Ahad, 22 Mei 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Kalau Nak Demo Mesti Lepas Sembahyang Jumaat, Kenapa?

Posted: 22 May 2011 12:55 AM PDT

Sering kali kita lihat bila pihak pembangkang nak mengadakan demosntrasi, terutama di kawasan sekitar Kuala Lumpur, masa yang dipilih mesti selepas waktu sembahyang jumaat.

Adakah secara kebetulan masa ini dipilih atau memang waktu selepas sembahyang ini adalah waktu 'suci' untuk melaksanakan demonstrasi?

Semalam (Jumaat, 20hb Mei 2011) saja pembangkang merancang 2 demonstrasi (seringkali dipanggil Himpunan), satu di depan pejabat Utusan dan satu lagi di depan Masjid As-Syakirin, KLCC berkenaan isu kilang Lynas di Gebeng Kuantan.

Benar, hampir 2 minggu lepas pembangkang juga menganjurkan demonstrasi di Kuantan berkenaan isu sama yang dihadiri lebih kurang 150 orang, tapi demonstrasi itu dianjurkan oleh NGO yang ditubuhkan untuk menghalang projek tersebut bernama Stop Lynas sebelum dihijack oleh pembangkang seperti DAP dan PKR.

Tapi itu hanyalah beberapa, majorit demonstrasi haram pembangkang memang diadakan selepas sembahyang jumaat berakhir.

Hakikatnya, penganjuran demonstrasi selepas waktu sembahyang jumaat ini menunjukkan pembangkang tiada atau tidak cukup sokongan untuk meramaikan demonstrasi, maka itu mereka memilih waktu dimana orang berkumpul dalam keadaan yang tidak menyalahi undang-undang untuk mengadakan demonstrasi.

Psikologinya, ambil gambar beberapa orang memegang poster memekik dan melalak perkara yang menjadi isu, berlatar belakangkan jemaah yang sedang sibuk keluar masjid untuk balik ke tempat kerja, menunjukkan seolahnya mereka mendapat sokongan ramai, sokongan rakyat.

Juga mengambil kesempatan dari masa yang ada sebelum 2.30 petang (waktu normal sebelum masa rehat berakhir) untuk menarik seberapa banyak penonton yang boleh digambarkan sebagai turut sama memberi sokongan, walhal depa tengok saja menunggu waktu rehat habis.

Bagi menegaskan yang pembangkang tidak cukup orang untuk menganjurkan demonstrasi, Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip memberikan alasan disini bahawa pembatalan demonstrasi PKR di hadapan bangunan Utusan kerana ingin memberi keutamaan kepada demonstrasi di depan Masjid As-Syakirin KLCC.

Tak ke lawak punya alasan tu?

Macam mana parti yang konon mendapat sokongan rakyat atas pelbagai isu tidak punya cukup crowd untuk mengadakan demonstrasi sehingga terpaksa dipindah-pindah pulak ahli masing-masing?

Itu menunjukkan sememangnya mereka tidak cukup sokongan, dan waktu sembahyang jumaat sengaja dipilih bagi nak menunjukkan seolahnya mendapat sokongan, walhal sokongan itu hanya dikalangan mereka saja, rakyat tak peduli pun.

Rakyat diminta tidak tertipu dengan permainan psikologi pihak membangkang dalam nak menunjukkan seolahnya mereka mendapat sokongan sedangkan sebenarnya tidak.

Tiada ulasan:

Pengikut