
uruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
diminta supaya tidak meluluskan permohonan stesen
televisyen berbayar Astro untuk melakukan pelarasan harga
terhadap pakej yang ditawarkannya kepada pengguna mulai
11 Julai ini.
Senator Datuk Mohd Najeeb Abdullah berkata ini kerana
Astro mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi dan
memperoleh sumber kewangan yang tetap.
"Saya difahamkan Astro mempunyai pelanggan lebih tiga
juta orang dengan jumlah keuntungan yang berjuta-juta
ringgit. Ternyata keuntungan ini sudah cukup membuktikan
Astro mampu menanggung kos operasi siaran mereka.
"Apabila stesen ini membuat pelarasan harga, ia akan
mendatangkan bebanan baru kepada pengguna," katanya
kepada pemberita di lobi Dewan Negara.
Sebelum ini Kabinet telah memutuskan bahawa Astro tidak
boleh menaikkan tarif perkhidmatannya selagi ia tidak
mendapat kebenaran daripada SKMM.
Kabinet berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang
tarif berkaitan perkhidmatan mereka.
Mohd Najeeb berkata SKMM perlu memainkan peranan dan
tanggungjawab penting dalam mengawal selia stesen
tersebut agar tindakan mereka tidak membebankan rakyat.
"Melalui kawalan selia oleh SKMM, saya percaya pihak Astro
tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga siaran
bulanan mereka," katanya.5/7/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan