Kuala Lumpur, 23 Mac- Kemelut video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang yang menggegar politik negara dua hari lalu semakin menarik apabila hari ini, `Datuk T' tampil memberi penjelasan berkenaan video berkenaan. Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengesahkan `Datuk T' yang sedang menimbulkan misteri merupakan 'Datuk Trio- (bertiga)' yang melibatkan beliau sendiri bersama Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.
"Kami merasakan bahawa kami perlu membuat penjelasan berkenaan isu ini supaya tidak ada timbul prasangka ataupun salah faham terhadap kami. Pertama sekali, sahabat saya, Datuk Eskay mengetahui bahawa terdapat satu video yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam pembangkang.
Saya rasa bahawa perkara ini harus diketahui oleh masyarakat umum terutamanya pihak media. Kita faham bahawa pihak media inilah yang akan mempertahankan kebenaran dan akan menolak kebatilan," ujarnya bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, petang tadi.
Apabila mengambil keputusan untuk mendedahkannya kepada pihak media, merekatelah memilih Carcosa memandangkan di sana lebih selamat dan eksklusif. Di sana, ditunjukkan video tersebut kepada media oleh Datuk Eskay dan Datuk Shuib supaya pemimpin-pemimpin media ini faham perkara yang sebenae
SUMPAH TAK BERANI / TAK MAHU SERAH DARAH UNTK DNA - MASIH LAGI NAK TUDUH ORANG LAIN ? INI KAH BAKAL PM ? MACAM DIA TAK BUAT SALAH PULAK ? ALMAKLUMLAH BILA DAH DAPAT TIKET DARI TUAN GURU, AKU TUNGGU DI PINTU SYURGA....
Pakatan selesai bahagi kerusi p'raya Sarawak Hazayani Zakaria - SUMBER harakah daily
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pengagihan kerusi bagi PAS, PKR dan DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak telah selesai dan Pakatan Rakyat bersedia bekerja sebagai satu pasukan di negeri itu.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti termasuk Snap bersetuju dengan kerusi yang ditetapkan.
"Secara keseluruhan kita telah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen, sebentar tadi.
Tiga pengarah jentera pilihan raya yang akan menyelaras jentera kempen Pakatan Rakyat ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Tan Kok Wai
BN Perak tuntut ahli parti sentiasa setia Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
2011/03/23 Pembelot, sabotaj orang dalam punca utama jatuh ke tangan pembangkang pada 2008
SENARIO politik Perak ketika ini mungkin tidak sehebat di Sarawak, namun bahang lautan gelombang biru – Barisan Nasional (BN) di negeri yang pernah terkenal dalam peta dunia sebagai pengeluar bijih timah ini, semakin terserlah ketika tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.
Semangat itu ketara ketika 2,175 perwakilan daripada pelbagai parti komponen BN di Perak berhimpun dalam Konvensyen BN Perak bertempat di Marina Island, Teluk Muroh, Lumut, Sabtu lalu. Konvensyen itu yang turut melakar sejarah BN Perak kerana kali pertama diadakan di negeri berkenaan, ibarat senjata ampuh BN negeri dalam membuat persediaan terutama memberi peringatan tegas, merencanakan strategi dan tindak balas berkesan dalam memastikan BN terus menjadi juara di hati rakyat, sekali gus menafikan cita-cita pembangkang menawan semula Perak. Misi utama ialah untuk terus mempertahankan kepemimpinan BN di negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008, sebelum BN kembali memerintah apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN pada Februari 2009.
Lantaran itu, ucapan dan perbahasan pada konvensyen itu sarat kepada isu persediaan parti untuk berdepan pembangkang yang sememangnya mempunyai dendam kesumat terhadap BN yang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri ketika pembangkang hanya sempat 'menawannya' 11 bulan.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menggunakan kesempatan itu meluahkan apa yang terbuku di hatinya secara terus kepada pemimpin dan ahli akar umbi.
Begitu juga Timbalan Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Presiden MCA merangkap Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) merangkap Pengerusi PPP negeri, Datuk Seri M Kayveas; Timbalan Presiden GERAKAN merangkap Pengerusi GERAKAN negeri, Datuk Chang Ko Youn dan Pengerusi MIC negeri, Datuk S Veerasingam. Tidak cukup dengan itu, perwakilan turut mendengar petua, saranan dan teguran terbuka empat tokoh BN yang dijemput menyampaikan ucapan iaitu bekas Presiden GERAKAN, Tun Dr Lim Keng Yaik; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang semuanya begitu arif dan ada kaitan rapat dengan perkembangan politik di Perak.
Selain ingatan terarah kepada meningkatkan kesiapsiagaan jentera BN dan terus melakukan perubahan, rumusan penting terhasil daripada konvensyen sehari itu adalah meminta ahli parti tidak lupa mengambil iktibar apa yang berlaku kepada BN pada pilihan raya umum lalu termasuk sikap dan tindakan pemimpin serta penyokong BN sendiri yang melakukan sabotaj kepada parti.
Zambry mengakui kekalahan BN Perak di tangan pembangkang bukan kerana pihak lawan kuat tetapi berpunca kelemahan dalam BN. Buktinya, kemenangan pembangkang di kerusi tertentu hanya dengan majoriti terlalu kecil. Beliau turut menyatakan rasa kecewanya terhadap sabotaj dilakukan sesetengah ahli parti dalam BN sendiri.
"Selepas PRU-12, kita tahu siapa kawan dan siapa lawan. Pada pilihan raya itu, hari ini kita kalah, esok sudah ada yang membawa bendera DAP. Kita juga kecewa apabila rakan yang minum, makan, malah 'makan atas tapak tangan kita pun' rupa-rupanya bersikap begitu (belot).
"Patutlah apa yang dibuat UMNO, MCA, GERAKAN, MIC dan PPP, semuanya pembangkang tahu kerana perbuatan orang seperti ini yang main kayu tiga," katanya.
Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor turut menuntut semua ahli setia kepada parti dengan menghormati siapa saja yang akan dipilih sebagai calon serta saling menghormati dan membantu antara parti komponen kerana ia resipi kejayaan BN Perak.
BN Perak perlu berpegang kepada konsep 4A iaitu 'Adopt' (mengadaptasi dengan suasana), 'Accept' (menerima hakikat kekalahan berpunca kelemahan BN), 'Avoid' (mengelak kelemahan) dan 'Alter' (memperbetulkan perkara yang tidak betul), selain memastikan setiap ahli parti dalam BN bergerak senada bersesuaian konsep 1Malaysia, dalam mendepani cabaran pembangkang.
"Saya berharap semangat yang ditunjukkan dalam konvensyen ini dapat memugarkan semangat baru dalam BN di Perak," katanya sambil mengingatkan BN Perak akan berdepan suasana 'peperangan baru' yang menuntut komponen itu melaksanakan strategi, pendekatan dan 'senjata' baru, selain bijak membaca hasrat, gerakan dan perencanaan pihak lawan jika mahu menang," katanya.
Wakil rakyat perlu kekal sihat, cergas Oleh Liow Tiong Lai
2011/03/23 Mengekalkan rutin hidup sihat penyelesaian masalah sakit kronik
HARI mengundi tiba. Seperti anda semua, saya ke pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara dan sistem demokrasi yang kita dokong.
Dengan mengundi, saya terbabit dalam proses memilih seorang wakil ke Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, untuk membawa suara, hasrat dan harapan saya bagi sebuah negara yang lebih baik dengan suasana hidup yang aman dan sejahtera. Kita mengundi mereka yang dapat memperjuangkan hak kita serta berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengenal penat lelah. Ini bermakna kita mahu mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas dan kuat bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik biar di bawah apa juga cabaran dan tekanan. Sebagai seorang wakil rakyat, saya lebih daripada sedar beban tanggungjawab ini dan kesannya kepada saya sebagai seorang manusia. Lazimnya, sesuatu hari itu bermula sebaik-baik saja siang berganti malam. Saya bangun pada waktu subuh selepas menikmati tidur selama beberapa jam saja. Sebaik saja membuka mata, saya terus teringat 1,001 macam perkara yang perlu saya lakukan pada hari itu.
Jadual bagi satu-satu hari itu biasanya padat dengan mesyuarat, acara dan perjalanan ke sesuatu tempat kerana itulah tugas wakil rakyat – berjumpa dan mendengar – tanpa mengira hujan atau panas. Kerana terpaksa bergerak dengan cepat ke sana sini, kadang kadang tidak sempat makan dan ada kalanya pula terlalu banyak makan.
Yang tinggal untuk diri sendiri hanyalah waktu malam. Masa inilah yang dicuri untuk meluangkan sedikit masa dengan keluarga atau menyiapkan kerja saya. Inilah juga masa untuk merenung kembali apa yang telah dibuat dan apa yang hendak dibuat untuk hari esok pula. Jadual ketat ini bersambung dari hari ke hari dan perlahan-lahan tekanan pun mula meningkat dari segenap sudut.
Tiada siapa kata kerja ini mudah. Semua wakil rakyat cukup sedar akan hakikat ini. Pun begitu, kami tetap melakukannya kerana mahu berkhidmat kepada rakyat dan untuk rakyat. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana seorang wakil rakyat hendak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan jika dia tidak menjaga kesihatannya? Dalam masa dua setengah tahun yang lalu, kita telah kehilangan sebilangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sakit dan meninggal dunia.
Ada yang diserang sakit jantung dan strok dan ada yang mati akibat penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis. Ada juga yang kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Hidup mati kita di tangan Tuhan. Serangan penyakit tidak dapat diramal. Tetapi ada cara dan ikhtiar yang boleh diambil bagi mencegahnya.
Awal tahun ini, pada masa kita menghadapi pilihan raya kecil ke-14 sejak Pilihan Raya Umum 2008, saya membuat cadangan supaya wakil rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan bagi memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.
Apa yang saya cadangkan itu adalah apa yang saya harap dapat dilakukan oleh semua orang kerana ia elok dijadikan satu amalan hidup kita. Bagaimanapun, bila saya membuat cadangan itu, ada pula yang mengatakan bahawa pemeriksaan tahunan semata-mata tidak boleh mencegah kematian.
Ini memang betul. Sesungguhnya, pemeriksaan itu hanyalah langkah pertama ke arah mengecapi kesihatan yang lebih baik. Pemeriksaan yang kerap, sebaik-baiknya setahun sekali, ada beberapa faedah. Pertama, ia membolehkan kita memantau petunjuk penting kesihatan kita seperti berat badan, tekanan darah, tahap kolesterol dan gula dalam darah.
Jika ada sesuatu yang tidak kena, doktor akan dapat mengenal pastinya pada peringkat awal lagi. Ini membolehkannya memperakukan langkah yang boleh diambil bagi mencegah komplikasi. Ada kalanya, langkah itu membabitkan perubahan gaya hidup atau dengan mengambil ubat, dan ada kalanya pula, prosedur tertentu perlu dilakukan atau dengan menjalani terapi. Dalam banyak keadaan, langkah awal mengenal pasti masalah kesihatan dapat menyelamatkan nyawa.
Satu lagi faedah yang tidak begitu disedari ramai ialah, pemeriksaan kesihatan sebenarnya mendorong kita untuk menjadi bertambah sihat. Bila kita tahu bahawa kita perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan 'report card' kesihatan kita, kita akan lebih bersungguh-sungguh kerana sudah tentu kita ingin melihat keputusan yang baik.
Untuk mengekalkan satu rutin hidup sihat iaitu makan dengan betul, bersenam dengan kerap dan menghindar diri daripada rokok dan minuman keras, bukanlah mudah. Kebanyakan kita memerlukan sesuatu untuk mendorong kita – dan sesuatu itu ialah pemeriksaan kesihatan yang kerap.
Semoga selepas ini, jika ada orang rasa terdorong untuk tambah nasi bagi kali ketiga atau ponteng senaman petang atau terasa hendak nyalakan sebatang rokok, dia akan terdengar suara doktor menegurnya.
Saya juga percaya jika wakil rakyat menjalani pemeriksaan tahunan, mereka sudah tentu akan menunjukkan contoh yang baik dari segi kepemimpinan melalui teladan. Mana boleh kita bercakap tentang gaya hidup sihat, membelanjakan wang untuk kempen hidup sihat dan menyuruh orang ramai mengubah tabiat makan, jika kita sendiri tidak mengamalkan apa yang kita cakap?
Kita, sebagai wakil rakyat, meminta pengundi memberi kepercayaan kepada kita, maka kita perlu membuktikan yang kita layak diberikan kepercayaan itu dan mampu memikulnya.
Bagaimanapun, bukan ahli politik saja yang terdedah kepada risiko komplikasi kesihatan. Dengan masyarakat yang semakin moden dan bergerak pantas, pekerjaan yang membawa tekanan serta gaya hidup tidak sihat, tercetus bersamanya ruang yang cukup tepat bagi kemunculan penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kencing manis dan kanser.
Alangkah baiknya jika saya mempunyai penyelesaian ajaib bagi menolong mereka yang berkenaan itu untuk hidup sihat. Jika ada, sudah tentu saya akan memberikan rahsianya kepada semua rakan saya di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Sebenarnya, tidak ada jalan mudah. Kita perlu berdisiplin dan berusaha, samalah seperti manusia berusaha untuk mencapai perkara lain dalam hidup mereka. Pemakanan sihat, bersenam dan bergiat cergas dalam aktiviti fizikal, dan menghindarkan diri daripada rokok dan minuman keras - inilah penyelesaiannya. Tidak ada jalan mudah.
Penulis ialah Menteri Kesihatan Malaysia. Ikuti blognya (www.liowtionglai.com/blog), atau Twitter (@liowtionglai).
2011/03/23 PARTI pembangkang di Sarawak semakin terdesak dalam usaha mereka untuk mengejar 'mimpi disiang hari' bersama rakan-rakan yang 'tidur sebantal tapi mimpi lain-lain'.
Bukan saja usaha parti pembangkang untuk menjalin kerjasama hampir mustahil menjadi kenyataan tidak menjadi akibat tiada persefahaman dan tolak ansur sesama mereka, malah perkembangan terkini menyaksikan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) bagaikan melakukan provokasi terhadap rakan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR). Semalam, Presiden SNAP, Edwin Dundang, yang mengumumkan 11 lagi calonnya, menjadikan jumlah calon SNAP yang sudah diumum setakat ini berjumlah 27 orang, hanya membenarkan PKR bertanding di kerusi majoriti Dayak dengan syarat menggunakan lambang SNAP. Lebih mengejutkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, yang akan bertanding di kerusi DUN Ba'kelalan turut diminta oleh SNAP bertanding atas tiket parti itu kerana kawasan berkenaan juga majoriti pengundinya Dayak.
Ini adalah satu tamparan hebat kepada PKR terutama kepada presidennya kerana ia sama sekali tidak masuk akal, aneh dan provokasi buat PKR yang ingin menjadi 'ketua' di kalangan pembangkang di Sarawak.
"Di mana maruah PKR jika Pengerusi PKR pun terpaksa bertanding atas tiket SNAP. Saya melihat ia sebagai satu provokasi dan SNAP kini ibarat duri dalam daging dalam pakatan pembangkang. Saya yakin PKR tidak akan menerima syarat aneh SNAP ini," kata penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir.
Lebih daripada itu, SNAP - parti berusia 50 tahun di Sarawak, turut menuntut supaya PKR mengiktiraf SNAP sebagai parti tempatan paling dominan dan mahu mengetuai kerajaan jika mereka menang. Ini kerana sebelum ini PKR telah mengisytiharkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, bakal menjadi Ketua Menteri jika pembangkang berjaya merampas kerajaan negeri pada pilihan raya negeri kali ini. Belum pun apa-apa, kedua-dua parti pembangkang itu sudah berebut jawatan Ketua Menteri. Ini kerana semalam, Edwin berkata, SNAP lebih dominan berbanding PKR dan lebih layak menerajui kerajaan negeri.
Ahad lalu, SNAP yang dikatakan masih mempunyai pengaruh terutama di kawasan luar bandar 'berpatah arang, berkerat rotan' dengan PKR yang dianggap terlalu bongkak dan tamak apabila mahu membolot 52 kerusi dalam perundingan pengagihan kerusi sesama pembangkang sehingga mengumumkan tidak akan lagi berunding dengan PKR dalam soal pengagihan kerusi.
Pada sidang media semalam, Edwin berkata, berdasarkan pertemuan dan perbincangan pihaknya dengan pemimpin tertinggi PKR kelmarin, SNAP berharap dapat mengetuai kerajaan Sarawak seperti PKR di Selangor, DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan.
"Adalah jelas kami masih bersama pakatan pembangkang serta tiada isu bagi kami meninggalkan pembangkang, namun apa yang diharapkan adalah PKR mengiktiraf kami sebagai parti pembangkang yang dominan berdasarkan pengalaman kami.
"Sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas ini apa yang akan terjadi? Disebabkan itu kita mahu majoriti kerusi diberikan kepada SNAP serta mahu mengetuai kerajaan," katanya.
Bagi Dr Jeniri, tidak mungkin akan wujud kerjasama dan persefahaman tulen antara pembangkang, apa lagi SNAP bertegas untuk mengemukakan ramai calon dengan menamakan 27 nama setakat ini, ketika pembangkang belum memuktamadkan lagi rundingan pengagihan kerusi.
"Saya tidak fikir pakatan pembangkang bersedia bertolak ansur dan berkompromi dengan tuntutan SNAP ini, apa lagi SNAP meminta supaya ia diisytiharkan sebagai parti dominan. Ini akan memberi implikasi besar jika pembangkang menang dengan berlaku perebutan jawatan Ketua Menteri.
"Malah, saya sudah meneliti senarai calon yang diumumkan SNAP setakat ini, dengan kebanyakan calon adalah muka yang sudah lesu dan tidak meyakinkan pengundi.
"Perkembangan terbaru ini akan memberi kesan negatif kepada hasrat dan impian pembangkang untuk memberi impak besar pada pilihan raya kelak," katanya
2011/03/23 Syarat kepada dua calon PKR jika mahu elak pertembungan
KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian, perlu bertanding menggunakan lambang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) jika mahu menjadi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'kelalan, kawasan yang dianggap 'gerenti menang' oleh pembangkang.
Turut 'diarahkan' berbuat demikian oleh SNAP ialah Naib Pengerusi PKR, Nicholas Bawin yang berhasrat bertanding di DUN Batang Air. Jika mereka enggan memenuhi syarat itu, SNAP yang berjuang atas dasar mahu menyatukan kembali masyarakat Dayak, akan meletakkan calon mereka, menyebabkan pertembungan sesama pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional (BN). Kedua-dua kerusi itu yang majoriti pengundinya kaum Dayak, kini diwakili oleh BN, iaitu Nelson Balang Rining di Ba'kelalan dan Malcolm Mussen Lamoh di Batang Air. Pengerusi SNAP, Edwin Dundang, ketika sidang akhbar mengumumkan 11 lagi nama calon parti itu berkata pihaknya sudah mempunyai dua calon untuk bertanding di kawasan kedua-dua berkenaan, namun atas dasar menghormati dua pemimpin PKR (Baru dan Nicholas), nama mereka tidak diumumkan lagi.
"Kita tidak mengumumkan calon di Ba'kelalan dan Batang Air kerana ia adalah kawasan panas dan difahamkan PKR dijangka mengumumkan nama Baru Bian dan Nicholas Bawin sebagai calon.
"Mereka berdua adalah contoh pemimpin Dayak, namun kami mahu Baru dan Nicholas bertanding atas tiket SNAP atas dasar penyatuan masyarakat Dayak yang kini berpecah," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung SNAP, Stanley Jugol.
Edwin berkata, jika PKR meneruskan hasrat meletakkan calon di kawasan yang sudah diumumkan SNAP, adalah jelas mereka tidak menghormati serta cuba sekali lagi memecahkan masyarakat Dayak. "Dayak ketika ini berpecah. Mereka ada dalam empat parti komponen Barisan Nasional (BN) dan kini berpecah dalam parti pembangkang pula... SNAP mahu menyatukan mereka kembali kerana kami 'lahir dan besar' di Sarawak," katanya.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan satu lagi insentif bagi membela nasib pesara sektor awam.
Penjawat awam yang memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila bersara pada umur wajib layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma. Kemudahan ini bukan sahaja melibatkan pesara berkenaan tetapi juga anggota keluarga tanggungan mereka.
Kata Perdana Menteri, ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa. Pengumuman ini sudah tentu memberi kelegaan dan keselesaan hidup kepada kakitangan awam terbabit apabila mereka tamat perkhidmatan.
Sebelum ini mereka yang mencarum dengan KWSP dijangka mengalami kesempitan hidup selepas menamatkan perkhidmatan mereka 10 tahun atau lebih daripada itu.
Mengikut data KWSP sendiri, kebiasaannya wang simpanan pencarum akan habis selepas tiga tahun dikeluarkan apabila mencapai umur wajib persaraan. Masalah wang ini juga melibatkan pencarum kakitangan kerajaan yang memilih skim KWSP daripada skim pencen.
Bagimanapun kita berharap kemudahan rawatan perubatan percuma ini diperluaskan kepada pekerja sektor swasta.
Ini kerana kebanyakan pekerja yang mencarum dengan KWSP adalah kakitangan swasta. Ramai yang tidak mampu membiayai kos perubatan kerana dalam usia warga emas itulah pelbagai jenis penyakit berbahaya muncul dan ada yang semakin kronik. Kos rawatan pula berjumlah puluhan ribu ringgit termasuk ubat-ubatan dan rawatan susulan.
Kita bersyukur kerana KWSP telah memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu ahli mengeluarkan caruman untuk membayar kos rawatan penyakit kritikal bagi diri sendiri dan juga keluarga.
Tetapi bagaimana pula kos rawatan selepas kakitangan swasta bersara? Setakat ini belum nampak skim yang betul-betul membela nasib pekerja swasta apabila mereka bersara kelak.
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP 1Malaysia) yang diperkenal tahun lalu bagi membantu individu yang bekerja sendiri menangani masalah simpanan pada hari tua seperti penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, penyanyi, pelakon, petani, nelayan, pemandu teksi dan peniaga kecil-kecilan juga belum menjamin untuk meringankan beban kewangan bagi membayar kos perubatan.
Rakyat tidak mencemburui apa yang kerajaan berikan kepada kakitangannya. Tetapi dalam sesetengah perkara, rakyat bukan kakitangan kerajaan juga mahu kerajaan membantu meringankan beban mereka termasuk harga rawatan dan ubat-ubatan yang mahal.
Untuk itu, barangkali kerajaan perlu merangka pelan untuk meringankan kos rawatan pesakit terutama warga emas lain yang banyak menghidap penyakit serius.
MELAKA 22 Mac - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri akan terus membuat pemantauan terhadap nelayan yang tidak turun ke laut tetapi masih menerima bantuan elaun sara hidup RM200 sebulan.
Pengarahnya, Baharin Omar berkata, maklumat sedang dikumpul ke atas 1,174 nelayan bagi memastikan mereka masih layak untuk menerima elaun sara hidup itu.
Menurut beliau, LKIM telah mengenal pasti ada segelintir nelayan tidak turun ke laut kerana mereka tidak mengambil minyak subsidi berdasarkan laporan harian yang diterima.
''Secara logiknya, apabila nelayan tidak mengambil minyak subsidi dalam tempoh yang lama sudah tentu mereka ini tidak lagi turun ke laut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, laporan itu tidak boleh diambil kira sebaliknya LKIM perlu bertemu nelayan terbabit bagi mengetahui punca mereka tidak mengambil minyak subsidi.
Katanya, adalah tidak wajar tindakan diambil ke atas nelayan tersebut tanpa mengetahui masalah sebenar dihadapi oleh mereka.
Sehingga 31 Januari 2011, seramai 1,174 nelayan di negeri ini menerima elaun sara hidup merangkumi 922 pemilik bot serta kapal dan 252 awak-awak dengan jumlah keseluruhan RM2.6 juta.
Elaun sara hidup telah mula dilaksanakan pada Jun 2008 bertujuan untuk mengurangkan bebanan nelayan akibat kenaikan harga bahan api, peralatan nelayan dan juga daripada kesan kegawatan ekonomi dunia.
Perkahwinan setiausaha Japerun Sungai Rambai dirai atas bot
Jalauddin Mamat dan Maria Mohamad menaiki bot Sungai Rambai Cruise di Jeti Laman Belia bagi mengabadikan hari bersejarah mereka di Melaka, baru-baru ini.
JASIN 22 Mac - Pelbagai cara yang dianggap unik dan menarik sering menjadi perhatian setiap pasangan pengantin untuk diabadikan pada hari bersejarah perkahwinan mereka. Bagi Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan DUN (Japerun) Sungai Rambai, Jalauddin Mamat, 53, beliau memilih menaiki bot Sungai Rambai Cruise di Jeti Laman Belia, bagi mengabadikan hari bersejarah bersama pasangannya, Maria Mohamad, 35, sempena majlis khas meraikan pasangan itu baru-baru ini. Kata Jalauddin, pengalaman bersama pasangannya diarak menaiki bot sejauh 200 meter bermula dari Jeti Laman Belia, hingga ke Kuala Kesang dan berpatah semula ke Laman Belia sukar dilupakan, lebih manis ia datang daripada idea Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hassan Rahman. Katanya, idea tersebut diatur tanpa pengetahuannya malah majlis meraikan persandingan pasangan itu diurus sendiri oleh kakitangan Japerun Sungai Rambai. ''Biarpun perkahwinan ini adalah yang kedua bagi saya dan isteri namun majlis yang diadakan amat bererti sekali kerana ia dihadiri pelbagai peringkat usia dan kaum penduduk Sungai Rambai," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini. Jalauddin yang bekerja di bawah pentadbiran Hasan sejak tahun 2004 telah menduda selama dua tahun selepas kematian isterinya akibat penyakit buah pinggang. Dia yang merupakan Ketua UMNO cawangan Jalan Datuk Nawar berkata, majlis itu diadakan penuh meriah apabila diserikan dengan persembahan nyanyian Dondang Sayang Jalan Datuk Nawar. Bercerita tentang detik perkenalan mereka, Jalauddin yang juga Tok Sidang Kg. Air Tawar berkata, detik perkenalan mereka diaturkan oleh ahli keluarga mereka sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan selama tiga bulan. Kata Jalauddin, biarpun terdapat perbezaan jarak usia antara mereka namun itu bukan penghalang buat pasangan itu mengecapi kebahagiaan dalam berumah tangga seperti orang lain. Sementara itu, menurut Maria, biarpun ketika ini dia bekerja di Muar namun ia tetap tidak menjadi masalah memandangkan jarak tempat kerja tidak jauh dari rumah suaminya dan berharap perkahwinan kedua ini berkekalan selamanya.
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN muin.sapidin@utusan.com.my
BUKIT MERTAJAM 22 Mac - Alasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa kemudahan WiFi percuma tidak dipasang di kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) dan Bebas kerana kurang penduduk dan tidak berdaya saing membuktikan sikap 'pilih bulu' kerajaan negeri dalam menyalurkan bantuan.
Selain mengecam kenyataan Guan Eng itu, wakil rakyat BN mempersoalkan polisi kerajaan negeri seolah-olah cuba meminggirkan hak penduduk di kawasan berkenaan yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu di luar bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga (Parlimen Kepala Batas), Datuk Azhar Ibrahim berkata, kenyataan Guan Eng itu bersifat dangkal kerana cuba meremehkan pemikiran rakyat di kawasan tersebut.
"Adalah tidak wajar menggunakan alasan kawasan ini tidak berdaya saing kerana kalau kita mahu kawasan ini lebih berdaya maju, kita sepatutnya beri kemudahan teknologi seperti ini, bukan dengan meminggirkannya," katanya di sini hari ini.
Akhbar hari ini memetik kenyataan Guan Eng yang menafikan wujud diskriminasi kepada kawasan Parlimen yang diwakili BN dan Bebas dalam program pemasangan WiFi percuma kerana pemilihan kawasan dibuat syarikat Redtone yang menguruskannya atas pertimbangan kawasan itu berdaya maju dan ramai penduduk.
Kontroversi berhubung isu itu tercetus ekoran kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Telekomunikasi negeri, Jeff Ooi dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, 19 Mac lalu bahawa tiga kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Nibong Tebal akan dikecualikan daripada menerima liputan WiFi atas alasan kekurangan dana.
Jeff bagaimanapun tampil dalam akhbar yang sama semalam dengan mendakwa kenyataannya diputar-belit manakala Guan Eng turut membuat penjelasan bahawa kerajaan negeri tidak membuat sebarang bayaran kerana segalanya ditanggung Redtone.
Azhar berkata, penjelasan Guan Eng itu hanya satu lagi dolak-dalik untuk menutup sikap 'pilih bulu' kerajaan negeri seperti yang digambarkan melalui kenyataan Jeff sebelum ini.
"Kawasan-kawasan Parlimen tersebut rata-ratanya diduduki masyarakat bumiputera. Adakah ini satu kebetulan atau kerajaan negeri berpandangan golongan ini tidak layak untuk terima kemudahan sama seperti penduduk di kawasan lain?" soalnya.
ADUN Sungai Dua (Parlimen Tasek Gelugor), Datuk Jasmin Mohamed pula berkata, dakwaan bahawa kawasan terbabit tidak ramai penduduk adalah satu pembohongan seperti di Sungai Dua dan Telok Air Tawar yang jumlah penduduknya semakin bertambah saban tahun.
"Bukan sesuatu yang mengejutkan jika mainan politik ini dibuat untuk beri tekanan kepada penduduk yang menyokong BN," jelasnya.
Sementara itu ADUN Sungai Acheh (Parlimen Nibong Tebal), Datuk Mahmud Zakaria pula menyifatkan polemik terbaru itu menyerlahkan 'wajah' sebenar kepimpinan kerajaan negeri di sebalik konsep keadilan dan ketelusan yang dilaung-laungkan selama ini.
"Jika penduduk di tempat lain dapat kemudahan, penduduk di kawasan luar bandar juga wajar menikmati kemudahan yang sama. Janganlah ada sikap pilih bulu dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat," ujarnya.
KUALA TERENGGANU 22 Mac - Mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah sekiranya benar tidak bersalah, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti keterangan yang sangat kukuh dan jelas.
"Sepatutnya kena ada penyelesaian mengikut kaedah Islam. Bagi pihak yang mendakwa, mereka mesti ada bukti atau keterangan yang kukuh.
"Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan polis menafikan penglibatannya dalam video itu.
Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan pembabitan pemimpin pembangkang berkenaan dalam video seks yang hangat diperkatakan sekarang.
"Saya tak boleh komen pasal ini, sebab saya sendiri pun tak tengok lagi benda ini.
"Tetapi saya khuatir semua dakwaan terhadapnya macam direka-reka. Kalau banyak sangat, ia dah jadi seperti rekaan," ujarnya.
KOTA BHARU 22 Mac - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hairan dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlalu cepat menyifatkan video aksi seks yang dikaitkan dengan dirinya sebagai satu konspirasi untuk mengaibkan beliau dan keluarga.
Menurutnya, Anwar dan pemimpin pembangkang lain wajar melihat terlebih dahulu rakaman video tersebut sebelum membuat penafian kerana terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab.
"Saya tidak boleh komen banyak sebab tidak tengok lagi video itu, tetapi saya hairan pemimpin PKR yang lain terus kata ia satu rekaan, hairan macam mana mereka tahu sedangkan mereka sendiri tidak tengok lagi.
"Pada sidang akhbar semalam, Anwar kata orang dalam video itu gemuk, mana Anwar tahu, dia pun belum lihat lagi. Terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab, tetapi saya percaya tidak lama lagi semuanya akan jelas," katanya.
Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya Jumaat lalu terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini hari ini.
Zaid mendakwa diugut Karpal berhubung kenyataannya menasihati Anwar supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.
Semalam, Anwar menafikan penglibatannya dalam video aksi seks dengan seorang pelacur dipercayai dari China dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.
Dalam perkembangan sama, Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, rakyat telah membuang terlalu banyak masa untuk membincangkan masalah peribadi yang dihadapi oleh Anwar.
Beliau berkata, masa tersebut sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk membincangkan mengenai dasar dan pembangunan negara.
"Parti-parti politik tidak kira Barisan Nasional (BN) atau pembangkang sepatutnya dipimpin oleh pemimpin yang ada integriti.
"Sudah terlalu banyak tuduhan terhadap Anwar dan banyak masa negara dihabiskan untuk membincangkan masalah yang berkisar tentang peribadi Anwar, ini semua buang masa," katanya.
Semakin lama kita memikir dan menilai kes video seks 18SX yang di dakwa oleh Datuk T, semakin kita meragui motif sebenar 'pendedahan' video tersebut. Terutamanya apabila kita membaca laporan berita Malaysia Insider.
Rujuk dan teliti alasan Datuk T dan kaitan beliau dengan Anwar Ibrahim :-
Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.
Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.
Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.
"Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.
Satu perkara yang perlu diketahui ialah:-
1. Pada 21hb Februari, Datuk T adalah orang yang dipercayai oleh lelaki 'ahli politik' yang menyundal pelacur Cina tersebut. 2. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana tidak masuk akal jika 'ahli politik' itu menyuruh any tom and jerry untuk mengambil jam Omega beliau di tempat yang diketahui bertaraf khidmat seks.
3. Hanya individu yang dipercayai sahaja yang akan dihubungi.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah sebenarnya tugas Datuk T hingga begitu dipercayai oleh lelaki 'perut buncit' itu? Apakah beliau orang suruhan, bapa ayam atau pemilik SPA khidmat seks tersebut kerana beliau mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV di SPA tersebut?
Logiknya, tidak ada sesiapa pun yang akan dibenarkan untuk menonton rakaman CCTV kecuali pemilik SPA dan ketua keselamatan tempat itu.
Dan yang sangat mencurigakan ialah tindakan balaci-balaci Anwar Ibrahim seperti Tony Pua dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang begitu beria-ia menafikan bahawa Anwar tidak terlibat padahal mereka sendiri tidak pernah lagi menonton video seks 18SX tersebut! Pelik bin ajaib!!
Adalah lebih masuk akal jika mereka itu mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan penglibatan Anwar Ibrahim dengan menjadi alibi kepada beliau iaitu dengan mendedahkan kepada dunia bahawa pada ketika itu mereka berada bersama-sama Anwar Ibrahim.
Jika itulah kenyataan mereka, barulah masuk akal kenapa mereka begitu cepat melatah dan menafikan. Tetapi malangnya, bukan itu yang mereka nyatakan dan kenyataan mereka itu bersandarkan kepada zero knowledge of the video!
Malah, MiM difahamkan bahawa media pro-pembangkang yang pada mulanya mencanang dan mengapi-api isu video lucah ini walau pun mereka tahu pihak yang terlibat dikatakan ialah Anwar Ibrahim sendiri! Sungguh tak masuk akal!
Kerana itu, rakyat Malaysia lebih memikirkan isu video 18SX ini sengaja direka-reka oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengalih pandangan rakyat kepada isu yang paling penting sekarang iaitu kes liwat dan DNA Anwar Ibrahim yang dituntut oleh rakyat Malaysia.
Dan jika benar Datuk T yang mengambil jam tersebut, Anwar Ibrahim sudah tentu tahu siapa individu tersebut tetapi Wan Azizah tentu masih terkedu tertipu dengan aktiviti luar rumah suami beliau!
ZULKIFLI Noordin bercakap semasa mengadakan sidang akhbar sambil ditemani Zahrain Mohamed Hashim di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR 22 Mac – Kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.
Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut Zulkifli, maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.
"Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.
"Di sinilah video itu memainkan peranan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.
Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.
"Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan 'pelakon' video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?
"Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?" katanya.
Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki 'Y'. Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.
"Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan