Isnin, 22 Ogos 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAJLIS RAHMAT RAMADHAN ANJURAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 21 Aug 2011 07:02 PM PDT


Majlis Rahmat Ramadhan Siri ke 2 anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah dilaksanakan semalam di Rumah Baitul Ihsan, Taman Maluri, Cheras. Program bermula dengan acara berzanji oleh anak - anak Tahfiz dari Madrasah Al Yamani, Kampung Baru dan di ikuti dengan tazkirah menyentuh tentang Rahmat Ramadhan yang di sampaikan oleh penceramah bebas, Tuan Haji Mansuruddin Mohd Ibrahim.
Majlis penyerahan sumbangan kepada anak - anak yatim dan anak - anak yang menghuni Rumah Baitul Ihsan telah di sampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras,Puan Sarina Sharif.

Ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras juga telah bersama - sama bergotong royong membersih, mengecat dan membaik pulih Rumah Baitul Ihsan dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terimakasih kepada penyumbang, penderma dan ahli - ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang telah turut hadir menjayakan Majlis Rahmat Ramadhan siri ke 2.












































Tiada ulasan:

Pengikut