Pemuda Johor Bahru |
Pemuda BN Johor Bahru anjur Kejohanan Golf Terbuka Posted: 18 Apr 2011 06:50 PM PDT |
Pemuda UMNO Johor Bahru Serah Memorandum Sokong SPRM Posted: 18 Apr 2011 05:19 PM PDT Serah memorandum sokongan kepada SPRM Johor JOHOR BAHRU 18 April – Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru dan Persatuan India Muar menyerahkan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di sini hari ini. Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Khaled Mohamad; Presiden Tiong Hua Johor Bahru, Lim Ik Kim dan Naib Presiden Persatuan India Muar, Dr. Samuel P.T. Abraham kepada Pengarah SPRM negeri, Simi Abdul Ghani di Pejabat SPRM Johor di sini. Tujuannya adalah bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap segala usaha dan tanggungjawab dilakukan suruhanjaya itu yang sejak akhir-akhir ini sering dipertikaikan kredibilitinya. Khaled berkata, SPRM kini dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu yang jahil, tidak memahami sistem perundangan dan mempunyai agenda tersembunyi terutama dalam isu kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, dan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, baru-baru ini. “Kita tidak mahu siasatan SPRM dipolitikkan pihak tertentu dan dijadikan senjata untuk menjatuhkan SPRM. Jangan gunakan isu ini (Beng Hock dan Ahmad Sarbani) sebagai alat dan ada pihak kononnya menjadi pejuang rasuah,” katanya. Ik Kim pula membidas pihak tidak bertanggungjawab itu kerana mengambil kesempatan terhadap isu tersebut yang masih lagi dibicarakan di mahkamah dan dalam siasatan polis semata-mata mengalih perhatian orang ramai daripada isu lebih besar lain untuk kepentingan politik. Dalam pada itu, Samuel yang juga Ketua Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Muar berharap, pihak tertentu tidak campur tangan dalam siasatan pihak SPRM. “Kita tidak mahu ada campur tangan pihak ketiga sama ada untuk kepentingan peribadi atau pihak politik kepartian. Biar polis dan SPRM yang menyiasatnya,” ujar beliau. Simi ketika ditemui, meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan dan pihaknya amat menghargai suntikan semangat ini supaya SPRM dapat terus melaksanakan tanggungjawab memerangi rasuah dan salah guna kuasa. Semua bentuk sokongan itu katanya, akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan menghargai kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap badan tersebut. Sumber : Utusan Malaysia Online |
You are subscribed to email updates from Pemuda Johor Bahru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan