Apo Kono Eh Jang! |
Posted: 23 Mar 2011 01:35 AM PDT Bukan bermaksud nak mendahului keputusan mahkamah, tidak, tetapi segalanya telah terungkai dalam proses bicara dalam bicara yang diadakan minggu sudah, iaitu DNA yang dijumpai pada 3 barang bukti yang diperolehi dari lokap Anwar dan dubor Saiful, memang miliknya. Ini bukan igauan, bukan andaian tapi benar-benar kepastian. Dibuktikan secara saintifik lagi. Inilah akibatnya kalau menipu, konon tak tau sebab ditangkap walhal Anwar sendiri yang tanda tangan waran tangkap. Itu satu hal, logik ke Anwar tak tau akan ditangkap sedangkan dunia pun tau Saiful dah buat report pasal diliwat Anwar pada 28hb Jun 2008? Bodoh-bodoh yang sokong pembangkang ni tak payah sebutlah, memang akan percaya buta apa Anwar cakap. Tapi, kita risau jugaklah dengan keputusan hakim tentang tiada undang-undang untuk menyerahkan DNA. Ini boleh jadi satu masalah dalam kes-kes jenayah dimasa akan datang bila penjenayah ada pilihan nak serah DNA atau tidak!! Kalau kesalah bunuh dan sebagainya itu mungkinlah sebab ada senjata pembunuhan tapi dalam kes-kes liwat dan rogol ni macam mana? Senjata dalam kes liwat dan rogol terlekat kepada pemangsa.. Penulis takut penjenayah akan lebih bermaharajalela. Penulis harap pihak pendakwa tidak lupa merayukan keputusan hakim bahawa tiada undang-undang untuk menyerahkan DNA ini ke mahkamah yang lebih tinggi sebab penulis yakin pihak pembelaan juga akan berbuat yang sama dengan keputusan yang satu lagi (menerima bahan bukti). Sementara kedua proses itu berjalan, penulis harap semua pihak terutama di kalangan pembangkang, bolehlah bersedia untuk menerima hakikat bahawa Anwar adalah seorang peliwat seperti yang dibuktikan dengan penemuan DNAnya pada dubor si Saiful. Sekarang ini tiada dolak dalik lagi sebab kepercayaan karut bahawa DNA Anwar akan dicalit kalau menyerahkannya secara sukarela, tidak lagi wujud. Yang ini diserahkan sendiri oleh Anwar, dengan rela (pasal sudah sign). Jadi nak calit macam mana? Berbeza dengan pelbagai dakyah yang dicipta pembangkang ke atas pemimpin kerajaan, semua tuduhan yang dikenakan ke atas pemimpin pembangkang adalah dalam bentuk bukti saintifik, DNA ada, rakaman TV ada. Pembangkang pula terpaksa bergantung kepada gambar super imposed amatur oleh Tien Chua (apa jadi kes tu?) untuk menyokong fitnah ke atas pemimpin BN. Memang rendah moral dan akhlak. |
Isunya Bukan Siapa Merakam Tapi SIAPA YANG DIRAKAM!! Posted: 22 Mar 2011 05:22 PM PDT Gamaknya semua pun dah tahulah akan isu skandal seks terbaru yang menggemparkan seluruh negara sekarang ya. Yang pasti Lelaki yang satu ini tidak habis-habis dengan skandal seks, lelaki baik, perempuan baik. Dah termakbul agaknya doa penyokong pembangkang yang beria-ia mintak ditunjukkan video akan salah laku yang dituduh, sekarang Allah swt dah bagi peluang untuk para balaci semua lihat video yang bakal disebar tak lama lagi kalau yang dimaksudkan tidak meletak jawatan. Tapi kecewa sikitlah bukan rakaman dengan jantan sebaliknya dengan perempuan, takpelah rakaman juga. Rasanya biarlah apa saja masa atau apa saja yang berkemungkinan menentukan sama ada benar-benar yang dirakam itu ialah imej Lelaki Y atau tidak (nasib baik ada panggilan popular, kalau tak naya saja kena saman). Yang kita nak bincangkan hari ini ialah tuduhan bahawa rakaman tersebut dibuat oleh pihak polis PDRM (bukan polis bantuan). Macam inilah penyokong pembangkang, bila takde video, dia minta video, bila dah ada video, dia kata itu polis frame pulak. Plot sama yang dicanang dalam kes Saiful Bukhari dulu kononnya Saiful dijadikan umpan untuk memerangkap Lelaki Y. Semua ini hanya bertujuan nak mengalihkan tumpuan dari isu yang lebih penting – siapa dalam rakaman tersebut? Soal siapa rakam, kenapa rakam, ' dengan apa rakam, semua ni tak payah jadi isulah, yang kita nak tahu sama ada orang yang dirakam itu benar-benar 'orang itu' atau tidak? Noktah, full stop. Tak payahlah nak panjang-panjang pula, bukan nak masuk court pun yang nak teknikal sangat. Masa kes CSL terbongkar, adakah pihak pembangkang mempersoalkan siapa yang merakam? Takde kan. Sebaliknya tak cukup-cukup nafas para balaci ketawa menghinakan CSL (walaupun memang dia patut dihinakan sedemikian rupa atas perbuatannya) tanpa mempersoalkan dalang disebalik rakaman, Sampai hari ni pun tiada yang kisah siapa rakam video CSL tapi dalam kes yang ini, tiba-tiba balaci kusah pulak. Bila wartawan yang dibawa ke Carcosa Seri Negara melihat video yang didedahkan Dato T (siapa ni?), terus menyerbu Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kepastian, itu bermaksud apa? Toksah main pantun-pantunlah, straight to the point saja. Kalau wartawan yang tengok tu buta, mungkin ada ampunlah sikit. Yang menarik perhatian penulis ialah muka Wan Azizah. Ikhlas cakap, sepanjang mengikuti secara dekat kisah rumah tangga Wan Azizah dari 1998, ini kali pertama penulis rasa Wan Azizah benar-benar TERKEJUT!!! Mana tak terkejut, peri anal Saiful punya hal belum selesai, peri alur wanita China pulak yang datang. Apa pun, rasanya Wan Azizah perlu melihat kelemahan dirinya sendiri sehingga menyebabkan semua ini berlaku. Adalah salah mana-mana tu sehinggakan ketagihan benar sang suami dengan benda-benda terlarang (baik lelaki mahupun perempuan) sedangkan yang halal sedia depan mata tak pulak dibaham. Penulis tak peduli siapa pun dalang di sebalik rakaman ini. Kalau pun terbukti benar selepas ini ada para operatif khas PDRM yang terlibat dalam soal rakaman itu, mahu rasanya penulis cium tangannya untuk mengucapkan terima kasih sebab membantu mendedahkan siapa dia sebenarnya yang berhajat nak bersemayam di Putrajaya ni. Bagaimanapun penafian Dato Hishamuddin CKMM ddalam siaran Buletin Utama tadi membuktikan bahawa PDRM tidak terlibat dalam hal tersebut. Mungkin ada sinar dihujung terowong untuk Lelaki Y kerana dinegara kita utusan tuhan bernama Nik Aziz boleh bertanya terus dengan Allah swt untuk mendapat kepastian sama ada kesalahannya itu sudah diampunkan atau belum. Nampaknya Anugerah Tuhan dan kena laknat dek Tuhan sehingga keaiban 'terakam'… |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan