Pengikut

Nuffnang

Khamis, 30 Jun 2011

umno bahagian cheras

sumber :-

umno bahagian cheras


SYED ALI MINTA AHLI PARTI BERTENANG PEJABAT UMNO BAHAGIAN CHERAS DISIMBAH CAT ‘ KUNING’ DAN DIBALING EMPAT EKOR AYAM SEMBELIH PAGI INI

Posted: 29 Jun 2011 10:22 PM PDT

KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS, DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE AMAT KESAL DENGAN KEJADIAN MENYIMBAH CAT 'KUNING' KE BANGUNAN PEJABAT UMNO DAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS, TERMASUK MEMBALING EMPAT EKOR AYAM YANG TELAH DISEMBELIH.

KEJADIAN TERSEBUT DISEDARI OLEH KAKITANGAN PEJABAT INI PADA PUKUL 8.00 PAGI TADI.

BELIAU JUGA MEMAKLUMKAN BAHAWA DIFAHAMKAN KEJADIAN YANG SAMA JUGA TURUT BERLAKU DI PEJABAT UMNO BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK.

INI KEJADIAN SERIUS DAN BELIAU MINTA PIHAK POLIS SEGERA MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP MEREKA YANG TERBABIT.

SYED ALI BERPENDAPAT,. PERBUATAN JAHAT INI ADALAH UNSUR PROVOKOSI MENJELANG PERHIMPUNAN HARAM BERSIH.2.0 PADA 9 JULAI INI.

BELIAU MELIHAT TUJUAN MEMBALING AYAM DAN MENYIMBAH CAT INI ADALAH BAGI MEMBANGKITKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU DAN SETERUSNYA AKAN BERLAKU PERTELINGKAHAN ANTARA KAUM TERUTAMA DI IBU KOTA KUALA LUMPUR.

BAGAIMANAPUN, SYED ALI MEMINTA AHLI - AHLI UMNO BAHAGIAN CHERAS SUPAYA TIDAK MELATAH KERANA SEDAR PERBUATAN JAHAT INI BERTUJUAN UNTUK MEROSAKKAN PERPADUAN KAUM DAN MENJEJASKAN KEAMANAN NEGARA.

BELIAU JUGA TIDAK MENOLAK MEUNGKINAN PERBUATAN KHIANAT INI DIRANCANG PIHAK TERTENTU UNTUK MENCETUSKAN RASA SYAK WASANGKA DI ANTARA KAUM DAN AKHIRNYA AKAN BERLAKU PERGADUHAN.

SEHUBUNGAN ITU, DALAM KEJADIAN MENYIMBAH CAT DAN MEMBALING EMPAT EKOR AYAM DI BANGUNAN PEJABAT UMNO BAHAGIAN CHERAS PAGI INI, SEKALI LAGI SYED ALI MENDESAK POLIS SEGERA MENJALANKAN SIASATAN.


0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian