Rabu, 6 Julai 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PEMIMPIN - PEMIMPIN MELAYU PERLU MUAFAKAT PERTAHANKAN HAK MELAYU

Posted: 06 Jul 2011 02:23 AM PDT



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin memberi saranan kepada semua Pemimpin - Pemimpin Melayu, tidak kira apa parti sekali pun, perlu bersatu untuk mempertahankan hak Bangsa Melayu.

Adakah saranan ini dangkal? Adakah sebenarnya ini perlu dilakukan demi bangsa kita? Ketuanan Melayu adalah hak yang perlu dipertahankan. Menolak garis penghalang seperti politik adalah penting untuk kita Bangsa Melayu. Kestabilan sosiopolitik negara ini juga pasti terjamin sekiranya hak kita terpelihara dan hak kaum-kaum lain tidak di diskriminasi. Apa pendapat anda?


Sesungguhnya Pemimpin-pemimpin dari Parti UMNO dan PAS digesa mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju bangsa Melayu di negara ini. Permuafakatan kedua - dua parti yang mempunyai ahli yang terdiri dari yang beragama islam perlu diadakan supaya isu-isu berkaitan mengenai agama islam tidak dipolitikkan.

Tiga perkara penting berkaitan orang Melayu dan yang akan menentukan masa depan Bangsa Melayu di negara ini ialah membabitkan Agama Islam, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pendidikan. Sudah tiba masanya pemimpin Melayu yang beragama Islam daripada kedua - dua parti politik berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama supaya tiga perkara membabitkan bangsa Melayu itu tidak boleh disentuh dan diganggu oleh orang lain.

Jika terdapat pihak atau anasir - anasir yang cuba mengganggu tiga perkara tersebut, pemimpin-pemimpin kedua - dua parti harus mempertahankan ketiga-tiga perkara itu sebagai hak bangsa Melayu dengan mengetepikan perbezaan parti politik.


Sebagai contoh, jika bangsa Cina mengetepikan soal perbezaan parti politik dalam menangani dan memperjuangkan isu sekolah Cina maka sepatutnya orang Melayu juga bersikap dan bertindak demikian. Dalam perkara ini , Bangsa Melayu tidak boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, kerana sekiranya itu terjadi, maka perubahan akan berjalan dengan lebih perlahan.



Pada waktu ini adalah lebih tepat untuk merawat hati-hati yang sudah luka dan melihat Bangsa Melayu membuat perubahan dan menjadi satu Parti Melayu yang tetap disanjung dari dahulu sehingga sekarang. Sepatutnya Pemimpin - pemimpin Bangsa Melayu sekarang harus keluar daripada permainan tuduh-menuduh sebaliknya turun ke padang untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Ketuanan Melayu.

Parti pembangkang semakin memperbaiki kedudukan mereka kerana kelemahan Parti Bangsa Melayu yang mempunyai masalah dalaman yang didedahkan kepada pengetahuan orang luar. Pembangkang sedang belajar daripada kelemahan dan masalah dalaman Parti Bangsa Melayu untuk mentadbir negara pada masa akan datang. Sekiranya Pemimpin - Pemimpin Melayu masih belum sedar, maka bersiap sedialah menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 dengan segala kemungkinan.

Persoalannya, adakah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" atau generasi muda akan datang akan menyatakan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia?"

Tiada ulasan:

Pengikut