MEREALISASIKAN MAKSUD JOHAN OLEH PM. Posted: 30 Jun 2011 08:18 AM PDT Dalam politik khususnya apa yang dinamakan politik nombor, menjadi JOHAN adalah matlamat semua parti politik termasuk pembangkang. Tidak ada parti yang bertanding untuk kalah.Seandainya menang dapatlah menduduk bangunan di atas. Untuk menang dan bergelar JOHAN bukanlah setakat kata-kata retrorik sahaja. Usaha yang berterusan disertai dengan strategi yang tepat diikuti calon yang diterima pengundi nisbah untuk menang adalah tinggi. Itulah juga idaman dan harapan YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Malangnya pembangkang adakalanya suka ikut pintu belakang untuk jadi johan sedangkan pintu hadapan terbuka luas. Apa motif mereka, hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya namun dalam politik targetnya cumalah KUASA.
Dalam usaha menjadi JOHAN, pertamanya mesti ada niat atau paling kurang pun pasang niat untuk jadi JOHAN. Dengan adanya niat sedemikian maka arah tuju, strategi tektikal dan teknikal perlukan sasaran yang tetap dan juga berterusan. Dengan kata lain berapa ramai kah YB sama ada Parlimen dan ADUN telah berjumpa dengan pengundi. Jumpa ahli parti tu biasalah selalu tetapi pengundi belum tentu. kalau tak jumpa pastilah sokongan kurang dan tidak bermotivasi, keputusannya jawab sendirilah tak kan itu pun tak tahu...
Istilah JOHAN dalam politik menolak sama sekali ungkapan Naib Johan. Tidak ada maknanya jadi naib johan. "habihkan boras ajo" kata bahasa Nogori Sembilan. Bukan mudah nak jadi JOHAN dan TIDAK MUSTAHIL untuk jadi. Rekod telah menunjukkan bahawa kita pernah jadi JOHAN dengan menguasai 2/3 kerusi Dewan Rakyat. Kali ini politik, persekitarannya dan evolusinya berbaza sama sekali. Tsunami yang melanda 2008 telah mengubah landskapnya.
Jawapannya juga mudah bila pengundi rasa tenang poket dan emosi mereka akan kembali sokong. Kini dah ada tanda-tandanya. Soal sama ada berkekalan atau tidak biar jentera parti dan kepimpinan parti Pusat dan Bahagian serta Cawangan yang tentukan Politik orang Melayu kini berada dipersimpangan. Nak undi pembangkang atau Kerajaan yang sedia ada.Untuk memilih antara betul dan salah, ianya banyak bergantung atas dasar kecenderungan pengundi yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Dengan kata lain. KUASA ditangan rakyat. Gunakan dengan bijaksana serta memikirkan generasi (anak-anak kita) untuk masa depan mereka.
Salah atau benar kini pengundi keliru, lebih-lebih lagi yang pertama kali mengundi. Pendidikan dan pendedahan media cyber menjadi sumber rujukan pertama mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Kita selalu katakan pengundi telah bijak atau matang untuk memilih tetapi bila 5 buah negeri jatuh ketangan pembangkang, muka yang ceria tadi bertukar jadi masam pula.
Bila senario bertukar kepada emosi dari akal yang membuat keputusan memilih kerajaan maka ianya satu tamparan hebat buat kita. Berjaya atau gagal? Cuma ada satu pilihan sahaja.Tak boleh dapat kedua-dua nya sekali. Lagi pun ikut konsep ekonomi kita gunakan istilah kos melepas. Cuma jangan melepas dan terlepas sudahlah. Pelbagai nasihat, amaran telah diberikan jika tak tahu entahlah "jadi MALANG NASIB PAK KADUK"
|
|
SELAMAT DATANG TPM KE-MELAKA. Posted: 29 Jun 2011 05:21 PM PDT TPM lawat Melaka Isnin ini
MELAKA 29 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melakukan lawatan kerja sehari ke negeri ini, Isnin ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Timbalan Perdana Menteri mempunyai jadual ketat dalam lawatan kerja sehari itu menerusi beberapa program yang diatur sepanjang hari.
"Pada sebelah pagi, Muhyiddin akan melawat Pasar Melaka Sentral dan menghadiri majlis sarapan pagi bersama peniaga, pemandu teksi dan orang ramai,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan