umno bahagian cheras |
Syed Ali : kekejaman komunis masih terpahat di hati orang Melayu Posted: 27 Jun 2011 09:32 PM PDT TERBUKTI perhimpunan haram anjuran Bersih 9 Julai ini diresapi ideolog komunis dan jika ia tidak ditangani secara serius, bakal menghancurkan keamanan negara, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Sehubungan itu katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu segera menahan mereka di bawah ISA. "Sekarang ini bukan lagi waktu lunak untuk KDN memantau atau menyiasat, ideologi komunis sudah merebak meresapi Bersih," uajrnya. Katanya, perjuangan komunis hari ini bukan lagi mengangkat senjata, tetapi yang lebih berbahaya penyerapan ideologi menerusi pertubuhan tertentu yang anti-kerajaan. Beliau sekali lagi mendesak KDN supaya tegas dan tidak mengeluarkan kenyataan retorik yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan. "Di bawah, rakyat mengeloh dan kecewa kenapa kerajaan tidak bertindak terhadap mereka yang jelas melanggar undang-undang (berhimpun tanpa permit)," tegasnya. Beliau menyeru kepada minoriti orang Melayu yang menyertai PAS dan PKR supaya segera menarik diri daripada perhimpunan tersebut. Katanya, segelintir orang Melayu dijadikan 'perkakas' oleh Bersih manakala bukan Melayu pula sedia untuk 'bertepuk tangan' melihat sesama Melayu berpecah. Melayu dijadikan perkakas, bukan Melayu bertepuk tangan "Inilah agenda jahat mereka. Mereka belajar menerusi sejarah keruntuhan kerajaan Melayu silam dan orang Melayu hari ini pula sudah lupakan sejarah tersebut," tambahnya. Menurutnya, apabila Melayu sudah lupa kepada sejarah, maka inilah yang berlaku hari ini. " Bukan Melayu bertopengkan demokrasi semakin angkuh, memijak kepala orang Melayu dan sanggup mencabuli undang-undang bagi memuaskan nafsu mereka," tegasnya. Syed Ali yakin, Bersih dan mereka yang pro-komunis cuba meruntuhkan perpaduan orang Melayu sebelum mereka menghancurklan umat Islam. "Sayangilah kepada agama dan bangsa kita, sampai bila orang Melayu dan umat Islam sanggup membiarkan mereka dijadikan hamba politik kepada golongan pelampau," tegasnya lagi. Katanya, penyertaan minoriti orang Melayu hanya sebagai alat Bersih dan kumpulan pro-komunis untuk menghuru-harakan negara ini dengan berselindung disebalik tuntutan demokrasi. "Apa yang mereka nak tuntut ? sedangkan rakyat pelbagai kaum hidup senang di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen," ujarnya. Keluarga bekas tentera masih merintih akibat kekejaman komunis Syed Ali mengingatkan, kekejaman komunis masih terpahat lagi dalam sejarah dan turut tersemat dalam sanubari bekas tentera yang berjuang bermati-matian mempertahankan kedaulatan negara. "Berapa ramai bekas tentera yang terkorban, ada yang terpaksa kaki dipotong, anak-anak pula menjadi yatim piatu, isteri menjadi balu dan ibu merintih kehilangan anak akibat kekejaman komunis," katanya. Paing sedihnya kata beliau, mangsa kekejaman komunis itu adalah sebahagian besarnya adalah tentera Melayu yang bangun mempertahankan tanahairnya. 'Hari ini, ada lagi kumpulan yang sanggup menghidupkan semula perlakuan kejam dan keganasan komunis untuk berkuasa dan jalan pintas mereka meresapi Bersih yang bakal berhimpun 9 Julai ini," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan