang diterima oleh pembangkang ternyata meningkat. Soal adakah penduduk dan pengundi kini tidak lagi mempercayai Ahli Parlimen dan juga ADUN walau pun mereka memenangi kerusi tersebut. Sejak 2008 hingga kini, tidak banyak pembangunan yang dibawa, selain pembinaan UITM di Seri Mendapat,. Itu pun nasib baik Selangor menolak projek tersebut. Begitulah nasib Jasin sebagai kawasan tadahan yang memberikan "Madu untuk orang lain tetapi terpaksa menelan racun yang pahit untuk kawasan sendiri"

BILA TAK TERPILIH SEBAGAI YB.....

Posted: 21 Aug 2011 06:48 PM PDT

Salam Ramadan dan semoga amalan dan ibadah kita semakin meningkat hendaknya.

Pagi ini semasa sedang membaca UM, penulis terjumpa satu berita mengenai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jika tak silap tak kisah jiuka tak terpilih sebagai calon PRU 13. Rasanya ini bukan kali pertama KP Umno Malaysia mengatakan isu ini. Mengenai motifnya mengapa beliau mengatakan demikian hanya beliau sahaja yang boleh menjawapnya. Dan menurut berita itu lagi ianya dikaitkan pulak dengan pernyataan presiden UMNO yang mahukan calun yang boleh menang untuk PRU 13 nanti serta hanya PM sahaja yang boleh menentukan calon. Sebenarnya pengundilah yang menentukannya, sama ada seseorang itu layak atau tidak kerana diakhirnya beliau akan merujuk kepada pengundi jugak.

Kepada YB-YB janganlah hendaknya menjadikan soal ini sebagai modal politik murahan untuk menagih simpati dari YAB PM untuk terpilih sebagai calon PRU 13 sama ada peringkat DUN mahu pun parlimen. Jika rasanya diri sendiri tak mampu untuk memenuhi komimen pengundi dan penduduk lebih baiklah menarik diri dari tercalon. Kerana jika tidak rasanya hanya jadi sumpahan dan cacian pengundi sahaja. Rasanya UMNO/BN sendiri tidak kekurangan pemimpin diperingkat muda bagi meneruskan perjuangan yang belum seselai ini.

Tiada ulasan:

Pengikut