Khamis, 30 Jun 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Felda belanja RM3.5 bilion pinjaman KWSP

Posted: 30 Jun 2011 04:37 AM PDT

30 JUN 2011

Posted: 30 Jun 2011 04:34 AM PDT

PEMUDA UMNO SRI ANDALAS

PEMUDA UMNO SRI ANDALAS


Kerajaan Serah Kepada Polis - Najib

Posted: 30 Jun 2011 10:24 AM PDT

SIPITANG (Sabah): Kerajaan menyerahkan kepada polis bagi menangani perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini termasuk mengisytiharkan darurat untuk memastikan ketenteraman awam tidak digugat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, memastikan kedaulatan undang-undang merupakan tugas polis dan terpulang kepada mereka membuat sebarang keputusan.

"Terpulang kepada polis mereka mengikut situasi. Itu tanggungjawab mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Gata 2011 di sini, Khamis sebagai mengulas dakwaan pembangkang bahawa kerajaan mungkin mengisytiharkan darrat bagi menangani perarakan Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menolak dakwaan bahawa Malaysia semakin tidak demokratik apabila apabila menghalang demonstrasi jalanan.

Kata beliau, proses pilihan raya negara ini dikagumi dan dihormati dunia sebagai yang adil serta bebas dengan pembangkang turut merampas beberap negeri sebagai buktinya pada Pilihan Raya Umum 2008.

Bagaimanapun, Najib menegaskan bahawa kerajaan menunaikan tanggungjawabnya kepada pengundi yang mahukan negara yang selamat dan stabil.

"Perarakan ada kebarangkalian bertukar kepada rusuhan. Sebab itu kita tidak boleh pandang ringan. Ini sukar dikawal dan jika berlaku akan menggugat rakyat dan negara," tambah beliau.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MEREALISASIKAN MAKSUD JOHAN OLEH PM.

Posted: 30 Jun 2011 08:18 AM PDT


Dalam politik khususnya apa yang dinamakan politik nombor, menjadi JOHAN adalah matlamat semua parti politik termasuk pembangkang. Tidak ada parti yang bertanding untuk kalah.Seandainya menang dapatlah menduduk bangunan di atas. Untuk menang dan bergelar JOHAN bukanlah setakat kata-kata retrorik sahaja. Usaha yang berterusan disertai dengan strategi yang tepat diikuti calon yang diterima pengundi nisbah untuk menang adalah tinggi. Itulah juga idaman dan harapan YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Malangnya pembangkang adakalanya suka ikut pintu belakang untuk jadi johan sedangkan pintu hadapan terbuka luas. Apa motif mereka, hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya namun dalam politik targetnya cumalah KUASA.

Dalam usaha menjadi JOHAN, pertamanya mesti ada niat atau paling kurang pun pasang niat untuk jadi JOHAN. Dengan adanya niat sedemikian maka arah tuju, strategi tektikal dan teknikal perlukan sasaran yang tetap dan juga berterusan. Dengan kata lain berapa ramai kah YB sama ada Parlimen dan ADUN telah berjumpa dengan pengundi. Jumpa ahli parti tu biasalah selalu tetapi pengundi belum tentu. kalau tak jumpa pastilah sokongan kurang dan tidak bermotivasi, keputusannya jawab sendirilah tak kan itu pun tak tahu...


Istilah JOHAN dalam politik menolak sama sekali ungkapan Naib Johan. Tidak ada maknanya jadi naib johan. "habihkan boras ajo" kata bahasa Nogori Sembilan. Bukan mudah nak jadi JOHAN dan TIDAK MUSTAHIL untuk jadi. Rekod telah menunjukkan bahawa kita pernah jadi JOHAN dengan menguasai 2/3 kerusi Dewan Rakyat. Kali ini politik, persekitarannya dan evolusinya berbaza sama sekali. Tsunami yang melanda 2008 telah mengubah landskapnya.

Jawapannya juga mudah bila pengundi rasa tenang poket dan emosi mereka akan kembali sokong. Kini dah ada tanda-tandanya. Soal sama ada berkekalan atau tidak biar jentera parti dan kepimpinan parti Pusat dan Bahagian serta Cawangan yang tentukan

Politik orang Melayu kini berada dipersimpangan. Nak undi pembangkang atau Kerajaan yang sedia ada.Untuk memilih antara betul dan salah, ianya banyak bergantung atas dasar kecenderungan pengundi yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Dengan kata lain. KUASA ditangan rakyat. Gunakan dengan bijaksana serta memikirkan generasi (anak-anak kita) untuk masa depan mereka.


Salah atau benar kini pengundi keliru, lebih-lebih lagi yang pertama kali mengundi. Pendidikan dan pendedahan media cyber menjadi sumber rujukan pertama mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Kita selalu katakan pengundi telah bijak atau matang untuk memilih tetapi bila 5 buah negeri jatuh ketangan pembangkang, muka yang ceria tadi bertukar jadi masam pula.


Bila senario bertukar kepada emosi dari akal yang membuat keputusan memilih kerajaan maka ianya satu tamparan hebat buat kita. Berjaya atau gagal? Cuma ada satu pilihan sahaja.Tak boleh dapat kedua-dua nya sekali. Lagi pun ikut konsep ekonomi kita gunakan istilah kos melepas. Cuma jangan melepas dan terlepas sudahlah. Pelbagai nasihat, amaran telah diberikan jika tak tahu entahlah "jadi MALANG NASIB PAK KADUK"



SELAMAT DATANG TPM KE-MELAKA.

Posted: 29 Jun 2011 05:21 PM PDT

TPM lawat Melaka Isnin ini

MELAKA 29 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melakukan lawatan kerja sehari ke negeri ini, Isnin ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Timbalan Perdana Menteri mempunyai jadual ketat dalam lawatan kerja sehari itu menerusi beberapa program yang diatur sepanjang hari.

"Pada sebelah pagi, Muhyiddin akan melawat Pasar Melaka Sentral dan menghadiri majlis sarapan pagi bersama peniaga, pemandu teksi dan orang ramai,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


SYED ALI MINTA AHLI PARTI BERTENANG PEJABAT UMNO BAHAGIAN CHERAS DISIMBAH CAT ‘ KUNING’ DAN DIBALING EMPAT EKOR AYAM SEMBELIH PAGI INI

Posted: 29 Jun 2011 10:22 PM PDT

KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS, DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE AMAT KESAL DENGAN KEJADIAN MENYIMBAH CAT 'KUNING' KE BANGUNAN PEJABAT UMNO DAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS, TERMASUK MEMBALING EMPAT EKOR AYAM YANG TELAH DISEMBELIH.

KEJADIAN TERSEBUT DISEDARI OLEH KAKITANGAN PEJABAT INI PADA PUKUL 8.00 PAGI TADI.

BELIAU JUGA MEMAKLUMKAN BAHAWA DIFAHAMKAN KEJADIAN YANG SAMA JUGA TURUT BERLAKU DI PEJABAT UMNO BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK.

INI KEJADIAN SERIUS DAN BELIAU MINTA PIHAK POLIS SEGERA MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP MEREKA YANG TERBABIT.

SYED ALI BERPENDAPAT,. PERBUATAN JAHAT INI ADALAH UNSUR PROVOKOSI MENJELANG PERHIMPUNAN HARAM BERSIH.2.0 PADA 9 JULAI INI.

BELIAU MELIHAT TUJUAN MEMBALING AYAM DAN MENYIMBAH CAT INI ADALAH BAGI MEMBANGKITKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU DAN SETERUSNYA AKAN BERLAKU PERTELINGKAHAN ANTARA KAUM TERUTAMA DI IBU KOTA KUALA LUMPUR.

BAGAIMANAPUN, SYED ALI MEMINTA AHLI - AHLI UMNO BAHAGIAN CHERAS SUPAYA TIDAK MELATAH KERANA SEDAR PERBUATAN JAHAT INI BERTUJUAN UNTUK MEROSAKKAN PERPADUAN KAUM DAN MENJEJASKAN KEAMANAN NEGARA.

BELIAU JUGA TIDAK MENOLAK MEUNGKINAN PERBUATAN KHIANAT INI DIRANCANG PIHAK TERTENTU UNTUK MENCETUSKAN RASA SYAK WASANGKA DI ANTARA KAUM DAN AKHIRNYA AKAN BERLAKU PERGADUHAN.

SEHUBUNGAN ITU, DALAM KEJADIAN MENYIMBAH CAT DAN MEMBALING EMPAT EKOR AYAM DI BANGUNAN PEJABAT UMNO BAHAGIAN CHERAS PAGI INI, SEKALI LAGI SYED ALI MENDESAK POLIS SEGERA MENJALANKAN SIASATAN.


Rabu, 29 Jun 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


UMNO JASIN PERLUKAN GENJATAN SENJATA SEBELUM PRU 13?

Posted: 29 Jun 2011 05:31 AM PDT


PRU 13 yang bakal berlangsung, bolehlah diibaratkan di antara "hidup atau mati" UMNO dan juga Barisan Nasional (BN). Kenyataan ini diperteguhkan lagi oleh kenyataan oleh YAB Timbalan Presiden bahawa pilihanraya umum yang akan datang adalah satu medan pertembungan yang sengit di antara BN dan juga pembangkang. Pelbagai andaian telah dibuat oleh kepimpinan BN malah pembangkang turut sibuk meramalkan bilakah "tarikh" tersebut. Jawapannya hanya ada pada Perdana Menteri.

Melihat kepada senario semasa politik di Jasin, genjatan senjata, itulah tindakan terbaik yang perlu dilakukan oleh kepimpinan dan ahli UMNO sebagai persediaan menhadapi pilihanraya umum ke-13. Persoalan ini tiada kena mengena dengan pembangkang, sebaliknya berdamai sesama sendiri bagi memastikan UMNO Jasin terus kukuh dan bukannya dilemahkan oleh ahli parti sesama sendiri, semata-mata mengejar kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi.

Jika dilihat kepada kepada program dan juag Mesyuarat Perwakilan Bahagian, ternyata masih belum ada cukup momentum atau motivasi yang kuat untuk menghadapi ledakan pembangkang ketika berkempen pada PRU ke- 13 nanti. Masih ada lagi Ketua -Ketua UMNO Cawangan yang liat untuk berkursus manakala Wanita, Puteri dan Pemuda juga ada masalah yang tersendiri. 

Bahagian Jasin boleh dianggap sebagai kawasan kubu kuat BN atau tradisinya begitu ternyata gelombang "tsunami" PRU ke -13 adalah dua kali ganda kekuatannya. Bersediakah kita untuk ini? Keputusan PRU ke-12 juga menunjukkan bahawa majoriti kemenagan calun BN jauh tersasar jika hendak dibandingkan dengan PRU 11 pada 2004? Persoalannya setakat mana kita belajar adri pengalaman lampau dan cuba memperbaikinya?

Kepimpinan UMNO Bahagian tidak digalakkan untuk menipu diri sendiri, kononnya tiada masalah wujud tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya, sekali gus boleh menjejaskan keutuhan parti. 

Mesej ini bukannya kali pertama disampaikan dan dinyatakan oleh pucuk kepimpinan parti. Sudah berbuih mulut, nasihat dan teguran dibuat tetapi masih ada pemimpin bahagian yang memekakkan telinga . Mereka terus bersilat untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Pemimpin dan ahli parti perlu menyelesaikan apa jua masalah pada peringkat bahagian dan cawangan masing-masing dengan mengetepikan soal untuk merebut dan mengekalkan jawatan atau siapa mahu jadi calon. PRK Merliamu baru sahaja berlalu dan wajar dijadikan pengajaran untuk menghadapi PRU ke -13 .


DEMI NEGARA TERCINTA....

Posted: 28 Jun 2011 07:12 PM PDT

Sampai bilakah bangsa ku ini jadi alat permainan orang lain?


Dah ada jawatan dan pangkat pun masih lagi nak menggunakan rakyat , apa salahnya rakyat?


Salahkah jika mereka mahukan kehidupan yang aman dan damai?

sepandai-pandai tupai melompat.....

Posted: 28 Jun 2011 06:14 PM PDT











































Put your stuff here

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Bersih : Jangan kacau periuk nasi kami

Posted: 29 Jun 2011 12:29 AM PDT

"Jangan kacau periuk nasi kami, kami nak cari makan untuk anak isteri secara aman dan harmoni," tegas Pengerusi Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia," Azmi Mohd. Yatim.

Menurutnya, perhimpunan haram anjuran Bersih pada 9 Julai ini bukan sahaja menggugat keamanan negara, malah menyekat peluang pengusaha teksi untuk beroperasi.

"Mereka sengaja buat kacau untuk huru-harakan negara dan kami pemandu teksi eksekutif sudah tentu turut terancam dengan gelagat liar mereka," ujarnya.

Azmi memberitahu demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai membantah perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

Beliau bersama 200 pemandu teksi dan 100 ahli Puteri UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil khas Menteri Dalam Negeri, Datuk Ab. Hamid Mohd. Nazahar dianjung pintu masuk PWTC pagi ini.

Katanya lagi, pemandu teksi eksekutif di negara ini mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan tersebut dan mendesak pihak berkuasa tegas menanganinya.

"Bersih jelas membawa ancaman kepada kestabilan negara dan kesejateraan rakyat, maka kita minta KDN bertindak tegas terhadap mereka," ujarnya.

Menurut Azmi lagi, penganjur perhimpunan Bersih jelas melanggar arahan polis dan mereka sengaja berbuat demikian bagi memenuhi agenda pembangkang.

Sementara itu, Rosnah dalam sidang media selepas pelancaran ' Duta Mesra Rakyat dan Membantah Demontrasi Jalanan' mendesak KDN mengambil tindakan terhadap 'pencetus' perhimpunan haram tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut melahirkan rasa bimbang akibat perhimpunan haram itu, mata pencarian pemandu teksi dan peniaga sekitar ibu negara akan terjejas.

Tindakan Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia itu turut mendapat sokongan daripada penaungnya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang menyifatkan penganjur perhimpunan Bersih mempunyai niat jahat terhadap kestabilan negara ini.

"Kumpulan ini adalah pengkhianat negara dan sewajarnya dikenakan tindakan tegas supaya ianya tidak berulang," tegasnya.

Syed Ali menambah, rakyat yang cintakan keamanan dan perdamaian perlu menolak apa jua bentuk kekerasan yang dicetuskan oleh kumpulan pelampau.

"Demontrasi jalanan bukan budaya rakyat Malaysia, ianya dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gilakan kuasa," katanya.

BERSELINDUNG DISEBALIK ‘TANPA NAMA BERKATA’ ADALAH SIFAT PENGECUT

Posted: 28 Jun 2011 08:34 PM PDT

SALAM hormat kepada semua pelayar blog ini, mudah-mudahan dengan izin Allah S.W.T, kita diberikan rahmat dan hidayah oleh-Nya. Insyaallah.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua mereka yang telah sudi memberikan pelbagai komen berupa pandangan, teguran dan saranan sama ada yang bersifat pro dan kontra terhadap pelbagai isu yang diluahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO / BN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Saya percaya segala komen yang dilontarkan itu ikhlas kearah membina budaya fikir yang sihat dan ketajaman minda untuk dikongsi bersama.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini segala komen yang dilontarkan itu dilihat semakin tidak rasional dan disaluti dengan jiwa yang penuh gelisah, kotor dan tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, kami menapis setiap komen yang dihantar kepada blog ini kerana ingin menjaga kualiti dan tidak mahu komen yang sifatnya seperti 'sampah'.

Kami menapisnya kerana tidak mahu ada yang tergamak mengeluarkan perkatan kesat, maki hamun, fitnah dan adu-domba yang boleh menyesatkan pemikiran pembaca.

Tetapi apabila kami berbuat demkian, ada suara dan pandangan banyak pihak mendakwa kami takut untuk berdepan dengan realti.

Maka dengan penuh insaf dan bertanggungjawab, tapisan itu kami mansuhkan dan secara tidak langsung segala komen boleh dihantar secara terus dan terpapar menerusi blog ini.

Malangnya kebebasan itu kini disalahgunakan. Segala komen yang dihantar tidak menampakkan sikap bertanggungjawab, buah fikiran yang tidak rasional dan pandangan berupa maki hamun.

Justeru itu, kami amat berharap mereka yang ghairah untuk memberikan segala komen dan berkongsi pandangan itu, catakanlah nama sebenar, bukannya TANPA NAMA BERKATA, kerana perbuatan itu menampakkan bahawa mereka ini takut kepada kebodohann sendiri.

Mengapa takut nama kita diketahui orang, sedangkan nama itu adalah anugerah ibu bapa kita supaya kita dikenali sehingga mati.

Lazimnya, orang yang takut namanya diketahui umum adalah mereka yang bersalah atau mempunyai sikap buruk dan hati yang busuk bernanah terhadap sesama insan.

Mengapa perlu berselindung disebalik TANPA NAMA BERKATA jika kita benar-benar jujur, ikhlas dan masih ada sedikit perasaan malu pada diri sendiri.

Jadilah pengkritik yang waras fikiran dan tertib budi bicara agar menjadi contoh teladan kepada pembaca. Jangan sengaja menjadikan diri kita dilihat orang sebagai langsung tidak berguna.

Memang memaki hamun dan mencerca adalah sifat tercela, tetapi banyak yang berselindung di sebalik TANPA NAMA BERKATA seronok dan ghairah berbuat demikian, tanpa memikirkan implikasinya kepada pihak lain.

Kami tidak pernah gentar dan takut kepada kritikan, tetapi jika ianya semakin keterlaluan sehingga tidak lagi menampakkan ciri-ciri seorang manusia yang mempunyai akal kurniaan Allah S.W.T. maka jangan salahkan kami jika terpaksa menapis semula komen yang dihantar sebelum disiarkan.

Kami juga sentiasa berpegang pada pesanan Syed Ali supaya bersikap ikhlas dan berani kerana benar dan oleh sebab itu, setiap idea dan buah fikiran beliau kami sajikan menerusi laman blog ini untuk dikongsi bersama.

Luahan idea dan pemikiran Syed Ali kami terjemahkan secara telus demi kepentingan perjuangan orang Melayu dan umat Islam.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada pengkritik dengan harapan jadilah seorang pengkritik yang berhemah dan bertanggungjawab, bukannya seorang pengecut yang bersembunyi disebalik TANPA NAMA BERKATA.

Perbuatan sebegitu seperti mengaku diri begitu hebat biarpun pada realitinya, buah fikiran manusia TANPA NAMA BERKATA hanyalah berupa tong kosong.

Salam sejahtera.

AMRAN MAMAT
Pengendali Blog

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Ramai Bantah Perhimpunan Haram 9 Julai

Posted: 29 Jun 2011 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rancangan pihak tertentu untuk terus mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai di ibu negara walaupun tanpa permit menimbulkan pelbagai reaksi umum yang bimbang terhadap implikasi buruk daripada perhimpunan itu. Lebih membimbangkan lagi jika ada pihak ketiga yang cuba … Continue reading

DunSemarang

DunSemarang


Ekspidisi Basikal Taman Manis

Posted: 28 Jun 2011 05:34 AM PDT


Aktiviti yang sempurna dan patut diteladani dari Persatuan Basikal Taman Manis. Selain dapat kesempurnaan kesihatan ianya juga mengeratkan lagi ikatan silaturarahim antara penduduk Taman Manis dan Dun Semarang. Mengikut sumber, terdapat lebih 150 peserta dalam acara ekspidisi dan oleh kerana sambutan yang menggalakan, acara seperti ini akan di adakan lagi pada masa hadapan. Ekspidisi ini turut disertai oleh YB Datuk Haji Samsolbari Jamali ADUN Semarang.Tahniah kepada AJK Penganjur di atas aktiviti tersebut.

Selasa, 28 Jun 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


28 JUN 2011

Posted: 28 Jun 2011 08:27 PM PDT

Ambil Tindakan Tegas Termasuk ISA Terhadap Kumpulan Pengacau

Posted: 28 Jun 2011 07:30 PM PDT

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru


Johari Abdul Pun Kata Itu Anwar? KANTOL!!

Posted: 28 Jun 2011 04:35 PM PDT

Share/Save/Bookmark

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KEUPAYAAN PEMBANGKANG HANYA BERDEMONTRASI BUKAN MENTADBIR

Posted: 27 Jun 2011 08:43 PM PDT



Mereka menggunakan taktik penjajah dahulu untuk 'pecah dan perintah' dengan menghasut dan menimbulkan keraguan rakyat terhadap kerajaan.Ketika keadaan dalam negara agar tidak menentu , muncullah satu lagi idealogi iaitu KOMUNIS untuk mengambil peluang menangguk di air keruh.

Taktik serupa digunakan sebelum PRU-12 di mana isu-isu seperti gula, minyak dan hutang negara dimainkan bagi menimbulkan keraguan di fikiran rakyat terutamanya penduduk kampung. Akhbar pembangkang seperti Harakah juga berjaya menarik perhatian kerana sasaran pembaca mereka adalah kumpulan yang menerima bulat-bulat apa yang ditulis.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : kekejaman komunis masih terpahat di hati orang Melayu

Posted: 27 Jun 2011 09:32 PM PDT

TERBUKTI perhimpunan haram anjuran Bersih 9 Julai ini diresapi ideolog komunis dan jika ia tidak ditangani secara serius, bakal menghancurkan keamanan negara, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sehubungan itu katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu segera menahan mereka di bawah ISA.

"Sekarang ini bukan lagi waktu lunak untuk KDN memantau atau menyiasat, ideologi komunis sudah merebak meresapi Bersih," uajrnya.


Katanya, perjuangan komunis hari ini bukan lagi mengangkat senjata, tetapi yang lebih berbahaya penyerapan ideologi menerusi pertubuhan tertentu yang anti-kerajaan.


Beliau sekali lagi mendesak KDN supaya tegas dan tidak mengeluarkan kenyataan retorik yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

"Di bawah, rakyat mengeloh dan kecewa kenapa kerajaan tidak bertindak terhadap mereka yang jelas melanggar undang-undang (berhimpun tanpa permit)," tegasnya.

Beliau menyeru kepada minoriti orang Melayu yang menyertai PAS dan PKR supaya segera menarik diri daripada perhimpunan tersebut.

Katanya, segelintir orang Melayu dijadikan 'perkakas' oleh Bersih manakala bukan Melayu pula sedia untuk 'bertepuk tangan' melihat sesama Melayu berpecah.

Melayu dijadikan perkakas, bukan Melayu bertepuk tangan

"Inilah agenda jahat mereka. Mereka belajar menerusi sejarah keruntuhan kerajaan Melayu silam dan orang Melayu hari ini pula sudah lupakan sejarah tersebut," tambahnya.

Menurutnya, apabila Melayu sudah lupa kepada sejarah, maka inilah yang berlaku hari ini.

" Bukan Melayu bertopengkan demokrasi semakin angkuh, memijak kepala orang Melayu dan sanggup mencabuli undang-undang bagi memuaskan nafsu mereka," tegasnya.

Syed Ali yakin, Bersih dan mereka yang pro-komunis cuba meruntuhkan perpaduan orang Melayu sebelum mereka menghancurklan umat Islam.

"Sayangilah kepada agama dan bangsa kita, sampai bila orang Melayu dan umat Islam sanggup membiarkan mereka dijadikan hamba politik kepada golongan pelampau," tegasnya lagi.

Katanya, penyertaan minoriti orang Melayu hanya sebagai alat Bersih dan kumpulan pro-komunis untuk menghuru-harakan negara ini dengan berselindung disebalik tuntutan demokrasi.

"Apa yang mereka nak tuntut ? sedangkan rakyat pelbagai kaum hidup senang di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen," ujarnya.

Keluarga bekas tentera masih merintih akibat kekejaman komunis

Syed Ali mengingatkan, kekejaman komunis masih terpahat lagi dalam sejarah dan turut tersemat dalam sanubari bekas tentera yang berjuang bermati-matian mempertahankan kedaulatan negara.

"Berapa ramai bekas tentera yang terkorban, ada yang terpaksa kaki dipotong, anak-anak pula menjadi yatim piatu, isteri menjadi balu dan ibu merintih kehilangan anak akibat kekejaman komunis," katanya.

Paing sedihnya kata beliau, mangsa kekejaman komunis itu adalah sebahagian besarnya adalah tentera Melayu yang bangun mempertahankan tanahairnya.

'Hari ini, ada lagi kumpulan yang sanggup menghidupkan semula perlakuan kejam dan keganasan komunis untuk berkuasa dan jalan pintas mereka meresapi Bersih yang bakal berhimpun 9 Julai ini," jelasnya.

Pengikut