DunSemarang |
PERKONGSIAN BIJAK TNB & JPMM DUN SEMARANG Posted: 22 Aug 2011 06:56 AM PDT Ayer Hitam DunSemarang 22.8.2011 PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK TNB & JPMM DUN SEMARANG. YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Semarang, Pengurus Kawasan TNB Batu Pahat dan Pasukan Sukarelawan DUN Semarang merakamkan gambar selepas upacara rasmi memasukkan bekalan elektrik ke rumah warga emas ( Pn Norasiah Sarmawi 95 tahun ) di Kg Parit Amil Mk 7 Batu Pahat. ADUN Semarang bersama TNB Batu Pahat telah membuat perkongsian bijak untuk membantu dengan membaik pulih rumah beliau, memasukkan bekalan elektrik dan bekalan air serta akan menyediakan bilik air yang lebih baik dan selesa.Puan Norsiah Sarmawi tinggal seorang diri lantaran lebih selesa bersendirian walaupun anak-anak beliau bersedia untuk tinggal bersama.Pada masa yang sama TNB Batu Pahat juga menyampaikan cek bantuan sebanyak RM 500.00 kepada dua buah surau di sekitar kampung Parit Amil iaitu Surau Kg Parit Amil Laut dan Surau Kg Parit Hj Dahlan Mk 7. (Terima kasih, Sumber berita dan foto S/U Halid Saat) ByM69 |
Mana ....Pembela Islam SeMalaya... Posted: 22 Aug 2011 04:13 AM PDT Adakah ini semua konperasi UMNO...mana pembela islam..yang mereka war war kan...Tahniah kepada Pemuda UMNO. Mengapa Pemuda lain tiada tindakan..tidur.dan sekongkol dengan penyebaranya. Kami warga DunSemarang amat kesal dan akan banghkit menentang sebarang pencerobohan terhadap agama Islam. Ingatlah..Komunis tidak berjaya bertapak di Tanah melayu ini..kerana orang Melayu bersatu dan teguh di Bawah Panji Panji islam..mereka yang menyokong komunis ketika itu adalah BONEKA KOMUNIS CINA.....ingatlah..ISLAM adalah segalanya. |
Posted: 22 Aug 2011 02:30 AM PDT Seramai 234 orang anak-anak yatim dalam Parlimen Ayer Hitam di raikan sempana bulan Ramadan dan menjelang hari raya tahun ini. Majlis di adakan di Kg Parit Hamid Mk 8 di hadiri oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ( ADUN Semarang ) dan YB Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong ( Timbalan Menteri Pelajaran / Ahli Parlimen Ayer Hitam ) serta para guru dan murid-murid ( anak yatim ) dari 25 buah sekolah rendah di Parlimen Ayer Hitam. Semua anak yatim menerima sumbangan wang tunai, bag sekolah, kurma serta berbuka puasa bersama-sama wakil-wakil rakyat. Majlis ini dikelolakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam turut dihadiri oleh Hj Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua Bahagian, Pn Hajah Rahemah Idris Ketua Wanita UMNO Bahagian, Sdr Mohd Fadil Muskon Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam(Terima kasih, Sumber berita dan foto S/U Halid Saat) ByM69 |
You are subscribed to email updates from DunSemarang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan