Ahad, 22 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


NIK AZIZ RACUN PEMIKIRAN PELAJAR TAHFIZ DI KELANTAN

Posted: 22 May 2011 01:27 AM PDT

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menipu rakyat dengan menjadikan Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda PAS Kelantan di Kota Bhrau baru-baru ini sebagai medan meracuni pemikiran pelajar-pelajar sekolah agama dan tahfiz di negeri tersebut.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan Nik Aziz meracuni pemikiran pelajar berkenaan bertujuan menanam kebencian terhadap kerajaan persekutuan khususnya UMNO dan BN.

"Kita dimaklumkan selain Nik Aziz, ramai lagi pemimpin PAS termasuk bekas penulis lirik, Bob Lokman yang dikatakan berucap meracuni pelajar-pelajar berkenaan untuk menjadi jentera hadapan memecahkan tembok Putrajaya," tegasnya.

"Nik Aziz telah menipu seluruh rakyat Kelantan kononnya mereka berjuang untuk Islam, tetapi baru-baru ini mereka berhimpun di Padang Perdana dengan menghasut dan mempengaruhi budak-budak tahfiz supaya membenci sesama Islam," tegasnya lagi.

Ajaran Nik Aziz ini kata Syed Ali, boleh mengelirukan pemikiran pelajar berkenaan disamping kemungkinan menimbulkan rasa serba salah dan kecewa di kalangan ibu bapa.

Perbutan itu juga kata beliau, jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang maha suci dan tidak sepatutnya membabitkan pelajar tahfiz yang mendalami ilmu agama termasuk memahami ayat-ayat terjemahan al-quran.

"Kita tidak kisah mereka menghimpukann jutaan orang pun, tetapi yang kita kesal dan amat kecewa kerana mereka angkut budak sekolah agama dan tahfiz dan pemimpin mereka berceramah yang keseluruhannya mengajurkan permusuhan terhadap orang Islam daripada UMNO," tegasnya.

UMNO jelas Syed Ali, tidak tergamak untuk menghasut pelajar-pelajar sekolah supaya membenci pemimpin Islam daripada PAS walaupun antara PAS dan UMNO bertentangan idelogi politik sejak sekian lama.

Menurut beliau lagi, selama ini PAS mencanangkan dakyah kononnya UMNO dan BN memperlalatkan pelajar sekolah termasuk di Intitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk menentang ancaman pembangkang.

Bagaimanapun, kini terbongkar sebenarnya pemimpin PAS lebih zalim kerana tergamak memperalatkan pelajar-pelajar agama dan tahfiz supaya memusuhi pemimpin UMNO.

"Inilah perbuatan jahat PAS yang ingin memecahbelahkan perpaduan sesama Islam walaupun terpaksa menggunakan pelajar tahfiz," ujarnya.

Justeru katanya, gerakan seperti ini amat merbahaya kepada generasi muda kerana agama telah dijadikan senjata politik oleh mereka yang berkepentingan untuk menyerang sesama Islam.

"Jika tidak dibendung daripada awal, kemungkinan mereka inilah juga yang suatu hari kelak akan bangun menentang kerajaan dengan fahaman yang dikelirukan oleh pemimpin PAS.

Syed Ali amat kesal kerana PAS berterusan membohongi rakyat dengan menjaja slogan 'Membangun Bersama Islam' tetapi pada hakikatnya mereka menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

"Islam tidak mengajar umatnya memusuhi sesama Islam, tetapi PAS telah menghasut pelajar sekolah agama supaya membenci pemimpin UMNO dan BN dalam usaha mereka untk menguasai negara ini,' ujarnya lagi.

Beliau juga menasihati Nik Aziz supaya memberikan tumpuan yang lebih untuk membangunkan negeri Kelantan dan rakyatnya yang masih jauh ketinggalan.

Katanya, Kelantan masih lagi antara negeri yang termiskin dengan rakyatnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri pimpinan PAS.

"Daripada keterlaluan berpolitik untuk memecahbelahkan umat Islam, adalah lebih baik Nik Aziz memberi tumpaun untuk meningkatkan taraf hidup rakyat negeri itu," tambahnya.

Tiada ulasan:

Pengikut