Isnin, 18 April 2011

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Hamidah dakwa Nizar ' lambai' bohong!

Posted: 17 Apr 2011 06:02 PM PDT

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini kecoh seketika apabila ketua pembangkang, Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa berbohong semasa membawa usul tergempar untuk membahaskan penahanan 14 peserta perhimpunan haram di luar bangunan DUN Perak oleh polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu menyatakan bahawa usul tersebut perlu dibahaskan kerana terdapat seorang peserta perhimpunan itu cedera teruk dipukul polis sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Tidak berpuas hati dengan tuduhan itu, Hamidah Osman (BN- Sungai Rapat) mencelah mengatakan Mohammad Nizar berbohong kerana peserta yang cedera itu, P. Ramesh sebenarnya hanya cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Hamidah menggunakan Perintah Tetap (PT) Dewan Negeri 36(a) yang menyatakan setiap ADUN perlu bertanggungjawab dengan kebenaran kenyataan yang dibuat.

Bagaimanapun, usul tersebut ditolak oleh Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan dengan alasan bukan satu isu yang sangat penting yang perlu dibahaskan dengan segera.

Ketika ditemui pemberita, Hamidah berkata, beliau tidak mahu menggunakan PT Dewan Negeri 36(b) untuk merujuk ketua pembangkang itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana tidak mahu terheret dengan permainan pembangkang.

''Saya ambil keputusan untuk tidak membawa usul merujuk ADUN Pasir Panjang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana DUN ialah tempat untuk membincangkan masalah rakyat," ujarnya.

Menurut Hamidah, beliau difahamkan bahawa peserta berkenaan cuma cedera sedikit semasa meronta-ronta ketika ditahan polis.

''Ikutkan, dia tidak perlu dapatkan rawatan di hospital pun tetapi dia pergi juga. Di hospital, dia cuma diberikan rawatan sebagai pesakit luar, bukannya masuk ICU.

''Saya difahamkan, perhimpunan tersebut didalangi oleh seorang pemimpin pembangkang di Sungai Siput. Kalau mereka hendak jumpa Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, kenapa datang ketika DUN sedang bersidang?'' katanya.

Nampak sangat politik murahan Nizar Lambai..sungguh memalukan!!!

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Pengikut