Rabu, 23 Mac 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


TARIKH PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Posted: 23 Mar 2011 01:01 AM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon untuk Pilihanraya Negeri Sarawak pada 06 April 2011 bersamaan hari Rabu, manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April 2011 bersamaan hari Sabtu.

Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching, Sarawak.

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya Negeri Sarawak sebelum ini telah diadakan pada 20 Mei 2006.

Tiada ulasan:

Pengikut