Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak |
Nik Aziz tidak reda ketentuan Allah - Perkasa! Posted: 01 Mar 2011 12:36 AM PST ![]() Naib Yang Dipertuanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah menyesal dilahirkan sebagai orang Melayu dan beliau juga tidak reda dengan takdir Allah yang menjadikannya sebagai orang Melayu. Beliau berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah. "Dia mungkin terlupa dengan firman Allah yang bermaksud 'sesungguhnya Aku telah jadikan kamu (manusia) berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk kamu kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu'. "Nik Abdul Aziz juga lupa Allah menjadikan manusia di muka bumi ini sebagai khalifah. Nabi Muhammad SAW seorang bangsa Arab yang diangkat sebagai nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia tanpa baginda menyesal dilahirkan sebagai seorang berbangsa Arab malah Rasulullah bangga sebagai seorang Arab," katanya di sini hari ini. Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu. ![]() Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Abdul Aziz patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam. Mustapa berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah. "Perkasa Negeri Kelantan meminta supaya Nik Aziz bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT dan janganlah terlalu angkuh dan sombong kepada nikmat Allah yang telah menciptanya sebagai manusia dan bukan sebagai haiwan," katanya. Warna-warni politik Torashah.. |
You are subscribed to email updates from UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan