Isnin, 18 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


TERBUKTI KEMAMPUAN SEBENAR TAIB MAHMUD

Posted: 18 Apr 2011 12:16 AM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SEKALI lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana berjaya mengekaklkan kemenangan cemerlang Barsian Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

Kemenangan itu, selain bukti rakyat menerima kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, jelas menunjukkan rakyat Sarawak masih lagi memerlukan khidmat bakti Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.

Oleh sebab itu, apabila Taib Mahmud mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Abang Barieng di Astana Negeri, kira-kira setengah jam selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi, saya melihat ketokohan dan karisma Taib Mahmud sememangnya masih hebat.

Sekaligus tsunami politik yang dicanangkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama sekutu pembangkangnya terutama DAP untuk menenggelamkan BN di Sarawak dengan memainkan isu 'kebencian' kepada Taib Mahmud sepanjang kempen pilihan raya atas sebab terlalu lama memerintah negeri tersebut, langsung tidak menjadi kenyataan.

Mereka menabur politik maki hamun dan disulami dengan prvokasi PKR bagi membakar sentimen rakyat Sarawak supaya menolak Taib Mahmud dan seterusnya menyingkirkan penguasaan PBB di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, pakatan pembangkang akhirnya sekadar menggigit jari dan terkedu apabila Taib Mahmud berjaya mengekalkan kerusi DUN Balingian dengan majoriti cukup selesa, iaitu 5,154 dalam pertandingan tiga penjuru.

Taib Mahmud dicabar oleh sepupunya, Datuk Salleh Jafaruddin yang bertanding atas tiket Bebas dan calon PKR yang pertama kali bertanding, Suriati Abdullah.

Selain Taib Mahmud, pemimpin BN negeri yang berjaya mengekalkan kedudukan ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak, Datuk James Masing di DUN Baleh dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan di DUN Pakan.

Bagaimanapun, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengalami kekalahan paling teruk kepada DAP. Parti itu hanya memenangi enam daripada 19 keruisi yang dipertandingkan.

Berikutan kekalahan memalukan itu, Presiden SUPP Tan Sri Dr. George Chan dan setiausaha agungnya, Sim Kheng Hui dilaporkan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Jawatankuasa Pusat (CWC).

Pada pilihan raya itu, BN berjaya mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga setelah memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Saya difahamkan, SUPP banyak dianggotai oleh masyarakat Cina dan kekalahan mereka kepada calon DAP telah menimbulkan pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.

Oleh sebab itu, apabila ada desas-desus mengatakan salah seorang pemimpin SUPP dikatakan bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak, saya berpendapat perkiraan tersebut amat tidak munasabah.

Bagaimanapun sebuah parti komponen BN yang kalah sebegitu teruk masih boleh diberikan peluang ? saya amat berharap tidak desas-desus ini tidak menjadi sesuatu yang benar.

Kini Taib Mahmud sudah sah sebagai Ketua Menteri dan sekarang pula timbul bermacam-macam pandangan serta desakan yang mahu supaya Presden PBB itu mengotakan janjinya untuk bersara.

Memang kita akui dan tidak nafikan bahawa Taib Mahmud berjanji akan berundur dan perkara ini juga sudah disahkan sendiri oleh Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Pada pandangan saya, seseorang pemimpin itu pastinya akan berundur apabila tiba waktunya.

Begitu juga dengan Taib Mahmud, beliau pasti akan melunaskan janjinya dan semalam beliau sudah jelaskan, akan bersara pertengahan penggal ini.

Sedikit pandangan, apakah buat masa ini adalah masa yang sesuai untuk Taib Mahmud berundur, sedangkan beliau telah membuktikan bahawa kepimpinannya sehingga kini berjaya mengukuhkan penguasaan BN di Sarawak dan beliau juga berjaya mengekalkan PBB sebagai sebuah parti unggul dengan memenangi kesemua kawasan DUN yang ditandinginya. Inilah kehebatan sebenar Taib Mahmud !

Lainlah jika beliau sendiri tewas dan PBB pula turut kehilangan kerusi kepada pembangkang.

Hakikatnya kita kena akui bahawa Taib Mahmud adalah arkitek modern Sarawak dan khidmat bakti, pengalaman dan pandangannya masih lagi diperlukan di Sarawak.

Kita kena ambil iktibar kepada keputusan pilihan raya negeri itu yang jelas menunjukkan pengundi Cina sudah menolak BN, jadi bukan masanya untuk kita pula mengusutkan lagi keadaan.

Saya melihat isu pengunduran Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak hanyalah nyanyian pembangkang yang kecewa kerana politik kebencian yang mereka sebarkan ternyata tidak dapat diterima oleh rakyat negeri itu.

Isu Taib Mahmud dan desakan supaya beliau berundur adalah agenda pembangkang dan kita yang berada dalam BN tidak perlu untuk melayani rentak pembangkang.

Sebaliknya, seluruh parti-parti komponen BN terutama di Sarawak perlu melakukan post-mortem untuk membaikpulih kekuatan manakala BN di Semenanjung perlu menjadikan keputusan di Sarawak itu sebagai pengajaran dan peringatan.

Sekali saya tegaskan bahawa pengundi Cina sememangnya tidak boleh kita harapkan walaupun kerajaan BN telah mencurah beratus juta ringgit untuk kepentingan kaum mereka.

UMNO Bahagian Cheras amat menghargai di atas kemenangan cemrlang BN pada pilihan raya Sarawak baru-baru ini, yang membuktikan kepimpinna Taib Mahmud masih dan amat diperlukan oleh rakyat Sarawak.

Tiada ulasan:

Pengikut