Rabu, 23 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali cabar Anwar sahut saranan ulama PAS supaya bersumpah dengan nama Allah

Posted: 22 Mar 2011 08:45 PM PDT















DATUK Seri Anwar Ibrahim dicabar menyahut saranan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib supaya mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan bersumpah dengan nama Allah jika benar tidak bersalah.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, walaupun Ketua Dewan Ulama PAS itu tidak menyebut individu terbabit tetapi ianya dilihat cenderung kepada Anwar yang kini sedang bedepan dengan kes liwat dan rakaman video seks.

"Oleh sebab itu, saya cabar Anwar supaya bersumpah dengan lafaz nama Allah bahawa beliau tidak sesekali melakukan perbuatan jijik lagi mengaibkan itu," tegasnya.

Beliau bersetuju dengan pandangan Harun Taib supaya ada penyelesaian cara Islam di mana yang tertuduh perlu bersumpah mengikut Islam bagi membuktikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh.

Sehubungan itu tegasnya, Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini sedang bergelut dalam perbicaraan meliwat Mohd. Saiful Bukhari dan rakaman aksi video lucah perlu membersihkan dirinya mengikut cara Islam.

"Semalam Anwar tuduh ada pihak tertentu cuba mengaibkabn diri dan keluarnya dalam isu video seks, jadi untuk membersihkan segala anggapan itu, maka eloklah beliau bersumpah mengunakan al-quran," ujarnya.

Orang Islam berani bersumpah dengan nama Allah jika yakin tidak bersalah
Menurutnya, umat Islam akan berpuashati jika Anwar sanggup bersumpah dengan nama Allah dan dibuat dengan ikhlas.

Bagaimanapun kata Syed Ali, sikap Anwar yang berdegil tidak mahu bersumpah di masjid seperti didesak pelbagai pihak sejak sekian lama menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS yang mahukan mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah sekiranya benar tidak bersalah.

Harun Taib bagaimanapun menjelaskan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu hendaklah dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti keterangan yang sangat kukuh dan jelas.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu memberikan pandangan tersebut dalam reaksinya berhubung laporan ahkbar semalam mengenai seorang Ketua Pembangkang terbabit dalam video seks.

Menurut Syed Ali lagi, sikap Anwar yang enggan melafazkan sumpah dengan menyebut nama Allah akan menyebabkan timbul anggapan bahawa segala tuduhan salah laku moralnya disifatkan sebagai benar.

Anwar tidak akan dengar teguran ulama PAS

"Anwar tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak, tetapi jika benar dia seorang Islam, maka ikutlah cara Islam dengan melafazkan sumpah bersaksikan al-quraan," tegasnya.

Bagaimanapun kata beliau, Anwar tidak mudah untuk mendengar segala nasihat dan teguran daripada ulama PAS sebaliknya lebih 'seronok' mendapat bimbingan daripada DAP.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pagi ini yang memutuskan Anwar tidak perlu menyerahkan sampel DNA, beliau berkata keputusan tersebut perlu dihormati.

Katanya, tiga barang kes yang boleh diguanakan untuk mendapatkan sampel DNA akan memberikan jawapannya sama ada beliau bersalah atau tidak dalam kes meliwat Mohd. Saiful.

Mahkamah putuskan Anwar tak perlu serah sampel DNA

Posted: 22 Mar 2011 07:53 PM PDT

Berita Terkini :
HAKIM Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah pagi ini (Rabu) memutuskan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyerahkan sampel DNA yang dituntut pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat dengan Mohd. Saiful Bukhari.

Bagaimanapun, mahkamah turut memutuskan membenarkan tiga (3) spesimen yang diambil dari penjara boleh diterima sebagai bukti untuk DNA.

Tiga spesimen itu ialah tuala,berus gigi dan botol air mineral.Sebelum ini mahkamah semasa perbicaraan dalam perbicaraan telah menolak spesimen itu sebagai bukti kerana pihak peguambela Anwar mendakwa ia diambil tanpa pengetahuan.

Tiada ulasan:

Pengikut