PEMUDA UMNO ANTARA 2 PERSIMPANGAN Posted: 05 Aug 2011 07:57 PM PDT Pemuda UMNO kekal cara sendiri
2011/07/16
SAYA berharap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak terikut-ikut politiking jalanan tanpa hala tuju seperti berlaku pada perhimpunan haram 9 Julai lalu.
Pemuda UMNO ada sejarah perjuangannya tersendiri dan turut memainkan peranan pada masa lampau dalam pengisian kemerdekaan negara. Usahlah umpama tin kosong; tetapi biar diam ubi tetapi berisi, berhasil dan bernilai pada zaman ini. Baru-baru ini beberapa ahli Pemuda UMNO turut mengadakan demonstrasi jalanan dengan 'memakai baju merah Patriot' yang turut berarak ke Stadium Merdeka.
Saya mendambakan agar pergerakan itu melakukan kerja lebih bermakna seperti menubuhkan pasukan penyelidik membongkar kembali statistik tanah, hartanah, tanah simpanan Melayu/Bumiputera yang tinggal berbaki kini.
Tidak salah jika kita membentangkan perangkaan perbandingan dengan milik bukan Melayu. Begitu juga kajian statistik terkini golongan profesional Melayu (kerana yang terdahulu sudah meninggal dunia dan bersara) dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, guaman dan teknologi.
Buat perbandingan dengan statistik pencapaian bukan Melayu agar orang Melayu tidak leka, celik mata dan buka minda; hasilnya kelak mudah-mudahan ada kesedaran dan daya saing.
Kajian yang menyentuh hak Melayu dan bukan Melayu berlandaskan faktor peratusan penduduk wajar dibuat dan ini selaras dengan Perlembagaan Malaysia. Begitu juga perangkaan berhubung dengan pemilikan premis kedai dan bangunan di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, lpoh, Pulau Pinang, Muar dan sebagainya. Sebenarnya banyak tugas dan tanggungjawab yang mendepani pergerakan ini. Tidak salah, jika pergerakan itu bekerjasama dengan tenaga pemikir dan penyelidik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang kini rata-ratanya kini ramai memiliki kelulusan Sarjana Kedoktoran (PhD) dan bergelar Profesor, Profesor Madya dan sebaginya.
Dalam erti kata lain, komitmen begini masyarakat mahukan. Bahkan bukan setakat Pergerakan Pemuda UMNO yang diharapkan dapat melakukan ini tetapi juga pertubuhan lain.
Walaupun kita tidak dapat mengimpikan pemimpin seperti Syed Jaafar Albar yang digelar Singa UMNO atau Datuk Harun ldris, namun cukup sekadar masih ada lagi pemimpin pergerakan yang mempunyai daya intelektual.
DR RAJIEE HADI, Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur |
|
PELAJAR, DISIPLIN DAN TINDAKAN - SATU ALTERNATIF BARU... Posted: 05 Aug 2011 07:13 PM PDT Selaras dengan sistem pendidikan yang mengalami proses dinamik begitu juga dengan isu disiplin yang turut berubah jika hendak dibandingkan dengan pelajar dulu dan sekarang. Cuma kini isu disiplin semakin kompleks dan vairiasi bentuknya dan kadang kala memeningkan guru disiplin sendiri untuk menanganinya.
Cadangan Kementerian Pelajaran yang mahu semua kes disiplin pelajar diselesaikan dalam tempoh tujuh hari pada semua peringkat. Ini adalah satu transformasi dalam hal tindakan bagi guru disiplin. Sekali fikir betul juga jika tak ada SOP begitu maka sesuatu isu itu hanya di mamah waktu dan keadaan.
Saperti biasa ini akan memberikan respon positif dan negatif dari semua pihak termasuk guru disiplin sendiri hinggalah kepada ibu bapa. Bagaimanapun, Prosedur Operasi Standard (SOP) ini tidak termasuk bagi kes yang membabitkan pihak berkuasa, termasuk yang dibawa ke mahkamah.
| BERI PELUANG KEPADA GLC NEGERI UNTUK MELABUR DI AFRIKA Posted: 21 Jun 2011 07:23 AM PDT Antara lain, G-20 terdiri daripada Affin Holdings, Axiata Group, BIMB Holdings, Boustead, CIMB Group, Chemical Company of Malaysia, Penerbangan Malaysia (MAS), Malaysia Airports Bhd, MRCB, Maybank, Proton Holdings Bhd, Sime Darby Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, TH Plantations, UEM Group dan UMW Holdings. Hingga 3 Jun lalu, nilai modal pasaran G-20 itu melonjak lebih sekali ganda kepada RM355 bilion daripada RM159 bilion sejak program transformasi GLC dilancarkan pada 2004.
Tahun lalu, nilai modal pasaran G-20 adalah RM252 bilion, meningkat 65.8 peratus daripada RM152 bilion yang dicatatkan sebelumnya.
PPUBJ : Syarikat yang berkaitan dengan kerajaan juga terdapat dinegeri-negeri yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan, dari sektor harta tanah hinggalah kepada aktiviti runcit. Walau pun volume perniagaan GLC negeri tidaklah sebesar sebagaimana yang dijalankan oleh GLC peringkat persekutuan tetapi bila kita menyebut perniagaan sahaja soal keuntungan adalah motif utama ditubuhkan GLC tersebut.
Di samping tu, dapat mengujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada syarikat kecil. Pencapaian yang memberangsangkan itu adalah berpunca dari urus tadbir yang cekap dan kakitangan yang dedikasi. Ini sewajarnya dijadikan contoh oleh GLC negeri agar dapat meningkatkan kecekapan CEO berkenaan untuk meningkatkan keuntungan serta dapat beri pulangan kepada kerajaan negeri.
Selain itu, warga kerja yang berkenaan wajar diberikan pendedahan di syarikat swasta dan GLC yang berkaitan agar pendedahan begini dapat memberikan inisiatif serta pandangan serta inovatif bagi memastikan penglibatan sektor semi kerajaan dalam penjanaan ekonomi negara dapat ditingkatkan selain dari FDI. Peranan DDI dilihat semakin penting bagi memastikan model ekonomi baru beri pulangan yang setimpal kepada rakyat dalam konsep rakyat didahulukan.
Malah jika dilihat pada persidangan LID yang baru sahaja berakhir banyak peluang-peluang baru perniagaan yang dapat diterokai di Afrika dan Carribien bagi GLC Negeri untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi pelaburan mereka keluar negara. |
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan